... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, October 29, 2024

Laporan Bulan Pusat Sumber (Sesi Pagi:Minggu 5)

Tarikh pelaksanaan : 28-29 Oktober 2024

Minggu kelima kali ini hanya melibatkan dua hari persekolahan sahaja. Walau bagaimanapun, aktiviti bulan pusat sumber masih berjalan seperti biasa dan pastinya sangat menarik.

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti yang dilaksanakan sepanjang minggu ini iaitu melibatkan pameran dan jualan buku dari Syarikat PTS kepada murid sesi pagi dan petang. 


Lori pameran dan jualan buku

Staf PTS yang membantu selama 2 hari di sekolah

Puan Arnny turut bersama melihat pelaksanaan dan kelancaran aktiviti

Sekian laporan aktiviti minggu kelima Bulan Pusat Sumber SKTPP. Pastinya warga sekolah, terutamanya murid-murid berasa teruja dengan program minggu ini yang libatkan jualan dan pameran buku yang julung kali diadakan pada tahun ini. Diharap program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun-tahun akan datang. 

Terima kasih. 

Laporan disediakan oleh;
Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz
AJK Posting blog
Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024

Laporan Aktiviti Bulan Pusat Sumber Minggu ke-5 (Sesi Petang)

 Sesi: Petang 

Tarikh : 28-29 Oktober 2024

Tibalah minggu ke 5 iaitu minggu terakhir bagi Program Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024. Hanya dua hari sesi persekolahan sebelum cuti sambutan Deepavali. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan pada minggu ini ialah:

  • Pameran dan jualan buku secara trak buku oleh Syarikat PTS di Dewan Putra.
  • Pertandingan Literasi Maklumat 'Right Under My Nose'
Suasana di jualan dan pameran buku PTS


Pertandingan literasi maklumat yang disertai murid Tahun 3.

Manakala pertandingan kategori guru iaitu pertandingan membina BBM digital 'My Secret Recipe' dan pertandingan swafoto:Antara Aku,Buku &..'The Charms' telah ditutup penyertaan. Demikian selesai aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024.


Disediakan oleh;
Nor Holwani binti Yahaya
AJK Posting Blog 
Bulan PSS 2024

Monday, October 28, 2024

Laporan Bulan Pusat Sumber ( Sesi Pagi : Minggu 4)

Tarikh pelaksanaan : 21-25 Oktober 2024

Minggu keempat ini merupakan minggu terakhir penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan individu ( PPKI, Prasekolah dan Tahun 1-6).

Disamping itu, aktiviti 'Jom Membaca 10 Minit' : "Tell Me A Story' masih dilaksanakan seperti biasa pada hari Selasa masa kedua PdP dan khamis masa kesembilan PdP. 

Terdapat beberapa pertandingan akhir yang dijalankan pada minggu ini. Antaranya dimulakan dengan pertandingan terbuka 'Nyanyian Solo : The Nightingile' untuk tahun 5 sesi pagi dan tahun 2 sesi petang. Kemudian pada hari rabu sambung dengan pertandingan terbuka 'Nyanyian Solo : The Nightingile' untuk tahun 6 sesi pagi dan tahun 3 sesi petang.


Nyanyian Solo Tahun 4

Nyanyian Solo Tahun 5

Nyanyian Solo Tahun 6


Pada hari Khamis telah dilaksanakan pendaftaran pertandingan Literasi Maklumat 'Right Under My Noise!'  bagi murid-murid tahap 2 dan sesi pendaftaran ini ditutup pada hari Jumaat. Pertandingan ini telah dilaksanakan pada hari isnin iaitu 28 Oktober 2024.

Gambar-gambar sepanjang aktiviti 'Right Under My Noise' :





Pada hari jumaat aktiviti  penilaian Sudut Nilam Kelas Terbaik iaitu 'Our Literary Heaven' bagi kelas-kelas tahap 2 sesi pagi ditangguhkan kerana kekangan masa dengan aktiviti-aktiviti lain. Oleh itu, penilaian sudut nilam kelas terbaik ini telah dijalankan pada hari isnin 28 Oktober 2024 pada pukul 8 pagi yang dinilai oleh para pentadbir iaitu Puan Azizah Binti Mokhlas dan Puan Fauziah Binti Salehodin. Penglibatan setiap kelas amat menggalakkan dan memuaskan. Terdapat beberapa saingan kelas dalam pemarkahan kerana sudut nilam yang disediakan sangat menarik dan cantik.

Poster Pertandingan Sudut Nilam 'Our Literary Heaven'


Hakim Sudut Nilam : Puan Azizah Binti Mokhlas








Disediakan oleh : Mawaddah Binti Kamarulzaman

Saturday, October 26, 2024

Kem Bestari Solat Tahun 4,5 dan 6 Siri 2/2024

Tarikh : 26 Oktober 2024

Hari : Sabtu

Tempat : SK Taman Putra Perdana


Pengenalan

Kem Bestari Solat adalah platform yang amat berkesan dalam memberikan pendidikan menyeluruh tentang ibadah, terutama dalam membimbing anak-anak ke arah memahami kepentingan solat. Salah satu modul yang sering mendapat perhatian adalah solat jenazah, iaitu satu bentuk solat fardu kifayah yang perlu dipelajari oleh setiap Muslim sebagai tanda tanggungjawab terhadap komuniti. Kem Bestari Solat berperanan dalam mendidik generasi muda tentang nilai kasih sayang dan tanggungjawab sosial.

Matlamat

Solat jenazah merupakan solat yang dilakukan khusus untuk mendoakan seorang Muslim yang telah meninggal dunia. Tidak seperti solat lain, solat jenazah dilakukan tanpa rukuk dan sujud. Solat ini bertujuan untuk memohon keampunan dan rahmat Allah kepada jenazah serta memenuhi hak sesama Muslim. Dalam Kem Bestari Solat, pelajar diperkenalkan kepada konsep ini dengan cara yang mudah difahami, membolehkan mereka mendalami maksud solat jenazah sebagai ibadah terakhir yang boleh dilakukan kepada seorang Muslim.

Objektif

Memperkenalkan solat jenazah kepada pelajar sejak usia muda mempunyai banyak kebaikan. Berikut adalah beberapa sebab utama modul ini diperkenalkan dalam Kem Bestari Solat:

  1. Kesedaran tentang Akhirat dan Kehidupan Selepas Mati
    Modul ini bertujuan untuk menanamkan kesedaran kepada pelajar tentang konsep kehidupan dan kematian. Pelajar akan sedar bahawa kematian adalah sebahagian daripada perjalanan hidup, dan setiap individu bertanggungjawab mendoakan saudara seagama yang telah kembali ke rahmatullah.
  2. Memupuk Kasih Sayang dan Persaudaraan Islam
    Dengan mempelajari solat jenazah, pelajar diajar untuk menghormati dan menyayangi sesama Muslim. Solat jenazah adalah bentuk penghormatan terakhir kepada seorang Muslim yang telah meninggal dunia, dan melakukannya adalah tanda kasih sayang dan kepedulian.
  3. Tanggungjawab Sosial sebagai Muslim
    Pelajar juga akan memahami konsep fardu kifayah, iaitu tanggungjawab yang jika dilakukan oleh sebahagian umat Islam, maka tuntutan itu terangkat daripada yang lain. Ini membentuk kesedaran bahawa setiap Muslim memainkan peranan dalam komuniti mereka.

Sesi pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam telah diadakankan pada sabtu yang lalu.Pihak Panitia telah menjemput Ustaz Muhammad Lutfi bin Razali, Ustazah Hamimah binti Hassan yang merupakan perunding perubatan alternatif dan Ustaz Ahmad Naqiuddin bin Wahid @ Ab Wahid dari SK Pinggiran Putra.Berikut gambar-gambar sepanjang kem bestari solat dijalankan.Murid tahun 4,5 dan 6 dapat menimba ilmu dalam pengurusan jenazah.Murid-murid sangat teruja dan bersemangat untuk mempelajari cara pengurusan jenazah dengan betul.


   

          

Jutaan terima kasih kepada semua rakan guru,murid-murid yang telah bekerjasama dengan baik.Kem Bestari Solat siri 2 melabuhkan tirai untuk sesi persekolah tahun 2024.Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.Jazakumullahu khairan kasiran.


Sekian, terima kasih


Disediakan oleh :
Mas Ayu binti Arifin
Salina binti Hashim
Nurliza binti Ab Rahman





Friday, October 25, 2024

Laporan Aktiviti Bulan Pusat Sumber Minggu Ke-4 (Sesi Petang)

Sesi : Petang

Tarikh : 21 - 25 Oktober 2024


Bulan Pusat Sumber SKTPP 2024 diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat mengikut perancangan minggu ke-4. 

Kuiz Harian "Ding Dong Bell" dan aktiviti Jom Baca 10 Minit "Tell Me A Story" dilaksanakan seperti di dalam jadual.


Pemenang Kuiz Harian 'Ding Dong Bell'


Minggu ini  merupakan minggu terakhir untuk pendaftaran dan persediaan bagi pertandingan berikut:

  • Pertandingan Literasi Maklumat 'Right Under My Nose' - Murid Tahap 1
  • Pertandingan Membina BBM Digital 'My Secret Recipe' - Kategori Guru
  • Pertandingan Swafoto 'Antara Aku, Buku & .... 'The Charms' - Kategori Guru
  • Pertandingan Sudut NILAM Terbaik 'Our Literary Haven' - Semua Kelas

Pada minggu ini juga telah berlangsung Pertandingan Akhir Nyanyian Solo 'The Nightangle' di bawah seliaan Panitia Pendidikan Muzik. Pertandingan ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid Tahap 1. Berikut merupakan gambar-gambar yang berjaya dirakam sepanjang pertandingan akhir tersebut. Sama-sama kita nantikan keputusan pemenangnya pada minggu hadapan.






Selain itu, pada minggu ini juga telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang kategori pertandingan individu anjuran Panitia Sains dan Panitia Bahasa Melayu. Antara kategori pemenang yang diumumkan adalah;
  • Pertandingan Mewarna Saintis Muda 'The Young Scientist' - Tahun 1
  • Pertandingan Mewarna & Melabel Radas 'The Young Scientist' - Tahun 2
  • Pertandingan Membina Buku Skrap Kitar Semula 'The Wheel On The Bus' - Tahun 3
  • Pertandingan Tulisan Cantik 'My Love Letter' - Tahun 2
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang. Berikut merupakan gambar-gambar sebahagian daripada penerima hadiah bagi Tahun 1, 2 dan 3.


Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3


Sekian perkongsian aktiviti bagi minggu keempat. Tamatnya minggu ini bermakna berbaki seminggu lagi aktiviti Bulan Pusat Sumber sebelum melabuhkan tirainya. Semoga segala yang dirancang untuk minggu terakhir nanti akan berjalan dengan lancar.


Disediakan oleh;

Norazmira binti Kadirun
AJK Posting Blog
Bulan Pusat Sumber SKTPP 2024

Thursday, October 24, 2024

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2024

Pada 12 Oktober 2024 (Sabtu), SK Taman Putra Perdana (SKTPP) telah menjalankan salah satu aktivti tahunan sekolah iaitu Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Peringkat Sekolah anjuran Unit Kokurikulum SKTPP bertempat di Dewan Perdana. Pada perkhemahan kali ini, murid-murid yang terlibat adalah murid tahap 2 (Tahun 4.5 dan 6).



buku program


Sila klik link berikut untuk pautan buku program penuh : https://anyflip.com/cusay/vpsk/

Pelbagai acara telah dirancang untuk dilakukan sepanjang perkhemahan perdana ini :-


                                                            
Aturcara Program

Perkhemahan Unit Beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri.

Objektif program ini adalah seperti berikut:

1.Memberi pendedahan awal mengenai kepelbagaian kegiatan perkhemahan.
2.Meningkatkan disiplin dan mengukuhkan semangat jati diri.
3.Menyemai semangat bekerjasama dalam kumpulan.
4.Membina keyakinan dan ketrampilan diri yang baik.

Disamping iti juga, perkhemahan unit beruniform juga bertujuan untuk:

1.Menggalakkan penyertaan murid-murid dalam aktiviti Unit Beruniform untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman baru dalam menjalankan aktiviti kokurikulum.
3.Membina keyakinan diri murid-murid apabila berhadapan dengan situasi mencabar,
4.Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah

Di bawah disertakan gambar-gambar sepanjang Perkhemahan Perdana Unit Beruniform. Semua peserta dan guru-guru kelihatan seronok dan komited menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.Syabas dan tahniah diucapkan.

Seawal 7.15 pagi, murid-murid bermula mendaftar diri di tempat pendaftaran.


                                     



  Slot 1 - Taklimat dan Ice-Breaking


Pendaftaran guru dan murid




                                         







Slot 2 : Memasang Perkhemahan

                                                       

                                                      


Slot 3 : Aktiviti Berhalangan 

                                        

                                        

                                     





Sebelum meneruskan aktiviti pada sesi petang pula, murid dibenarkan rehat pada pukul 12.45 tengah hari untuk makan dan solat zohor berjemah (bagi murid-murid yang beragama Islam) di Musalla Raudatul IImi.


                               

                                        

Slot 4 : Pertandingan Masakan
                       
                                           



                                               


Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah


Ucapan Guru Besar SKTPP




                                    
                                 




                           

Sesungguhnya aktiviti Perkhemahan Perdana  Unit Beruniform SK Taman Putra Perdana ini telah memberikan banyak manfaat dan pengalaman berguna kepada semua.Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan aktiviti ini benar-benar menjadikan program ini lebih lancar dan teratur.

Diharapkan agar perkhemahan ini dapat memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka di samping dapat mengeratkan hubungan sesama rakan dan jiga guru.

Sekian Terima kasah.

Disediakan oleh:
Jamunarani Bhoja Rajan