... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, March 31, 2016

Program Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Mac (Sesi Petang)






Syukur, selesai sudah sambutan hari lahir murid pada bulan Mac. Seramai 80 orang murid sesi petang yang lahir pada bulan ini disambut dalam suasana yang meriah. Majlis disempurnakan oleh Pn Rosmah bt Jamat (PK Petang) dimulakan dengan atur cara pertama iaitu penyerahan hadiah hari lahir kepada semua murid yang terlibat, nyanyian lagu hari lahir, pemotongan kek dan seterusnya jamuan di kantin sekolah.

Murid-murid sangat teruja dengan sambutan yang dibuat dan jutaan terima kasih kepada penyumbang kek iaitu Tn Hj Khairul Azhar b Mohammad Suffian, YDP PIBG SK Taman Putra Perdana. Semoga sambutan ini membuatkan murid rasa lebih dihargai seterusnya menggalakkan mereka untuk terus hadir ke sekolah dan menjadikan sekolah tempat utama di hati mereka.

Seluruh warga SKTPP mengucapakn " Selamat Hari Lahir" kepada semua murid yang lahir pada bulan ini dan semoga kalian dalam rahmatNya.






Disediakan oleh :
Rusmami Rusli

Wednesday, March 30, 2016

Program Teknik Menjawab Sains UPSR 2016

Pada 30 Mac 2016 telah diadakan Program Teknik Menjawab Sains bagi murid-murid tahun 6. Program ini merupakan antara program yang perlu diadakan untuk murid-murid tahun 6 sebagai pendedahan teknik dan kaedah menjawab soalan peperiksaan dengan berkesan.

Antara objektif program adalah seperti berikut :

a) mendedahkan murid kepada teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR  dengan betul.
b) memberi bimbingan dan panduan dalam persediaan menghadapi UPSR.
c) mendedahkan serta mengajar murid tentang pelbagai kemahiran dan teknik belajar yang berkesan.

Penceramah jemputan bagi program ini ialah Encik Johari bin Sahar yang telah memberikan tip-tip untuk menjawab kertas peperiksaan Sains dengan teknik yang betul.





Murid-murid sedang tekun mendengar taklimat yang sedang disampaikan oleh Encik Johari bin Sahar





Disediakan oleh,
Zailezah Bt Sardi
Penyelaras Tahun 6 2016

Ceramah: Sembang Anak Dara & Teruna

Program ceramah Sembang Anak Dara & Teruna atau lebih dikenali sebagai program ceramah aqil baligh ini menjadi program tahunan bagi murid tahun 6 lelaki dan perempuan. Murid-murid telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan murid lelaki dan perempuan ketika sesi ceramah dijalankan. Program ini telah berlangsung pada :

Tarikh / hari : 30 Mac 2016 / Rabu
Masa : 10.30 pagi - 1.00 petang.
Tempat  : Murid lelaki (Perpustakaan SKTPP)
             : Murid perempuan (Bilik Mesyuarat SKTPP)
Penceramah : Personaliti tv Azman & Co.
                     Murid lelaki (En. Azman , MK Azman & Co)
                     Murid perempuan (Pn. Shadiya Abas, MK Azman & Co.)

Sesungguhnya, program ini sangat bermanfaat kepada semua murid lelaki dan perempuan kerana penceramah memberi pendedahan yang amat menarik dan berkesan sekali tentang alam remaja, akil baligh serta menyalurkan perasaan kasih sayang yang betul kepada diri sendiri dan manusia sekelilingnya. Murid-murid ditunjukkan cara-cara membezakan perkara baik dan buruk serta memahami perubahan fizikal awal remaja diri masing-masing.


Seronok.. Puan penceramah memberi pendedahan tentang keyakinan diri ketika sesi memuji sahabat. 
Semangat.. Aktiviti Ice-breaking oleh Tuan penceramah untuk murid lelaki.
Ceramah tentang perkembangan manusia.
Soal jawab Puan penceramah kepada murid perempuan tentang akil baligh.



Semoga program ini memberi impak yang amat berguna kepada semua murid tahun 6 dalam menghadapi kehidupan mendatang serta dapat membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan seharian.

"Pembelajaran tidak didapati dengan kebetulan, ia harus dicari dengan semangat dan disemak dengan tekun." (Abigail Adams).


Disediakan oleh,
Puan Norziani Zubir.

Monday, March 28, 2016

Pelancaran Program Linus Guru Kecil

Pada hari ini, 28 Mac 2016 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Linus Guru Kecil anjuran bersama Jawatan kuasa LINUS dan Unit Pemulihan Khas SK Taman Putra Perdana. Program ini mensasarkan objektif seperti berikut:-
  1. Membantu meningkatkan kadar celik huruf dalam kalangan murid.
  2. Membantu murid Linus menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dengan lebih cepat.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Petang, Pn. Rosmah binti Jamat dengan simbolik penyerahan sijil kepada Guru Kecil dan penyerahan modul kepada murid Linus yang dibimbing.  

Program ini adalah merupakan kesinambungan daripada Program Bacaan Pintar (mentor-mentee) yang pernah dijalankan pada tahun lepas.  Di dalam program ini, Guru Kecil akan membimbing dan membantu murid Linus untuk mempertingkatkan kemahiran membaca mereka.  Program yang dijalankan pada setiap hari Selasa dan Khamis ini akan dipantau oleh guru-guru Linus yang bertugas.

Detik-detik yang sempat dirakam sekitar majlis pelancaran....


Pn. Azura Farina selaku pengacara Majlis
Pn. Rosmah binti Jamat menyampaikan sijil kepada Guru Kecil

Guru Kecil dan murid yang dibimbing



Kami benci DARVIH 

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-12 (Sesi petang)

Hari: Isnin
Tarikh: 28 Mac 2016
Masa: 1.20 - 1.50 petang
Guru Bertugas: Pn Zabedah bt Othman
                        Pn Shurhama bt Ahmad
                        Pn Maizara bt Mahat
                        Pn Rabihah bt Amirudin
                        Pn Syazwani
                        En Mohd Izwan b. Mohd Jowahar

Laporan
1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
    -Nyanyian 3 buah lagu, lagu NegaraKu, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn. Azura Farina.
    -Bacaan doa dipimpin oleh adik Muhd Syahmi Wafiq b. Shahril Nizam.
    -Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan raya dipimpin oleh Pn Maizara.
    -Bacaan ikrar murid diketuai oleh wakil pengawas.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
1.Pn. Nur Malisha mengucapkan terima kasih kepada semua murid kerana memberi kerjasama yang baik pada minggu lepas.
2. Semua murid diingatkan supaya membawa bekas air dan minum air yang banyak ketika musim panas ini.
3. Murid-murid juga diingatkan supaya jangan keluar kelas semasa guru tiada dan tunggu sehingga guru datang.

Tema minggu ini ialah Menjaga dan menyayangi Harta Benda Sekolah

Harta benda sekolah ialah benda-benda hak milik sekolah. Oleh itu. tanggungjawab menjaga harta benda sekolah adalah tanggungjawab semua warga sekolah. Terutamanya murid-murid perlu lebih bertanggungjawab untuk menjaga harta benda sekolah dengan baik dan cermat. Sekolah telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti peralatan makmal sains, makmal komputer, surau, tandas, kantin, bilik darjah, peralatan seperti buku teks, kerusi, meja, peralatan sukan dan sebagainya untuk kemudahan dan keselesaan murid-murid.

Murid-murid diingatkan supaya tidak merosakkan atau menyalahgunakan harta benda sekolah seperti menconteng meja, kerusi, dinding, mengoyak buku-buku teks dan sebagainya. Sepatutnya harta benda sekolah yang dipinjam mestilah dipulangkan dengan keadaan yang baik. Selain itu, murid-murid juga hendaklah melapor segala kerosakan kepada guru dengan segera. Murid-murid diingatkan supaya menyayangi harta benda sekolah seperti harta benda sendiri serta dijaga dengan baik.

Pemenang Kebersihan dan Keceriaan Kelas

TAHUN 1
1. Cerdik
2. Intelek
3. Jujur

TAHUN 2
1. Ferum
2. Platinum
3. Uranium

TAHUN 3
1. Angklung
2. Kompang
3. Nafiri

Ucapan Guru Penolong Kanan Petang

1. Pn. Rosmah mengingatkan murid supaya sentiasa menjaga disiplin terutama semasa majlis rasmi dijalankan.
2. Murid juga diberi perangsang agar rajin membaca buku supaya dapat menjadi murid yang lebih cemerlang.
3. Ucapan Pn. Rosmah diakhiri dengan perasmian "Minggu Membaca Bersama PTS"

Pelancaran Minggu Membaca Bersama PTS dan Program Linus Guru Kecil

Antara rakaman gambar sepanjang majlis perhimpunan berlangsung.

Pn. Maizara selaku pengacara majlis
Bacaan ikrar oleh pengawas bertugas

Guru-guru yang bertugas pada minggu ini
Ucapan Penolong Kanan Petang, Pn. Rosmah binti Jamat
Simbolik Pelancaran Minggu Membaca bersama PTS
Pelancaran Program Linus Guru Kecil


Laporan disediakan oleh:

Pn. Shurhama binti Ahmad

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-12 (Sesi Pagi)

GURU-GURU YANG BERTUGAS

Encik Ahmad Musrizuan bin Daud
Puan Jumilah binti Ahmad
Cik Nor Shuhada binti Mohd Noor
Puan Norliza binti Ali @ Yasim
Puan Norfauziaton binti Ali Mohamed
Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
Puan Zailezah binti Sardi
Puan Norbaizura binti Nordin

LAPORAN / ULASAN

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
Bacaan doa oleh Nukman Haziq.
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Jumilah.
Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Asyraaf Aqasha.
 
                                                                                 
Laporan / ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn. Nurul Iman)
Murid-murid sentiasa berlari-lari dan bermain-main pada waktu rehat pada musim panas ini. Oleh itu murid-murid diingatkan supaya tidak bermain pada cuaca panas ini kerana ini akan membahayakan kesihatan  kita.

Ucapan guru bertugas

Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini.










Tema minggu ini ialah Menjaga dan Menyayangi Harta Benda Sekolah.
Harta benda  sekolah ialah  benda-benda hak milik sekolah. Oleh itu, tanggungjawab menjaga harta benda sekolah adalah tanggungjawab semua warga sekolah terutamanya  murid-murid perlu lebih bertanggungjawab untuk menjaga harta benda sekolah  dengan baik dan cermat. Sekolah telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti peralatan makmal sains, makmal komputer, surau, tandas, kantin, bilik darjah, peralatan seperti buku teks, kerusi, meja, peralatan sukan dan sebagainya untuk kemudahan dan keselesaan murid-murid.
Murid-murid diingatkan supaya tidak merosakkan atau menyalahgunakan harta benda sekolah seperti mencontengkan meja, kerusi, dinding, mengoyakkan buku-buku teks dan sebagainya. Sepatutnya harta benda sekolah  yang dipinjamkan mestilah dipulangkan dengan keadaan yang baik. Selain itu, murid-murid juga hendaklah melaporkan segala kerosakan kepada guru dengan segera. Murid-murid diingatkan supaya sentiasa menyayangi harta benda sekolah seperti harta benda sendiri.

Pemenang Keceriaan Kelas

PPKI
1.Compac
2.Dell
3.Apple
TAHUN 4
1.Ortopedik
2.Kardiologi
3.Surgeri
TAHUN 5
1.Zuhal
2.Utarid
3.Neptune
TAHUN 6
1.Theta
2.Gamma
3.Beta

Ucapan guru Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Azizah binti Mokhlas telah mengingatkan  supaya  murid-murid  tidak bermain di tempat yang terbuka pada musim panas kerana ini boleh menyebabkan bahaya kepada kesihatan kita. Beliau juga mengingatkan bahawa murid-murid perlu minum air yang berlebihan demi kesihatan kita.
Beliau juga mengingatkan murid-murid yang tidak sihat atau kurang sihat, sebaiknya tidak perlu datang ke sekolah.

 
Pelancaran Minggu Membaca Bersama PTS
Puan Jamilah telah merasmikan minggu membaca bersama PTS dan Cik Nor Hidayah binti Mohd Samsudin telah memberi penerangan tentang aktiviti yang dilangsungkan sepanjang minggu membaca ini.



 

Sambutan Hari Jadi Bulan Mac

Sambutan hari jadi kepada anak-anak murid   yang lahir pada bulan Mac telah disambut dengan meriah pada pagi ini. Program ini dianjurkan oleh Unit Guru Penyayang SKTPP.
                                                                                                            
                                                                 
Disediakan oleh: Jamunarani Bhojrajan

Sambutan Hari Jadi Bulan Mac (Sesi Pagi)

Pada 28 Mac 2016, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Jadi murid-murid sesi pagi yang lahir pada bulan Mac.
       Majlis ini di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana yang dikendalikan oleh Unit Guru Penyayang.
            Majlis ini disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Jamilah binti Arifin. Majlis diserikan dengan nyanyian lagu ‘Selamat Hari Jadi’ secara beramai-ramai dan upacara memotong kek.

            Selepas itu, beliau menyampaikan cenderamata kepada murid-murid tersebut. Mereka berasa gembira dan dihargai.

Kek Hari Jadi bulan Mac


Murid-murid bersama Pn. Jamilah Arifin - PK HEM


Murid menerima hadiah hari jadi daripada Pn. Jamilah Ariffin

Sunday, March 27, 2016

Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2016

http://ukm1.permatapintar.edu.my

UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun .

Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.
             
Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
  1. Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun / Tingkatan 3 pada 2016).
  2. Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2016 dan beragama Islam).
  3. Kolej PERMATApintar ASAS 1 2017 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2016)

Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamat http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx.

Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian pada waktu yang lain sehingga tamat.

Pelajar yang telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2016. Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx . Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Pelajar juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan jika terdapat kesilapan di alamat http://pelajar.permatapintar.edu.my.