Friday, May 31, 2019

Catatan Perpisahan Dengan Cleaner SKTPP

Pertemuan & perpisahan adat kehidupan. Namun berpisah dengan cleaner SKTPP yang rajin lagi baik hati amat merenggut rasa. Hanya dalam masa 2 hari berita diterima, 8 daripada 12 pekerja pembersihan tersebut terpaksa diberhentikan. Akur pada keputusan kontrak terkini, 4 orang saja yang akan kekal mulai esok. Mereka ternyata redho dan tetap bersemangat mengecat dinding luar sekolah dan parkir guru sambil gelak ketawa bersama.
   Terima kasih banyak atas segala jasa dan bakti kalian. Bagi kami pihak sekolah, tiada cleaner serajin mereka, melakukan pelbagai tugas hatta di luar skop pembersihan - sejak lama dulu lagi. Tanpa rungutan bahkan sangat cemerlang.. Ketiadaan mereka, sekolah akan kehilangan dan 'patah kaki' namun apakan daya.... Semoga dimurahkan rezeki mereka di luar sana dan dipermudahkan urusan mereka selanjutnya. Sehingga berjumpa lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin..

Tembok sekolah berwajah baru

Selesai mengecat setelah bermula seawal jam 7.00 pagi


Perjumpaan GB dengan 4 orang yang terpilih

Semua dipanggil naik ke bilik GB

Bergambar dulu dengan semua pekerja

Kita sayang semua

Alhamdulillah mereka terima segala keputusan dengan redha


Meneruskan kerja mengecat ruang parking guru dengan penuh gembira dan usik-mengusik

Pihak pengurusan syarikat baru menemui GB dan KPT

Syarikat menerima keputusan pemilihan sekolah

Semoga kebajikan pekerja akan terus dijaga

Pengurus memberi taklimat dan amanat

Terima kasih Surih bersedia menggantikan sementara Sri yang sedang bercuti

Sesi bersalaman dengan staf pejabat sebelum meninggalkan sekolah

Tawa dan sedih bercampur baur

GB bersalaman dengan Aisyah; isteri Rudi

"Adik" yang manja - sedih melihat wajahmu

Maaf zahir batin semua ya

Rudi sangat berpotensi - bukan saja pandai berkebun, malah pandai bertukang dan melakukan kerja-kerja pembinaan bahkan pandai melukis dan fotografi juga rupanya.

Team yang sangat berdedikasi namun tetap sabar dengan ujian menjelang Aidil Fitri

Kami pasti akan merindui kalian

Bye... jumpa lagi..

Kenangan manis kita

Monday, May 27, 2019

Cleaner Sambung Mengecat

Pada kesempatan cuti sekolah ini, para pekerja pembersihan sekolah meneruskan kerja-kerja mengecat dinding sekolah. Rudi pandai melukis rupanya... Terima kasih semua...




Nago dan Rudi saling tolong menolong

Rudi mengecat



Kadbod yang digunakan untuk melukis lukian 3D ini

Hasil kreativiti Rudi yang awesome..

Wajah Baru Kantin Sekolah

Jom tengok wajah baru kantin sekolah yang menanti murid-murid lepas Raya nanti. Terima kasih buat pengusaha kantin; Pn. Sarimah dan adik-beradiknya yang menyiapkannya dalam bulan puasa ni. Lepas Raya, Insyaa Allah sambung semula kerja-kerja mengecat kerusi dan memasang tikar getah untuk alas meja..









Cikgu Sham Meneruskan Kerja-Kerja Pertukangan

Cikgu Noorsham meneruskan kerja-kerja menyiapkan perabot dan kelengkapan untuk Ujana Ilmu walaupun cuti sekolah. Thank you Cikgu Sham..



Gerbang Anjung ITMA UPM

Pokok dah mula memanjat tinggi, bunga pun dah mula keluar. Seronok tengok...



Ujana Ilmu TV : Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Warga SKTPP



Saturday, May 25, 2019

Salam Pra-Raya

Salam pra-Raya dari kami warga SKTPP. Maaf zahir batin. Selamat bercuti semua... hati-hati di jalan raya...