Thursday, April 30, 2020

Wujudkan Pemikiran Positif Dalam Diri

Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam Ceria buat semua murid-murid & warga SKTPP
Semoga semuanya sihat2 dan ceria2 bersama keluarga tercintaπŸ’πŸ’πŸ’πŸ’

Alhamdulillah , dah masuk hari ke-7 kita menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Walaupun kita sedang melalui PKP dan berperang dengan wabak Covid-19, bukan penyebab untuk kita merasa hambar dan sedih untuk melalui Ramadhan kali ini malah kita patut merasa bertuah kerana berpeluang bersama ahli keluarga dalam tempoh masa yang lama dan boleh melakukan banyak aktiviti yang tidak dapat kita lakukan sebelum ini bersama keluarga.

Mewujudkan rasa syukur dalam diri dan sentiasa mewujudkan pemikiran yang positif dapat membantu kita menjalani PKP dan ibadah di bulan Ramadhan ini dengan lebih baik. Matlamat kita untuk menjadi positif tidak perlu diakhiri dengan mencapai kesempurnaan dalam setiap keadaan, tetapi sentiasalah berusaha kearah menjadi lebih positif, kerana ia membawa kepada kehidupan lebih gembira setiap hari. Terdapat beberapa cara untuk membentuk pemikiran yang lebih positif

* Lakukan sesuatu yang baik terhadap orang lain
*Raikan Kejayan Kecil
*Berbuat baik kepada diri sendiri

Jauhkan sekali-kali pemikiran yang negatif dari dalam diri kita. Andainya ia wujud, cuba tukarkan ia menjadi positif. Jom kita cuba....




Wednesday, April 29, 2020

Faedah-faedah Berpuasa

Salam 6 Ramadhan..
Selamat berpuasa kepada murid -murid serta warga SKTPP yang beragama Islam.
Diam tak diam kita sudah pun masuk Ramadhan yang ke-6. Pastinya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seisi keluarga dapat bersama-sama menikmati bulan penuh keberkatan ini. Moga kita berjaya mengharungi cabaran wabak COVID-19 ini dan bangkit semula menjadi insan yang lebih baik.

Kajian mendapati amalan berpuasa pada bulan Ramadhan mempunyai kesan fisiologi dan psikologi secara tidak langsung. Kesan fisiologi ini termasuklah merendahkan paras gula dalam darah dan kolesterol. Kesan dan kelebihan dari sudut psikologi iaitu ia dapat memberi ketenangan dan kedamaian pada minda, dipercayai ia berkaitan dengan paras gula dalam darah yang semakin stabil. Samasa berpuasa kita juga digalakkan memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran. Amalan ini bukan sahaja memberi ketenangan kepada minda dan jiwa, malah dapat meningkatkan keupayaan memori.

Mari kita hayati mengenai faedah-faedah berpuasa..

#stayathome
#kitajagakita
#kitamestimenang

Tuesday, April 28, 2020

Jom Tangani Kebimbangan Anak-anak Akibat Penularan Wabak Covid-19

Assalamualaikum, Salam Ceria...πŸ˜€πŸ˜€ salam kasih sayang😍😍 buat semua warga SKTPP

Wabak Covid-19 merupakan isu utama yang sedang melanda dunia buat masa ini. Isu ini telah menimbulkan kebimbangan pada semua orang tanpa mengira umur.

Apakah itu kebimbangan???
Kebimbangan adalah perasaan tidak selesa, takut, resah dan gementar. Ia merupakan satu emosi yang wujud kesan daripada gabungan fisiologi dan psikologi yang berlaku akibat tafsiran yang dibuat oleh individu terhadap satu situasi.(Iso Ahola dan Hatfield, 1986)

Menurut Prof Madya Dr Khaidir Ismail, Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, UKM "Kebimbnagn melampau boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius sehingga mengganggu fungsi organ dalaman dan ingin membunuh diri"

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu diri sendiri dan orang-orang tersayang menangani masalah kebimbangan ini. Untuk itu, jom... sama-sama kita sebagai guru dan ibu bapa menonton video "Bagaimana Ibu Bapa Dapat Membantu Anak-anak Menangani Kebimbangan Ketika Penularan Wabak Covid-19"



Monday, April 27, 2020

Panduan Urus Tekanan

Assalamualaikum dan Salam 4 Ramadhan..
Didoakan agar kita semua dalam rahmat Allah..

Dalam kehidupan hari ini, ada kalanya terdapat sesuatu perkara yang menyumbang kepada tekanan. Ini kerana corak kehidupan hari ini yang terpaksa kita hadapi pelbagai masalah seperti masalah keluarga, kewangan, bebanan tugasan dan pelbagai lagi. Sebesar manapun masalah yang datang, kita boleh hadapi dengan jayanya jika dapat diuruskan dengan tenang dan teratur.
Berikut merupakan beberapa panduan untuk mengurus tekanan:








Thursday, April 23, 2020

Salam Ramadhan

Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Berpuasa buat semua murid, ibu bapa, guru, staf dan seluruh umat Islam.

Semoga amal kebaikan dan kebajikan kita semua diberi ganjaran yang berlipat ganda di bulan yang mulia ini. Aamiin...

#staysafe
#stayathome
#kitajagakita




Amalkan Teknik Pernafasan Yang Teratur

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua warga SKTPP. Semoga semuanya sentiasa sihat dan bahagia bersama orang-orang tersayang. Pesanan penting untuk anak-anak murid SKTPP; JANGAN KE MANA-MANA YE..... Dah bosan ke??? JOM hari ni kita cuba amalkan Teknik Pernafasan yang Teratur.
#STAYSAFEATHOME

Wednesday, April 22, 2020

Perbincangan Profesional Guru-Guru SKTPP

Hari ini diadakan pula Perbincangan Profesional Guru-Guru SKTPP merangkap Mesyuarat Guru kali ke-2. Tahniah diucapkan kepada semua guru atas komitmen dan penglibatan dalam meeting online ini. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam mengharungi cabaran pendidikan era baru musim Covid-19 ini... #stayathome











Panduan Kekal Aktif dan Positif Untuk Kesejahteraan Mental

Assalamualaikum dan salam sejahtera..terutama  buat anak didik SK Taman Putra Perdana.
Semoga semuanya sihat bersama keluarga tercinta. Pastikan diri terus kekal tenang dan duduk di rumah.

Berikut merupakan panduan kekal aktif dan positif untuk kesejahteraan mental. Marilah bersama-sama kita amalkan.


Tuesday, April 21, 2020

Perbincangan Profesional Pengurusan SKTPP

Hari ini telah diadakan Perbincangan Profesional Pengurusan merangkap Mesyuarat Pengurusan kali ke-2 bersama pihak pentadbir SKTPP. Terima kasih buat semua PK dan KPT atas penglibatan serta komitmen yang diberi. Semoga pengurusan sekolah kita akan lebih mantap dan berkesan meski semua berada di rumah kerana PKP. #staysafe





Saturday, April 11, 2020

Akhbar Digital Percuma

http://www.nstp.com.my/mco

Berita baik untuk semua. Anda boleh dapatkan langganan akhbar digital secara percuma untuk 30 hari. Jadi apa tunggu lagi! Dapatkan akhbar anda dengan menekan gambar di atas

COVID-19: PKP dilanjutkan hingga 28 April 2020 ini - PM


Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 28 April 2020. Ini susulan kes positif COVID-19 masih berlaku, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pihak sekolah akan menutup sekolah sehingga 28 April 2020 berdasarkan arahan perintah yang diberikan tersebut. Sebarang persoalan boleh dirujuk dengan pihak KPM atau pihak sekolah sendiri. Sekian, terima kasih.

Saturday, April 4, 2020

Kempen Hour Of Code 2020 #dudukrumah



Bosan #dudukrumah? Apa kata anda sertai kami dalam Kempen Hour of Code!

Luangkan sejam sahaja masa anda dan anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik. Mudah sahaja! Anda dapat belajar sambil berseronok.

10 PENYERTAAN BERTUAH BAKAL MEMENANGI DRON YANG BERNILAI RM500!

Friday, April 3, 2020

Tips Mengurus Masa

Assalamualaikum murid-murid..
Semoga semua murid sentiasa disiplin mematuhi arahan kerajaan , 'Stay at home'
Murid-murid boleh cuba amalkan tips mengurus masa seperti berikut:


Wednesday, April 1, 2020

Talian Prihatin Kaunseling SKTPP

Kepada semua murid SK Taman Putra Perdana..
Sekiranya murid-murid memerlukan sokongan emosi, bolehlah berhubung terus dengan guru Bimbingan & Kaunseling SKTPP, seperti info berikut:


Semoga semua murid sentiasa patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan. Sama-samalah kita berdoa supaya wabak Covid-19 terhapus dengan segera.
#please stay at home