... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, May 31, 2015

Program Guru Penyayang (Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Mei 2015)

Urusetia : Sesi Pagi -   Puan Azlina bt. Mat Isa
                                     Puan Noor Azila bt. Ngah
Masa      : 7.00 pagi hingga 7.20 pagi

Urusetia : Sesi Petang - Puan Rozimah bt. Yaakob
                                       Ahmad Junaidi b. Abdullah
 Masa      : 1.00 petang hingga 1.20 petang (Isnin - Khamis)
                  2.00 petang hingga 2.20 petang (Jumaat)


Aktiviti Mengalukan Kehadiran Murid Sesi Pagi



Aktiviti Mengalukan Kehadiran Murid Sesi Petang







Disediakan oleh : Puan Azlina bt. Mat Isa

Saturday, May 30, 2015

Rombongan TKRS, Pengakap dan BSMM Ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang


                                  
Pada tanggal 30.5.2015 bersamaan hari Sabtu, satu rombongan yang terdiri daripada 80 orang pelajar dari Persatuan TKRS, Pengakap, dan BSMM Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Hidupan Liar di Lanchang, Pahang Darul Makmur. Rombongan ini telah diketuai oleh En. Jamillulail dan juga  telah disertai dan diiringi oleh  guru kelab iaitu En. Rusydan, En. Zunaidi, En. Fadzli, Pn. Norhayati, Pn. Norhafiza dan En. Fakhri.



Rombongan pelajar ini telah bertolak dari SK Taman Putra Perdana pada jam 8.00 pagi dan tiba di Kuala Gandah pada jam 10.30 pagi. Rombongan telah dibawa ke tempat pemuliharaan rusa terlebih dahulu, bagi menyaksikan bagaimana rusa diternak dan dipelihara di dalam kawasan hutan. Pelajar begitu teruja menyaksikan sendiri binatang-binatang berkenaan dan mengambil peluang untuk memberikan sendiri rusa berkenaan makanan yang telah disediakan. Pada kesempatan ini pelajar telah mengambil gambar dan berselfie bersama rusa-rusa berkenaan. Di samping itu juga, terdapat binatang lain yang di dalam taman ini seperti ular sawa, ayam belanda, burung merak, itik liar, monyet dan lain-lain lagi.  Seterusnya pelajar menikmati jamuan tengah hari di taman rusa berkenaan. 





Pada jam 1.00 petang, pelajar seterusnya melakukan lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah yang mana lebih kurang 5 km sahaja dari pusat dan penternakan Rusa. Pelajar dibawa melawat keseluruhan tempat pemeliharaan gajah berkenaan dan diberi penerangan berkenaan dengan proses penangkapan, pemuliharaan dan penjagaan gajah-gajah berkenaan. Pelajar diberikan peluang untuk memberikan gajah-gajah berkenaan makan dengan tebu dan pisang yang disediakan. Namun apa yang menariknya ialah pelajar bersama-sama memandikan dan membersihkan gajah di mana pelajar-pelajar dibawa ke dalam sungai untuk memandikan gajah-gajah berkenaan. Peserta rombongan yang terlibat begitu teruja dengan peluang yang diberikan dan terpancar wajah keriangan dan keceriaan pada diri setiap peserta.




Pada jam 4.00 petang pelajar mula bergerak pulang ke SK Taman Putra Perdana dan tiba di sekolah pada jam 9.00 malam lewat 2 jam dari waktu yang sepatutnya. Hal ini disebabkan oleh kejadian yang tidak diduga apabila bas yang dinaiki rosak di tengah jalan dan setelah dibaiki Alhamdulillah, peserta rombongan telah selamat tiba di sekolah SK Taman Putra Perdana.

Program Sinergi Ilmu (Sifar Linus) Tahun 2015

Sabtu, 30 Mei 2015 telah berlangsungnya Program Sinergi Ilmu (Sifar Linus) bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP. Program yang mensasarkan penglibatan para ibu bapa murid linus untuk suatu perkongsian ilmu yang sangat berguna ini telah menampilkan penceramah hebat, iaitu Pn. Rosmimah Embi.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang cara bagaimana membantu anak-anak dengan kaedah yang betul di samping memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) seawal tahun 1.  Penguasaan awal penting bagi mengelakkan murid keciciran dalam pelajaran.

Sepintas lalu, latar belakang penceramah hebat Pn. Rosmimah Embi.

Beliau merupakan Guru Sumber Bahasa Melayu dan juga Guru Sumber Pendidikan Khas serta penceramah untuk penguasaan asas 3M, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.  Beliau juga memiliki Diploma Profesional Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Universiti Malaya (2003). Pencapaian beliau;
  • Guru Inovatif Kumpulan Negeri Selangor
  • Anugerah Khas PPD Hulu Langat
  • Guru Pemulihan Cemerlang Kebangsaan
  • Guru Inovatif Individu Negeri Selangor
  • Guru Serbadaya Kerajaan Negeri Selangor
  • Guru Cemerlang Akademik PPD Hulu Langat
  • Jurulatih Utama (JU) Kebangsaan Program KIA2M, PROTIM, PROBIM, Pemulihan Khas, Literasi dan i-Smart
Adalah diharapkan perkongsian ilmu dan pengalaman beliau dapat dimanfaatkan bersama oleh para ibu bapa dan guru yang hadir pada program hari ini.

Berikut pula adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.


Pendaftaran peserta / ibu bapa
1. Kata aluan pengacara majlis, Pn. Azizah Ab. Hamid
2. Bacaan doa oleh En. Saifullah Mat Saupi
3. Ucapan Guru Besar, Pn. Hjh. Rohaidah Mohd Ali
4. Ucapan dan perasmian majlis oleh YDP PIBG, Tn. Hj. Khairul Azhar 
Sesi perbincangan dan bengkel


Sedikit perkongsian buat yang tidak dapat hadir
Penyampaian cenderahati 

Kem Kecemerlangan & Jati Diri (KENDIRI) dan Majlis Solat Hajat (Anjuran bersama AADK Daerah Sepang & PIBG SKTPP)

Pada 29 & 30 Mei 2015 yang lalu, seramai 188 orang murid Tahun 6, SK Taman Putra Perdana telah berpeluang menyertai Kem Kecemerlangan & Jati Diri (KENDIRI). Program berbentuk motivasi ini telah diadakan di SK Taman Putra Perdana.

Program anjuran bersama AADK Daerah Sepang dan PIBG SK Taman Putra Perdana ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh 10 orang perunding motivasi dari Exact Training Consultant yang diketuai oleh Ustaz Afandie.
  
Untuk makluman, objektif program ini diadakan ialah;
  1.  Memotivasikan murid agar terus meningkatkan usaha untuk mencapai kejayaan.
  2. Murid dapat mengetahui keperluan sebagai seorang hamba Allah untuk memohon hajat serta pertolongan daripada Allah. 
  3. Membentuk jati diri Muslim yang sejati dan dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh anak-anak.
  4. Merapatkan silaturrahim antara murid, guru, ibu bapa dan masyarakat.

Berikut aktiviti yang telah disusun atur untuk para peserta selama 2 hari dan 1 malam program ini berlangsung; 

Hari Pertama
29 Mei 2015 (Jumaat)
  • Aktiviti Kem (EXACT TRAINING CONSULTANT)
  • Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin serta Ceramah Ibu bapa oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek (Anjuran AADK Daerah Sepang)
 Hari Kedua
30 Mei 2015 (Sabtu)
  • Aktiviti KEM (EXACT TRAINING CONSULTANT)
  • Majlis Penutup


Suasana ketika sesi pendaftran
Antara peserta Kem KENDIRI

Majlis Solat Hajat dan Ceramah Ibu bapa.

Pada malam Jumaat 29 Mei 2015, bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana, satu sesi khas untuk ibu bapa telah diadakan iaitu Majlis Solat Hajat dan Ceramah ibu bapa. Selain ibu bapa dan guru, majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Sharum bin Mohd Sharif, Adun N55 Dengkil. 

Majlis bermula dengan Solat berjemaah Maghrib, diikuti dengan bacaan Yassin yang diketuai olah Al-Fadhil Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin. Usai bacaan Yassin, Solat Isyak dan Solat Hajat berjemaah pula diadakan. 

Kemuncak program pada malam tersebut ialah ceramah ibu bapa, anjuran AADK Daerah Sepang yang disampaikan oleh penceramah tersohor, iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek.

Penceramah, Al-Fadhil Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek

Dalam ceramahnya, Al-Fadhil Ustaz Mohamed Hanafiah berpendapat punca berlakunya semua masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, merokok, pembuangan bayi dan sebagainya disebabkan tewasnya diri menahan hawa nafsu. Oleh itu beliau berpesan kepada hadirin agar berusaha dan berjihad menentang hawa nafsu dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam, sentiasa berzikir dan mengingati Allah.

Beliau juga menegaskan bahawa ibu bapa sangat memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku anak-anak kerana anak-anak tidak mengikut apa yang ibu bapa katakan tetapi mengikut apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Beliau turut berpesan kepada ibu bapa agar tidak menjadikan tingkah laku buruk anak orang lain sebagai bahan umpatan kerana dibimbangi apa yang yang diumpatkan akan berlaku pula pada anak-anak sendiri. Justeru ibu bapa perlu menunjukkan sifat dan contoh teladan yang baik terpuji dan role-model yang terbaik bagi anak-anak.

Sesi ceramah berakhir dengan soal jawab antara penonton dan penceramah. Antara soalan yang diajukan oleh penonton ialah hukum merokok di sisi agama, hukum berwuduk memakai seluar pendek dan cara meningkatkan usaha untuk belajar.


 Suasana sekitar Majlis Solat Hajat dan Ceramah Ibu bapa


Majlis Penutup Kem Kecemerlangan & Jati Diri (Kendiri)

Tepat jam 11.50 tengahari, berlangsungnya Majlis Penutupan Kem Kecemerlangan & Jati Diri (Kendiri).  yang telah disempurnakan penutupannya oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Pn. Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali. Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu NegaraKu dan alunan zikir.

Sebagai mukadimah, Pn.Hajjah Rohaidah mengucapkan syabas kepada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan kakitangan Exact Training Consultant yang telah menjalankan tugas dengan jayanya. Beliau merasa gembira kerana selama 2 hari 1 malam program ini dilaksanakan, beliau tidak mendengar sebarang rungutan samaada daripada fasilitator, murid-murid mahupun ibu bapa.

Berhubung dengan kehadiran para peserta, jumlah kehadiran murid-murid ke program ini agak memberangsangkan dan beliau berharap agar kehadiran mereka ke program ini dapat memoticasikan mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR akan datang. Beliau berharap agar para peserta dapat mengharungi cabaran-cabaran akan datang dengan lebih baik. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Afandie di atas kepimpinannya yang cemerlang.

Sebagai penutup ucapan, Pn. Hajjah Rohaidah berharap agar semua murid SKTPP sama ada yang hadir ke program ini atau tidak, lebih fokus terhadap tanggungjawab sebenar sebab mereka hadir ke sekolah. Jika mereka berusaha dengan tekun, tiada yang mustahil untuk dicapai.

Semasa berlangsungnya majlis penutupan ini, turut diadakan majlis penyerahan sijil penyertaan kepada para peserta.Ustaz Afandie turut mengumumkan 3 kumpulan terbaik daripada 18 kumpulan. Setiap kumpulan telah diberikan modal sebanyak 300 mata. Setiap kumpulan ada tambah dan susut nilai. Contohnya, jika ada ahli yang mengalunkan azan, akan diberi tambahan nilai dan jika ada ahli yang melakukan kesalahan pula, maka nilainya akan ditolak

Tempat Pertama : Kumpulan Cemerlang (1650 markah)
Tempat Kedua   : Kumpulan Potensi (1320 markah)
Tempat Ketiga   : Kumpulan Gemilang (1310 markah)

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Pn. Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali.



Semoga kehadiran para peserta akan memberikan seribu satu pengalaman yang berharga kepada mereka. Seterusnya memotivasikan mereka untuk lebih fokus dalam pelajaran dalam meniti hari-hari yang semakin hampir menuju ke arah matlamat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.

" Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan".

Beberapa keping foto untuk tatapan pembaca blog SKTPP.


Orang kuat Exact Training Consultant...Ustaz Afandie

Airmata kesyahduan.....
Menangis ke mengantuk dik..?!!!!
"Kami Benci Darih"
Senaman pagi...

Disediakan oleh:
Nor Azian binti Ahmad

Friday, May 29, 2015

Program Tahun 6

Sempena bermulanya cuti sekolah Unit Kecemerlangan UPSR SKTPP telah merancang beberapa aktiviti yang dapat menambah pengisian ilmu pada murid-murid Tahun 6.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

1. Kem Kecemerlangan Dan Jati Diri (KENDIRI) Tahun 6.

Aktiviti ini adalah anjuran bersama Unit Panitia Agama Islam SKTPP untuk murid-murid Tahun 6. Kem tersebut adalah seperti ketetapan di bawah :

          Tarikh    :  29 & 30 Mei 2015
          Masa     :  3.00 petang (Jumaat) - 12.00 tengah hari (Sabtu)
          Tempat  :  Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

2. Solat Hajat Dan Ceramah Kem Kecemerlangan & Jati Diri (KENDIRI)

Solat hajat dan ceramah ini adalah untuk murid-murid dan ibu bapa Tahun 6. Pihak sekolah dengan kerjasama AADK & PIBG akan mengadakan majlis tersebut pada :
          Tarikh       :  29 Mei 2015 (Jumaat)
          Masa         :  7.00 malam - 10.30 malam
          Tempat     :  Dewan SK Taman Putra Perdana
          Penceramah   :  Ustaz Hanafiah bin Abd Malek

3. Kelas Tambahan Cuti Penggal Persekolahan

Kelas tambahan waktu cuti persekolahan untuk murid-murid Tahun 6 akan diadakan pada:

           Tarikh      :  1- 3 Jun 2015
           Hari         :  Isnin - Rabu
           Masa       :  8.00 pagi - 12.30 tengah hari

4. Teknik Menjawab Bahasa Inggeris UPSR

Aktiviti ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang teknik menjawab bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris UPSR.

           Hari         :  Khamis
           Tarikh     :  4 Jun 2015
           Masa       :  8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Makluman mengenai aktiviti Tahun 6 sepanjang cuti sekolah ini telah diedarkan kepada murid.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
Zailezah Sardi
Penyelaras Unit Kecemerlangan Tahun 6

Majlis Penghargaan Program The Champion Kali Ke-2 2015

Tarikh: 29 Mei 2015
Hari: Jumaat
Masa: 7.45 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan
Sasaran:
Peserta Program The Champion yang telah menunjukkan peningkatan prestasi berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun  2015

Senarai nama peserta The Champion yang telah menunjukkan peningkatan prestasinya :

1.       Iffah Firzanah Bt Zulhazmi
6 Wira
2.       Damia Izora Bt Radzuan
6 Wira
3.        Nur Alia Safirah Bt M. Haikal Iskandar@Canranovi
6 Wira
4.       Zaid Arrazi Bin Ahmad Kamil
6 Wira
5.       Aminul Aiman Bin Abdullah
6 Wira
6.       Nurin Irdina Hfiy Bt Muhaimi
6 Wira
7.       Nur Ayuni Nadilla Bt Rozita@Mokhtar
6 Wira
8.       Fatimah Azzahrah Bt Razali
6 Waja
9.       Muhammad Irsyad Ilham Bin Reki
6 Wira
10.   Tg Haikal Aiman Bin Tg Norsyawalludin
6 Wira
11.   Muhammad Azri Akid Bin Mohd Yusof
6 Waja
12.   Nur Nadhira Bt Sutrisno
6 Waja
13.   Jasmine Athirah Bt Hanif
6 Wira
14.   Syasina Norlily Bt Mohd Shahrizan
6 Wira
15.   Nur Najwa Athirah Bt Mohd Zaidi
6 Waja
16.   Fatin Nabilah Bt Ahmad Faizal
6 Wira
17.   Nur Yasmin Yusrina Bt Syahril
6 Wira
18.   Mohammad Faris Bin Baharudin
6 Waja
19.   Syamimi Faqihah Bt Harun
6 Wira
20.   Safwa Azalea Bt Shahrulinizam
6 Waja
21.   Ummu Dina Hannah Bt Zulkarnin
6 Wira
22.   Sharveen A/L Kopalakishanan
6 Wira
23.   Nur Fatihah Bt Ibrahim
6 Wira
24.   Hanna Zalia Bt Hasnal
6 Viva
25.   Muhammad Zaffrinizam Bt M.Norizam
6 Wira
26.   Irfan Muqri Bin Abdul Halim
6 Waja
27.   Muhammad Adam Irfan Bin M.Rizal
6 Viva

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya meningkatkan prestasi dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015. Pihak sekolah sentiasa mendoakan semua murid akan memperolehi keputusan UPSR yang cemerlang nanti.

Thursday, May 28, 2015

Hari Jalinan Mesra Siri 1/2015

Pada 28 Mei 2015, telah diadakan Hari Jalinan Mesra Siri 1/ 2015 bertempat di kelas masing-masing bermula jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang.

Latar Belakang Hari Jalinan Mesra.

Ibu bapa  atau penjaga pelajar sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bagi menyediakan generasi pelapis kepada persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.

Objektif

Memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing di samping kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit.

Antara gambar-gambar untuk dikongsikan sepanjang berlangsungnya Hari Jalinan Mesra.

AJK Penunjuk Arah setia menunggu kehadiran para ibu bapa
Sesi perbincangan tentang masalah pembelajaran antara ibu bapa dan guru
Bapa penjaga sedang berbincang masalah pembelajaran anaknya dengan Pn Asmawati
Pn Maimunah sedang berbincang dengan bapa kepada pelajarnya
Pn Nik Kamisah sedang tekun melayan para ibu bapa yang ingin mengetahui perkembangan anak mereka
Pn Shurhama berbincang dengn ibu pelajar
En.Afandi sedang menerangkan masalah yang sering dihadapi oleh muridnya
En Fakhri sedang berbincang dengan ibu salah seorang daripada muridnya
Sesi perbincangan bapa dengan guru
Barisan guru yang menjaga disiplin murid demi melicinkan lagi perjalanan majlis - Tetap Benci Dadah
Situasi di luar kelas semasa menunggu giliran untuk mengambil buku rekod
Pn Azura sedang tekun mendengar penerangan ibu muridnya

Monday, May 25, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-19 (Sesi Petang)

Hari      :Isnin

Tarikh  : 25 Mei 2015

Masa     : 1.20 – 1.50 petang

 

Guru bertugas:

 

1.      Puan Zabedah binti Othman

2.      Puan Tuan Nor’ Ain binti Tuan Azhar

3.      Puan Jumilah binti Ahmad

4.      Puan Shurhama binti Ahmad

5.      Ranjiny a/p Rajah

6.     Puan Rabihah binti Amiruddin (Cuti Bersalin)

7.     Puan Maizara binti Mahat (Cuti Bersalin)  

  

Laporan

 

1.0              Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Salmi Amir. Bacaan doa dipimpin oleh adik Arif Arfan bin Abdul Razak. Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Tuan Nor’ Ain binti Tuan Azhar. Ikrar murid Ketua Pengawas sesi petang adik Nuraneesa binti Mohd Abdul Aziz.


Bacaan Ikrar oleh Ustazah Tuan Nor' Ain.

2.0       Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Nur Malisha binti Omar)

 

Beliau menasihatkan murid-murid supaya tidak membuli kawan seperti menghulurkan kaki apabila murid lain melintas di hadapan menyebabkan murid tersebut jatuh dan mengakibatkan kecederaan.

 

Murid-murid juga tidak dibenarkan lalu di dataran perhimpunan sama ada waktu datang ke sekolah, masa rehat maupun pada waktu balik.

 

3.0       Laporan Guru Bertugas (Puan Tuan Nor’ Ain binti Tuan Azhar) 

Beliau memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Beliau memaklumkan kepada murid-murid, sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi boleh berhubung dengan guru bertugas. Beliau juga memberi info tentang tema yang bertajuk "Mengisi Masa Lapang Dengan Perkara Yang Berfaedah".

  

4.0           Perkataan Lawad

 

Bahasa Malaysia – mengasak   = mendesak

Bahasa Inggeris   -   court         = mahkamah

Bahasa Arab        -  taajirun       = peniaga

 

5.0       Penyampaian Hadiah


           a) Kebersihan dan Keceriaan Kelas

 

         Tahun 1

                Pertama  - Uranium

    Kedua     - Titanium

    Ketiga     - Vanadium

 

    Tahun 2

    Pertama    - Angklung

                Kedua       - Tabla

                Ketiga       - Gambus

 

    Tahun 3

         Pertama   - Surgeri

                Kedua      - Respiratori

                Ketiga       - Obstetrik

 

Para pemenang tempat Pertama untuk Tahun 1, 2 dan 3.

               b) Pemenang Kuiz Hari Guru

 

                  Tahun 1

        1.         Danish Haqim   Uranium

        2.         Mohd Syafiq     Vanadium

        3.         Deena Qariesha Titanium

        4.         Mohd Ammar    Platinum

        5.         Qalisha                Elektrum

       

                 Tahun 2

                    1.         Hasya Lisani       Tabla

                    2.         Aisy Hafiy           Tabla

                    3.         Nurul Farzana    Tabla

                    4.         Dhaniya Batrisyia  Seruling

                    5.         Dayana                  Seruling

 

              c) Hadiah Hari Lahir Guru Bulan Mei

 

                   1.         Puan Nor Suriati binti Ismail

                   2.         Puan Nur Azlin binti Mohd Nor

                   3.         Puan Salina binti Mohd Tasu

                   4.         Puan Nor Arzah binti Hussin

                   5.         Puan Yusnita binti Yunus

                   6.         Puan Rosmah binti Jamat

                   7.         Puan Ezza Hairani binti Zainuddin

                   8.         Cik Zalina binti Ismail

 

Selamat Ulangtahun Kelahiran Cikgu!!!

Laporan disediakan oleh :

  Puan Zabedah binti Othman