Tarikh : 10 Oktober 2016
GURU-GURU YANG BERTUGAS
Encik Ahmad Musrizuan bin Daud
Puan Nor Shuhada binti Mohd Noor
Puan Norliza binti Ali @ Yasim
Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
Puan Norfauziaton binti Ali Mohamed
Puan Zailezah binti Sardi
Puan Norbaizura binti Nordin
Puan Nor Hasimah binti Samarin
Perhimpunan Pagi
LAPORAN / ULASAN
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
Nyanyian lagu
Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
Bacaan doa oleh
Nukman Haziq.
Bacaan Ikrar
Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Zailezah.
Bacaan Ikrar Murid
dipimpin oleh ketua pengawas iaitu Asyraaf Aqasha.
Bacaan doa
Bacaan ikrar
Laporan / ulasan guru bertugas minggu
lepas (Ustaz Mahadir)
Ustaz
mengingatkan murid-murid sentiasa mengamalkan
tiga perkara yang berikut iaitu:
a) Keberadaan
dalam kelas
- Murid-murid diingatkan supaya sentiasa berada
dengan senyap di dalam kelas semasa cikgu tiada dalam kelas terutama kelas tahun 6. Selain itu, murid-murid
tahun 6 juga dilarang keluar daripada kelas jika cikgu tidak ada dalam kelas.
b) Makan
di merata-rata tempat
- Murid-murid juga dinasihatkan supaya
tidak makan di merata-rata tempat. Murid-murid diminta makan di kantin sahaja.
c) Mematuhi
peraturan sekolah.
- Murid-murid diminta mematuhi peraturan
sekolah iaitu memakai pakaian seragam ke sekolah setiap hari dan diminta semua pelajar lelaki menggunting
rambut dengan pendek dan sentiasa kemas.
Pemenang Keceriaan Kelas
PPKI
1.Apple
2.Compaq
3.Lenovo
TAHUN 4
1.Radiologi
2.Patologi
3.Respiratori
TAHUN 5
1.Zuhrah
2.Uranus
3.Zuhal
TAHUN 6
1.Lambda
2.Omega
3.Gamma
Ucapan guru bertugas
Memperkenalkan
guru-guru bertugas pada minggu ini.
Tema
minggu ini ialah Budaya Cemerlang.
Budaya
cemerlang dalam kalangaan murid adalah seperti menyiapkan tugasan dengan
cemerlang dalam pelajaran di sekolah. Selain itu, mematuhi ibu bapa merupakan
nilai murni yang cemerlang dalam kehidupan kita. Masyarakat yang mematuhi
undang-undang diklasifikasikan sebagai masyarakat atau komuniti yang cemerlang.
Dalam pada itu, daya saing untuk mencuba sesuatu yang baru juga membentuk ke arah
Budaya Cemerlang.
Pemulangan Buku Nilam
Puan
Siti Rabiaah binti Mohammad meminta murid-murid tahun 4, 5 dan 6 memulangkan buku-buku Nilam pada 11 Oktober 2016 sebelum pukul 9.00pagi.
Pertandingan Reka Cipta Sempena Karnival
Komuniti
Pada
3 September 2016, 5 orang murid SKTPP telah menyertai Pertandingan Reka Cipta
Sempena Karnival Komuniti Sepang Tahun 2016. Sekolah kita telah mendapat tempat
ke-5 daripada 11 buah sekolah. Pemenang–pemenang tersebut adalah seperti
berikut:
1.
Muhd
Nur Rusyaidi bin Bakri
2.
Ahmad
Redzuan bin Ahmad Faizol
3.
Muhd Musyrif Hfiy bin Muhajmi
4.
Mohamad
Hazwan bin Aminur Rashid
5.
Muhd
Izzat Anuar Alejandro bin Sani.
Perkhemahan Unit beruniform Peringkat
Sekolah.
Ustazah
Hasliza telah mengingatkan murid-murid supaya menghantar borang-borang
penyertaan perkhemahan dengan segera.
Ucapan guru Penolong Kanan Kurikulum
Puan Azizah
binti Mokhlas telah memaklumkan kepada murid-murid sentiasa menjaga tingkah laku masing-masing
semasa berlangsung Prapenghakiman PPDa pada 11 Oktober 2016 (Selasa) esok. Murid-murid diminta
menjaga disiplin untuk menjaga nama baik dan mengharumkan nama sekolah kita.
Beliau juga
mengingatkan bahawa pada hari Rabu minggu ini iaitu 12 Oktober 2016 akan diadakan Peperiksaan Akhir Tahun untuk mata pelajaran Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Arab dan Bahasa Tamil untuk semua murid
tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6. Murid-murid diminta hadir pada hari tersebut
untuk menduduki peperiksaan tersebut.
Disediakan Oleh : Jamunarani Bhoja Rajan