Saturday, April 30, 2022
Friday, April 29, 2022
Program Ihya' Ramadan, Bulan Dakwah dan Tabung Kasih Ramadan 1443H/2022M
- Meraikan kedatangan bulan Ramadan yang disyariatkan kewajipan berpuasa.
- Memperbanyakkan amalan-amalan sunat di bulan yang diberkati.
- Memberikan pengalaman yang berguna kepada murid-murid dengan suasana majlis di bulan Ramadan.
- Merapatkan hubungan sesama murid, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah.
- Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana
- Bilik darjah
Bil |
Aktiviti |
Tujuan |
1 |
Pelancaran Ihya’ Ramadan dan Bulan Dakwah |
Memberi pendedahan
kepada murid berkaitan Ramadan dan bulan puasa yang bakal menjelma. |
2 |
Tadarus Al-Quran |
|
3
|
Memperdengarkan
Al-Quran/ Zikir/Nasyid (Halwa
Ramadan) |
Menghidupkan suasana Ramadan yang
menenangkan. |
4 |
Tazkirah Ramadan
|
|
5 |
Risalah Ramadan
|
Memberikan info yang lebih
terperinci kepada murid tentang
Ramadan. |
6 |
Majlis Bacaan
Yasin
|
Membentuk
kerohanian murid menghayati bacaan Yasin agar dipermudahkan segala urusan. |
7 |
Kuiz Ramadan
|
|
8 |
El–Hayya bil Arabiyah
|
|
9 |
Pertandingan Mewarna Kad Hari Raya |
Memberikan keseronokan dan kegembiraan
kepada murid tentang suasana Ramadan
dan Aidilfitri yang bakal menjelma. |
10 |
Ceramah Nuzul Al-Quran
|
|
11 |
e-sajak, e-syair e-nyanyian solo Tarannum Hafazan |
Mencari bakat-bakat pelapis yang akan mewakili
sekolah.
|
12 |
Majlis Khatam Al-Quran
|
|
13 |
Semarak Jawi (Khat) |
Mencungkil bakat murid dalam kesenian khat. |
14 |
Tabung Ramadan
|
Menggalakkan sifat suka bersedekah dan membantu
orang lain. |
Majlis pelancaran sesi pagi |
Majlis pelancaran sesi petang |
Tadarus Al-Quran |
Quran Hour |
Tilawah Al-Quran |
Sambutan Nuzul Al-Quran |
Laporan Bertugas Minggu ke-6 (Sesi Petang)
Tarikh : 25 April 2022 hingga 29 April 2022
Hari : Isnin hingga Jumaat
Senarai nama guru bertugas kumpulan F :
1. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin (K)
2. Rusmami bin Rusli (P)
3. Ahmad Junaidi bin Abdullah
4. Roslelawati binti Ibrahim
5. Norhidayu binti Sadri
6. Nur Malisha binti Omar
7. Nor Maziah binti Abd Malik
8. Nurazlin binti Mat Nor
9. Siti Aisah binti Hanafi
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Minggu ini merupakan minggu ke-6 penggal pertama sesi persekolahan 2022/2023. Alhamdulillah, menyelusuri rentetan perjalanan sesi petang sepanjang minggu ini, dapat dirangkumkan bahawa keseluruhannya berjalan baik dan lancar.
Prakarsa semua pihak ibarat serumpun bak serai, sesusun bak sirih dalam memastikan kelancaran perjalanan sesi petang pada minggu ke-6 ini mengikut garis panduan pengoperasian sekolah terkini telah melancarkan lagi pengurusan sesi petang sepanjang minggu ini.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, minggu ini juga merupakan minggu terakhir sesi persekolahan sebelum cuti panjang selama seminggu sempena Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai aktiviti dan program telah dilaksanakan di sekolah amnya dan di sesi petang khususnya.
Berikut dilampirkan bingkisan peristiwa sepanjang minggu ini.
Laporan Bertugas Minggu ke-6 (Sesi Pagi)
Hari: Isnin - Jumaat
- Noorayuni binti Ab.Fatah (K)
- Mas Ayu binti Arifin (P)
- Noor Hanawati Alinda binti Abd Taib Puruji
- Norbaizura binti Nordin
- Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz
- Parimala a/p Vengadaslam
- Noor Hayati binti Yusof
- Nurliza binti Ab Rahman
- Azlina binti Mat Isa
- Norziani binti Zubir
- Ahmad Zunaidi binti Jinalabin
- Mohd Rusydan bin Ismail
Seperti kebiasaan, guru bertugas akan menyambut kehadiran murid seawal pagi dengan senyuman manis. Murid-murid juga dilihat semakin peka dan memahami SOP semasa di sekolah. Disiplin murid juga adalah terkawal sepanjang minggu ini.
Di sepanjang minggu ini juga telah diadakan beberapa program dan aktiviti pengisian bulan Ramadan yang sangat menarik. Antara Program dan aktiviti yang telah dilaksanakan ialah, World Quran Hour 2022, Majlis Penutupan Program 'Sebakul Kasih, Seikhlas Hati', Majlis Penutupan Ihya' Ramadan, Bulan Dakwah & Khatam Al-Quran dan Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kasih Ramadan serta sumbangan bahan makanan daripada Food Bank Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Murid-murid semakin peka dan memahami SOP semasa di sekolah.