... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, January 30, 2020

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

Khamis, 30 Januari 2020 telah berlansungnya Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Objektif majlis ini adalah sebagai medium memperkenalkan kepada warga sekolah tentang wujudnya pemimpin muda yang dilantik khas oleh pihak sekolah,  Selain itu ia juga bertujuan membina keyakinan serta jati diri pemimpin-pemimpin muda dan menyedarkan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas,

Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mahadir bin Midun.  Majlis diserikan dengan ucapan alu-aluan Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana serta ucapan titipan kepada bakal pemimpin-pemimpin kecil oleh Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Sufian, Yang Dipertua PIBG, SK Taman Putra Perdana.

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Koperal Mohd Hambali bin Khalid, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dari Balai Polis Putra Perdana.

Tahniah kepada semua murid yang telah dilantik sebagai pemimpin-pemimpin kecil sekolah.



Bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Mahadir bin Midun

Ucapan alu-aluan Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

Titipan ringkas dari Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian

Ucapan perasmian oleh Koperal Mohd Hambali bin Khalid







Bacaan ikrar Badan Pengawas Sekolah yang diketuai oleh Wan Nur Emalin Zahra Puteri binti Wan Norkihan 


Bacaan ikrar Badan Pengawas Pusat Sumber yang diketuai oleh Nur Balqis Najwa binti Mohammad Izzat 


Bacaan ikrar Barisan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang diketuai oleh Aisyah Basyirah binti Mohd Redzuan

Tuesday, January 28, 2020

Program Smart Study "Memory Master" Tahun 6, 2020.

Program khusus untuk tahun 6 ini diadakan seperti berikut:
Tarikh / Hari: 28 Januari 2020 / Selasa.
Masa : 7.45 pagi - 12 tengah hari.
Tempat : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana.
Anjuran Bersama: Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Kecemerlangan UPSR dan Ahli Majlis Perbandaran Sepang.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai halatuju dan kemahiran yang bersesuaian dengan pendidikan masa kini. Program ini juga menerangkan tentang konsep memori dan teknik belajar yang lebih berkesan dalam usaha mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik.

Atur cara program bermula jam 7.45 pagi. Murid tahun 6 berkumpul di Dewan Perdana, SKTPP.
Gambar-gambar sekitar program seperti berikut:

Pn. Rozimah (Guru Bimbingan & Kaunseling SKTPP) mempengerusikan program.

Buku program.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Zunaidi.



Pn. Rohaidah (Guru Besar SKTPP) menyampaikan ucapan.

Majlis diteruskan dengan ucapan Tn. Rushdan bin Mohamed (Ahli Majlis Perbandaran Sepang) seterusnya merasmikan program hari ini.
Tn. Rushdan menyampaikan sumbangan  untuk pembelian jersi sekolah.
Tn. Rushdan dijemput menjamu selera selepas majlis penyerahan sumbangan jersi.

Program Smart Study oleh En. Bisharuzi Omar (Perunding Utama Smart Study)
Seronok... murid-murid Tahun 6 mengikuti program Smart Study.

Sebelum bersurai, Pn. Rohaidah menyampaikan sijil penghargaan kepada En. Bisharuzi.
Semoga murid-murid Tahun 6 dapat memahami keupayaan sebenar minda dan mengaplikasi teknik-teknik 'Memory Smart Study' yang telah mereka pelajari.
Program bersurai jam 12.00 tengah hari.

Dari papan terbuat pintu,
Jendela depan ada tiga,
Barangsiapa menuntut ilmu,
Dekat kakinya menuju syurga.

Tuesday, January 21, 2020

Cuti Tahun Baru Cina

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina pada 23 Januari 2020 (Khamis) hingga 27 Januari 2020 (Isnin). Sekolah akan dibuka semula pada 28 Januari 2020 (Selasa).



Image result for tahun baru cina 2020

Disediakan oleh:
Nurul Azean binti Mohd Salleh

Lagi Berita Bergambar Kriket @ Sinar Harian



Monday, January 20, 2020

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-4 (Sesi Petang)

Tarikh  : 20 Januari 2020 (Isnin)
Masa    : 1.20 - 1.50 petang
Tempat : Dewan Perdana

Senarai Guru Bertugas Kumpulan D:
1. En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
2. Pn. Nor Arzah binti Hussin
3. Pn. Nor Maziah binti Abd Malek
4. Pn. Azizah binti Abd Hamid
5. Cik Amalina binti Abd Hamid
6. Pn. Khairiah binti Razali
7. En. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim

Guru - guru Bertugas Kumpulan D

1. Laporan Guru Bertugas pada minggu lepas (Kumpulan C): Pn. Salina binti Mohd Tasu
  • Murid-murid tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam kelas tanpa kebenaran semasa waktu rehat. Hal ini kerana banyak kes kecurian dan kerosakan barang kepunyaan murid yang telah dilaporkan.
  • Murid-murid juga tidak dibenarkan untuk berlari di kawasan sekolah kecuali semasa waktu matapelajaran yang dibenarkan sahaja. Hal ini bagi mengelakkan kes kecederaan murid akibat berlari atau terjatuh di tempat yang berbahaya seperti di dalam tandas atau di tangga.
  • Para guru serta murid perlu memastikan suis kipas dan lampu ditutup apabila tidak digunakan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran tenaga dan menjimatkan kos dan bil sekolah.

2. Perkataan LAWAD
  • Bahasa Melayu   : menolak
  • Bahasa Inggeris  : grass (rumput)
  • Bahasa Arab       : uzunun (telinga)

3. Ucapan Tema Mingguan oleh En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
    
"Kebersihan dan Penampilan Diri"
  • Kebersihan diri amat penting untuk dipupuk sejak dari kecil. Amalan murni ini mampu memastikan badan kita tidak mudah jatuh sakit dan tidak membahayakan orang di sekeliling kita. Akibat tidak mengamalkan kebersihan diri ialah kehadiran kita tidak akan disukai oleh orang di sekeliling kita kerana faktor bau mahupun imej yang membuatkan mereka kurang selesa.  
  • Penampilan diri penting bagi menonjolkan imej seseorang. Penampilan yang kemas dan bersih mampu membuatkan orang di sekeliling kita selesa dengan kehadiran kita. Kita juga akan lebih dihormati kerana penampilan diri yang baik menunjukkan kita seorang yang berdisiplin dan juga bertanggungjawab.

4. Ucapan Tazkirah Disiplin oleh Ust Muhamad Saiffol bin Ngabiah
  • Para guru matapelajaran serta murid perlu beratur di hadapan kelas bagi melancarkan perjalanan aktiviti bacaan doa dan pergerakan murid semasa waktu balik.
  • Murid-murid perlu menggunakan tangga yang telah ditetapkan dan jangan melintasi kawasan dataran sekolah kerana ia adalah kawasan larangan bagi murid. 

5. Pengumuman
  • Cuti Tahun Baru Cina adalah pada 23 - 27 Januari 2020
  • Aktiviti kokurikulum bagi Tahun 3 berjalan seperti biasa (Unit Beruniform)

Gambar Sepanjang Majlis Perhimpunan berlangsung


Pengerusi Majlis: En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

Ucapan Guru Bertugas bagi minggu lepas: Pn. Salina binti Mohd Tasu

Bacaan doa oleh wakil pengawas sesi petang.

Bacaan ikrar oleh wakil pengawas sesi petang.

Laporan disediakan oleh:
En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
En. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-4 (Sesi Pagi)

Tarikh : 20 Januari 2020
Hari : Isnin
Masa: 7.30 pagi - 8.30 pagi

Pengacara Majlis: Jamilah binti Yusof


1. Guru yang bertugas:
  • Jamilah binti Yusof
  • Norlida binti Othman
  • Zailezah binti Sardi
  • Umi Nazrah binti Saharoni
  • Arjunawati binti Ahmad Nuze
  • Norfauziaton binti Mohamed
  • Nurul Izziani binti Mohd Latifi
  • Ahmad Musrizuan bin Daud
  • Srimahathevan a/l Vadivelu


2. Agenda Perhimpunan:
  • Nyanyian, Bacaan Doa Dan Ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, dan lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Puan Astina binti Mahad Nor.
  • Bacaan Doa oleh Adik Mohd Shafiq Asnaf.
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Jamilah binti Yusof
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Wan Nur Emalin Zahra Putri

3. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji
  • Pemakaian uniform sekolah yang belum lengkap iaitu lencana sekolah dan tanda nama.
  • Murid lelaki yang berambut panjang, ambil kesempatan memotong rambut semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina ini. 
  • Pastikan murid lelaki memakai baju PJ dengan t-shirt di masukkan ke dalam seluar (tuck-in).
  • Mohon kapada semua murid supaya mematuhi peraturan dan menjaga disiplin diri semasa bergerak ke bilik-bilik khas untuk mengelakkan kemalangan.

4. Perkataan LAWAD
  • Bahasa Melayu - Iktibar : maksud - pengajaran / teladan
  • Bahasa Inggeris - Order : maksud - pesan
  • Bahasa Arab - Laban : maksud - susu

5. Ucapan guru bertugas minggu ini oleh Puan Jamilah binti Yusof  (Tema-Kepentingan Menjaga Penampilan Diri)
  • Kebersihan adalah amalan yang paling penting dalam kehidupan seharian.
  • Ibu bapa wajib menerapkan pentingnya menjaga kebersihan diri seawal usia.
  • Menjaga kebersihan dan penampilan diri adalah satu amalan yang baik dan juga merupakan satu ibadah. Oleh itu, wajib bagi murid untuk sentiasa menjaga kebersihan diri.
  • Murid-murid juga perlu menjaga kebersihan dalaman yang bermaksud perlu bercakap perkara yang baik dan positif. Elakkan dari memperkatakan perkara yang tidak elok dan negatif.
  • Murid-murid juga harus memastikan setiap kali bangun pagi bersihkan diri dan wajib gosok gigi serta berpakaian kemas untuk ke sekolah.
  • Apabila berpakaian kemas ke sekolah akan dapat membina keyakinan diri dan murid akan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.
  • Selain dari itu, murid perlu tahu pemilihan makanan yang bersih untuk mengelakkan dari mendapat sebarang penyakit.
  • Cara-cara menjaga kebersihan diri:-
  1. basuh tangan sebelum makan
  2. pakai pakaian yang bersih
  3. membersihkan kawasan sekitar seperti bilik sendiri
  4. membersihkan diri sekurang-kurangnya 2 kali sehari

6. Ucapan mingguan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Shahrizal bin Ya'am
  • ucapan alu-aluan.
  • Empat perkara yang diperkatakan iaitu:-
  1. Tahniah di atas kedatangan murid-murid ke sekolah untuk hari ini dan hari-hari yang sebelumnya. Jika murid tidak dapat hadir ke sekolah, pastikan murid maklumkan kepada Guru Kelas masing-masing dengan menyediakan surat akuan doktor (MC) atau surat makluman.
  2. Kebersihan diri - pastikan semua murid minum air kosong yang secukupnya dan memakai topeng muka jika berlaku simptom-simptom batuk, asma dan sebagainya untuk mengelakkan dari berjangkit kepada orang lain. Jika demam, tidak perlu hadir ke sekolah. Langkah-langkah penjagaan dengan menjaga kebersihan dan keselamatan diri.
  3. Selamat maju jaya kepada yang akan mewakili sekolah ke peringkat MSSD pada minggu ini dan sepanjang bulan Febuari, iaitu Kejohanan merentas desa, ragbi, bola sepak, catur dan bola jaring.
  4. Murid-murid dikehendaki datang awal pagi ke sekolah dan balik rumah tamat waktu persekolahan. Jangan ikut kawan tanpa kebenaran dari ibu bapa. Pastikan pergi ke mana-mana dengan kebenaran dan pengetahuan ibu bapa. Akhir sekali, sila patuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan. 

Gambar sepanjang majlis perhimpunan berlangsung






Saturday, January 18, 2020

Mesyuarat AJK PIBG kali ke-5 sesi 2019 / 2020

Hari ini diadakan Mesyuarat AJK PIBG kali ke-5 sesi 2019 / 2020. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat terakhir menjelang Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada 22 Februari 2020 nanti. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK & pentadbir. Jasa-jasa kalian sangat besar. Sesungguhnya AJK PIBG diketuai YDP serta pentadbir sekolah telah banyak berkorban masa dan tenaga demi memenuhi keperluan material murid, menaiktaraf fizikal sekolah serta menjayakan perancangan program unit-unit. Semoga kemenjadian murid di tahun 2020 ini bertambah mantap..





Friday, January 17, 2020

Program Transisi Guru Penyayang Tahun 1 2020

Pengalaman pertama melangkah ke sekolah rendah merupakan pengalaman yang indah bagi setiap kanak-kanak. Rutin bagi setiap sekolah pasti akan menyediakan Program Transisi Guru Penyayang (PTGP) atau dikenali sebagai Program Transisi Tahun 1 sebagai ruang untuk murid menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Alhamdulillah Minggu Transisi Tahun 1 SK Taman Putra Perdana sudah melabuhkan tirai dan berjalan dengan lancar.

Tarikh pelaksanaan:
Minggu 1 - 3
2 Januari 2020 - 17 Januari 2020

Objektif Program Transisi :

1- Menangani perbezaan murid yang masuk ke Tahun 1 dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta latar belakang dan pengalaman.

2- Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan oleh sukatan Tahun 1.

3- Memperkembangkan sosio-emosi, menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran yang formal.

4- Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru dan kawan-kawan yang baru dalam masa yang singkat.

5- Melicinkan perjalanan pengurusan dan pentadbiran kurikulum sekolah.

6- Mewujudkan keyakinan pihak sekolah dan kepercayaan ibu bapa terhadap keperluan anak-anak mereka.

7- Meningkatkan minat dan semangat untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.

Maklumat pelaksanaan:

  • Murid tidak perlu bawa buku. Hanya perlu bawa alat tulis sahaja. Modul disediakan oleh pihak sekolah.
  • Guna tanda nama sementara yang disediakan. Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti yang terdapat di belakang tanda nama tersebut.
  • Jadual waktu akan diedarkan sebelum hari terakhir Transisi. Pelaksanaan jadual pada 20 Januari 2020.
  • Ibubapa hanya dibenarkan berada di sekolah selama 2 hari persekolahan (Khamis dan Jumaat).

Nama batu permata telah dipilih sebagai nama kelas bagi kohort tahun 1 2020. Besar harapan sekolah terhadap anak-anak ini supaya menjadi permata yang bersinar terang pada masa hadapan. Berikut senarai nama kelas dan guru kelas tahun 1;

  • 1 Amber       : Pn. Nor Rafini bt Othman
  • 1 Amethyst   : Pn. Nur Affiqah bt Ahmad Subian
  • 1 Citrine        : Pn. Norhidayu bt Sadri
  • 1 Diamond    : Pn. Roslelawati bt Ibrahim
  • 1 Emerald      : Pn. Nor Azian bt Ahmad
  • 1 Ruby           : Pn. Ummu A'thiah bt Haji Hashim
  • 1 Sapphire      : Pn. Nazahiyah bt Ab Rahman
  • 1 Topaz          : Pn. Norazah bt Mohd Ali
  • 1 Turqoise      : Pn. Nur Malisha bt Omar
  • 1 Zircon         : Pn. Norazmira bt Kadirun

Beberapa gambar yang dapat dirakam sepanjang program berlangsung dan menjadi kenangan terindah bersama murid-murid baru tahun 1 2020 SKTPP.

Pentadbir bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling menyambut kehadiran murid tahun satu ditemani maskot Mickey & Minnie Mouse

Gelagat ibubapa merakam gambar anak-anak bersama maskot

Turut hadir YDP PIBG ke perhimpunan rasmi pertama bagi tahun 2020

Kelihatan pelbagai reaksi wajah murid-murid tahun 1

Ibubapa yang setia menunggu dan merakam gambar keletah anak-anak

Memperkenalkan barisan guru kelas tahun 1

Modul yang digunakan sepanjang minggu transisi berlangsung
Begitu teruja murid-murid membuat aktiviti yang disediakan di dalam modul
Tekun mewarna

Taklimat adab yang disampaikan oleh Pn Rozimah bt Yaacob
Pn Nor Arzah bt Husin sedang memberi taklimat keselamatan di sekolah

Murid-murid mendengar taklimat disiplin yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Saiffol b Ngabiah

Suasana waktu balik

Guru-guru menunggu kehadiran ibubapa untuk mengambil anak masing-masing


Semoga dengan adanya Program Transisi Tahun 1 ini dapat memberi memori indah untuk semua murid sama ada yang pahit atau manis dan dapat membantu mereka agar cepat dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan yang baru. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama guru-guru tahap satu serta ibu bapa yang memberi kerjasama yang sangat baik bagi menjayakan minggu transisi hingga ke akhirnya. Tahniah!

Disediakan oleh,
Nur Azizati binti Ahmad