Tarikh : 11 Mac hingga 15 Mac 2024
Hari :
Isnin hingga Jumaat
Masa : 12.30 tengah
hari
Senarai Nama Guru Bertugas :
Kumpulan A
1. Saifullah bin Mat Saupi (K)
2. Amalina binti Abd Hamid (P)
3. Nurul Hanani binti Mohamad
Kamal
4. Nazahiyah binti Ab Rahman
5. Nor Farhani binti Mukhtar
6. Nik Rosmaliza binti Nik
Hussain
7. Fadhilah binti Talib
8. Nor Azuad bin Md Yusof
9. Sidratul Ayuni binti Aris
Sesi persekolahan tahun 2024/2025 telah bermula
pada minggu ini. Hari pertama persekolahan memberi keterujaan kepada
murid-murid untuk hadir ke sekolah terutama murid-murid tahun 1 serta ibu bapa
mereka. Murid-murid tahun 2 dan tahun 3 juga penuh bersemangat dan ceria untuk
kembali ke sekolah setelah menikmati cuti yang panjang.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat
ketetapan tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2024/2025,
sebaliknya perlu diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani,
sosial dan intelektual. Fokus utama adalah melaksanakan pendidikan didik hibur
dan juga aktiviti-aktiviti seperti suai kenal dan interaksi antara murid dan
guru.
Program dan aktiviti di sekolah pada minggu pertama
ini telah disusun oleh pihak pentadbir dengan kerjasama daripada Unit Bimbingan
dan Kaunseling serta guru-guru.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada minggu
pertama ialah Program Sinergi Mega untuk murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 dan
prasekolah manakala Program Transisi khas untuk murid Tahun 1.
Berikut antara kenangan yang berjaya dirakam oleh
lensa kamera sepanjang Program Sinergi Mega Tahun 2 dan 3 serta Program
Transisi Tahun 1.
Guru Penolong
Kanan Pentadbiran
Puan Azizah binti Mokhlas memberi ucapan sempena pembukaan sekolah dan
merasmikan
Program Sinergi Mega
YDP PIBG
Tuan Haji Megat Md
Saleh bin Md Arshad telah
memberi sedikit ucapan sempena awal pembukaan sekolah
Taklimat
Program Sinergi Mega disampaikan oleh Puan Rozimah binti Yaakob dan pelancaran
Program Transisi Tahun Satu sesi 2024/2025
Suasana
Hari Pertama Persekolahan
Murid
Tahun 1 mengikuti Program Transisi Minggu Pertama dengan jayanya
Program
Serlahkan Potensimu (Tahun 2 dan Tahun 3)
AKTIVITI HARI SELASA
v Murid Tahun 2, 3 dan Prasekolah mengikuti
Program Sinergi Mega iaitu ceramah yang telah disampaikan oleh YDP PIBG Tuan
Haji Megat Md
Saleh bin Md Arshad
v Aktiviti "I Love Myself”
v Aktiviti
“Saya Fokus, Saya Cepat, Saya Hebat”
AKTIVITI HARI RABU
v
Program Transisi Tahun 1 (Literasi
Asas)
v
Program Sinergi Mega “Hidden
Picture”
v
Program Sinergi Mega “Teka Silang
Kata”
v
Permainan Dalaman
v Aktiviti Tepuk
Sorak
AKTIVITI HARI KHAMIS
v Ceramah Segar
dan Sedar oleh En Saadon@Shahdon bin Shamsuddin
v Transisi Tahun 1
v
Aktiviti Pop Kuiz Sains
v
Aktiviti Roda Emosi
AKTIVITI HARI JUMAAT
Aktiviti
Mewarna
Aktiviti
Prasekolah
Sempena menyambut kedatangan Ramadan, Unit Pendidikan Islam dan Bahasa
Arab telah mengadakan Program Ihya Ramadan sepanjang bulan Ramadan ini. Program ini
diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan beberapa pertandingan yang
disertai murid Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Prasekolah.
Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan SKTPP 2024 telah diadakan pada
hari Jumaat..
Pelancaran
Program Ihya Ramadan
Alhamdulillah, tahniah dan terima
kasih kepada semua guru bertugas Kumpulan A sesi petang atas kerjasama dan
komitmen bagi melancarkan tugasan yang diamanahkan dengan jayanya.
Disediakan oleh;
Sidratul Ayuni binti Aris