... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, July 30, 2021

Tanya Sama Hati

Assalamualaikum dan salam inspirasi dari Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kami sentiasa mendoakan agar kita sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa. Kali ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan mengenai "Tanya Sama Hati". Sudahkan kamu mendengar apa kata hatimu? Ini kerana hanya 'HATI' yang paling mengetahui mana yang baik dan buruk bagi diri masing-masing. Sesungguhnya tiada yang lebih memahami hati daripada Penciptanya.

Hati merupakan raja dalam diri seseorang. Seluruh tubuh adalah pasukannya. Jika rajanya baik, maka baik jugalah pasukannya dan begitulah sebaliknya. Mulut atau bahasa lisan serta bahasa isyarat yang dinyatakan oleh seseorang kepada orang lain, ada kalanya tidak jujur. Ia tidak mengikuti kata hati dan hati selalu pura-pura tidak mengetahuinya. Jika hati boleh berkata-kata, mungkin ia akan lebih jujur daripada mulut.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati". (Hadis Riwayat Bukhari dari Nu'man bin Basyir). 

Oleh itu, hati penentu kebaikan dan keburukan sesorang individu. Ingin mengetahui mengenai "Tanya Sama Hati", mari sama-sama menonton video yang disertakan ini. Semoga bermanfaat. 


Seandainya murid-murid ingin bercerita atau ingin bertanyakan apa sahaja persoalan, boleh lah hubungi Guru Bimbingan dan Kaunseling.


#kiaskukenaldiriku

#staysafe

Wednesday, July 28, 2021

Jom Kongsi : Tips Sayangi Diri @ Self Love

Assalamualaikum, Salam ceria... salam bahagia πŸ˜ŠπŸ˜ƒπŸ˜ƒ buat anak-anak dan semua warga SKTPP. Cikgu doakan kita semua sentiasa sihat, ceria, bahagia dan bersemangat dalam meneruskan kehidupan.

Minggu ni cikgu nak kongsikan tentang Tips Sayangi Diri @ Self Love. Haaa... Self Love tu apa ye?? Ia bermaksud mencintai diri sendiri yang mana ianya melibatkan aspek menyedari diri, menghargai diri, percaya diri dan ambil berat dengan diri sendiri.

Bagaimana caranya?? Jom kita tengok poster dan video yang cikgu sediakan di bawahπŸ‘‡πŸ‘‡


Semoga perkongsian cikgu ini dapat membantu anak-anak semua menyayangi dan menghargai diri sendiri seterusnya menghadapi hidup dengan penuh rasa bahagia dan sejahtera πŸ’•πŸ’•πŸ’•


#selflove
#staysafe
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#bpsh

Monday, July 26, 2021

Terapi Ketawa

Selamat kembali meneruskan PdPR sayang-sayang cikgu..

Didoakan kamu sihat, ceria dan bersemangat untuk teruskan pekerjaan sebagai murid iaitu menuntut ilmu... Ayuh, teruskan dengan semangat luar biasa ituπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Hari ini cikgu ingin kongsikan mengenai satu terapi yang tidak perlukan kos!! Yang perlu hanyalah modal percuma yang Allah kurniakan iaitu mulut dan suara😁 Terapi yang cikgu maksudkan ialah TERAPI KETAWA. Banyak manfaat jika kita mengamalkannya.

Nak tahu lebih lanjut....jom klik blog bimbingan & kaunseling

Guru Baru

Selamat Datang diucapkan kepada 2 orang guru baru ke SKTPP. Semoga dapat sama-sama meningkatkan pencapaian anak-anak murid kita..

Ustazah Pn. Nor Saadah binti Abd Halim dari SK Tanjung. Batu Keramat, Tawau, Sabah akan mengajar di sesi pagi

Ustazah Pn. Farhana binti Mohammad Fuzi dari SK Gum-Gum Kecil, Sandakan, Sabah akan mengajar di sesi petang

Sunday, July 25, 2021

Selamat Kembali BerPdPR




Majlis Sanjungan Budi Sejambak Kasih sempena perpisahan Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah

Pada 25 Julai 2021, telah berlangsung sebuah majlis perpisahan untuk salah seorang guru yang sangat berjasa kepada Sekolah Kebangsaan Taman Putra perdana iaitu Ustaz Muhammad Saiffol bin Ngabiah. Majlis ini berlangsung pada 25 Julai 2021 secara atas talian melalui medium Youtube Live. Majlis berlangsung selama 1 jam itu telah dihadiri oleh Guru Besar, barisan Penolong Kanan, YDP PIBG, NYDP PIBG serta warga SKTPP.

Untuk pengetahuan, Ustaz Muhamad Saiffol telah berkhidmat selama 6 tahun di sekolah ini dan akan bertukar ke SK Kahang, Kluang, Johor berkuatkuasa pada 26 Julai 2021. Beliau merupakan ketua disiplin sesi petang di SKTPP, Sepanjang tempoh Perkhimatan beliau, Beliau sangat komited dalam segala tugas dan tanggungjawab yang diberi.

Semoga Ustaz Mohamad Saiffol terus cemerlang di sekolah baharu dan berbahagia di samping keluarga tersayang. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas khidmat beliau yang sangat komited dalam melakukan tugas-tugas sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini.



Saksikan bingkisan gambar-gambar semasa perjalanan  Majlis perpisahan yang berlangsung.

Majlis dipengerusikan oleh Encik Mohamad Hasbullah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Zubair.

ucapan wakil (sesi pagi) murid Muhammad Iqbal bin Norazmi

Ucapan wakil murid (sesi petang) Raisah Nur Khadeeja

Ucapan dari Penyelaras KKGK Ustaz Syed Farhan Hanafi


Ucapan daripada YDP dan NYDP PIBG SKTPP





Ucapan Guru Besar SKTPP, Pn. Rohaidah Binti Mohd Ali.

Ucapan yang dirai, Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah






Ucapan Perpisahan oleh rakan-rakan guru buat Ustaz Muhammad Saiffol




Ucapan Perpisahan daripada anak-anak murid buat Ustaz Muhamad Saiffol


Akhir kata, Salam perpisahan buat Ustaz Muhamad Saiffol. Semoga lebih komited dalam mendidik anak bangsa dan mencapai kejayaan di tempat yang baharu.

Untuk Ustaz Muhamad Saiffol, warga SKTPP mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan pengorbanan ustaz. Semoga Allah membalas jasa baik ustaz dan terus dirahmati  walau di mana pun berada. Siiru 'ala barakatillah.

Walau pandan di tepi bencah,
Bunga melati melekat juga;
Walau bagai jauh berpisah,
Di dalam hati dekat juga.

 Semoga kita bertemu lagi. Salam sayang dari warga SKTPP


Pemberitahuan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Mingguan Secara Dalam Talian Tahun 2021


Merujuk surat pemakluman di atas, pihak sekolah akan melaksanakan aktiviti kokurikulum pada setiap hari Sabtu bermula 31 Julai 2021 melibatkan semua murid tahun 4, 5 dan 6 termasuk murid PPKI.

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum akan menggunakan kaedah secara dalam talian atau secara luar talian mengikut kesesuaian aktiviti.

Kehadiran aktiviti kokurikulum sekolah wajib bagi semua murid terlibat.  Markah kehadiran akan direkodkan bagi pengisian PAJSK tahun ini.

Untuk mengetahui maklumat lanjut sila klik di sini

Saturday, July 24, 2021

Program Motivasi “Barakah Korban Inspirasi Kejayaan” Anjuran Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) Dengan Kerjasama Musalla Raudatul Ilmi Dan Panitia Pendidikan Islam SKTPP

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH S.W.T kerana atas limpah kurnia dan izinNYA akhirnya program yang telah dirancang selama dua minggu ini telah berlangsung dengan jayanya pada:

Tarikh   : 24 Julai 2021

Hari      : Sabtu

Masa     : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat : Kediaman masing-masing (Facebook Live / You Tube)

Program Motivasi "Barakah Korban Inspirasi Kejayaan"

Program ini telah mensasarkan penyertaan daripada semua murid asnaf dan fakir miskin sekolah yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor, semua warga Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana serta ibubapa dan masyarakat setempat agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Program ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi belia Islam agar sentiasa bersedia untuk berkorban harta, tenaga dan masa dalam melaksanakan tuntutan agama. Selain daripada itu, program yang disusun ini juga diharap dapat memberikan iktibar daripada peristiwa Nabi Ibrahim A.S  mengenai erti sebenar korban terutamanya dalam menuntut ilmu pengetahuan. Seterusnya diharapkan juga program ini dapat membentuk akhlak murid agar menghormati ibubapa dan guru yang telah berkorban mendidik mereka dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini. Secara tidak langsung, program seperti ini dapat meningkatkan semangat dan motivasi murid untuk belajar dengan lebih tekun.

Antara penonton yang turut serta meninggalkan komen mereka pada ruangan "Chat":




Program ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah selaku pengerusi majlis dan diikuti bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif dengan harapan agar program berjalan dengan baik dan lancar serta dipermudahkan.

Ustaz Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah selaku pengerusi majlis

Bacaan Doa oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Program telah dimulakan dengan sedikit tayangan video yang mempersembahkan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah Musalla Raudatul Ilmi serta Panitia Pendidikan Islam. 

Sedutan tayangan video

Tayangan video aktiviti di bawah Musalla Raudatul Ilmi dan Panitia Pendidikan Islam

Program diteruskan lagi dengan ucapan aluan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana iaitu Tn. Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian. Beliau sebagai wakil ibu bapa mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor atas kerjasama dan bantuan yang diberikan kepada anak-anak murid di SKTPP. Beliau turut mengharapkan agar kerjasama seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.


Tn. Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian mewakili PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana sedang menyampaikan ucapannya

Tidaklah lengkap sesuatu program sekiranya tiada ucapan perasmian daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana iaitu Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali. Menerusi ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1442H kepada semua warga sekolah dan penonton yang menyaksikan Facebook Live dan You Tube. Beliau turut sama mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana memilih Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana di bawah Program Sekolah Angkat yang dikenali sebagai PROSAZ dan Rancangan Wang Saku Sekolah (RAWS). Jumlah penerima bagi program ini adalah seramai 115 orang termasuk murid Pendidikan Khas yang mana ianya dapat membela kebajikan anak-anak asnaf dan miskin yang berdaftar di bawah LZS.

Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana menyampaikan ucapan perasmian

Bukan itu sahaja, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana dan penceramah PU Yeop yang meniupkan semangat dan memberikan suntikan ilmiah serta motivasi walaupun kita masih berdepan dengan Pandemik Covid-19. Sesuai dengan tajuk ceramah yang diberikan, beliau menyeru agar kita sama-sama melakukan pengorbanan agar semuanya dapat dilalui dengan sabar dan berlapang dada dalam ujian hidup bersempena dengan mengambil ibrah daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S.

Kini, tibalah kepada detik dan saat yang ditunggu-tunggu oleh semua iaitu ceramah motivasi “Barakah Korban Inspirasi Kejayaan” yang disampaikan oleh PU Yeop. Sebelum itu, ayuhlah kita berkenalan serba sedikit tentang peribadi penceramah kita.
PU Yeop

Nama Sebenar : Mohd Zainudin Bin Mohamed Zaini

Nama Komersial : Ustaz Yeop aka PU Yeop

Beliau merupakan:

1. Finalis Pencetus Ummah Musim 1 Astro Oasis

2. Pengacara Ceria I-Star Musim 1 & 2 Astro Ceria

3. Pelakon Watak Ustaz Yeop Drama Bersiri Kanak2 (i-kids) Astro Ceria

4. Duta Aman Palestin Malaysia

Status : Berkahwin dan Dikurniakan 7 Orang Cahaya Mata

Asal : Kg Gajah, Perak

Menetap : No 8, Lorong Setia 6, Taman Kamunting Setia, 34600 Kamunting, Perak

Email : mohdzainudin81@yahoo.com.my

No Tel : 012-4625812

FB Page :

1. The Real PU Yeop

2. Travel Bersama Ustaz Yeop

3. Akademi Al-Quran & As-Sunnah Darussalam

Intagram : ustaz_yeop


PENGALAMAN KERJA:

1. Imam Masjid Jamek Kg Melayu Sg Rapat Ipoh Perak Tahun 2002 - 2005

2. Pegawai Penguatkuasa Agama JAIPk Tahun 2006 - 2008

3. Pegawai Pembangunan Keluarga JAIPk Tahun 2009 - 2014

4. Timbalan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian & Rujuk Orang Islam Negeri Perak Tahun 2006 - 2014

5. Pendakwah / Pelakon / Pengacara 2014 - sekarang

6. Pengerusi / Pengasas Akademi Al-Quran & As-Sunnah Darussalam 2014 - sekarang

PENDIDIKAN:

1. Sijil Pelajaran Malaysia 1998

2. Syahadah Thanawiah 1998

3. Diploma Tahfiz Al Quran Wal Qiraat JAKIM 2002

4. Ijazah Rawatan & Perubatan Islam Darussyifa' Malaysia 2011




Sedikit kata-kata pendahuluan yang disampaikan oleh PU Yeop
 
PU Yeop telah memulakan ceramah motivasi dengan mengangkat kisah dan sejarah tentang anak-anak kepada Nabi Adam A.S iaitu Habil dan Qabil serta kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang dipanggil sebagai Ulul Azmi lantaran termasuk dalam kalangan nabi yang menerima banyak ujian dan memiliki azam yang paling tinggi. Kedua-dua kisah ini menjadi simbolik akan peristiwa ibadah korban yang dijalankan pada setiap tahun yang menjadi asbab untuk kita mengingati sirah dan perjuangan nabi-nabi terdahulu. Ibrah daripada kisah ini dapatlah disimpulkan bahawa Nabi Ibrahim seorang yang sangat sabar dan tabah dalam menghadapi ujian serta kejayaan dalam sesuatu perkara menjadi sangat manis apabila melakukan sesuatu pengorbanan. Sedikit sedutan kisah Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S serta kisah Habil dan Qabil: 



Dalam ceramah yang disampaikan oleh PU Yeop, beliau turut berkongsi hikmah melakukan korban iaitu;

1. Apabila melaksanakan ibadah korban ini, ALLAH S.W.T akan memberikan ganjaran yang sangat besar kerana mentaati perintah yang telah ditetapkan olehNYA.

2. Kita dapat berkongsi rezeki sesama saudara seislam.

Selepas tamat sesi ceramah yang berlangsung selama 45 minit, pengisian diteruskan lagi dengan sesi soal jawab bersama dengan penonton yang turut serta mendengar ceramah ini. Sesi soal jawab berlangsung dengan sangat baik dan mendapat sambutan yang hangat daripada penonton. Pelbagai bentuk soalan telah diutarakan kepada penceramah termasuklah aspek pengorbanan yang dilakukan oleh seorang guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang kini dilaksanakan lantaran situasi Covid-19 yang masih belum reda.

Antara soalan-soalan yang dikemukakan oleh penonton kepada penceramah:





Selepas tamat sesi soal jawab, satu slot kuiz telah diberikan di mana pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana berpeluang untuk menjawab soalan berkaitan dengan isi ceramah melalui Google Form yang telah disediakan. Berikut merupakan senarai pemenang bagi kuiz yang telah disediakan. Tahniah kepada semua!

Senarai Pemenang Kuiz:

1. NUR AFRINA DAMIA BINTI RIDUWAN (6 JUJUR)

2. KAASHIF NUR KIHARA BINTI AHMAD FADHLAN (4 VIVO)

3. AISY NUFAIL BIN SUHAIMI (4 NEFFOS)

4. MUHAMMAD JEBAT ADIPUTRA (5 IBNU BATUTTA)

5. AINUL ZAFREEN BINTI SUHAIMI (6 INTELEK)

6. NIK KHAIRUNNISA' BT. NIK SYAFFUL HADI (6 HARMONI)

7. HADIF RAYYAN TAN (4 SONY)

8. RAISYA SYIFA BINTI SHAIFUL BAHAR (6 JUJUR)

9. NUR ANNISA FAIHA BINTI MOHAMMAD SHARIL (4 SONY)

10. SHARIFAH AMANDA BATRISYIA BINTI SYED KHAIRUL HAKIMIN (4 SONY)

11. IRSYAD AL FATEH BIN MOHD NORDIN (5 IBNU KHALDUN)

12. NUR IRDINA SOFIY BINTI MOHAMMAD SHARIL (5 IBNU THUFAIL)

13. MUHAMMAD ARIEFF RAYYAN (4 OPPO)

14. NUR AIN ATIELYIEANA BINTI MOHAMAD ZAIHAN (4 LENOVO)

15. WAN HANA HUSHAIRA BINTI WAN KAMAL SHAHRIN (5 IBNU THUFAIL)

16. UZMA BATRISYA BINTI AZHARY (6 JUJUR)

17. NUR FATEHAH SOLEHAH BINTI ZURILAZMAN (6 INTELEK)

18. AHMAD EIYAZ ZIKRI BIN MUHD ZUKHAIRI (4 NEFFOS)

19. NURUL AUNIE UMAIRAH BINTI ZAMRY (6 INTELEK)

20. AMMARA RAYHANAH BINTI AMIR (1RAJAWALI)

Sebelum mengakhiri pengisian halwa telinga, majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penceramah kita yang sangat berwibawa iaitu PU Yeop atas kesudian beliau dalam menyampaikan ceramah yang sangat bermanfaat ini. Sebagai tanda penghargaan daripada pihak penganjur, majlis telah menyerahkan sijil penghargaan kepada beliau atas sumbangan berbentuk perkongsian ilmu yang telah diberikan.


Berikut pula merupakan antara sijil penyertaan yang telah diterima oleh penonton yang turut serta dalam program ini:



Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang untuk kecemerlangan sahsiah murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana amnya dan murid asnaf dan miskin khususnya bagi melahirkan murid yang tabah dan bersedia untuk berkorban dalam mencapai kecemerlangan dari segi akademik, sahsiah diri dan kokurikulum.

Semoga program ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada warga Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana khususnya dan masyarakat sekeliling secara amnya terutama dari aspek pengisian rohani dan jiwa anak-anak murid agar sentiasa cekal dan tabah menjalani tuntutan agama dalam kehidupan seharian. Doa dan harapan mudah-mudahan anak-anak didik juga bakal menjadi insan intelektual yang rasional pada masa hadapan. In syaa Allah.

Jika masih ada yang belum menonton perkongsian ceramah ini boleh melayari laman You Tube melalui link: https://www.youtube.com/watch?v=zddke0-_lLE untuk menyaksikannya.


Jangan lupa untuk “LIKE, SHARE, COMMENT, ADD FRIEND” Facebook Musalla Raudatul Ilmi SKTPP untuk mengikuti pelbagai perkongsian yang menarik.

Page Facebook "Musalla Raudatul Ilmi SKTPP"

Akhir kalam, terima kasih sekalung budi daripada barisan pentadbir serta jawatankuasa pelaksana Program Motivasi “Barakah Korban Inspirasi Kejayaan” Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.


#BarakahKorbanInspirasiKejayaan
#StaySafe
#KitaJagaKita


Disediakan oleh,

Syahirah Binti Tumar
AJK Posting Blog
Program Motivasi “Barakah Korban Inspirasi Kejayaan” Anjuran Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) Dengan Kerjasama Musalla Raudatul Ilmi Dan Panitia Pendidikan Islam SKTPP

Friday, July 23, 2021

Raptai Program Motivasi Anjuran Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) Dengan Kerjasama Musalla Raudatul Ilmi Dan Panitia Pendidikan Islam SKTPP

Satu sesi “rehearsal” atau raptai telah diadakan sebagai pra persediaan sebelum berlangsungnya program ini yang akan dijalankan secara “live”. Terima kasih diucapkan kepada penceramah PU Yeop yang sudi meluangkan masa bersama-sama dengan barisan jawatankuasa teknikal dalam sesi raptai tersebut. Raptai tersebut diadakan bagi memberi persediaan yang lebih rapi dalam memastikan kelancaran program ini tanpa sebarang masalah.

Sesi reheasal sedang dijalankan melibatkan ahli jawatankuasa teknikal bersama penceramah yang akan mengendalikan sesi ceramah iaitu PU Yeop

Sedikit sedutan semasa sesi rehearsal sedang berlangsung.

Diharapkan agar program yang telah disusun dengan terperinci ini akan berjalan dengan lancar dan baik, In syaa Allah.

Terima kasih.

Disediakan oleh,
Syahirah Binti Tumar
AJK Posting Blog
Program Motivasi “Barakah Korban Inspirasi Kejayaan” Anjuran Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) Dengan Kerjasama Musalla Raudatul Ilmi Dan Panitia Pendidikan Islam SKTPP

Thursday, July 22, 2021

Mesyuarat Jawatankuasa Program Motivasi Anjuran Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) Dengan Kerjasama Musalla Raudatul Ilmi Dan Panitia Pendidikan Islam SKTPP

Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) merupakan salah satu inisiatif dari pihak Lembaga Zakat Selangor dalam membantu pembangunan fizikal, emosi dan intelektual anak-anak asnaf dan miskin yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor khususnya. Melalui program yang dirancang dan disediakan oleh pihak sekolah, maka PROSAZ di bawah pengurusan Unit Kebajikan Hal Ehwal Murid SK Taman Putra Perdana mengadakan program motivasi bersempena hari kebesaran umat Islam iaitu Hari Raya Aildiladha. Program yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengisian rohani terutama kepada murid asnaf dan  miskin serta warga sekolah merupakan program kerjasama antara Musalla Raudatul Ilmi dan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.

Sehubungan dengan itu, mesyuarat jawatankuasa pelaksana Program Motivasi Anjuran Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) dengan kerjasama Musalla Raudatul Ilmi dan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana kali pertama telah diadakan mengikut ketetapan yang berikut:

Tarikh    : 11 Julai 2021

Hari        : Ahad

Masa      : 9.00 malam

Tempat   : Kediaman masing-masing (Aplikasi Telegram)

Mesyuarat kali ini adalah untuk memberikan maklumat tentang jawatankuasa induk dan kerja-kerja yang terlibat secara langsung dalam program ini serta skop dan bidang tugas masing-masing.

AJK Pelaksana yang terlibat dengan program yang telah dirancang

Mesyuarat dan perbincangan dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Telegram

Seterusnya, mesyuarat jawatankuasa bagi program ini sekali lagi berbincang dan memberikan maklum balas tentang gerak kerja yang telah dijalankan mengikut ketetapan seperti yang di bawah:

Tarikh    : 16 Julai 2021

Hari        : Jumaat

Masa      : 9.00 malam

Tempat  : Kediaman masing-masing (Aplikasi Telegram)

Pada mesyuarat kali ini lebih banyak membincangkan teknikal pelaksanaan program di mana program ini akan dijalankan secara langsung melalui aplikasi Facebook Live. Segala kesulitan yang timbul telah dibincangkan dan semua ahli jawatankuasa telah bekerjasama dalam membantu ahli jawatankuasa teknikal mengatasi masalah yang ada. Bukan itu sahaja, pada mesyuarat kali ini turut memperbincangkan tentang pelaksanaan soalan kuiz yang akan diberikan kepada murid serta sijil penghargaan yang akan diberikan kepada semua yang terlibat. Hasil daripada pandangan dan kerjasama yang telah dibuat, semua perancangan pelaksanaan berjalan dengan lancar dan berharap program yang disusun ini akan berlangsung dengan baik dan tersusun.

AJK Pelaksana program motivasi yang terlibat dalam mesyuarat untuk kali yang kedua

AJK Teknikal sedang menunjukkan cara pelaksanaan program yang akan berlangsung secara "live" di dalam mesyuarat

AJK Teknikal yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Zubair sedang melakukan kerja-kerja teknikal bagi memastikan program berjalan dengan lancar

Mesyuarat kali ketiga bagi program ini telah dijalankan pada:

Tarikh    : 22 Julai 2021

Hari        : Khamis

Masa     : 10.00 pagi

Tempat : Kediaman masing-masing (Aplikasi Google Meet)

Mesyuarat kali ini pula lebih kepada ahli jawatankuasa teknikal memberikan gambaran yang lebih jelas tentang perjalanan program daripada mula sehinggalah berakhirnya program termasuklah semasa mengendalikan soalan daripada penonton dan juga kuiz yang akan dijawab oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.

Mesyuarat dijalankan secara Google Meet yang mana ianya menunjukkan proses berlangsungnya program dariapada permulaan sehinggalah akhir program sebagai penilaian akhir bagi mencari permasalahan sekiranya ada

Semua jawatankuasa pelaksana yang terlibat telah memberikan kerjasama yang sangat baik bagi memastikan program berlangsung dengan jayanya. 

Terima kasih.


Disediakan oleh:
Syahirah Binti Tumar
AJK Posting Blog
Program Motivasi Anjuran Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) Dengan Kerjasama Musalla Raudatul Ilmi Dan Panitia Pendidikan Islam SKTPP

Tuesday, July 20, 2021

Salam Aidiladha

 

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua murid, ibu bapa, guru dan seluruh warga SKTPP. Marilah kita sama-sama bermuhasabh diri dan menelusuri sejarah para Nabi dan Rasul yang sentiasa taat dengan perintah Allah swt. Moga kita semua dapat mencapai redha, maghfirah dan rahmat dari Yang Maha Esa.

      Bulan Zulhijjah bulan mulia,

      Disambut dengan hati gembira;

      10 Zulhijjah kini menjelma;

      Ucapan dikirim maaf dipinta.