Dimaklumkan bahawa Cuti Penggal 1, sesi 2023/2024 bermula pada 27 Mei 2023 (Sabtu) hingga 4 Jun 2023 (Ahad). Manakala, Cuti Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah pada 5 Jun 2023 (Isnin).
Saturday, May 27, 2023
Cuti Penggal 1 Sesi 2023/2024
Friday, May 26, 2023
Laporan Bertugas Minggu ke-9 (Sesi Petang)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berikut adalah laporan sepanjang minggu bagi Kumpulan C sesi petang.
Tarikh Bertugas : 22 Mei 2023 - 26 Mei 2023
Senarai Guru Bertugas (Kumpulan C):
Saifullah bin Mat Saupi
Amalina binti Abd Hamid
Nurul Hanani binti Mohamad Kamal
Nazahiyah binti Ab Rahman
Nor Farhani binti Mokhtar
Khairiah binti Razali
Nik Rosmaliza binti Nik Hussain
Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin
Fadhilah binti Talib
Selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak KPM bahawa tiada aktiviti luar bilik darjah akibat cuaca yang panas, perhimpunan rasmi mingguan masih tidak dijalankan. Namun makluman penting masih terus disalurkan kepada murid-murid sama ada melalui guru kelas dan medium media sosial seperti telegram dan whatsapp kelas.
Tugasan guru bertugas masih berjalan seperti biasa seperti pemantauan di pintu pagar ketika murid tiba dan pulang. Berikut adalah beberapa gambar yang dirakamkan ketika kehadiran murid ke sekolah di Pagar A dan Pagar B:
Laporan Bertugas Minggu ke-9 (Sesi Pagi)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berikut adalah laporan sepanjang minggu bagi Kumpulan C sesi pagi
Tarikh Bertugas : 22 Mei 2023 - 26 Mei 2023
Senarai Guru Bertugas (Kumpulan C):
- Pn. Mazzaini binti Muda
- En. Ahmad Musrizuan binti Daud
- En. Syed Farhan bin Syed Abdullah
- Dr. Mohd Azrul bin Mohd Mokhtar
- En. Muhammad Afiq bin Azli
- Pn. Rosmizawati binti Yusub
- Pn. Faridatul Akmal binti Ismail
- Pn. Junaidah binti Rus
- Pn. Jamunarani Bhojan Rajan
- Pn. Nur Murni binti Abdullah
- Pn. Siti Fatimah binti Wan Yaacob
- Pn. Nurul Iman binti Illyas
Wednesday, May 24, 2023
Majlis Pelancaran Minggu Perpaduan Madani Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik inisiatif sambutan Minggu Perpaduan Negara yang bertemakan 'Perpaduan Dalam Kepelbagaian'. Ini dizahirkan dengan penganjuran Program Perpaduan Madani KPM Tahun 2023. Program Perpaduan Madani KPM Tahun 2023 dilangsungkan selama seminggu bermula 20 hingga 27 Mei 2023.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Operasi Sekolah, Dr Norsiah binti Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme, Tuan Hj Shafruddin bin Ali Hussin, pegawai-pegawai kanan KPM dan barisan pengurusan Bank Rakyat.
Sambutan ini bertujuan untuk membangkitkan kembali semangat kebersamaan seluruh warga KPM melalui aktiviti yang berasaskan patriotisme dan demokrasi, identiti nasional dan ekosistem perpaduan. SK Taman Putra Perdana sangat bertuah kerana tersenarai dalam jemputan oleh KPM ke Majlis Pelancaran Minggu Perpaduan Madani Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023. Bilangan peserta setiap sekolah yang dijemput ialah 3 orang yang diwakili oleh pengetua/guru besar, seorang guru penolong kanan dan seorang guru (berbilang kaum).
Majlis pelancaran tersebut seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 24 Mei 2023 (Rabu)
Masa: 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang
Tempat: Dewan Seri Melati, Presint 3, 62000 Putrajaya
Berikut merupakan gambar dan video aktiviti yang sempat dirakamkan:
Wakil dari SK Taman Putra Perdana: Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar), En Naga Kannan a/l Vadivale (GBK Petang) dan Pn Juli binti Mahbah (Guru Bimbingan dan Kaunseling) |
Guru Besar sempat bergambar kenangan bersama Encik Zainuren bin Hj. Mohd Nor, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia |
Bergambar kenangan selepas majlis selesai |
Bicara Perpaduan: Pemimpin Sekolah Membangun Masyarakat Madani, disampaikan oleh Encik Zainuren bin Hj Mohd Nor (Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia) |
Friday, May 19, 2023
Laporan Bertugas Minggu Ke-8 (Sesi Petang)
Tarikh : 15 Mei 2023 hingga 19 Mei 2023
Barisan guru bertugas |
Tuesday, May 16, 2023
Selamat Hari Guru 2023
Selamat Hari Guru buat semua guru walau di mana jua berada. Semoga sentiasa sihat dan bersemangat mendidik & membimbing anak-anak murid menjadi insan yang berguna serta berbudi tinggi. Jasa-jasamu hanya Allah jua yang dapat membalasnya..
# Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
Friday, May 12, 2023
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SKTPP 2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar semua? Harap semuanya sihat. Kena minum air masak banyak-banyak. Jangan terdedah dengan cuaca yang terlalu panas. Stay at home okey? Pada 12 Mei 2023 (Jumaat) Unit Guru Penyayang SKTPP telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Semua murid bersama-sama semua guru dan juga pentadbir SKTPP menyambut hari raya secara sederhana namun tetap meriah hehehe..
Majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua PIBG SKTPP iaitu Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian. Terima kasih Tn Hj atas kehadiran. Memandangkan keadaan semasa yang tidak mengizinkan, maka jamuan hari raya diadakan di kelas masing-masing sahaja. Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Semua murid sesi pagi dan sesi petang bergembira menyambut hari raya dengan pelbagai juadah yang dibawa dari rumah. Terima kasih 'parents'! Terima kasih juga kepada semua guru kelas yang bertungkus lumus menguruskan jamuan raya ini. Terima kasih juga kepada Unit Guru Penyayang SKTPP kerana berjaya menganjurkan majlis jamuan raya ini dengan baik. Terima kasih semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Moga kita berjumpa lagi pada hari raya tahun hadapan. In sha Allah.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ikhlas daripada
Warga SKTPP
Laporan Bertugas Minggu ke-7 (Sesi Petang)
Tarikh : 8 Mei 2023 hingga 12 Mei 2023
Hari : Isnin hingga Jumaat
Senarai nama guru bertugas :
1. Nor Amirulfitri bin Othman
2. Rozimah binti Yaakob
3. Azizah binti Ab Hamid
4. Nora Azean binti Che Othman
5. Norazmira binti Kadirun
6. Nor Rafini binti Othman
7. Norhana binti Nordin
8. Salmi binti Adnan
9. Rosmanini binti Rahim
10. Farhana binti Muhamad Fuzi
Barisan guru bertugas minggu ini. |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Minggu ini adalah minggu ke-7 persekolahan sesi 2023/2024. Warga SKTPP serta murid-murid hadir penuh semangat ke sekolah, berbekalkan harapan setinggi gunung, mengumpul setiap kenangan dalam pengalaman yang mampu digapai.
Murid-murid dan guru-guru berkumpul di Dewan Perdana sebelum perhimpunan dimulakan. Majlis perhimpunan rasmi mingguan dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, kemudian diikuti nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.
Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis. |
Majlis perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Muhammad Iyadh Qayyim bin Mohd Izzham. Puan Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana menyampaikan sepatah dua kata pendorong semangat semua warga SKTPP.
Pimpinan bacaan doa oleh pengawas sekolah. |
Ucapan Guru Besar SKTPP. |
Seterusnya perasmian Program 3S (Senyum, Salam, Sapa) dijalankan serba ringkas disebabkan cuaca yang terlalu panas. Guru Besar dan para pentadbir bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Program 3S.
Perasmian Program 3S. |
Murid-murid bergerak ke kelas untuk aplikasi Program 3S bersama guru-guru mentor masing-masing. Berikut dilampirkan gambar-gambar pelaksanaan secara amali Program 3S di kelas bersama guru.
Hari Selasa hingga Khamis berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa dengan lancar. Hari Jumaat pula SKTPP telah mengadakan jamuan sempena Hari Raya bersama murid-murid serta guru-guru. Jamuan pada tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana diadakan di dalam kelas oleh kerana cuaca panas. Walaupun sedikit berbeza namun tetap menjanjikan kemeriahan. Warga SKTPP sempat beraya dari kelas ke kelas.
Taklimat oleh guru bertugas sebelum jamuan dimulakan. |
Kami mengucapkan terima kasih kepada Pn. Guru Besar dan Tn. Hj. Khairul Azhar, YDP PIBG yang sudi datang 'beraya' ke kelas-kelas kami.
Alhamdulillah minggu persekolahan ke-7 ditutup dengan lancar tanpa sebarang masalah besar atau kemalangan. Walaupun terdapat beberapa hal kesihatan yang dialami oleh murid-murid namun dapat diuruskan dengan baik oleh para guru. Semoga SKTPP terus maju dalam segenap bidang.
Disediakan oleh,
Nor Amirulfitri bin Othman