... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, October 11, 2025

Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Tahun 2025

 

"Buku program boleh diakses melalui pautan ini. Sila klik untuk maklumat lengkap." 

Sambutan Hari Sukan Negara merupakan program tahunan peringkat kebangsaan yang bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti bersukan. Pelbagai acara sukan dan riadah dianjurkan sebagai usaha membudayakan sukan dalam kehidupan seharian masyarakat. Program ini juga selari dengan pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui penyertaan aktif dalam sukan di peringkat sekolah, murid-murid dapat dibentuk menjadi individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

SK Taman Putra Perdana (SENADA) telah berjaya melaksanakan sambutan Hari Sukan Negara bagi kedua-dua sesi persekolahan dengan lancar dan penuh semangat kesukanan. Aktiviti seperti penalti bola sepak dan penalti bola jaring yang dijalankan mengikut kelas telah mendapat sambutan yang amat baik daripada murid-murid. Kesemua aktiviti berlangsung dalam suasana yang terkawal, ceria dan teratur. Majlis penyampaian hadiah juga telah disempurnakan, sekaligus menutup tirai program dengan jayanya. Program ini bukan sahaja mencungkil bakat sukan murid, malah turut memupuk nilai kerjasama, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan warga sekolah."

Berikut adalah kelas yang berjaya menggungguli pertandingan Penalti Bola Sepak & Penalti Bola Jaring dan momen-momen sepanjang program dijalankan:





Disediakan oleh,
Arzah Hussin & Rozimah Yaakob



Friday, October 10, 2025

Majlis Perasmian dan Pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah 2025 (Sesi Petang)

 

Tarikh: 10 Oktober 2025

Hari: Jumaat

Masa: 2.30 petang

Tempat: Dewan Perdana

Sasaran: Semua murid sesi petang tahun 1, 2 dan 3

Tema: Flora dan Fauna

 

Rutin tahunan kembali lagi. Berjumpa lagi pada tahun ini Bulan Pusat Sumber Sekolah (Ujana Ilmu) SKTPP bagi tahun 2025. Pastinya banyak pertandingan yang telah dirancang menunggu masa untuk dilaksanakan dan direalisasikan oleh semua murid SKTPP khususnya. Tidak lupa juga hasil kreativiti guru dan AKP yang bakal ditunjukkan dalam pertandingan yang telah disediakan.

Oleh itu, dikongsikan gambar-gambar sepanjang majlis perasmian dan perancangan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan ini. Biarlah gambar berbicara....


Cikgu Nor Amirulfitri selaku pengacara majlis


Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hadri


Ucapan perasmian dari Guru Besar SKTPP Encik Mohd Izzuddin bin Yoop


Selesai gimik perasmian bergambar bersama gegantung Bulan PSS



Dari kiri: PK Petang (En. Mohd Zaini), Guru Besar (En. Mohd Izzuddin) dan Guru Perpustakaan & Media (Pn. Arnny Yusnita).


Guru dan murid dari Pra Sekolah


Barisan guru lelaki


Barisan guru perempuan


Lagi barisan guru SKTPP

Merakam gambar kenangan bersama


1 2 3 Auummm! (gaya bunyi harimau)


Muka depan buku program 


Objektif Program


Tujuan Program Bulan PSS

Senarai pertandingan kolaborasi bersama panitia-panitia


Senarai pertandingan arus perdana


Senarai pertandingan terbuka murid


Senarai pertandingan terbuka guru dan AKP


Senarai pautan buku program dan pertandingan sempena Bulan Pusat Sumber Sekolah juga boleh dicapai melalui link berikut: 

1. Buku Program:
🔗 https://online.fliphtml5.com/vfhql/ewlj/

2. Himpunan Poster Hebahan Pertandingan Individu Kategori Murid (Panitia):

🔗 https://anyflip.com/pllqm/jfco/

3. Himpunan Poster Hebahan Pertandingan Terbuka Kategori Murid:

🔗https://online.anyflip.com/ozibu/spmi/mobile/index.html


Besar harapan pihak sekolah agar semua murid dapat menyertai dan menyokong semua aktiviti pertandingan yang telah diatur. Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memberi pengalaman baru serta bermanfaat kepada seluruh warga sekolah. Murid yang berminat bolehlah rujuk dengan guru kelas masing-masing. Marilah sama-sama kita memeriahkan kerana hadiah sedang menunggu pemenang-pemenang jadi ayuhh!  



Disediakan oleh,
Nur Azizati binti Ahmad
AJK Posting Blog