... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, March 25, 2025

Program World and Quran Hour

  Tarikh   : 25 Mac 2025

  Masa    :10.00-11.00 Pagi

  Tempat : Dataran Sktpp dan kelas masing-masing

Program World and Quran Hour merupakan program tahunan yang dijalankan serentak diseluruh negara dengan konsep membaca Al-quran ,mendalami maksud  bertadabbur dan mengamalkannya.Pada tahun ini surah yang dipilih ialah surah Al-Saff .Surah ini   dibaca dan diperdengarkan sebagai sokongan meningkatkan usaha mendekatkan Al-quran dikalangan masyarakat.

Program ini dimulakan pada jam 10.00 hingga 11.00 pagi dan dijalankan di Dataran perhimpuana dan kelas masing-masing.Khalifah bacaan Al-quran pada hari tersebut ialah Ustaz  Muhammad Amir Danial bin Dathran  dan tadabbur surah dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Hasif Arham bin Sairozi manakala pelajar-pelajar mengikut bacaan melalui  pembesar suara didataran perhimpunan bersama guru-guru didalam kelas.

Tahniah diucapkan kepada Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab kerana dapat melaksanakan program World Quran Hour dengan jayanya.


Laporan bergambar 

Murid-murid membaca Al-quran didalam Surau bersama guru

  
Ustaz Hasif Arham menyampaikan tadabbur Surah Al-Saff 

   
   

Ustaz Amir mengetuai bacaan Surah Al-Saff



  Para Pentadbir dan Guru pendidikan Islam  turut               
    sama membaca Surah Al-Saff                                        
                                                      

Disediakan Oleh:
Murnei binti Ahmad   

Saturday, March 22, 2025

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 2025/2026

Hari : Sabtu

Tarikh : 22 Mac 2025

Masa : 7:30 pagi - 12.30 tgh hari

Tempat : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana

    Majlis penyampaian watikah pelantikan ini telah diadakan serentak melibatkan semua murid sesi pagi dan sesi petang yang terdiri daripada murid Tahun 1 sehingga  murid Tahun 6, murid PPKI dan murid Pra Sekolah. Pihak sekolah berbesar hati menjemput ibu bapa untuk hadir bersama-sama dalam majlis ini. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada semua murid yang terpilih untuk menjadi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi tahun 2025. Selain itu, majlis ini diadakan juga untuk memberi motivasi yang membina kepada murid-murid lain agar mencontohi keperibadian pemimpin sekolah.

Buku Program Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 2025/2026

Majlis ini telah dirasmikan oleh Sub Inspektor Haniza Hanis Binti Jaafar, Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah dilantik dan berpesan agar mereka dapat menjalankan amanah yang diberi dengan baik dan menjadi contoh terbaik bagi murid-murid yang lain.


Berikut merupakan gambar -gambar yang telah dirakam sepanjang majlis berlangsung:

Kaunter pendaftaran peserta dan ibubapa telah dibuka seawal jam 7:30 pagi.

Gambar pengacara majlis yang terdiri daripada murid :

Bacaan doa daripada adik Muhammad Al-Aisy Aiman bin Mohd Al-Zulkhairi dari kelas 6 Topaz

Ucapan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Encik Mohd Izzuddin bin Yoop



Gambar simbolik tandatangan ''Aku Janji'' Badan Kepimpinan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber

      
        Penyampaian watikah pelantikan Pengawas Sekolah (Pengawas PPKI & Pengawas Tahun 6-4)                                
   Penyampaian watikah pelantikan Pengawas Sekolah (Pengawas Tahun 2 & Tahun 3)
 
 Penyampaian watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (murid PPKI & murid Tahun 6-4)
 Penyampaian watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (murid Tahun 2 & Tahun 3)Penyampaian watikah pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (murid PPKI & murid tahun 6 - tahun 3)
 
 
Penyampaian watikah pelantikan wakil ketua & penolong ketua kelas (murid Prasekolah sesi pagi, murid PPKI & murid Tahun 6 - Tahun 4)
 
    murid Prasekolah sesi petang                              murid tahun 1 

                   murid tahun 2                             murid tahun 3
 
Antara gambar-gambar Penyampaian watikah pelantikan wakil ketua & penolong ketua kelas (murid Prasekolah sesi petang, murid Tahun 3 - Tahun 1)
 
Gambar-gambar bacaan ikrar murid bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya & wakil ketua & penolong ketua kelas.
 

Ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir, pegawai perhubungan sekolah, AJK pelaksana, barisan guru, ibu bapa serta murid dalam menjayakan majlis ini. Semoga barisan pemimpin sekolah yang telah dilantik dapat memikul tanggungjawab dengan sebaiknya. Tahniah dan syabas buat semua!