... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, February 28, 2019

Sambutan Hari Kelahiran Murid Bagi Bulan Januari dan Februari

Sambutan Hari Kelahiran Sesi Petang








Sambutan Hari Kelahiran Sesi Pagi











  • Sambutan Hari Kelahiran bagi bulan Januari dan Februari diadakan pada 28 Februari 2019 bagi kedua-dua sesi persekolahan. 
  • Pihak sekolah amat berbangga dengan sumbangan kek dan juadah yang disumbangkan oleh ibu bapa yang baik hati dan prihatin.
  • Setiap murid menerima hadiah sumbangan daripada pihak sekolah dan PIBG bagi meraikan ulang tahun hari kelahiran mereka agar murid berasa disayangi dan dihargai.
  • Perkongsian kek dan makanan lain dengan rakan-rakan mewujudkan rasa saling sayang-menyayangi dan merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan murid.
  • Terima kasih kepada AJK, para pentadbir dan ibu bapa serta guru-guru yang memberi kerjasama untuk menjayakan sambutan buat kali ini. 
Disediakan oleh:
Cikgu Siti Aisah binti Hanafi

Program Guru Penyayang (Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Januari – Februari 2019)

Alhamdulillah, aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah di bawah Program Guru Penyayang dapat diteruskan lagi bagi tahun 2019 yang mana program ini telah menjadi satu budaya guru di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Aktiviti ini merupakan satu mekanisme dalam menanam dan membudayakan sikap kasih sayang oleh setiap guru di sekolah. Budaya sekolah yang mengamalkan sikap menyayangi akan melahirkan rasa kepunyaan antara satu sama lain dalam kalangan guru dan murid yang dapat membantu meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Aktiviti yang dijalankan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Hal Ehwal Murid ini dilaksanakan oleh guru-guru yang akan menyambut serta mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar A dan B.

Aktiviti yang dijalankan ini secara tidak langsung dapat:
1. Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya sekolah.
2. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
3. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid.
4. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan murid.

Pelaksanaan aktiviti ini adalah setiap hari waktu persekolahan dan masa menyambut guru adalah seperti berikut:

7.00 pagi hingga 7.20 pagi (sesi pagi)
1.00 petang hingga 1.20 petang (sesi petang: Isnin – Khamis)
2.00 petang hingga 2.20 petang (sesi petang: Jumaat)

Berikut merupakan paparan gambar yang telah diambil ketika aktiviti ini dilaksanakan:
Guru Sesi Pagi, Puan Junaidah Binti Rus mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah di pintu Pagar A.

Puan Astina Binti Mahad Nor turut sama menyambut kehadiran murid.

Guru Sesi Petang, Puan Hastipa binti Mad Daud bersalaman dengan murid yang baru tiba di sekolah di pintu pagar B.

Wajah Ceria Puan Salmi Binti Amir semasa menyambut murid di pintu pagar A.

Tersenyum ceria apabila disambut oleh guru yang bertugas.

Gelagat murid sesi petang yang baru tiba di sekolah.

Puan Rozimah binti Yaakob bergambar kenangan bersama murid sesi petang.

Murid lelaki juga bersalaman dengan Puan Rozimah binti Yaakob. 

Jutaan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan objektif pelaksanaan program ini berjalan dengan jayanya. Semoga aktiviti ini dapat terus memupuk semangat murid untuk hadir ke sekolah.

“UJANA ILMU WADAH KECEMERLANGAN”

Monday, February 25, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-9 (Sesi Pagi) & Sambutan Kontingen Olahraga SKTPP

Tarikh: 25 Februari 2019
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP
Pengacara Majlis: Adik Nadiah Wardina binti Mohd Idil (6 Tabla)
Senarai Guru Bertugas:
1. Cik Roslinda binti Mansor
2. Encik Mahadir bin Midun
3. Puan Astina binti Mahad Nor
4. Puan Juli binti Mahbah
5. Puan Faridatul-Akmal binti Ismail
6. Puan Faridatul Aini binti Alias
7. Puan Jamilah binti Mohd Yusof
8. Puan Junaidah binti Rus
9. Puan Roseniza binti Setapa
10. Puan Murni binti Abdullah

Barisan guru bertugas sesi pagi minggu ke-9, 2019
Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian  lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Adik Abby Nurul Elyana binti Yahaya (6 Kompang)
  • Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Jamilah binti Mohd Yusof
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhd Amar bin Mohd Rizal 
Adik Nadiah Wardina, Adik Abby Nurul Elyana dan Adik M.Syahmi Wafiq
Barisan pentadbir dan guru-guru SKTPP

Guru-guru yang sentiasa bersemangat waja

Anak didik SKTPP

2. Laporan guru bertugas minggu lepas (18.2.2019 - 23.2.2019)

Puan Rosmawati binti Md Desa
Laporan (Pengumuman kelas terbersih) disampaikan oleh Puan Rosmawati binti Md Desa

Tahun 4:
Johan - Harmoni
Naib Johan - Jujur
Tempat Ketiga - Efisien

Tahun 5:
Johan - Vanadium
Naib Johan - Ferum
Tempat Ketiga - Platinum

Tahun 6:
Johan - Gambus
Naib Johan - Tabla
Tempat Ketiga - Seruling

Kelas PPKI:
Johan - Soccer
Naib Johan - Bowling
Tempat Ketiga - Kriket

Penyampaian hadiah keceriaan kelas kepada ketua kelas
3. Ucapan guru bertugas minggu ini (25.2.2019 - 1.3.2019) oleh Puan Jamilah binti Mohd Yusof

Puan Jamilah binti Mohd Yusof
Tema: Sayangi Buku Teks
  • Semua murid dinasihatkan supaya sentiasa menjaga buku teks dengan sebaik-baiknya. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan buku teks di merata-rata tempat. Sekiranya buku teks tersebut hilang, murid-murid perlu membayar atau menggantinya semula.
  • Semua murid diingatkan supaya membalut buku teks dengan pembalut plastik agar tidak rosak. Buku-buku itu akan digunapakai oleh murid lain pada tahun berikutnya. 

4. Majlis Sambutan Kontingen Olahraga SKTPP
    Pengacara: Puan Noor Hayati binti Yusof dan Cik Roslinda binti Mansor


Pengacara Majlis Sambutan Kontingen Olahraga SKTPP
Ucapan Tn Hj Khairul Azhar, YDP PIBG SKTPP

Ucapan Pn Hjh Rohaidah Mohd Ali, Guru Besar SKTPP

Makluman mengenai Kejohanan Olahraga MSSD Sepang:

  • Tarikh: 18 Februari hingga 21 Februari 2019
  • Tempat: Stadium Mini Majlis Perbandaran Sepang
  • SKTPP telah menghantar para atlet PPKI dan aliran perdana
  • Jurulatih terlibat: Cikgu Ahmad Musrizuan, Cikgu Mohd Rusydan, Cikgu Nor Amirulfitri, Cikgu Mohd Ishak Shairazi, Cikgu Ahmad Zubair, Cikgu Norasmawati, Cikgu Jamilah, Cikgu Siti Rabiaah, Cikgu Roslinda dan Cikgu Mohd Izwan
  • SKTPP telah dinobatkan Juara Keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSD Sepang Kategori Sekolah Rendah
  • Pencapaian:

JOHAN  :  EMAS

1.     100 METER L 11
SHAZWANIZAM BIN LASAYNU

2.     200 METER P 11
UMMI AZ-ZAHRA BINTI MOHD AL-BAASIT

3.     4 X 100 METER L 11
SHAZWANIZAM BIN LASAYNU
MUHAMMAD NOOR ASSRAFF BIN MOHAMADIN
WAZIEF  FIQRAN BIN TARMIZI SAZALI
MUHAMMAD AQIL MUKMIN BIN MAZURIMIE

4.     200 METER L 12
AHMAD ZARIF BIN ZAMRIE RISMAN

5.     4 X 200 M L 12
AHMAD ZARIF BIN ZAMRIE RISMAN
KHAIRUL IKHWAN BIN ZULKIFLE
ROSYIDI BIN MAHADI
MUHAMMAD AMMAR BIN MUHAMMAD RIZAL

NAIB JOHAN  :  PERAK

1.     100 METER P 11
UMMI AZ-ZAHRA BINTI MOHD AL-BAASIT

2.     LONTAR PELURU P 11
PUTERI ALIEYA SOFEA BINTI MOHD IZWAN

3.     200 METER L 11
SHAZWANIZAM BIN LASAYNU

4.     LOMPAT JAUH P 12
DHIA DAMIEYA BINTI MOHD BAKHARI

5.     100 METER L 12
AHMAD ZARIF BIN ZAMRIE RISMAN    

6.     200 METER L 12
KHAIRUL IKHWAN BIN ZULKIFLE 

KETIGA  :  GANGSA

1.     100 METER P 11
ARIANNA YASMINE BINTI AZIMAN

2.     4 X 200 L 11
SHAZWANIZAM BIN LASAYNU
MUHAMMAD NOOR ASSRAFF BIN MOHAMADIN
WAZIEF  FIQRAN BIN TARMIZI SAZALI
MUHAMMAD AQIL MUKMIN BIN MAZURIMIE 

TEMPAT KE-4

1.     LONTAR PELURU L 12
MOHAMAD  AIMAN AIDID BIN ABDULLAH

2.     LONTAR PELURU P 11
NURUL ANIS HUSNA BINTI AZMAN 

OLAHRAGAWAN L 11

SHAZWANIZAM BIN LASAYNU 


OLAHRAGAWAN  L 12

AHMAD ZARIF BIN ZAMRIE RISMAN


JOHAN KESELURUHAN

SK TAMAN PUTRA PERDANA DINOBATKAN SEBAGAI
JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SEPANG
BAGI TAHUN 2019


Kutipan pingat Kejohanan Olahraga MSSD Pendidikan Khas Sepang 2019

EMAS
1. Lompat Jauh (Perempuan) Rendah - Siti Nur Elyana Bt Ashari
2. 4X100 Meter (Perempuan) Rendah
- Siti Nur Elyana Bt Ashari
- Munirah Wafiah Bt Zamri
- Putri Nurdini Damia Bt Mohammad
- Nurqistina Damia Bt Abdullah

PERAK
1. Lompat Jauh (Perempuan) Rendah - Munirah Wafiah Bt Zamri
2. 100 Meter (Perempuan) Rendah - Siti Nur Elyana Bt Ashari
3. Lontar Peluru (Perempuan) Rendah - Putri Nurdini Damia Bt Abdullah
4. Lontar Peluru (Lelaki) Rendah - Muhammad Adam Izzuddin Bin Shahrul Nizam

OLAHRAGAWATI PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEPANG 2019 (RENDAH)
- Siti Nur Elyana Binti Ashari

JOHAN KESELURUHAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEPANG 2019 (RENDAH)
-PPKI SK Taman Putra Perdana

Penyampaian sijil dan medal  disempurnakan oleh Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian, Yang Dipertua PIBG SK Taman Putra Perdana dan Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.




Piala pusingan juara keseluruhan Olahraga aliran perdana dan PPKI

Penyampaian hadiah dan sijil

Semoga terus cemerlang

Syabas..anda hebat

Penyampaian hadiah dan sijil

Penyampaian hadiah dan sijil

Penyampaian hadiah dan sijil

Penyampaian hadiah dan sijil

Penyampaian hadiah dan sijil

Bergambar kenangan bersama atlet PPKI 

Kami Benci DARVIH

Cemerlang dan sukses
Alhamdulillah, tercatat jua dalam lipatan sejarah SK Taman Putra Perdana menggenggam gelaran juara keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSD. Sekalung tahniah diucapkan kepada para atlet dan jurulatih. Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, PIBG, guru-guru serta warga SKTPP atas doa dan sokongan kepada para atlet yang telibat.

Sekian, terima kasih.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.50 pagi