Sekian dimaklumkan, terima kasih
Thursday, October 31, 2013
CUTI SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI
Sehubungan itu, sekolah akan mula
bercuti pada 2.11.2013 (Sabtu) hingga 5.11.2013 (Selasa) dan akan dibuka pada 6.11.2013 (Rabu).
Wednesday, October 30, 2013
PROGRAM JATI DIRI DAN KERJAYA MURID SEKOLAH RENDAH
Pada hari Selasa, 29 Oktober 2013, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang telah menganjurkan Program Jati Diri Dan Kerjaya Murid Sekolah Rendah. Program ini adalah khas untuk murid Tahun Enam. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang di UNIKL MIAT dan IPD Sepang.
Objektif program :
1) Menambah pengetahuan murid mengenai kerjaya-kerjaya tertentu melalui aktiviti-aktiviyang dijalankan.
2) Membantu meningkatkan motivasi murid serta mengasah bakat-bakat tertentu yang bersesuaian dengan kecenderungan diri masing-masing.
Sebanyak 37 buah sekolah di daerah sepang telah menghantar wakil murid untuk menyertai program tersebut. SK Taman Putra Perdana juga tidak ketinggalan dengan menghantar 4 orang peserta iaitu:
1) Muhammad Ikmal Haris Bin Fazir (6 Merpati)
2) Nur Asyiqin Binti Mohamed Esa (6 Merpati)
3) Muhammad Syazwan Bin Sa'ari (6 Tiung)
4) Irdina Fakhira Binti Mohd Fadzir (6 Tiung)
Atur cara program:
8.00 pagi - Pendaftaran peserta dan sarapan pagi di UNIKL MIAT
8.30 pagi - Pecah Bendungan dan pembahagian kumpulan
10.00 pagi - Kudapan
10.15 pagi - Lawatan sambil belajar ke IPD Sepang
12.30 t/hari - Makan tengah hari di kantin IPD Sepang
1.15 petang - Solat Zohor di surau IPD Sepang
2.00 petang - Bertolak ke UNIKL MIAT
2.30 petang - Taklimat kerjaya oleh kaunselor UNIKL
3.30 petang - Refleksi diri/rumusan program
4.30 petang - Majlis perasmian penutupan
Penyampaian sijil dan cenderamata
5.00 petang - Bersurai
Gambar-gambar sepanjang program dijalankan:
Objektif program :
1) Menambah pengetahuan murid mengenai kerjaya-kerjaya tertentu melalui aktiviti-aktiviyang dijalankan.
2) Membantu meningkatkan motivasi murid serta mengasah bakat-bakat tertentu yang bersesuaian dengan kecenderungan diri masing-masing.
Sebanyak 37 buah sekolah di daerah sepang telah menghantar wakil murid untuk menyertai program tersebut. SK Taman Putra Perdana juga tidak ketinggalan dengan menghantar 4 orang peserta iaitu:
1) Muhammad Ikmal Haris Bin Fazir (6 Merpati)
2) Nur Asyiqin Binti Mohamed Esa (6 Merpati)
3) Muhammad Syazwan Bin Sa'ari (6 Tiung)
4) Irdina Fakhira Binti Mohd Fadzir (6 Tiung)
Atur cara program:
8.00 pagi - Pendaftaran peserta dan sarapan pagi di UNIKL MIAT
8.30 pagi - Pecah Bendungan dan pembahagian kumpulan
10.00 pagi - Kudapan
10.15 pagi - Lawatan sambil belajar ke IPD Sepang
12.30 t/hari - Makan tengah hari di kantin IPD Sepang
1.15 petang - Solat Zohor di surau IPD Sepang
2.00 petang - Bertolak ke UNIKL MIAT
2.30 petang - Taklimat kerjaya oleh kaunselor UNIKL
3.30 petang - Refleksi diri/rumusan program
4.30 petang - Majlis perasmian penutupan
Penyampaian sijil dan cenderamata
5.00 petang - Bersurai
Gambar-gambar sepanjang program dijalankan:
Perjalanan dari SKTPP ke UNIKL MIAT
Sesi pendaftaran
Peserta dibimbing supaya sentiasa bekerjasama dan saling hormat menghormati
Aktiviti dalam kumpulan.
Peserta dikehendaki mengingat setiap nama rakan dalam kumpulan dan nama sekolah.
Perjalanan dari UNIKL ke IPD Sepang.
Terdapat 3 buah bas yang disediakan oleh IPD Sepang.
Peserta turun dari bas dan berbaris menuju ke pintu masuk IPD Sepang.
Kehadiran peserta disambut oleh pegawai IPD Sepang
dengan iringan lagu 'Aku yang dulu bukanlah yang sekarang' .
Menanti persembahan yang akan ditunjukkan oleh unit khas PDRM
Persembahan 'Rompakan' bertempat di dataran IPD Sepang.
Aksi yang ditunjukkan amat mendebarkan.
Peserta dibawa ke Cawangan Persenjataan
Peluru dipamerkan di sudut yang berada di dalam Bilik Senjata
Taklimat yang disampaikan oleh Sarjan Gunasegaran dan Sarjan Kamisan di Cawangan Kereta Peronda
Salah sebuah kereta peronda jenis Mitsubishi, kelajuannya sehingga 300 km/j.
Kenangan manis untuk peserta yang lahir pada bulan Oktober termasuklah seorang peserta dari SKTPP, Muhammad Ikmal Haris (6 Merpati) kerana pihak IPD dan PPD Sepang membuat kejutan dengan mengadakan majlis meraikan ulangtahun kelahiran mereka.
Taklimat kerjaya yang disampaikan oleh kaunselor UNIKL.
Peserta diminta membuat jet menggunakan sekeping kertas.
Bergambar bersama guru pengiring di helipad UNIKL
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM & 1 MURID 1 SUKAN (1M1S) 2013
Unit Kokurikulum SKTPP telah menjalankan aktiviti perkhemahan selama 2 hari bermula pada hari Sabtu (26.10.13) sehingga Ahad (27.10.13). Kem komandan yang bertugas ialah En. Tarmiji bin Sabali, Pn. Mazzaini binti Muda dan Pn. Azwani binti Mohamed Noordin. Sebanyak 217 orang peserta telah hadir mengikuti aktiviti perkhemahan ini. Para peserta terdiri daripada:
Unit Kokurikulum SKTPP telah menjalankan aktiviti perkhemahan selama 2 hari bermula pada hari Sabtu (26.10.13) sehingga Ahad (27.10.13). Kem komandan yang bertugas ialah En. Tarmiji bin Sabali, Pn. Mazzaini binti Muda dan Pn. Azwani binti Mohamed Noordin. Sebanyak 217 orang peserta telah hadir mengikuti aktiviti perkhemahan ini. Para peserta terdiri daripada:
- Unit Pengakap : 45 orang
- Unit BSMM : 40 orang
- Unit PPIM : 45 orang
- Unit Puteri Tunas : 42 orang
- Unit TKRS : 39 orang
- Unit Pengakap PPKI : 6 orang
Sabtu (26.10.13)
Seawal jam 7.30 pagi, para peserta telah mula mendaftarkan diri. Aktiviti dimulakan dengan ice-breaking bawah kelolaan Pn. Norhafizah Binti Ismail dengan dibantu oleh guru-guru yang bertugas.
Seawal jam 7.30 pagi, para peserta telah mula mendaftarkan diri. Aktiviti dimulakan dengan ice-breaking bawah kelolaan Pn. Norhafizah Binti Ismail dengan dibantu oleh guru-guru yang bertugas.
Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti Masakan. Semua peserta bekerjasama menyediakan menu telur dadar dan cekodok bilis dan jagung dengan menggunakan kayu api.
Selain daripada itu, murid mendirikan khemah di dataran perhimpunan, menjalankan latihan kawad kaki dan aktiviti ketahanan. Pada sebelah malam pula, para peserta menjalani latihan persembahan di bawah bimbingan Pn. Arnny Yusnita untuk Persembahan Malam Kebudayaan.
Berikut adalah gambar aktiviti sekitar hari Sabtu.
Ahad (27.10.13)
Murid dikejutkan pada pukul 5.00pagi untuk solat subuh berjemaah.Sebelum aktiviti seterusnya dijalankan, ketua bagi setiap kumpulan diminta melaporkan bilangan ahli kepada kem komandan.
Para peserta menjalankan aktiviti 1M1S yang merupakan salah satu aktiviti utama dalam program Perkhemahan Unit Beruniform 2013. Seterusnya diikuti dengan aktiviti Pertolongan Cemas bagi memberi pendedahan kepada para peserta.
Acara kemuncak Perkhemahan Unit Beruniform 2013 ialah Perasmian penutupan oleh En. Wan Roswandy bin Wan Ibrahim dan penyampaian hadiah.
Berikut senarai pemenang bagi keseluruhan aktiviti:
Kumpulan terbaik : 1) Kumpulan 7
Berikut adalah gambar aktiviti pada hari Ahad.
Disediakan oleh
Zainur Jimah binti Abdullah & Noor Azila binti Ngah
AJK Dokumentasi
Perkhemahan UB & 1M1S 2013
Selain daripada itu, murid mendirikan khemah di dataran perhimpunan, menjalankan latihan kawad kaki dan aktiviti ketahanan. Pada sebelah malam pula, para peserta menjalani latihan persembahan di bawah bimbingan Pn. Arnny Yusnita untuk Persembahan Malam Kebudayaan.
Berikut adalah gambar aktiviti sekitar hari Sabtu.
Solat berjemaah
Ujian Ketahanan
Ujian Ketahanan
Ujian Ketahanan
Ujian Ketahanan
Ahad (27.10.13)
Murid dikejutkan pada pukul 5.00pagi untuk solat subuh berjemaah.Sebelum aktiviti seterusnya dijalankan, ketua bagi setiap kumpulan diminta melaporkan bilangan ahli kepada kem komandan.
Para peserta menjalankan aktiviti 1M1S yang merupakan salah satu aktiviti utama dalam program Perkhemahan Unit Beruniform 2013. Seterusnya diikuti dengan aktiviti Pertolongan Cemas bagi memberi pendedahan kepada para peserta.
Acara kemuncak Perkhemahan Unit Beruniform 2013 ialah Perasmian penutupan oleh En. Wan Roswandy bin Wan Ibrahim dan penyampaian hadiah.
Berikut senarai pemenang bagi keseluruhan aktiviti:
Kumpulan terbaik : 1) Kumpulan 7
2) Kumpulan 6
3) Kumpulan 8
Peserta terbaik (L) - Muhammad Azri Afiq bin Mohd Yusof (Kump. 6)
Peserta terbaik (P) - Athirah Diyana binti Mat Luwi (Kump. 9)
Penyampaian hadiah saguhati PPKI
Penyampaian hadiah peserta terbaik (L)
Penyampaian hadiah peserta terbaik (P)
Penyampaian hadiah
Penyampaian hadiah
Aktiviti Pertolongan Cemas oleh Pn. Najmi
Nyanyian lagu Negaraku
Nyanyian lagu Negaraku
Ketua kumpulan (L) melaporkan diri
Ketua kumpulan (P) melaporkan diri
Disediakan oleh
Zainur Jimah binti Abdullah & Noor Azila binti Ngah
AJK Dokumentasi
Perkhemahan UB & 1M1S 2013
Tuesday, October 29, 2013
PENANGGUHAN MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 (2013)
Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Majlis Graduasi Tahun 6 yang dijadualkan pada 31 Oktober ditangguhkan pada ketetapan pada tarikh yang berikut:
Tarikh : 7 November 2013
Masa : 8.00 pagi-12.30 tengahari
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Tarikh : 7 November 2013
Masa : 8.00 pagi-12.30 tengahari
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Monday, October 28, 2013
LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-40 2013
Tarikh : 28 OKTOBER 2013
Hari : IsninMasa : 7.30 pagi - 8.15 pagi
GURU BERTUGAS
1) Encik Ismarizal bin Ismail
2) Puan Astina binti Mahat Nor
3) Cik Nor Shuhada binti Mohd Noor
4) Puan Azlina binti Mat Isa
5) Puan Kwa Jin Nee
6) Norhafiza binti Ismail
7) Puan Zuraini binti Ismail
LAPORAN
1.0 NYANYIAN, BACAAN DOA, DAN IKRA
1.1 Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negari Selangor, dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Intan
Zulaikha Binti Mustafa dari kelas 6 Tiung.
Zulaikha Binti Mustafa dari kelas 6 Tiung.
1.2 Bacaan doa oleh pengawas iaitu Irfan Aqil bin Azmi dari kelas 6 Tiung
1.3 Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya disampaikan oleh Encik Ismarizal bin
Ismail
Ismail
1.4 Ikrar Murid disampaikan oleh Muhammad Syazwan bin Saari pengawas dari kelas 6
Tiung
Tiung
1.5 Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia yang bertugas untuk menaikkan bendera
2.0 LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (PUAN ZALEHA BINTI RAMDAN MOHAMED)
2.1 Murid dilarang meludah sesuka hati tanpa mengira tempat. Murid dikendaki meludah pada tempat yang sesuai.
2.2 Sejak akhir-akhir ini murid kurang menjaga kebersihan kelas. Oleh itu guru bertugas menyarankan supaya murid-murid perlu menjadi seorang yang bertnggungjawab atas tugas yang diamanahkan.
2.3 Waktu balik murid-murid diingatkan agar menggunakan laluan yang telah ditetapkan seperti yang naik van atau bas sekolah perlu menggunakan pintu pagar B.
2.4 Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali menggunakan laluan Patriotik terutama murid yang menaiki van semasa balik.
2.5 Murid-murid yang menunggang basikal, perlu menuntun basikal di bahagian tepi.
3.0 PERKATAAN LAWAD
3.1 Bahasa Melayu : Koir - sekumpulan penyanyi
3.2 Bahasa Inggeris : Thrilling - mendebarkan
3.3 Bahasa Arab : Al-wathanun - tanahair
4.0 UCAPAN GURU BERTUGAS ( ENCIK ISMARIZL BIN ISMAIL)
Tema : Amalkan Makanan Berkhasiat
4.1 Definisi : Makanan berkhasiat ialah makanan yang mempunyai nutrien yang cukup
seperti vitamin, protien,lemak,dan lain-lain lagi.
seperti vitamin, protien,lemak,dan lain-lain lagi.
4.2 Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
4.3 Jangan makan makanan ringan.
4.4 Minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
4.5 Amalkan budaya hidup yang sihat.
5.0 PENGUMUMAN
5.1 Puan Habsah meminta semua murid tahun enam berkumpul di dewan Putra berserta
guru mata pelajaran semasa selepas perhimpunan untuk persediaan Hari Graduasi.
guru mata pelajaran semasa selepas perhimpunan untuk persediaan Hari Graduasi.
5.2 Penggunaan makmal komputer 1 - 4 Alza.
3 - 4 Waja
6.0 UCAPAN GURU BESAR (ENCIK SUKIMIN BIN JUKI)
6.1 Murid-murid perlu mematuhi peraturan sempena tuntutan agama.
6.2 Ilmu pengetahuan adalah perkara asas yang perlu ada untuk memaparkan tingkah laku
contohya sekiranya perhimpunan ia menuntut kita diam, maka kita semua perlu diam.
Begitu juga semasa menyanyikan lagu.
contohya sekiranya perhimpunan ia menuntut kita diam, maka kita semua perlu diam.
Begitu juga semasa menyanyikan lagu.
6.3 Murid-murid dilarang meludah terutama dari bahagian atas. Sikap ini amat memalukan.
6.4 Fikiran kita jangan asyik berangan.
6.5 Peperiksaan bukan ukuran utama tetapi sahsiah yang mencerminkan keperibadian kita.
6.6 Orang yang paling bernilai ialah orang yang sudah melalui pelbagai pendidikan.
6.7 Minum air masak sebanyak lapan gelas sehari. Kurangkan pengambilan makanan jajan.
Murid-murid dan guru sedang menyanyikan lagu dengan penuh semangat |
Barisan guru yang bertugas |
Encik Sukimin sedang menyampaikan amanat kepada warga SKTPP |
Perhimpunan tamat pada jam 8.15 pagi.
Disediakan
oleh : Puan Azlina binti Mat Isa.
Thursday, October 24, 2013
Pertandingan Kerohanian Tahun Enam 2013
AKTIVITI KEROHANIAN TAHUN 6 2013
Disediakan oleh : Nor Azura Asir dan A'ishah
TARIKH : 8 OKTOBER 2013
HARI : SELASA
PERTANDINGAN : AZAN, BERCERITA DAN NASYID.
Senarai nama pemenang pertandingan:
Azan
1. Auf Fayyadh bin Kaliisa ( 6 Helang)
2. Muhammad Syahiran bin Shahabuddin ( 6 Kelicap)
3. Muhammad Iskandar Muqri bin Mazli ( 6 Tiung)
Bercerita
1. Muhammad Ikmal Haris bin Fazir ( 6 Merpati)
2. Nurul Ezza Fazlina binti Abu ( 6 Tiung)
3. Nik Mohamad Izwa Ikmal bin Mohd Fauzi ( 6 Nuri)
Nasyid
1. 6 Merak
2. 6 Tiung
3. 6 Kelicap
Disediakan oleh : Nor Azura Asir dan A'ishah
PEMULANGAN BUKU TEKS 2013 DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS KEGUNAAN 2014
Ibu
bapa/Penjaga,
Murid Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6,
SK Taman Putra Perdana.
Dimaklumkan bahawa, pemulangan buku teks kegunaan 2013 dan pengagihan buku teks untuk kegunaan 2014 akan dijalankan seperti jadual di bawah:-
PEMULANGAN
BUKU TEKS
KEGUNAAN
2013
|
PENGAGIHAN
BUKU TEKS
KEGUNAAN
2014
|
||
TARIKH
|
TAHUN
|
TARIKH
|
TAHUN
|
28 Okt – 30
Okt 2013
(Isnin – Rabu)
|
1, 2, 3, 4, 5 dan 6
|
18 – 20
Disember 2013
(Rabu – Khamis)
8.30 pagi – 11.30 pagi
|
1, 2, 3, 4, 5 dan 6
Tempat
:
Buku Teks : Bilik KH
Buku Aktivit : BOSS
|
Nota:
Pemulangan
Buku Teks 2013
Tuan/Puan hendaklah memulangkan buku teks
seperti jadual yang di atas. Semua
judul buku aktiviti tidak perlu dipulangkan. Ikat buku teks dengan
kemas menggunakan tali rafia dan klip bersama senarai
semak yang dilampirkan.
Pengagihan
Buku Teks 2014
Tuan/Puan dikehendaki hadir mengambil buku teks
2014 bagi murid tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 pada 18-20 Disember 2013 (seperti
jadual di atas).Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Surat pemakluman pemulangan akan diedarkan pada hari Jumaat (25.10.2013)
Tuesday, October 22, 2013
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG (MINGGU 39)
Hari : Isnin
Tarikh: 21 Oktober 2013
Masa: 6.10-6.40 petang
GURU BERTUGAS MINGGUAN
1. Puan Arnny Yusnita Binti Md
Enarji
2. Puan Nik Rosmaliza Binti Nik
Hussin
3. Puan Grace a/p Danaraj
4. Puan Siti Maziah Binti Muhamad
Tajuddin
5. Puan Aznita Binti Ahmad
6. Puan Hastipa @ Zaiton Binti
Mat Daud
7. Puan Suzelawati Binti Zakaria (Cuti Bersalin)
LAPORAN / ULASAN
- Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selagor dan lagu sekolah.
- Bacaan doa oleh adik Asyraf Aqasha (Tahun 3 Zeta).
- Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pengerusi Majlis (Puan Arnny Yusnita Binti Md Enarji).
- Bacaan ikrar murid oleh adik Alya Fariha (Tahun 3 Sigma).
LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (PUAN WAN ROSMAWATI BINTI
WAN IBRAHIM)
- Beliau menyentuh tentang sikap murid yang suka berlari tidak kira masa sama ada apabila murid berada di kantin, surau, bilik muzik dan menaiki tangga menuju ke kelas.
- Beliau menerangkan akibat buruk yang boleh berlaku seperti patah anggota, luka dan jahitan pada badan.
- Beliau menasihatkan semua murid agar tidak lagi berlari dan sentiasa berjalan dalam barisan dan dalam keadaan beratur.
PERKATAAN LAWAD
- Bahasa Inggeris: lecturer – pensyarah
- Bahasa Melayu: gabak- cuaca yang buruk /mendung / keadaan yang hendak hujan
- Bahasa Arab: sadrun- dada
UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN (PUAN ARNNY YUSNITA BINTI MD
ENARJI)
- Tema pada minggu ini ialah kesopanan dan kesusilaan.
- Beliau menerangkan kepada murid bahawa kesopanan kesusilaan merupakan salah satu daripada perkara yang terdapat dalam Rukun Negara, yang membawa maksud nilai adab yang tinggi dan sahsiah manusia yang cemerlang.
- Dari segi konteks murid, ia merangkumi cara murid bergaul dengan rakan, guru dan masyarakat sekeliling.
- Beliau menasihatkan murid agar bercakap dengan elok dan menggunakan bahasa yang lembut dengan kawan-kawan di sekolah dan ibu bapa di rumah.
- Kesimpulannya, beliau menegaskan bahawa akhlak yang baik akan membentuk ummah yang cemerlang.
PENGUMUMAN / MAKLUMAT PENTING (PUAN NIK
ROSMALIZA BINTI NIK HUSSIN)
- Peperiksaan akhir tahun akan bermula pada esok hari. Murid-murid yang masih belum mendapat jadual peperiksaan boleh datang berjumpa dengan Puan Grace selepas perhimpunan.
- Semua murid tidak perlu memakai baju sukan sepanjang minggu ini.
UCAPAN KETUA GURU DISIPLIN (PUAN ARNNY YUSNITA BINTI MD ENARJI)
- Beliau menasihatkan murid agar tidak membawa benda terlarang seperti benda tajam dan benda tidak tajam tetapi yang boleh membawa maut iaitu rokok.
- Beliau mengingatkan murid sekali lagi agar dapat memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap pada minggu ini.
UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG (ENCIK ROSDIN BIN IBRAHIM)
- Beliau berpesan kepada murid agar jika hendak berbuat jahat sekalipun biar orang lain tidak nampak. Murid perlu sentiasa berbuat baik di depan guru.
- Beliau menasihatkan agar murid dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam peperiksaan pada minggu ini.
- Beliau turut menyarankan kepada murid agar meminta ibu bapa mendoakan kejayaan mereka dan seterusnya berserah kepada Tuhan setelah cuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan.
- Akhir kata, beliau menasihati murid agar membuat persiapan awal seperti menyediakan alat tulis yang lengkap sebelum menghadapi peperiksaan.
Monday, October 21, 2013
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
(MINGGU 39) SESI PAGI
Tarikh : 21 Oktober 2013
Masa : 7.30 pagi
GURU BERTUGAS MINGGUAN
1. Encik Norizmi bin Zainal Abidin
2. Puan Zaleha binti Ramdan Mohamed
3. Puan Nurliza binti Ab Rahman
4. Puan Zailezah binti Sardi
5. Puan Noor Azila binti Ngah
6. Puan Nurzainon binti Razalli
7. Puan Rima binti Maon
LAPORAN/ULASAN
1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2. Bacaan doa oleh adik Syazwan (6 Tiung).
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Zaleha.
4. Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Nur Anis Zarith Sofia (Ketua Pengawas).
UCAPAN PENOLONG KANAN HEM, PUAN JAMILAH BINTI ARIFFIN
1. Semua murid dinasihatkan supaya membuat persediaan awal bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) yang akan bermula pada hari ini (21.10.2013).
2. Murid-murid tahun 6 diingatkan supaya tidak membuat bising dan menjaga tatatusila semasa berada di dalam kelas kerana PAT bagi murid-murid tahun 4 dan 5 akan bermula pada hari ini manakala tahun 6 akan bermula pada hari esok (Selasa).
PERKATAAN LAWAD
Bahasa Melayu: koir - sekumpulan penyanyi
Bahasa Inggeris: drowning - lemas
Bahasa Arab: wardatun - bunga mawar
Friday, October 18, 2013
PROGRAM MOTIVASI ALAM MENENGAH 2013
Pada hari Jumaat, 18 Oktober 2013, Unit Bimbingan Kaunseling dan Unit Peningkatan Tahun Enam SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Program Motivasi Alam Menengah 2013. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.50 pagi. Seramai 133 orang murid yang menghadiri program ini adalah terdiri daripada murid-murid tahun 6.
Antara objektif program ini adalah untuk :
· Memberi pendedahan berkaitan pembelajaran dan budaya pelajar di sekolah menengah.
· Member pendedahan kepada murid berkaitan dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Teknik & Vokasional dan Sekolah Agama Menengah.
· Menetapkan matlamat dan hala tuju pelajar untuk mencapai cita-cita pada masa akan datang.
· Melahirkan pelajar yang mempunyai wawasan dan cita-cita yang jelas.
· Menanam sifat tegas dan yakin dalam diri pelajar.
Gambar-gambar sewaktu program tersebut berlangsung.
Juru acara memulakan majlis |
Murid-murid sedang tekun mendengar ceramah |
Sesi temubual bersama murid |
Taklimat mengenai Sekolah SBP, Sekolah Teknik dan Vokasional dan Sekolah Agama Menengah |
Disediakan oleh : Visva Vilasini & Rima Maon
Subscribe to:
Posts (Atom)