... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, June 29, 2018

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 (Sesi Petang)

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.

Biar amarah disunting senyum, 
Ibarat pekerti disulam kasih, 
Diharap dihalal makan dan minum, 
Ibarat rezeki tidak disisih

   Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.....Sambutan hari raya kali ini tidak ketinggalan meriahnya untuk sesi petang. Semua berganding bahu dalam menjayakan sambutan ini demi anak-anak murid tercinta. Pelbagai juadah beraneka macam, terus makan tidak hanya dipandang....semuanya sedap-sedap dan kami kenyang sampai ke petang.

   Terima kasih kepada En Ibrahim bin Rahman (NYDP PIBG) yang sudi datang memeriahkan lagi majlis pada petang ini. Semoga ukhwah antara kita semua akan terus terjalin. 

Ini camerawoman saya. Cikgu Azlinda.. Sangat berbakat kawan saya ni. Hari ini kami ditugaskan untuk membuat paparan di blog sekolah untuk tontonan umum....


Selamat datang ke Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Sesi Petang 2018

Jom berkenalan dengan pengacara  hari ini..Pn Nik Rosmaliza, manis senyumannya

Al Fadhil Ustaz Abdul Hafiz membacakan doa memohon keberkatan agar majlis diredhai


En Ibrahim bin Rahman selaku Naib Yang Dipertua PIBG memberi ucapan sempena sambutan Aidilfitri kali ini



Ucapan daripada Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)
Segak aihh puan Guru Besar kita berkebaya...



Simbolik sambutan kali ini dengan memotong kek. Disempurnakan oleh barisan VIP yang hadir


...Mari kita lihat kemeriahan sambutan raya kali ini dengan pelbagai juadah dan warna-warni sana sini dengan pelbagai aksi... Jelas menggambarkan keseronokan dalam kalangan guru dan murid



















Aksi murid-murid dan cikgu-cikgu yang tidak boleh "move on"









Jumpa lagi tahun depan... Sekian.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2018 (Sesi Pagi)

"Raya kan sebulan..😊😊".

          Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas kurniaanNya sekali lagi pada tahun ini kita bertemu dengan Syawal yang mulia. Setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan, tiba hari kemenangan buat seluruh umat Islam pada cuti pertengahan tahun yang lepas. Setelah dua minggu bercuti Hari Raya di kampung masing-masing kini sesi persekolahan dibuka semula.

   Oleh itu, pada tanggal 29 Jun 2018 bersamaan hari Jumaat berlangsung acara Sambutan Hari Raya Aidilfiti peringkat sekolah. Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah iaitu Cikgu Rozimah, Cikgu Juli, dan Cikgu Nor Arzah telah diberikan mandat mengetuai sambutan ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

     Sambutan ini bertujuan menzahirkan rasa kesyukuran dalam diri warga SKTPP dengan kedatangan bulan Syawal yang dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia. Sambutan Hari Raya pada tahun ini telah dimulakan dengan bacaan surah Yasin oleh seluruh warga SKTPP. Aktiviti ini adalah aktiviti rutin pada setiap pagi harΓ i Jumaat. Ianya bertujuan memohon perlindungan, keselamatan, kejayaan serta kerahmatan daripada Allah untuk warga SKTPP.  Bacaan Yasin telah diketuai oleh Ustaz Mahadir dan Ustaz Zurilazman. Kehadiran YDP PIBG SKTPP iaitu Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Sufian telah memeriahkan lagi sambutan pada pagi yang indah itu.

Ustaz Mahadir mengetuai bacaan surah Yasin
                 
 Seluruh warga SKTPP khusyuk membaca surah Yasin secara berjemaah

          Selepas bacaan surah Yasin selesai, acara Sambutan Hari Raya diteruskan dengan murid-murid meletakkan makanan yang dibawa dari rumah ke atas meja-meja yang telah disediakan. Suasana sambutan semakin meriah apabila terdapat pelbagai juadah terlihat di atas meja. Guru-guru sibuk menyusun juadah-juadah yang dibawa oleh murid. Keharmonian hubungan antara guru dan murid jelas kelihatan dengan masing-masing seronok menghidangkan juadah yang sangat menarik dan menyelerakan.πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

      Kita tinggalkan dahulu cerita tentang juadah-juadah yang menyelerakan itu, kerana selepas meletakkan juadah-juadah tersebut murid duduk semula dalam barisan kelas masing-masing untuk acara rasmi di Dewan Perdana.  Acara rasmi telah dikendalikan oleh Cikgu Roslinda sebagai Pengacara Majlis dibantu oleh JK Teknikal Pembesar Suara iaitu Cikgu Tarmiji dan Cikgu Hafiz. Acara dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Pengerusi Majlis dan disambung dengan bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman. Selepas itu acara diteruskan dengan ucapan oleh Puan Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali. Puan Guru Besar dalam ucapannya menyatakan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua murid yang bersemangat memberi kerjasama dalam memeriahkan lagi sambutan dengan membawa juadah dari rumah ke sekolah.

        Ucaptama Sambutan Hari Raya ini telah disampaikan oleh Tuan YDP PIBG SKTPP iaitu Tuan Haji Khairul Azhar bin Sufian. Dalam ucapannya beliau mengingatkan kepada murid-murid tahun enam untuk meraikan sambutan hari tersebut dengan bersungguh-sungguh. Hal ini kerana masuk sahaja minggu hadapannya, mereka mesti fokus semula dengan pelajaran seiring dengan peperikaan UPSR yang semakin hampir.

Tuan YDP PIBG SKTPP Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Sufian 
segak berbaju raya

Puan Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali
anggun berbaju kebaya

Barisan pentadbir dan wakil Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama 
YDP PIBG Tuan Haji Khairul Azhar bin Sufian

Cikgu Roslinda sebagai Pengacara Majlis ditemani PK HEM, Puan Rosmah binti Jamat

Ust Zurilazman mengetuai bacaan doa

Acara memotong kek Sambutan Hari Raya SKTPP

       Selesai sahaja acara formal di dewan, Sambutan diteruskan dengan acara memotong kek oleh pihak pentadbir sekolah. Selepas itu barulah acara jamuan besar-besaran dijalankan. Setiap murid mengambil makanan dalam keadaan yang teratur. Murid dan guru sama-sama beratur mengambil juadah yang diinginkan. Pelbagai juadah antaranya lemang, ketupat, soto, laksa, bihun goreng, mi goreng dan biskut-biskut raya serta kerepek raya yang menjadi kebiasaan umat Islam di Malaysia terdapat di SKTPP. Semuanya amat menyelerakan apatah lagi dipadankan dengan rendang ayam, rendang daging dan kuah kacang yang menjadi kesukaan orang Melayu pada Hari Raya.

Murid beratur untuk mendapatkan juadah yang diinginkan

        Sambutan menjadi semakin meriah apabila murid-murid duduk berjemaah makan bersama dan bergurau-senda bersama rakan-rakan. Tidak lupa juga ada yang tolong menolong dalam mengambil juadah yang dihidangkan untuk berkongsi juadah yang sama. Inilah erti Syawal yang sebenar. Saling hormat-menghormati, bermaaf-maafan serta mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain. Saling merasai juadah yang dibawa daripada rumah dan berkongsi kegembiraan yang dirasai bersama. Di bawah disertakan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang sambutan berlangsung..

Kemeriahan sambutan dirasai bersama oleh guru-guru dan murid-murid.

Guru lelaki dan wanita yang bergaya dengan baju raya masing-masing

 
Murid-murid tahun 6 mengambil kesempatan merakam kenangan bersama
guru mereka untuk tahun yang terakhir

Warna-warni Aidilfitri

Murid-murid lelaki kacak berbaju raya

Murid-murid perempuan anggun berbaju raya

       Begitulah kemeriahan yang dirasai sepanjang Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SKTPP. Kemesraan dan keharmonian hubungan antara semua warga sekolah dapat dizahirkan dengan baik. Kami bermaaf-maafan dan bergurau senda bersama. Setiap persengketaan dilupakan untuk selamanya. Ayuh berdoa semoga kita ketemu lagi dengan bulan Ramadan dan bulan Syawal pada tahun hadapan. Kami warga SKTPP berterima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga kerana memberi kerjasama yang sangat baik kepada pihak sekolah dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Akhir sekali, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin semua. 😊😊😊😊😊😊

Disediakan oleh
Ahmad Zubair Bin Haji Muhamad Taib

Wednesday, June 27, 2018

Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN) 2018

Selesai sudah program yang cukup bermakna pada hari ini. Program yang sangat memberi kesan kepada naluri, emosi dan perasaan kami semua. Seramai 37 orang murid yang terdiri daripada ahli Kelab Kerjaya & Pembimbing Rakan Sebaya bersama-sama 6 orang guru pengiring telah membuat lawatan sosial ke Rumah Jagaan Orang Tua Bait Al-Mawaddah, Shah Alam.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pengalaman baru dengan melihat sendiri kehidupan warga tua dengan lebih dekat lagi. Di samping itu, program ini juga dapat membudayakan nilai, sikap dan amalan saling hormat-menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan dan dapat menggembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan. 



Berikut paparan kenangan manis bersama 39 orang warga tua di Bait Al-Mawaddah :

Murid bersarapan di kantin sekolah

Pn Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) memberi amanat sebelum bergerak ke Bait Al- Mawaddah

Kunjungan kami disambut gembira oleh warga Bait Al-Mawaddah
Ucapan daripada Pn Norkhayati bt Rabani (Ketua, Bait Al-Mawaddah)
Ucapan daripada Pn Rosmah bt Jamat (PK HEM SKTPP)
Perlawanan sengit..otai masih berbisa
Sambil-sambil beramah mesra

Itu Pak Lang.....happy go lucky orangnya
Pak Majid berasal dari Songkhla sangat tinggi ilmunya...bercerita tentang dasar negara

Tersentuh hati melihat sentuhan nenda ini
Mesra anak-anak SKTPP bersama nenda Rahmah
Cucunda sedang melayani atuk dan nenek mereka
Penyampaian sijil jalinan dan sumbangan daripada warga SKTPP telah disempurnakan oleh Pn Rosmah bt Jamat

Sempat ambil kesempatan mengelilingi sekitar Bait Al-Mawaddah...anak-anak sekarang perlu didedahkan dengan pelbagai jenis pokok

Nenek Rosnah berada di pintu biliknya....sangat selesa, sebilik 2 orang penghuni. Macam motel....

Wow.....hebat sungguh infrastruktur yang ada. Antaranya Bilik Terapi, Bilik Kuliah dan Bilik Cara Kerja

En Mohd Izzat sebagai pengacara ...juga sebagai ketua lawatan. Jelas penerangan yang diberikan
Ucapan kenangan daripada wakil SKTPP, adik Ziyyad
dan Puan Zainah bt Jadan wakil dari Bait Al-Mawaddah
Agihan secebis kenangan untuk penghuni Bait Al-Mawaddah
Bergambar kenangan bersama sebahagian warga Bait Al-Mawaddah
Pusat Jagaan Orang Tua Bait Al-Mawaddah di bawah kelolaan Zakat Selangor
**********
Selamat tinggal semua warga Bait Al-Mawaddah...semoga kita ketemu lagi