Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-64 buat
semua murid dan warga SKTPP. Semoga kita sentiasa sihat dan prihatin dengan
keadaan di sekeliling. #kitajagakita #MalaysiaPrihatin
Logo Hari Kebangsaan Ke-64 Tahun 2021 |
Alhamdulillah, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Ujana Ilmu SK Taman Putra Perdana telah turut serta bersama-sama seluruh warga SKTPP menjayakan program MALAYSIA #QURANHOUR (MQH) tengah hari tadi selama satu jam di kediaman masing-masing bersama keluarga tercinta.
Program MALAYSIA #QURANHOUR (MQH) ini adalah anjuran Warisan Ummah Ikhlas Foundation bersama TV AlHijrah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan dijalankan secara serentak di seluruh negara pada setiap tahun.
Program yang telah dijalankan beberapa tahun ini menyeru agar semua rakyat Malaysia dapat bersama-sama membaca dan menghayati al-Quran.
Objektif program ini adalah :
1. Sebagai satu medium bagi warga SKTPP berhimpun bersama-sama membaca al-Quran dan menghayatinya.
2. Sebagai wadah menggalakkan penglibatan warga SKTPP dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan program MALAYSIA #QURANHOUR (MQH).
3. Menyemai rasa cinta al-Quran dalam warga SKTPP.
4. Memperkukuhkan kefahaman al-Quran terutamanya Surah Al Mulk dan kaitannya dengan 7 surah Musabbihat sebagai formula kejayaan untuk membentuk sebuah negara yang harmoni, progresif dan utuh berdasarkan prinsip yang diformasi daripada al-Quran.
Program kali ini mensasarkan warga SKTPP serta ibubapa bagi mengajak keluarga bersama-sama meluangkan masa selama sejam bermula jam 12.00 hingga 1.00 tengah hari pada 30 Ogos 2021 yang bersiaran secara langsung melalui TV AlHijrah dalam suasana norma baharu.
Terdapat tiga motivasi Surah Al Mulk, iaitu keberkatan, ingat kematian dan baiki amalan diterjemahkan dengan lebih mendalam, istimewa pada bulan kemerdekaan ini dalam MALAYSIA #QURANHOUR (MQH).
Sama-sama kita menjadikan surah al-Mulk serta tujuh surah Musabbihat sebagai formula Malaysia berbudi dan penyayang.
Melalui program MALAYSIA #QURANHOUR (MQH) ini, diharap dapat melahirkan insan yang celik al-Quran serta faham isi kandungannya, serta dapat melahirkan generasi al-Quran yang berilmu, beradab mulia serta menjadikan ajaran al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.
Walaupun hanya sejam yang diluangkan bagi menjayakan program ini, ia tetap memberi makna kerana alunan ayat suci yang dibaca atau didengari memiliki keistimewaan yang mampu menundukkan hati yang keras.
Akhir kata, jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan di atas penglibatan warga SKTPP serta ibu bapa sempena program MALAYSIA #QURANHOUR 2021.
Assalamualaikum dan salam merdeka untuk murid-murid SKTPP. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini.
Sempena sambutan kemerdekaan ke-64 tahun, cikgu ingin mengambil peluang untuk memberi info tentang merdekakan diri…... Kadang-kadang kita hanya menyebutnya, tetapi adakah kita menghayati sepenuhnya tentang kemerdekaan ini? Untuk itu, hari ini cikgu akan berbicara tentang MERDEKAKAN DIRI! Cikgu cuba rangkumkan apa yang dikatakan dengan merdekakan diri di dalam poster di bawah.
Sebelum kita merdekakan diri, kita terlebih dahulu perlu:
1. 💓Mengenali diri sendiri. Semak sikap, tingkahlaku dan amalan harian. Semak juga bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, keluarga dan orang sekeliling. Bagaimana pula dengan tanggungjawab diri? Sekiranya tidak sempurna, jangan kecewa tetapi bangun dan terus perbaiki.
2. 💪Tingkatkan kelebihan dan perbaiki kelemahan. Semak diri sendiri apa kelemahan diri dan cuba mencari kaedah untuk perbaiki diri. Guna kekuatan yang ada di dalam diri untuk menonjolkan dan meningkatkan kelebihan yang dikurniakan. Jom mulakan....... perlahan-lahan tetapi istiqamah.
3. 💏Hargai diri, hargai semua! Bersyukur dengan apa yang ada dan hargai apa yang dikurniakan. Jangan bandingkan dengan kehidupan orang lain. Bahagia dengan cara kita. Sekiranya kita bersyukur, Allah akan menambah nikmat itu.
Cikgu sentiasa doakan anak-anak SKTPP tidak terjajah minda tetapi berusaha memerdekakan hati dan minda. Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan mengurangkan kesedihan, tekanan dan menggalakkan kebahagiaan. Orang yang memerdekakan hati dan minda ini mampu meneruskan kehidupan dengan suasana yang positif dan tahu menilai buruk dan baik.
Anda peroleh sesuatu hari ini? Jika ya jom sama-sama cikgu dalam Kuiz Merdekakan Diri. Sempena sambutan kemerdekaan pada hari esok cikgu ingin memberi hadiah kepada 3 orang murid yang terawal dan memperoleh markah tertinggi. Jangan lepaskan peluang ini. Klik link kuiz Merdekakan Diri di atas ya👆. Cikgu akan menghubungi pemenang. Jangan lupa tuliskan nickname & kelas ya. Semoga berjaya!!
Tarikh : 23 hingga 27 Ogos 2021
Guru Bertugas :
1. Encik Nor AmirulFitri bin Othman
(Ketua)
2. Puan Nur Malisha binti Omar
(Penolong)
3. Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah
4. Puan Hastipa @Zaiton binti Mat
Daud
5. Puan Nazahiyah binti Ab Rahman
6. Puan Fadhilah binti Talib
7. Puan Rabihah binti Amiruddin
8. Cik Parimala A/P Panni Selvan
9. Puan Ranjini Rajah
Assalamualaikum wbt dan salam
sejahtera.
Minggu ini merupakan minggu ke-28
sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) diteruskan pada minggu ini untuk semua murid mengikut jadual PdPR seperti biasa.
Pelbagai medium telah digunakan oleh
guru-guru SKTPP bagi menyampaikan pengajaran supaya semua murid dapat mengikuti
pembelajaran di rumah sama ada secara dalam talian atau luar talian. Usaha ini
tidak akan membuahkan hasil tanpa sokongan dan kerjasama yang baik daripada ibu
bapa dan penjaga. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
semua yang terlibat dalam memastikan murid-murid kita dapat mengikuti sesi PdPR
dengan baik.
Gambar-gambar yang sempat dirakam
sepanjang minggu ini:
Program yang telah dilaksanakan pada minggu ini termasuklah Salam Inspirasi daripada Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPP.
Berikut adalah ringkasan bingkisan
dari Unit Bimbingan dan Kaunseling:
Rajin adalah kata sifat untuk
menunjukkan seseorang yang bekerja atau bertindak dengan penuh minat, perhatian
dan kecekapan untuk menjalankan tugas mereka. Sifat rajin mendatangkan banyak
kebaikan atau faedah bila kita jadikan amalan. Jom ikuti perkongsian cikgu
seterusnya.
Sila klik link di bawah untuk
mendapatkan maklumat tersebut. Semoga bermanfaat.
http://kaunselingsktpp.blogspot.com/2021/08/jom-kongsi-jom-jadi-rajin-ikuti-pdpr.html
Untuk mendapatkan aktiviti terkini, boleh ikuti instagram @sktpp_ubk
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh : Ahmad Junaidi bin Abdullah.
Tarikh : 23 - 28 Ogos 2021
Minggu
: 28
Kumpulan : 4
(Sesi pagi)
Ahli
kumpulan :
1) Pn
Norziani bt Zubir (Ketua)
2) Pn
Zailezah bt Sardi
3) Pn
Norlida bt Othman
4) Pn Umi
Nazrah bt Saharoni
5) Pn Arnny
Yusnita bt Md Enarji
6) Pn
Norazian bt Mat Anuar
7) Pn Nor
Azura bt Mustafa
8) Pn
Norfauziaton bt Ali Mohamed
9) En
Srimahathevan a/l Vadivelu
10) Pn
Jamilah bt Yusof
11) Pn
Arjunawati bt Ahmad Nuze
12) Pn
Zaleha bt Sitam
Sepanjang minggu ini, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) berlangsung seperti biasa. Penglibatan guru-guru dalam PdPR menggunakan medium atas talian (Online), luar talian (Offline) mahupun gabungan kedua-duanya. Penyertaan murid juga baik dan terkawal.
Selain dari
kaedah menggunakan aplikasi Google Classroom, Google Meet, WhatsApp dan
Telegram, guru-guru juga menggunakan kaedah-kaedah PdPR yang lebih variasi
seperti Telegram Live Chat, Pickerwheel, Snapshot, Inshot, Kinemaster, Canva,
Wordwall, Anyflip dan banyak lagi.
Berikut
merupakan sesi PdPR yang berlangsung sepanjang minggu ini :
1. PDPR subjek
Bahasa Arab:
a. Video pembelajaran Bahasa Arab Ustazah Ziani bagi kelas Tahun 5 Ibnu Khaldun, 5 AlFarabi. Tarikh: 24 Ogos 2021
b. Pilih Murid terbaik B.Arab Tahun 4 Oppo & Asus
2. Bahan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris Teacher Azian
3. Sesi pembelarajaran online subjek Pendidikan Islam Ustazah Umi Nazrah
4. Sesi pembelajaran online subjek Pendidikan Islam Ustazah Norlida
5. Sesi Pembelajaran online subjek Bahasa Melayu, Cikgu Zaleha
6. Sesi
pembelajaran online subjek Matematik kelas PPKI, Cikgu Fauziaton
7. Aktiviti Kokurikulum secara online, melibatkan Unit Beruniform.
Selain itu,
pihak pentadbir, Guru Besar SKTPP Puan Rohaidah Binti Mohd Ali telah
mengadakan sesi perbincangan bersama dengan YDP PIBG & Tn. Hj. Muzi berkaitan cadangan membina dewan serbaguna di tapak Dewan Putra.
Unit Bimbingan dan Kaunseling juga sentiasa memberi input dan
inspirasi memberangsangkan setiap minggu. Pada minggu ini kita dapat melihat
beberapa program yang telah diatur oleh pihak B&K, antaranya ialah
:
Semoga kita
semua kekal duduk di rumah untuk membendung penularan Covid-19 dan dapat
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan baik.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua murid dan warga SK Taman Putra Perdana. Semoga kita semua berada dalam dakapan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Bertemu lagi bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling pada hari Jumaat yang mulia ini. Kali ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan mengenai "Merokok" dan aktiviti permainan jigsaw puzzle.
Merokok adalah tabiat yang berbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain. Antara keburukan merokok adalah mudah dapat penyakit seperti kanser paru-paru, tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung dan lain-lain.
Merokok bukan sahaja terbukti sebagai pintu kepada pelbagai masalah kesihatan, bahkan American Psychiatric Association menggariskannya sebagai antara bentuk ketagihan. Kita boleh membanteras gejala rokok dalam kalangan kanak-kanak ini dengan adanya kerjasama di antara ibu bapa, guru sekolah dan kakitangan kesihatan. Ibu bapa harus sedar bahawa mereka bukan sahaja merosakkan diri dengan merokok malah mereka juga membahayakan anak-anak. Ibu bapa adalah 'role model' yang baik untuk anak-anak.
Tahniah kerana anda seorang yang rajin membaca dan sentiasa ikuti maklumat daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling. Jom rehatkan diri dengan jigsaw puzzle, sila klik link di bawah.
https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=007d63fe9eda
Assalamualaikum, salam ceria, salam bahagia😃😃 untuk anak-anak didik dan semua warga SKTPP. Semoga kita semua sentiasa sihat, bahagia dan dirahmati oleh Allah S.W.T
Tahukah anak-anak semua bahawa APA YANG KITA FIKIR AKAN TERHASIL MELALUI TINDAKAN KITA? Oleh itu adalah PENTING kita mengawal apa sahaja yang kita fikir. Pastikan kita fikirkan perkara yang baik-baik dan positif sahaja bagi menggerakkan tindakan kita yang lebih baik atau positif.
Hari ini cikgu nak kongsikan tentang Jom Jadi Rajin Ikuti PdPR. Rajin adalah kata sifat untuk menunjukkan seseorang yang bekerja atau bertindak dengan penuh minat, perhatian dan kecekapan untuk menjalankan tugas mereka.
Sifat rajin ini boleh dipupuk atau diwujudkan dalam diri kita kerana terdapat banyak faedah yang kita akan dapat apabila kita mengamalkannya dalam hidup terutama untuk anak-anak yang sedang belajar di alam persekolahan. Antara faedahnya adalah sepeti berikut ;
*Mudah meraih cita-cita
*Disukai kawan-kawan
*Menjadi juara / bintang di dalam kelas
*Semakin pintar dan memiliki wawasan yang semakin luas
*Sentiasa mendapat markah yang bagus
*Mudah menjalankan tugas-tugas yang diberikan guru
*Mudah untuk menyambung persekolahan di sekolah-sekolah yang terpilih seperti SBP, MRSM dan lain-lain
Sinonim dengan sikap rajin ini adalah berhati-hati, cepat, cekap dan ringan tulang. Antonim kepada rajin ini adalah malas, bertangguh serta berat tulang. Nasihat cikgu agar anak-anak semua elakkan sikap ini ketika mengikuti PdPR..
Assalamualaikum & Happy Monday untuk semua murid SKTPP💓💓
Minggu baru, hari baru sudah pasti semangat pun baru. Kita tambah lagi ilmu dengan perkongsian daripada Unit Bimbingan & Kaunseling.
Mata!! Alhamdulillah, semua murid di SKTPP masih mempunyai mata yang boleh melihat keindahan alam dan menggunakan mata untuk menguruskan kehidupan seharian. Tetapi sedarkah kamu aktiviti seharian kini boleh menyebabkan berlakunya kerosakan kepada mata seseorang.
Selain mengamalkan pemakanan yang sihat, mata juga boleh dijaga dengan meminimakan penggunaan gajet. Kita sedia maklum, PdPR menyumbang kepada penggunaan gajet, walaubagaimanapun ianya masih terkawal. Perkara yang perlu dibimbangkan ialah penggunaan gajet yang tidak terkawal seperti bermain games, menonton youtube dan tanpa disedari mengambil masa yang lama melayari media sosial yang lain.
Dalam perkongsian ketagihan gajet yang lalu, ada cikgu terangkan kesan ketagihan gajet kepada kanak-kanak secara umumnya. Namun begitu, hari ini cikgu ingin kupas kesan gajet pada mata kanak-kanak. Siapa kanak-kanak? Ya, kamu murid-murid SKTPP yang sedang membaca posting cikgu ini. Diharapkan ianya dapat membantu kamu dalam meminimakan penggunaan gajet kepada yang lebih penting. Buang segala tabiat ketagihan kepada perkara-perkara yang melalaikan demi kepentingan kesihatan mata kita.
Selesai sudah The 18th Girl Scout International e-Camp Korea (perkhemahan secara dalam talian) pada tahun ini. Diam tak diam selama 20 hari telah berjaya diharungi bermula pada 1 hingga 20 Ogos 2021.
Seramai 11 orang peserta wakil daripada SK Taman Putra Perdana telah menyertai perkhemahan secara dalam talian ini termasuk 2 orang guru pembimbing iaitu:
Lebih kurang 3 minggu lamanya perkhemahan secara dalam talian ini berlangsung. Sejujurnya kami menjangkakan masa yang diperuntukkan sehari suntuk ini akan mengganggu sesi PdPR. Tetapi rupanya ia hanya mengambil masa yang tidak lama bagi menyiapkan semua tugasan misi dan aktiviti yang diberikan setiap hari.
Untuk pengetahuan semua, jadual perkhemahan yang diberi mengikut waktu dan masa Korea, jadi jangan tersilap waktu kerana masa Korea 1 jam lebih awal daripada negara kita, Malaysia. Setiap hari akan dimulakan dengan sesi "live" terlebih dahulu pada jam 4.00 petang. Ini bermaksud ia bermula jam 3.00 petang pada waktu Malaysia. Kemudian para peserta boleh melakukan misi dan aktivti mengikut waktu kesesuaian masing-masing kerana tugasan tersebut akan dipaparkan bermula jam 9.0p hingga 10.00 malam setiap hari. Mereka boleh membuat persediaan dan memulakan misi dan aktiviti tersebut keesokan harinya. Begitulah proses sepanjang perkhemahan dalam talian selama 20 hari.
Di bawah adalah jadualnya:
Laman sesawang yang perlu dikunjungi selama 20 hari. (Perkhemahan Secara Talian) |
Jumlah keseluruhan tugasan misi dan aktiviti adalah seperti berikut:
Di bawah ini adalah paparan "scoreboards" yang telah diperolehi oleh beberapa orang peserta SK Taman Putra Perdana. Paparan ini boleh dilayari pada laman sesawang: https://www.girlscout.events/virtual.asp
Sijil pencapaian peringkat cawangan dikategorikan seperti berikut :
Tempat Pertama : 2500 ke atas poin
Tempat Kedua : 2000 - 2490 poin
Tempat Ketiga : 1500 - 1990 poin
Apabila di semak jumlah poin kesemua para peserta SK Taman Putra Perdana, mereka mendapat Tempat Pertama. Tahniah semua!
Akhir kata, tahniah sekali lagi atas komitmen dan kesungguhan kesemua peserta serta guru-guru pembimbing SK Taman Putra Perdana. Semoga akan ada rezeki untuk merasai sendiri erti perkhemahan yang sebenar. Sama-sama kita mendoakan agar virus Covid-19 akan segera berakhir.
Disediakan oleh:
Nur Malisha Omar (Guru Pembimbing Pandu Puteri Tunas SKTPP)