... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, November 27, 2012

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2012:Pentaksiran Psikometrik Ke Arah Pembangunan Modal Insan Berkualiti.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Pada tanggal 26 November hingga 29 November 2012 SKTPP telah dijemput oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk membuat pameran PBS di Hotel Renaissance, Melaka sempena Persidangan Kebangsaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Guru-guru yang terlibat ialah Puan Jumilah bt Ahmad (SU PBS), Puan Rashidah bt Mahmad (Guru Pendidikan Islam), Puan Suhaizan bt Sukiman (Guru Bahasa Inggeris) dan Puan Julaili bt Onian (Guru Dunia Sains dan Teknologi).
Persidangan ini dirasmikan oleh Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Na'imah Ishak. Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan (Operasi) Tn Hj. Zulkarnaini b. Hussin, Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan (Produksi) Tn Hj. Kamaruddin b. Jazuli dan Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan (Pengurusan) Datin Nawal bt Salleh. Peserta-peserta persidangan ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan seluruh negara, pegawai-pegawai PBS, pegawai-pegawai bahagian LPM, JPN, PPD, IPGM, NGO dan pensyarah-pensyarah dari universiti seluruh Malaysia.
Berikut antara gambar yang dapat dirakam:

























28 November 2012 - Rabu.
YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) telah melawat pameran KSSR. Ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian beliau. 










Monday, November 26, 2012

PPM(PPKI) Baru

Pada 22.11.2012(Khamis)- Pihak sekolah telah menerima 2 orang kakitangan Pembantu Pengurusan Murid untuk PPKI yang baru iaitu Pn. Maimunah Bt Madon dan Pn. Zahrah Bt Mohd Noh. Selamat Datang kepada beliau dan selamat bertugas.

KSSR & PBS: Beyond chalk and board


Sunday November 25, 2012

Beyond chalk and board

By TAN EE LOO
educate@thestar.com.my

Holistic approach: SK Taman Putra Perdana teachers viewing the portfolio of some of their studentsHolistic approach: SK Taman Putra Perdana teachers viewing the portfolio of some of their students
IMAGINE you are a Mathematics teacher, and your goal is to teach your pupils to count from one to 10.
You could either write “5 + 5 = 10” on the blackboard, which is fast and simple, or you could come up with an activity that will put some fun back into classroom teaching.
Instead of asking the children to count with their fingers, you could place apples in a basket and let them feel and count the apples.
Chances are that not only will the children have fun but they will also learn during the process.
The apples could even be used to reward those who behave well in class!
For teachers who wish to plan and design their lessons more creatively, the school-based assessment system (PBS) gives them the opportunity to do so.
Let’s forget about blackboard and chalk for one second, because with a touch of creativity, teachers could also inject some excitement into the otherwise mundane and predictable school lessons.
“It may seem difficult at the beginning, but once you start the ball rolling you will get more experience along the way. It may also be easier to find materials to make your lessons interesting,” said SK Taman Putra Perdana teacher Ezza Hairani Zainuddin.
The PBS was introduced last year in all government and government-aided primary schools, and this year in all government and government-aided secondary schools.
It is a holistic form of assessment in which the focus is more on the children’s personal development and growth.
Teachers are given autonomy to carry out formative and summative assessments which require them to record pupils’ learning progress in a systematic manner.
According to the Malaysian Examinations Syndicate (MES), there are four components in the PBS; namely, school assessment; centralised assessement; assessment of physical, sports and co-curricular activities, and psychometric assessment.
Teachers also have to file pupils’ work as proof that the learners have acquired the necessary knowledge and skills of which a performance band will be given to the children.
For pupils like seven-year-old Hurin Batrisyia Amani Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini, her learning progress will be assessed and recorded from the activities she had undertaken in school like colouring, singing and quizzes.
Performance is ranked with reference to bands One to Six; One being the lowest and Six the highest.
By the time she gets to Year Six, she will have a portfolio that shows all her achievements and performance accumulated over the years in primary school.
“I like coming to school because teachers let us sing and draw in the class,” she said.
However, the system has also received its fair share of criticism from parents who are worried about the issue of favouritism.
MES director Dr Na’imah Ishak said there was a monitoring system in place to ensure successful implementation of the PBS in schools.
“We are still in the preliminary stage of the implementation. We have a monitoring system where we go down to the field and make sure that it is being carried out effectively in schools. It takes a village to educate a child so the state education departments, district education offices and school authorities all play a role in ensuring a successful implementation of the system,” she said.
SK Taman Putra Perdana headmaster Sukimin Juki said there were two files - fil showcase and fil perkembangan - that would serve as evidence of the children’s performance in school.
If the MES or any concerned parties wanted to find out if the assessment was being carried out fairly, the headmaster said they could seek permission to look at the “evidence”. There were also complaints from some teachers on the PBS Management System (SPPBS) that they had to stay up late to log on to the system.
Sukimin said he always reminded his teachers to carry out the assessment periodically and should never leave it to the last minute.
“Teachers should not see it as a burden but rather an opportunity to explore the possibilities to create and plan their lessons more effectively.”

Petikan daripada: the Star Online, 25 Nov 2012 

Wednesday, November 21, 2012

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 2013

Pelajar-pelajar tahun 6 2012 dipelawa memohon memasuki Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia & Yayasan Selangor.

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.

Tarikh Tutup Permohonan : 28.11.2012

Terima kasih.


Monday, November 19, 2012

SENARAI MURID MENDAPAT 5A

Berikut adalah senarai nama 27 orang murid tahun 6 yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2012:

BIL
NAMA MURID
1.        
ADELLINE SAFFIA BINTI ZAIDI
2.        
AIMANUDDIN BIN SHARIFUDDIN
3.        
AIN NAJMY BINTI AHMAD ZAIRY
4.        
ANIS ATHIRAH BINTI SAIFUL KHAIRI
5.        
ANIS VAARAN ARVIN A/L VIVEGANANTHAN
6.        
ATIQAH AN-NUR BINTI ZAINUDIN
7.        
DIVYA RAINJANA A/P S.SURAINDIRAN
8.        
FATIN FARHANA BINTI AMRI
9.        
ILHAM FAHIM BIN ZULHAZMI
10.    
KHAIRUL FATINAH BINTI KHAIRUL AFFANDI
11.    
MUAZ ARRAZI BIN ABDULLAH
12.    
MUHAMAD FAZLY BIN ANUAR
13.    
MUHAMMAD AMREEN SYAHMI BIN SALAHUDDIN
14.    
NOORAINA ALIESYA BINTI NORHAIZAM
15.    
NUR ALIA HUSNA BINTI AZMAINI
16.    
NUR ALYA IZZATI BINTI ABDUL MUZI
17.    
NUR ERISYA BINTI AZMAN
18.    
NURIN NABILA BINT I MD YAZID
19.    
RIYSHMAA A/P DEVENDARAN
20.    
ROSNAIDA HUSNA BINTI ROSLAN
21.    
SHARVENY PARTHIBAN
22.    
NISA BATRISYIA BINTI KHAIRIRI
23.    
NUR FARISHA IZZATY BINTI AWANG CHIK @ ALIAS
24.    
NURAINA FIRZANI BINTI MOHD AZAHANI
25.    
MASHITAH HANIM BINTI AZIZ
26.    
NUR DINY ATHIRAH BINTI RAZE’EN
27.    
WAN NURAMNI NADIA PUTRI BINTI WAN NORKIHAN



TAHNIAH KEPADA MURID-MURID YANG MENDAPAT 5A. 
SEMOGA KEJAYAAN ANDA MENJADI PENDORONG KEPADA RAKAN-RAKAN LAIN.

KEPUTUSAN UPSR 2012

Hari ini, 19 Nov  (Isnin) - keputusan UPSR diumumkan.

 Hasil usaha murid selama 6 tahun dari tahun 1 hingga tahun 6,  sokongan serta dorongan dari ibubapa serta tunjuk ajar dan bimbingan guru diterjemahkan dengan keputusan yang didapati. Ada yang gembira, ada yang berduka. Tahniah kepada semua murid yang mendapat keputusan cemerlang 5A. Buat murid yang kurang berjaya, teruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan di masa depan.

Kepada guru-guru, tahniah dan syabas buat anda semua. Semoga kecemerlangan dan pencapaian ini dapat dipertingkatkan lagi di tahun-tahun akan datang. Terima kasih buat anda para guru SKTPP……

Sekadar perbandingan…..

Tahun
Bil. Murid
GPS
Bil 5A
% pencapaian
2012
278
2.02
27
82.02
2011
286
2.10
26
78.67

Untuk analisis keputusan penuh, sila klik di sini.

Sebagai tatapan kenangan













Monday, November 12, 2012

E-mel dari PPD: Penempatan Tingkatan 1 2013


Salam Sejahtera. PERHATIAN PK HEM. Berita terkini untuk penempatan TINGKATAN 1. Jika ada diantara murid yang mahu bertukar sekolah dalam daerah,luar daerah dan luar negeri mohon arahkan pelajar ini ke sekolah menengah yang ditempatkan untuk membuat urusan.RAYUAN juga dilakukan di sekolah menengah murid itu ditempatkan. Selepas ini sekolah rendah tidak terlibat lagi dengan pertukaran/rayuan  murid. Teima Kasih .Selamat bercuti.Happy Deepavali ISMAIL HUSIN PPD MENENGAH (MURID)

- Petikan e-mel asal yang dikirimkan oleh PPD Sepang (ppdsepang@gmail.com, Mon, Nov 12, 2012 at 9:18 AM)

Saturday, November 10, 2012

NAMA MURID MENGIKUT KELAS 2013

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga SK Taman Putra Perdana, ini adalah pautan bagi senarai nama murid-murid SKTPP bagi tahun 2013.  Sila klik pada pautan yang diberikan :

Nama Murid Tahun 2 2013
Nama Murid Tahun 3 2013
Nama Murid Tahun 4 2013
Nama Murid Tahun 5 2013
Nama Murid Tahun 6 2013


Friday, November 9, 2012

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2012

Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah SK Taman Putra Perdana telah diadakan pada 8 November 2012 bertempat di Dewan Perdana. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Shahrul Nizam bin Rohani, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Sepang.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun. Majlis diteruskan dengan Graduasi Prasekolah. Majlis turut diserikan dengan persembahan Tarian Zapin, tarian daripada murid Prasekolah, koir dan nasyid.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan penyampaian Hadiah Murid Terbaik Dalam Kelas bagi tempat pertama, kedua dan ketiga. Seterusnya penyampaian Hadiah Murid Terbaik Mata Pelajaran bagi Tahun 1 hingga Tahun 6.

Majlis ini diteruskan dengan penyampaian Hadiah Anugerah Khas untuk murid-murid Pendidikan Khas bagi beberapa kategori:
a) Anugerah Kilauan      -  (adik Mohamad Hazim Ridzuan bin Mohd Marzuki)
b) Anugerah Perwaja     -  (adik Muhammad Akid Qiwamuddin bin Keri)
c) Anugerah Permata     -  (adik Mohammad Azhar bin Suhaimi)

Anugerah Intan juga diberi kepada murid Pemulihan yang menunjukkan peningkatan pencapaian dalam akademik iaitu adik Nur Shafira Izzaty binti Zahari, adik Disanthini Priya a/p Sagar dan adik Nur Shafurah Amelin binti Yusdi.
Anugerah Nilam telah diberi kepada adik Anis Athirah binti Saiful Khairi dengan jumlah bacaan sebanyak 424 buah buku.

Kemuncak acara Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah adalah penyampaian anugerah: a)Kecemerlangan Akademik (Sinar Bestari)         -  adik Atiqah An-Nur binti Zainudin
b)Kecemerlangan Sahsiah (Sinar Nurani)             -  adik Muaz Arrazi bin Abdullah
c)Kecemerlangan Kokurikulum (Sinar Kesatria)  -  adik Ilham Fahim bin Zulhazmi.
d)Anugerah Perdana-Tokoh Bitara 2012            -  adik Atiqah An-Nur binti Zainudin.

Majlis berakhir pada pukul 11.30 pagi.




Ketibaan En.Shahrul Nizam diiringi oleh En.Sukimin dan En.Saharudin


                                        
                                          Murid-murid Prasekolah yang terlibat dengan graduasi.

                                      


Ucapan aluan dan perasmian oleh En.Shahrul Nizam


En.Sukimin b. Juki menyampaikan cenderahati kepada murid Prasekolah

                             
                                                    Tarian Zapin daripada Tahun 6 Unix


Adik Aiyatul Adnin Ilyyina salah seorang penerima hadiah terbaik mata pelajaran


   
Tokoh Nilam 2012 adik Anis Athirah binti Saiful Khairi

                                       
                                          Perarakan murid membawa hadiah bagi Tokoh Bitara

                                   
                                  Penerima anugerah Sinar Bestari,Sinar Nurani dan Sinar Kesatria

                           
                           Adik Atiqah An-Nur bt Zainudin dinobatkan sebagai Tokoh Bitara 2012


                                        Tokoh-tokoh bersama hadiah anugerah masing-masing
                                       
                                         

Guru Besar membawa tetamu melawat laluan PPda
   

Disediakan oleh : Pn.Zailezah bt Sardi