... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, December 16, 2025

 

 

 

MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM & HAL EHWAL MURID (AKOHEM) SK TAMAN PUTRA PERDANA 2025

 

Tarikh  :       3 & 4 /12/2025
Hari     :       Rabu dan Kamis
Tempat:      Dewan Perdana Sk.Taman Putra Perdana

Nama jemputan :

1.      .En. Mohd Ali Syakran bin AB Rahman ( Yang dipertua PIBG )

2.      En. Jamilulail Bin Mohd Junit ( Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid )

 

Majlis Anugerah Kokurikulum & Hal Ehwal Murid ( AKOHEM ) adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang aktif dalam bidang Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Program ini juga diharap dapat membantu memberi semangat dan perangsang kepada murid-murid agar berusaha bersungguh-sungguhdalam setiap pertandingan dan aktiviti HEM dan kokurikulum.

Objektif

v  Pemberian anugerah ini akan memberi dorongan kepada murid bergiat aktif dalam bidang kokurikulum dan sahsiah terpuji.

v  Menanam sifat bekerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam kalangan murid.

v  Melahirkan bakat pemimpim pada masa depan dalam kalangan murid.

v  Meraikan kejayaan semua murid yang telah menunjukkan prestasi baik dan ce,erlang dalam bidang kokurikulum, sukan dan sahsiah terpuji.  

 

 

 

 

 

 

 

Berikut adalah antara senarai Kategori Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum :

 

 

 

 

Berikut antara gambar-gambar sepanjang program dijalankan

 

 

Bacaan Doa

 

 

Perasmian dari En. Mohd Ali Syakran bin AB Rahman ( Yang dipertua PIBG )

 

Ucapan dari En. Jamilulail Bin Mohd Junit ( Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid )

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Majlis Anugerah Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid 2025 peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana ini telah melabuhkan tirainya dengan penuh makna dan kejayaan. Setiap anugerah yang diberikan merupakan satu bentuk penghargaan atas usaha gigih, komitmen tinggi dan semangat juang yang ditunjukkan oleh para murid sepanjang tahun dalam pelbagai bidang seperti sukan, kelab dan persatuan, unit beruniform serta aspek sahsiah diri.

Pengiktirafan ini diharap dapat membakar semangat semua murid untuk terus aktif, bertanggungjawab dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Malah, ia turut menjadi cerminan kepada kejayaan pihak sekolah dalam melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga unggul dalam kokurikulum dan pembinaan sahsiah diri.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua guru penasihat, jurulatih, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan program kokurikulum dan hal ehwal murid sepanjang tahun.

*Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Teruskan kecemerlangan, semaikan nilai murni, dan jadilah murid yang berjiwa besar serta mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.*

Monday, December 15, 2025

HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2026

Tarikh:       13/12/2025
Hari:           Sabtu
Tempat:      Sk.Taman Putra Perdana
 

Hari Orientasi Tahun 1 telah diadakan bagi membantu murid-murid baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, warga pendidik serta rutin pembelajaran. Program ini juga bertujuan memberi pendedahan awal kepada ibu bapa berkaitan sistem persekolahan dan peraturan sekolah.

Antara objektif Hari Orientasi ini diadakan adalah:

  1. Membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.

  2. Memperkenalkan guru-guru dan warga sekolah kepada murid serta ibu bapa.

  3. Memberi penerangan berkaitan peraturan sekolah dan rutin harian murid.

  4. Mewujudkan hubungan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Aktiviti yang dijalankan: 

  • Pendaftaran murid

  • Ucapan alu-aluan

  • Taklimat Guru Besar, YDP PIBG, Setiusaha Guru PIBG, Guru Penolong Kanan PPKI, Guru Disiplin Sesi Petang, Guru Program Transisi Tahun 1, Guru Penasihat SPBT dan Guru Penyelaras Moeis.

  • Sesi suai kenal murid bersama guru kelas

  • Ujian Tahap Pencapaian murid didalam kelas

Berikut antara gambar-gambar yang dirakam:



Bacaan doa yang dibacakan oleh Us. Ahmad Zubair bin Mohd Taib

Ucapan Guru Besar
Encik Mohd Izzuddin bin Yoop

Ucapan YDP 
Encik Mohd Ali Syakran bin Ab Rahman

Sesi Taklimat PPKI oleh Guru Penolong Kanan PPKI

Sesi Taklimat Setiausaha PIBG

Sesi Taklimat Guru Disiplin

Sesi Taklimat Program Transisi Tahun 1

Sesi Taklimat Skim Pinjaman Buku Teks

Sesi Taklimat Guru Penyelaras Moeis

Kaunter Pendaftaran 

Serahan Fail

Suasana didewan guru bersama murid mengikut kelas 

Murid-murid bergerak naik ke kelas

Sesi taklimat bersama ibu bapa

Sesi taklimat bersama ibu bapa

Murid-murid bersama guru didalam kelas

Murid-murid menjalani Ujian Dianogstik

Buku Program

Secara keseluruhannya, Hari Orientasi Tahun 1 2026 telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini berjaya memberi keyakinan kepada murid untuk memulakan sesi persekolahan. Ibu bapa juga mendapat maklumat yang jelas berkaitan perjalanan persekolahan anak-anak mereka. Suasana yang ceria dan teratur membantu murid berasa lebih selesa dan selamat berada di sekolah. Diharapkan program ini dapat memberi permulaan yang positif kepada murid-murid Tahun 1 dalam menempuh alam persekolahan.

Disediakan oleh:
Salmi binti Adnan






Friday, December 12, 2025

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA TAHUN 2025

Perkataan “Khatam” (ختم) dalam bahasa Arab bermaksud menutup atau menamatkan. Dalam konteks Al-Quran, khatam merujuk kepada kejayaan seseorang membaca Al-Quran dari awal (Surah Al-Fatihah) hingga akhir (Surah An-Nas) – kesemua 30 juzuk.


Majis Khatam Al-quran merupakan satu program khusus untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid sekolah rendah yang telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran lebih awal dari tempoh yang dikehendaki dalam pelaksanaan. Pengiktirafan ini adalah sebagai suatu sokongan dan motivasi untuk mendidik dan membudayakan generasi muda di peringkat awal persekolahan khasnya untuk terus berusaha menguasai dan meningkatkan mutu bacaan Al-Quran serta menghayati , memahami isi kandungan Al-Quran sebelum melangkah ke peringkat menengah.


Bagi meneruskan generasi celik Al-Quran dalam kalangan murid-murid Islam, usaha ke arah meningkatkan penguasaan dan penghayatan kandungan Al-Quran dituntut dan bermula dengan bacaan yang betul dari semasa ke semasa. Kemuncak kepada inisiatif ini ialah mereka dapat khatam Kalam Ilahi ini dengan jayanya. 


Justeru, pihak sekolah sentiasa berusaha melahirkan murid yang celik Al-Quran sehingga mereka khatam sepenuhnya sebelum melangkah keluar dari sekolah rendah. Dengan izin Allah, Majlis Khatam Al-Quran Perdana Tahun 2025 SK Taman Putra Perdana dapat disempurnakan dengan begitu lancar seperti ketetapan di bawah: 

•    Tarikh : 12 Disember 2025
•    Hari : Jumaat
•    Masa : 7.30 Pagi - 10.00 Pagi
•    Tempat : SK Taman Putra Perdana
•    Anjuran : Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana

Lensa kamera yang dirakam semasa majlis berlangsung:







    







Disediakan oleh:
Norbaizura binti Nordin 
Faridatul-Akmal binti Ismail

Friday, December 5, 2025

Hari Bicara Akademik Sesi Pagi 2025

Hari: Jumaat
Tarikh: 5 Dis 2025
Masa: 8.00 - 11.00 pagi
Tempat: Kelas Masing-Masing

Setelah selesai menjalani Ujian Akhir Sesi Akademik bagi tahun 2025, kini tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa dan guru untuk sama-sama melihat perkembangan dan peningkatan prestasi anak-anak dalam bidang kurikulum. Seawal jam 7.45 pagi, ibu bapa sudah pun hadir di persekitaran sekolah menantikan keputusan anak jagaan masing-masing.  

Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak didik SKTPP yang telah berjaya meningkatkan prestasi dalam penguasaan mata pelajaran yang telah diuji. Sekalung ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada ibu bapa yang sudi hadir memberikan sokongan kepada anak masing-masing serta pihak sekolah.

 Latar Belakang Hari Bicara Akademik

Ibu bapa atau penjaga pelajar sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Ini bagi menyediakan generasi pelapis kepada persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.

Objektif: 

  • Memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing di samping kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit.


Warna-warni potret Hari Bicara Akadmeik yang sempat dirakamkan ketika sesi perjumpaan ibu bapa dan guru: