... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, June 30, 2020

Sumbangan Ibu Bapa

Terima kasih banyak atas sumbangan-sumbangan yang diterima hari ini;
~ 2 unit sink oleh abang ipar Ustaz Zurilazman Abdullah
~ 1 unit rak Al Quran dan 2 unit rak kasut untuk surau oleh Parent Support Group (PSG) SRCC diketuai En. Mohd Rusdi Saleh
Semoga dimurahkan rezeki para penyumbang yang baik hati. Sangat bermanfaat buat murd-murid dan warga sekolah..












Lagi sumbangan almari surau oleh ibu bapa

Pemantauan Persiapan Prasekolah

Pemantauan persiapan pembukaan semula prasekolah oleh pegawai BPSH KPM bersama En. Rodzi, Pegawai Prasekolah PPD Sepang. Semoga dipermudahkan urusan kita esok dan selanjutnya..











Monday, June 29, 2020

Jadual Pengambilan Buku Kerja/Latihan

Bersama-sama ini disertakan jadual untuk tindakan pihak tuan/puan.






Disediakan oleh:
Nurul Azean binti Mohd Salleh

Friday, June 26, 2020

Makluman Penting Kepada Ibu bapa / Penjaga Murid Prasekolah

Assalamualaikum

INFO  KEPADA SEMUA IBU BAPA  MURID PRASEKOLAH YANG AKAN HADIR KE SEKOLAH BERMULA 1 JULAI  2020

1. Ibu bapa / penjaga sila pastikan anak hadir dalam keadaan sihat. Sekiranya anak tuan / puan bergejala, tidak perlu hadir ke sekolah.

2. Anak digalakkan memakai pelitup muka terutamanya yang berimuniti badan rendah. Ibu bapa digalakkan membekalkan anak face shield atau face mask  untuk dipakai di dalam kelas. Namun begitu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menasihatkan agar anak-anak hanya memakainya semasa dalam perjalanan ke sekolah. Setibanya di depan kelas prasekolah, mask akan diserahkan semula kepada ibu bapa / penjaga.

3. Jika anak menaiki bas / van sekolah, pastikan pemandu van/ bas sentiasa memakai pelitup muka dan telah menjalani saringan Covid-19 serta disahkan negatif (untuk keselamatan).

4. Murid perlu memakai pelitup muka di dalam van / bas sekolah berikutan keadaan yang bersesak dalam kenderaan.

5. Murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan akan bersekolah dalam sistem penggiliran bagi menjaga penjarakan sosial -  bersekolah berselang sehari. Kumpulan anak dan jadual penggiliran akan diberi kemudian.

6. Ibubapa / penjaga / pemandu van perlu melalui pagar B serta wajib menghantar murid di hadapan pagar prasekolah.

7. Ibu bapa / penjaga / pemandu van perlu membuat pemeriksaan suhu di pagar sekolah sebelum masuk menghantar anak ke kelas prasekolah. Guru Kelas atau PPM akan menunggu di hadapan kelas prasekolah dan akan mengambil suhu badan murid di sana. Suhu badan yang melebihi 37.5°C tidak dibenarkan masuk ke sekolah  dan diminta untuk mendapatkan rawatan doktor.

Begitu juga waktu balik, ibu bapa / penjaga / pemandu van perlu menunggu di pagar kelas prasekolah untuk menjemput anak jagaan masing-masing

Maksudnya di sini, anak-anak tidak boleh lagi masuk berjalan sendiri ke kelas tanpa jagaan ibu bapa / pemandu van semasa waktu datang dan waktu balik. (SOP ini telah ditetapkan oleh KPM dan KKM)

8. Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan memasuki kelas.

9. Ibu bapa / penjaga perlu patuh tatacara pelawat masuk dan hantar serta ambil anak ikut waktu yang ditetapkan.

10. Murid tidak perlu membawa beg sekolah dan bekalan makanan / minuman kecuali murid yang dibenarkan atas faktor-faktor tertentu.

11. Makanan dan minuman akan disediakan setiap hari di dalam kelas.

12. Murid tidak dibenarkan berkongsi makanan / minuman.

13. Ibu bapa / penjaga perlu membawa alat tulis sendiri / warna pada hari pertama persekolahan dan menyerahkan kepada guru sebaik tiba di kelas prasekolah untuk disanitize. Alat tulis akan ditinggalkan di dalam kelas untuk kegunaan murid sepanjang hadir ke sekolah selepas itu.

14. Murid tidak dibenarkan berkongsi peralatan / alat tulis dengan murid lain.

15. Ibu bapa / penjaga digalakkan membawa anak terus pulang ke rumah selepas habis kelas.

16. Sesi persekolahan prasekolah :
Sesi pagi          8.00 pagi - 12.00 tengah hari                                       (Isnin - Jumaat)
Sesi petang     : 1.00 petang - 5.00 petang 
                             (Isnin - Khamis)
                              2.00 petang - 6.00 petang 
                              (Jumaat)


Terima kasih

Guru Besar,
SK Taman Putra Perdana

Pemakluman Tarikh Pembukaan Semula Prasekolah & SOP Pembukaan Dari Kementerian Pendidikan Malaysia

Berikut dilampirkan surat rasmi pembukaan prasekolah pada 1 Julai 2020



SOP Pembukaan Prasekolah

   

 

 


Disediakan oleh : Hanawati Alinda

Tuesday, June 23, 2020

Petua 5T Mendengar

Assalamualaikum, selamat pagi murid-murid dan semua warga SKTPP
Semoga semuanya sihat sejahtera disamping keluarga tersayang...
Diam tak diam dah 3 bulan kita tak bersekolah kan...walaupun kita duduk di rumah sejak PKP dan sekarang dah masuk fasa pemulihan (PKPP), diharap murid-murid semua kekalkan momentum untuk terus belajar. Hari ni cikgu nak kongsikan salah satu teknik mendengar "Petua 5T Mendengar" . Petua ini boleh digunakan  oleh murid-murid, guru-guru dan ibu bapa bagi menunjukkan keperihatinan kita semasa mendengar dan menggalakkan seseorang individu itu berkongsi perasaannya dengan kita. Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba...😉😉😉


#staysafestayhealthy
#kitajagakita


Sunday, June 21, 2020

Jadual Suntikan Murid Tahun 1 2020

Kejadian penyakit berjangkit terutamanya penyakit cegahan vaksin adalah merupakan salah satu penyebab utama morbiditi dan mortaliti kanak-kanak. Imunisasi adalah merupakan satu cara yang paling berkesan dalam menangani kejadian penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak. Perkhidmatan imunisasi sekolah adalah salah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada murid di sekolah dalam usaha untuk mencegah penularan penyakit berjangkit.

Dalam keadaan di mana Malaysia sedang menghadapi wabak COVID-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP), penyampaian perkhidmatan imunisasi di sekolah tidak dapat dijalankan seperti biasa kerana sekolah-sekolah masih lagi ditutup dan sesi persekolahan masih lagi belum bermula. Ini akan melibatkan pemberian imunisasi mencegah penyakit demam campak (Measles), Rubella, Difteria dan kancing gigi (Tetanus) untuk murid Tahun 1, imunisasi Human Papillomavirus (HPV) bagi murid perempuan Tingkatan 1 dan imunisasi ATT (dos tambahan vaksin Tetanus) bagi murid Tingkatan 3.


KKM ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan imunisasi kepada murid sekolah masih lagi diteruskan dan semasa tempoh penutupan sekolah pada tahun 2020, di mana perkhidmatan imunisasi ini akan diberikan di fasiliti kesihatan kerajaan seperti Klinik Kesihatan atau Klinik Kesihatan Ibu dan Anak atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan. Pada tahun 2020, keutamaan diberikan kepada pemberian imunisasi untuk murid Tahun 1.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa atau penjaga diminta membawa anak-anak yang berada dalam Tahun 1 untuk mendapatkan imunisasi di fasiliti kesihatan berhampiran apabila menerima jadual temujanji perkhidmatan imunisasi melalui pihak sekolah. Untuk tujuan ini, KKM juga telah mendapatkan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu dalam menyelaras pemakluman kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkhidmatan imunisasi ini.

Dalam keadaan di mana Malaysia sedang dalam usaha membendung penularan jangkitan COVID-19, ibu bapa khususnya dan masyarakat amnya diseru untuk bersama-sama KKM dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha mencegah penyakit berjangkit. Sokongan berterusan bagi program imunisasi daripada semua pihak adalah sangat penting demi melindungi kesihatan dan masa depan murid sekolah kerana mereka adalah aset negara.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
15 MEI 2020


Petikan asal kenyataan akhbar boleh dicapai di laman sesawang di bawah ↴

https://kpkesihatan.com/2020/05/15/kenyataan-akhbar-kpk-15-mei-2020-pemberian-perkhidmatan-imunisasi-kepada-murid-sekolah-di-klinik-kesihatan/


Di bawah ini pula adalah jadual suntikan yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang. Ibu bapa murid Tahun 1 boleh merujuk jadual tersebut untuk tindakan. Sebarang pertanyaan, boleh dirujuk dengan guru kelas anak masing-masing. Harap maklum.



Friday, June 19, 2020

Pemantauan Persiapan Pembukaan Semula Sekolah Oleh PPD

Hari ini sekolah menjalani pemantauan persiapan pembukaan semula sekolah oleh pegawai PPD; Pn. Noranismawati. Terima kasih atas cadangan dan saranan yang diberi. Insyaa Allah pihak sekolah akan melaksanakannya dengan sebaik mungkin mengikut SOP yang telah ditetapkan..







Wednesday, June 17, 2020

Kemahiran Membaca Teknik SQ3R

Assalamualaikum murid-murid..
Walaupun murid-murid masih belum dibenarkan hadir ke sekolah, cikgu harap murid-murid sentiasa rajin membaca buku. Kalau kita hendak menjadi orang yang berilmu, maka kita hendaklah sentiasa rajin membaca. Sesungguhnya membaca itu adalah jambatan ilmu. Ilmu pula adalah ibarat cahaya yang menerangi hidup kita. Tanpanya kita akan kegelapan dan teraba-raba. Bayangkanlah kalau kita hidup dalam kegelapan. Demikianlah kita diibaratkan apabila hidup tanpa ilmu.

Bagaimana murid-murid membaca buku? Tahukah murid-murid bahawa membaca buku itu ada teknik, iaitu antaranya teknik SQ3R. Jom kita tonton video di bawah.


#rajinmembaca
#kitajagakita
#pkpp


Tuesday, June 16, 2020

Penataran Pembukaan Semula Sekolah Bersama Pentadbir

Penataran Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah telah diadakan bersama para pentadbir. Terima kasih YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar Mohammad Suffian sudi singgah memeriahkan perjumpaan kami. YDP menyerahkan 20 batang lemang dan rendang sumbangan ADUN Dengkil; YB Adhif Syan bin Abdullah buat warga sekolah yang bertugas. Terima kasih daun keladi YB. Semoga murah rezeki YB...