... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, July 31, 2011

PENGESAHAN KELULUSAN PENEMPATAN KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa urusan pengesahan penempatan murid tahun satu 2012 bermula pada 1 ogos 2011 hingga 30 ogos 2011. Tuan/puan dikehendaki hadir untuk membuat pengesahan anak masing-masing di pejabat sekolah pada waktu 8.00 pagi - 4.30 petang.

Surat pengesahan kelulusan penempatan telah pihak sekolah poskan pada 25.7.2011 hingga 29.7.2011.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Thursday, July 28, 2011

LAWATAN GURU-GURU SK TAMAN SRI MUDA KE SKTPP

Pada 28 Julai 2011, Sk Taman Putra Perdana telah menerima lawatan daripada SK Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor yang terdiri daripada 14 orang guru-guru tahun 1 dan pentadbir sekolah. Lawatan yang bertujuan untuk melihat sendiri perjalanan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR merangkumi sistem fail, penggunaan standard prestasi dan pembinaan instrument. Penerangan mengenai Sistem Pengurusan Berasaskan Sekolah (SPPBS) telah disampaikan oleh Puan Jumilah Ahmad. Bengkel mengikut subjek turut diadakan untuk perkongsian ilmu. Semoga ilmu dan maklumat yang diperolehi dari SKTPP dapat diaplikasikan dan digunakan sepenuhnya untuk merealisasikan hasrat KPM.

Para pelawat sedang mendengar dengan teliti taklimat SPPBS.

Puan Jumilah sedang menyampaikan taklimat mengenai SPPBS dengan terperinci.

Bergambar bersama pentadbir dan guru-guru SK Taman Sri Muda.

LAWATAN GURU-GURU SK TAMAN SEMARAK, NILAI, NEGERI SEMBILAN KE SKTPP

28 Julai 2011 (Khamis), Sk Taman Putra Perdana telah menerima lawatan daripada SK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan yang terdiri daripada 8 orang guru-guru tahun 1 dan pentadbir sekolah. Lawatan yang bertujuan untuk melihat sendiri perjalanan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR merangkumi sistem fail, penggunaan standard prestasi dan pembinaan instrument ini bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari. Penerangan mengenai Sistem Pengurusan Berasaskan Sekolah (SPPBS) telah disampaikan oleh Puan Jumilah Ahmad. Bengkel mengikut subjek turut diadakan untuk perkongsian ilmu. Semoga ilmu dan maklumat yang diperolehi dari SKTPP dapat diaplikasikan dan digunakan sepenuhnya untuk merealisasikan hasrat KPM.

Sesi perbengkelan subjek Bahasa Malaysia oleh Puan Suzelawati dan Puan Jumilah Ahmad

Perbincangan subjek Dunia Sains dan Teknologi oleh Puan Holwani dan Puan Julaili

Perbincangan Subjek Matematik oleh Puan Azlin dan Puan Syukri Hidayati

Sesi perbengkelan guru-guru Pendidikan Islam, turut terlibat Puan Wan Sarinah.

Cenderahati daripada pihak SK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan.

Kerjasama guru-guru SKTPP dalam menjayakan lawatan ini, Puan Wan Rosmawati, Puan Parimala dan Puan Ainul.

TAKLIMAT PBS KSSR DI SK SRI SERDANG

27 Julai 2011, beberapa orang guru tahun 1 dan Penolong-penolong kanan SK Taman Putra Perdana telah dijemput ke SK Sri Serdang untuk memberi taklimat mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR dan bengkel penggunaan standard prestasi. Taklimat yang bermula pada jam 8.30 pagi telah disertai oleh semua guru tahun 1,2 dan 3 SK Sri Serdang. Semoga sesi perkongsian ilmu ini memberi banyak manfaat kepada semua guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR dengan jayanya.

Guru besar SK Sri Serdang, Puan Asma Mokhtar menyampaikan ucapan.

Taklimat PBS disampaikan oleh Puan Habsah Ahmad, Penolong Kanan 1 SKTPP.

Penerangan dengan lebih terperinci oleh Puan Habsah Ahmad.

Guru-guru SK Sri Serdang memberi perhatian sepenuhnya terhadap penerangan SPPBS oleh Puan Jumilah Ahmad.

Penerangan mengenai Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) disampaikan oleh Puan Jumilah Ahmad, Jurulatih Utama Daerah Sepang.

Pentadbir dan Guru-guru SKTPP yang terlibat dalam menjayakan taklimat ini.


Sesi Perbengkelan Subjek Dunia Sains dan Teknologi disampaikan oleh Puan Holwani Yahaya.

Sesi Perbengkelan Subjek Matematik disampaikan oleh Puan Nur Syukri Hidayati.

Sesi Perbengkelan Pendidikan Islam disampaikan oleh Puan Wan Rosmawati.

Sesi Perbengkelan Bahasa Malaysia disampaikan oleh Puan Jumilah Ahmad.

Sesi Perbengkelan Pendidikan Jasmani dan Sukan disampaikan oleh Puan Nik Rosmaliza.

Penyampaian cenderahati kepada Puan Penolong Kanan 1, Puan Habsah Ahmad.

Penyampaian cenderahati kepada Tuan Penolong Kanan Petang, En. Rosdin Bin Ibrahim.

WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADHAN 1432H

Dimaklumkan bahawa, ibadat puasa akan bermula pada 1 Ogos 2011. Persekolahan sesi petang pada bulan tersebut akan ditamatkan lebih awal. Waktu persekolahan adalah seperti berikut:-

2.1 JADUAL WAKTU SESI PAGI BERJALAN SEPERTI BIASA

2.2 SESI PETANG

HARI

WAKTU MULA

WAKTU BALIK

Tahun 1, 2, 3

Tahun 1, 2, 3

Isnin

1.20 petang

5.45 petang

Selasa

1.20 petang

5.45 petang

Rabu

1.20 petang

5.45 petang

Khamis

1.20 petang

5.35 petang

Jumaat

2.25 petang

5.35 petang











* Kelas tasmek dibatalkan sepanjang bulan puasa.

* Aktiviti Kokurikulum dibatalkan sepanjang bulan puasa.

CUTI HARI RAYA AIDILFITRI AKAN BERMULA PADA 29.8.2011 - 2.9.2011

Surat makluman akan diedarkan mulai hari ini.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Tuesday, July 26, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG (MINGGU KE 27)

Hari : ISNIN

Tarikh : 25 Julai 2011

Masa : 6.10 – 6.40 petang

Guru Bertugas :
Pn. Nur Malisha

Cik Nurul Akma

Cik Shakila

Pn. Nik Rosmaliza

Pn. Nur Syukri Hidayati

Pn. Noranismawati

En. Shahrizal

Laporan/Ulasan :

1. Bacaan doa, nyanyian dan Ikrar

i. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (Dipimpin oleh Pn. Salmi)

iii. Bacaan doa oleh Pengawas sekolah, Nuraiman Danial bin Osmena (3 Seraya)

iv. Ikrar Rukun Negara oleh En. Shahrizal dan Ikrar Murid oleh ketua pengawas sesi petang, Aniq Iqbal b. Zulkarnain (3 Seraya)

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Minggu Ke 26) – Pn. Arjunawati

i. Guru mengingatkan murid supaya jangan bermain di kaki lima sekolah kerana boleh mendatangkan kecederaan kepada murid. Murid diingatkan supaya jangan berlari di kawasan sekolah.

ii. Murid tidak perlu datang ke sekolah sekiranya sakit. Murid perlu berehat di rumah.

iii. Murid diingatkan supaya bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda diri sendiri.

3. Ucapan Guru Bertugas (En. Shahrizal Bin Ya’am)

Tema:

Guru bertugas menyampaikan tema iaitu malu bertanya sesat jalan.

i. Malu untuk berusaha, kejayaan tidak akan dicapai.

ii. Situasi di sekolah: Murid perlu bertanya kepada guru jika tidak faham. Guru lebih suka jika murid bertanya kepada guru. Jika tiada guru, murid boleh bertanya kepada rakan sebaya jika tidak memahami sesuatu perkara.

iii. Situasi di rumah: Murid perlu bertanya kepada ahli keluarga, adik beradik jika ada sesuatu kemusykilan.

iv. Sifat suka bertanya adalah satu cara untuk peroleh kejayaan.

Perkataan LAWAD:

Bahasa Melayu: Cengkeram bermaksud wang pendahuluan
Bahasa Inggeris: Pray bermaksud berdoa, sembahyang
Bahasa Arab: Kummasra bermaksud buah pear

Pengumuman:

i. Murid digalakkan membawa bahan bacaan ke sekolah sempena program DEAR ( Drop Everything And Read).

ii. Pusat sumber sekolah ditutup pada hari Selasa dan Rabu.

Penyampaian sijil pemenang pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas:

Tahun 1: Lambda

Tahun 2: Myvi

Tahun 3: Seraya

4. Ucapan Tuan Penolong Kanan Petang (En. Rosdin Bin Ibrahim)

i. Bulan Ramadhan semakin hampir, harapan supaya murid bersedia lebih awal.

ii. Kantin ditutup sepanjang bulan Ramadhan. Murid digalakkan tidak membawa makanan ke sekolah menandakan murid menghormati bulan Ramadhan. Murid perlu belajar berpuasa. Namun, jika murid tidak berdaya untuk puasa, dibolehkan membawa bekal makanan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

iii. Diharapkan murid tidak bermain atau berlari pada waktu rehat di bulan puasa sebaliknya mengisi masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah contohnya membaca buku.

iv. Pelbagai aktiviti akan dianjurkan oleh panitia Pendidikan Islam, diharapkan ramai murid akan menyertai aktiviti tersebut.

v. PKSR akan diadakan tidak lama lagi, juga pada bulan puasa. Murid diingatkan supaya bersedia dan belajar bersungguh-sungguh.

vi. Penjualan alat mainan tidak dibenarkan di sekolah. Amaran akan diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab menjual alat mainan tersebut. murid tidak dibenarkan membeli atau membawa segala jenis mainan ke sekolah. Tindakan akan diambil jika murid tidak mematuhi peraturan sekolah.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau
mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, BERPUASA DI BULAN RAMADHAN, menunaikan haji ke
BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya

Hadis riwayat al-lmam Muslim

** bergembiralah kita dgn ketibaab bulan ramadhan...mari kiter berlumba mengumpul harta di bulan mulia ini.... harta akhirat....
Kem Bestari Solat Tahun 1 / 2011

Kem Bestari Solat untuk murid-murid tahun 1 telah dijalankan pada hari Sabtu yang lalu (23 Julai 2011) bertempat di Dewan Perdana SKTPP. Seramai 177 orang murid tahun 1 yang hadir pada hari tersebut. Mereka telah diberikan panduan cara mengambil wuduk,bacaan solat dan cara solat yang betul di bawah bimbingan guru-guru. Ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan kem ini. Berikut antara gambar yang sempat dirakamkan:



Praktikal solat oleh murid perempuan tahun 1



Cara berwuduk

Praktikal solat oleh murid lelaki

Murid mengambil wuduk



Penerangan cara bersolat dan bacaan solat



Disediakan oleh: Nora Bt Sabihi










Monday, July 25, 2011

SOLAT HAJAT

MAKLUMAN SOLAT HAJAT

Solat hajat UPSR kali kedua akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana seperti ketetapan berikut:
Tarikh: Khamis 28 Julai 2011
Masa : 7.00 malam sehingga 10.00 malam.
Tempat: Dataran SKTPP
Agenda:

i) Solat Maghrib berjemaah
ii)Ceramah Motivasi
iii)Solat Isyak berjemaah
iv)Solat Sunat Hajat
v)Jamuan

Semua ibubapa dan guru dialu-alukan menghadiri majlis ini. Semoga dengan kehadiran tuan dan puan mendapat keberkatan dari pada Allah SWT.

Laporan Perhimpunan minggu ke-27 sesi pagi

Laporan Perhimpunan Minggu 27(Sesi pagi)


Hari : Isnin
Tarikh : 25 Julai 2011
Masa : 7.30 – 8.00 pagi

Guru Bertugas :
Pn. Salwana Elias
Pn. Halimatun Saadiah Hassan
Pn. Nor Azura Mustafa
Pn. Maimunah Yob
Pn. Norasmawati Omar
En. Ahmad Musriduan
En. Zaidi Mahmad

Laporan / Ulasan :

1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
Bacaan Doa diketuai oleh adik Amirul Hakim
Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh En. Zaidi Mahmad
Bacaan Ikrar Murid oleh adik Hafiz.
2 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (En.Nurul Fakri B. Ali)1)
- Tingkah laku murid – jangan letak beg dimerata-rata tempat seperti ditepi longkang berhampiran tingkap kerana pada minggu lepas terdapat murid yang cedera terkena tingkap.
- Kehadiran Murid - murid yang tidak sihat dinasihatkan supaya tidak hadir ke sekolah.

3. Program DEAR - Murid-murid disarankan membawa buku cerita untuk dibaca semasa program dijalankan.

4. Kebersihan kelas - Murid-murid diminta sentiasa menjaga kebersihan kelas masing-masing.Kelas Terbersih minggu lepas:

Tahun 4 : 4 Belatuk
Tahun 5 : 5 Xenix
Tahun 6 : 6 Carnation


Ucapan Guru Bertugas (En. Zaidi B Mahad)

Tema : Malu Bertanya Sesat Jalan.

Guru bertugas menghuraikan tentang topik malu bertanya sesat jalan. Murid-murid digalakkan bertanya kepada guru sekiranya tidak faham. Mereka juga dinasihatkan supaya buangkan sifat malu yang ada dalam diri sesuai dengan tema pada minggu ini.

LAWAD hari ini :

Bahasa Melayu – Cengkeram( wang pendahuluan)

Bahasa Inggeris –Pray(berdoa atau sembahyang)

Bahasa Arab –Kumasro (buah pear)

Pengumuman

1.Pn. Nor Azura Asir – memaklumkan tentang solat hajat bagi murid yang akan menghadapi UPSR akan diadakan pada hari Khamis (28.7.2011). Bagi murid yang belum menghantar borang jawapan sila berbuat demikian secepat mungkin selewat-lewatnya pada hari Rabu ini.

2.En. Jamil- memaklumkan beberapa buah kelas perlu dipindahkan ke beberapa bilik khas untuk memberi laluan kepada Peperiksaan Percubaan UPSR yang akan berlangsung pada 26,27 dan 28 Julai 2011. Bagi kelas tahun 5 Xenix akan berpindah ke Makmal Sains 2, kelas 4 Bangau ke bilik Kemahiran Hidup manakala kelas 4 Merak ke Makmal Sains 1. Semua kelas diarahkan berpindah ke lokasi yang ditetapkan selepas rehathari ini.

Penyampaian Hadiah

1.Penyampaian hadiah kepada murid yang membaca buku terbanyak dan saguhati turut diberikan .
2.Penyampaian medal kepada murid-murid PPKI yang berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan futsal Peringkat Daerah yang dianjurkan oleh PPD Sepang.

Ucapan Guru Disiplin

1.Pada minggu ini bagi murid tahun 6 mereka tidak perlu memakai baju sukan kerana ada Percubaan UPSR.
2.Murid-murid lain perlu memakai pakaian sukan pada hari yang mempunyai subjek Pendidikan Jasmani sahaja.
3.Sewaktu menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah kita hendaklah berdiri tegak dan tidak boleh bergoyang-goyang kerana seolah-olah tidak menghormati lagu-lagu tersebut.
4. Sekiranya ada murid yang berbuat demikian guru mestilah mengambil tindakan serta merta dengan menegur murid tersebut.
5.Pada hari Rabu aktiviti Kokurikulum (Kelab dan Permainan) berjalan seperti biasa.
6. Murid tahun 6 dikecualikan kerana Percubaan UPSR berlangsung pada 26,27 dan 28 Julai 2011.

Wednesday, July 20, 2011

Alamat Emel Terbaru ( 20 Julai 2011)

Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana
Jalan Putra Perdana 3B
47130 Puchong
Tel: 0196752004
Fax: 0383194221

Sekolah: sktmnputraperdana@gmail.com

Guru Besar : sukimin@gmail.com,

Pn Siti Habsah: hisba65@yahoo.com,

Pn Jamilah : jamilaharifin@gmail.com,

Pn Shymala : shaisrajah@yahoo.com,

En Rosdin :rosdinsktpp@gmail.com,

Pn Juli : ijulzerah@yahoo.com.my,

Pn Norhafiza :fizai2754@gmail.com,

Pn Rozimah : amatrozi71@gmail.com,

Pn Nor Arzah : nor.arzah@gmail.com,

Pn Rubiaton : rubieey@yahoo.com,

Pn Halimaton : matunhassan@gmail.com,

Pn Hanawati Alinda : hanawati77@gmail.com,

Pn Siti Rabiaah : sitirabiaah@yahoo.com,

Pn Roslina : m.irfaniman@gmail.com,

En Fakhri : fakhri.aisya@gmail.com,

En Zaidi : diemiza_82@yahoo.com,

Pn. Mahfudzah :mahfudzah_1984@yahoo.com.sg,

Pn Nor Syifa : nurazlan83@gmail.com

En. Hazim: azemss1984@yahoo.co.uk

En Mahadir : mahadir202@yahoo.com,

Pn Zainur : zainurjimah@gmail.com,

Cik Norliza : tocey76@hotmail.com.my,

Pn Nazahiyah : aijay81@yahoo.com,

Pn Zaleha : azharamdan68@yahoo.com,

Pn Umi Nadzrah : zahamina@gmail.com,

Pn Saadiah : saadiahbusrah@gmail.com,

En Zulkefli : zul1416@gmail.com,

En Norizmi : nor_izmi@yahoo.com,

Pn Azlina : isa_azlina@yahoo.com,

Pn Salwana : ummiesabiel@yahoo.com,

Pn Norinna : nurein_7171@yahoo.com,

Pn Nor-azura : azuramustafa@yahoo.com,

Pn Roseniza : roseniza2010@gmail.com,

En Pazli : nuratma2005@yahoo.com.my,

Pn Nik Kamisah : nikaaziz@yahoo.com,

En Tarmiji : tarmiji67@yahoo.com,

Pn Norli : norli.qrm@gmail.com,

Pn Linda : hariz4078@yahoo.com,

Pn Zuraini : zurainizaidi@gmail.com,

Pn Rosmawati : rosmadesa@yahoo.com,

Pn Norasmawati : asmawatiomar@gmail.com,

Pn Norhana : aisyah0899@gmail.com,

Pn Noor Azila : azilatpp@gmail.com,

Pn Zailezah : zailezah@gmail.com,

Pn Noriza : norizamd@gmail.com,

Pn Rosmizawati : mieyzarif@gmail.com,

Pn Maimunah : maimunah_23@yahoo.com.my,

Pn Nurulfadillah : nurmie_81@yahoo.com,

En Jamillullail : jamaljj81@gmail.com,

En Kamarul : bgt322@gmail.com,

Pn Nor Azura Asir : azuraasir74@gmail.com,

Pn Aisyah : sutera.putih@ymail.com,

Pn Hamizah : norhamizah71@gmail.com,

En Ismarizal : ismawaja@rocketmail.com,

Pn Zainon : znon50@yahoo.com.my,

En Hafiz : hafizmn@gmail.com,

Pn Mazzaini :mazzainimuda@yahoo.com.my,

Pn Jin Nee : jjin_nee@hotmail.com,

Pn Astina : astinamhd@yahoo.com.my,

Pn Azwani : wanienoordin@gmail.com,

Pn Khaironnajmi : najhar_1612@yahoo.com,

Pn Jamilah Yusof : jmysktpp@yahoo.com.my,

Pn Fairuzah : ummuwidad85@gmail.com,

Pn Nahdatul Sima : nahdatulsima@gmail.com,

En Zainudin : zainudinkalam@gmail.com,

Pn Rosmaria : rosmaria10@gmaill.com,

En Musrizuan : wan_musrizuan@yahoo.com,

Cik Norshuhada : norshuhada87@gmaill.com,

Guru Sesi Petang

Pn Azizah : azizah0209@gmail.com,

Pn Suhaizan : suhaizansukiman@gmail.com,

Pn Noor Azlinda : kelodan@gmaill.com,

Pn Suzelawati : ejus211@yahoo.com,

Pn Jumilah : jumilah020871@yahoo.com,

Pn Anismawati : noranis72@hotmail.com,

Pn Ezza : ezzahz@yahoo.com,

Pn Ainul Balkhish : keech2211@gmail.com,

Pn Syukri Hidayati : atiaizain@gmail.com,

Pn Zabedah : zabedahothman@yahoo.com,

Pn Arjunawati : aj_sharz@yahoo.com,

Pn Salmi Amir : salmiamir73@gmail.com,

Pn Shurhama : shurhamaahmad@gmail.com,

Pn Nor Khusaini :Nor_khusaini@yahoo.com.my,

Pn Fadhilah : mohdrasul84@yahoo.com,

Cik Siti Nurul Akma : spiceakma@yahoo.com,

Pn Aznita : hasita1437@hotmail.com,

Pn Nurrulhuda : nurul_yfs@yahoo.com.my,

Pn Nik Rosmaliza : nikrosmalizanikhussain@yahoo.com,

Pn Nor Sabariah : sabariahawangngah@gmail.com,

Pn Norhayati : norhayati62@gmail.com,

Pn Noorhafizan : noor_hafizan@yahoo.com.my,

En Rusydan :de76be@yahoo.com,

Pn Grace : gracedanaraj@yahoo.com,

Pn Suriyana : cheksokmo@yahoo.com.my

Pn Norazian : tcher_yan@yahoo.com,

Pn Arnny : betty_giffening@yahoo.com,

Pn Siti Maziah : ggizamie@gmail.com,

En Shahrizal : shahriz_al@yahoo.com.my,

Nurazlin :lintuche1983@yahoo.com,

Pn Holwani : holwaniyahaya@gmail.com,

En W.M Roswandy : wmr_fg@yahoo.com,

Pn Suraini : sue_mie17@yahoo.com,

Pn Julaili : julailionian@yahoo.com.my,

Pn Yani : yanirahmad@gmail.com,

En Saifullah : hallufias75@yahoo.com,

Pn Nur Malisha :shalis84@yahoo.com,

Pn Rashidah : balqis_69@yahoo.com,

Pn Wan Sarinah : wansarinah@gmail.com,

Pn Wan Rosmawati : rosmawati2009@live.com,

Pn Norlida : norissnida@yahoo.com,

Pn Norazah : azahali2@yahoo.com,

Pn Nora : nor_7882@yahoo.com,

Cik Shakila : shakila_virgo@yahoo.com,

Pn Hastipa : hastipa_md@yahoo.com,

Pn Rozana :rozana.aziz79@gmail.com,

Pn Salmi Adnan : nasywabalqis@yahoo.com,

En Ahmad Zunaidi : zunaidi_5222@yahoo.com.my,

Pn Parimala : kaviya1981@gmail.com,

Pn. Visva Vilasini : veeg792@gmail.com,

Staf Sokongan SKTPP

Pn Halina : jeeslina@yahoo.com.my,

Pn Mizuanita :mizua28@yahoo.com,

Pn Nurul Azean : pipycm@yahoo.com.my,

Pn Suridah : sy5720@yahoo.com.my,

Cik Sara : sarah_cancer471988@yahoo.com,

Pn Jalina : jalina_82@yahoo.com,

Pn Noordiana : sufi_diana@yahoo.com.my,

Pn Siti Fadzillah : ctfadzillah@yahoo.com,

Pn Hamidah : syasya_midah@yahoo.com,

Pn Khatijah : khatiejah@gmail.com,

Cik Widiawati : atie2309@yahoo.com.my,


PIBG: pibgsktpp.blogspot.com,

YDP Haji Shaharuddin B Ajam : nijuyon@streamyx.com, nijuyon24@gmail.com,

NYDP En Rushdan B Mohamed : rushdan.qrm@gmail.com,

AJK : En. Shahrul Baharin B Baharom : shabakhan97@yahoo.com, shahrul@ipik.edu.my

AJK : Pn. Shamsul Sanira Bt Shamsuddin : sp_shamsul@yahoo.com.my

AJK : Pn. Shariliza Azlin Bt Ali : shazlin@tm.com.my

AJK : En. Nor Huda B Haji Tarseh : hoda_wiramanja@yahoo.com

AJK : En. Yushahnul Mohamed@Omar : yush@tmnet.com.my

AJK : En. Khairul Azhar B Mohammad Suffian : khairulazhar71@yahoo.com

Juruaudit: En Hussain B Haji Omar (PIBG) : hussaino@iwk.com.my

Pn Azwani Bt Mohamed Noordin (Guru) : wanienoordin@gmail.com,