... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, February 24, 2025

 LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU PERTAMA SESI 2025/2026 (SESI PAGI)

Kumpulan : A

Minggu : 1

Tarikh : 17 - 21 Februari 2025 (Isnin - Jumaat)

Masa : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi

Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Tema : Merah Jambu


Guru-guru bertugas Kumpulan A :

1. En. Muhammad Khairul Afiq bin Jamili (Ketua)

2. Pn. Zailiezah bt Sardi (Pen. Ketua)

3. Pn. Roslinda bt Mansor

4. Pn. Umi Nazrah bt Saharoni

5. Pn. Norliza bt Ali @ Yasim

6. Pn. Musaliha bt Mustafa

7. Pn. Rosmizawati bt Yusub

8. Pn. Mawaddah bt Kamarulzaman

9. Pn. Jamunarani a/p Bhoja Rajan

10. Pn. Norlatipah bt Che Yusuf

11. Pn. Norfauziaton bt Ali Mohamed

12. En. Zairuddin bin Mohamad Kelsom


    Hari pertama persekolahan sesi 2025/2026 disambut dengan kehadiran maskot SKTPP Baymax seawal jam 7.00 pagi bagi menyambut kehadiran murid-murid SK Taman Putra Perdana. Rata-rata tersenyum apabila turun dari kenderaan masing-masing. Objektif untuk memberi kegembiraan dan keseronokan kembali ke sekolah tercapai apabila pihak sekolah dan guru-guru menyambut murid-murid dengan senyuman dan salam.

    Kumpulan guru bertugas A telah menggalas tanggungjawab pada hari pertama persekolahan. Sesi persekolahan dimulakan dengan perhimpunan rasmi. Perhimpunan rasmi dimulakan dengan bacaan doa seterusnya lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah, Ikrar Rukun Negara dan ucapan guru bertugas iaitu Pn. Roslinda bt Mansor. Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar En Mohd Izzuddin bin Yoop menitip pesan dan kata semangat untuk murid terus hadir ke sekolah.

    Sepanjang minggu pertama persekolahan telah diadakan Program Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera. Program ini telah dianjurkan sepenuhnya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPP dengan kerjasama panitia-panitia. Program ini bertujuan untuk menyemarak semula keinginan dan semangat untuk belajar dalam diri murid setelah bercuti dalam tempoh yang lama.

    Berikut rangkuman aktiviti sepanjang minggu pertama persekolahan sesi 2025/2026 :





Barisan guru bertugas kumpulan A



Kehadiran murid disambut dengan meriah.

Pegawai Perhubungan Sekolah juga mengalukan kehadiran murid SKTPP.
Pengacara majlis -Pn Roslinda bt Mansor


Aktiviti Cergas Suria

Murid balik dalam keadaan teratur dan terkawal.

Hari kedua persekolahan barisan pentadbir menyambut kehadiran murid.

Bacaan Yasin mingguan


Murid RMT bersama pengusaha kantin dan guru besar SKTPP.




Disiplin murid-murid sepanjang minggu pertama persekolahan adalah sangat baik dan terkawal. Semua murid memberi kerjasama yang baik dan diharap murid gembira untuk hadir ke sekolah pada masa akan datang.



Disediakan oleh,

Pn. Umi Nazrah bt Saharoni.


PELUNCURAN PEMBUGARAN PROGRAM GURU PENYAYANG TAHUN 2025

PELUNCURAN PEMBUGARAN PROGRAM GURU PENYAYANG TAHUN 2025

Tarikh: 24 Februari 2025

Masa: 7.30 pagi 

Tempat: Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Program guru penyayang merupakan salah satu dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang harmoni. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya, Majlis Peluncuran Pembugaran Program Guru Penyayang Tahun 2025 telah berlangsung dengan lancar pada 24 Februari 2025. 

Pelaksanaan program ini diharap dapat menyebar luas dan membugarkan pelaksanaan aktiviti program guru penyayang bagi tahun 2025 kepada semua murid dan guru di SK Taman Putra Perdana serta meningkatkan keprihatinan guru terhadap keperluan murid dan menunjukkan sikap penyayang dalam usaha membentuk dan mendidik murid-murid dari segi sahsiah  dan akademik. 

Program dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan ucapan pengacara majlis. Seterusnya, nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah, bacaan doa, bacaan ikrar dan sesi memperkenalkan barisan guru bertugas mingguan.

Kemudian,  majlis diteruskan dengan ucapan aluan pengacara majlis, ucapan perasmian oleh Encik Mohd Izzuddin bin Yoop, Guru Besar SK Taman Putra Perdana, gimik peluncuran 'Pembugaran Program Guru Penyayang Tahun 2025' diikuti dengan sesi memperkenalkan AJK Guru Penyayang bagi tahun ini. Majlis bersurai pada jam 8.15 pagi dengan jayanya.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang dapat dirakam semasa majlis berlangsung:

Gambar 1: Barisan guru bertugas dan gimik peluncuran 'Pembugaran Program Guru Penyayang'


Gambar 2: Ucapan Guru Besar, En Mohd Izzuddin bin Yoop serta tayangan video.


Gambar 3: Barisan Guru Penyanyang Tahun 2025


Gambar 4: Buku Program Majlis Peluncuran Pembugaran Program Guru Penyayang Tahun 2025



Sekalung tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa guru penyayang, pihak pentadbir, guru-guru serta murid-murid atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang majlis 'Peluncuran Pembugaran Program Guru Penyayang'. Semoga semua objektif dan matlamat yang digariskan berjaya dicapai seterusnya mewujudkan suasana sekolah yang harmoni. 

Disediakan oleh,
Pn. Nur Murni binti Abdullah.