... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, July 29, 2020

Laporan Mingguan Minggu ke-28 (Sesi Petang)

Tarikh : 27 - 29 Julai 2020
Hari : Isnin - Rabu
Masa : 1:00 tengah hari - 6:00 petang

Senarai nama guru bertugas Kumpulan B

1. Ahmad Tirmizie bin Baharudin (Ketua)
2. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman (Penolong)
3. Nor Arzah binti Hussin
4. Azizah binti Ab Hamid
5. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
6. Amalina binti Ab Hamid
7. Nor Maziah binti Abd Malek
8. Khairiah binti Razali
9. Ahmad Junaidi bin Abdullah
10. Nik Rosmaliza binti Nik Husain
11. Nashirah binti Taib
12. Nor Holwani binti Yahaya
13. Rohani binti Mansor
14. Siti Aisah binti Hanafi

27 Julai 2020
12:00 tengah hari

Guru bertugas Puan Azizah menanti kehadiran murid seawal jam 11:45 pagi.


Murid-murid yang tiba awal ditempatkan di dewan dalam jarak yang selamat.

Bacaan suhu murid diambil oleh guru bertugas.

Rutin membasuh tangan sebelum masuk ke kawasan sekolah.
12
12:30 tengah hari

Murid yang mencatat suhu tinggi direhatkan sebentar di pondok dengan pemantauan guru sebelum suhu kedua diambil.

Bilangan murid yang sampai meningkat.

Guru bertugas sesi pagi dan petang bersedia mengawal pergerakan pulang murid sesi pagi

Guru bertugas saling bekerjasama bagi melancarkan pergerakan dan penjarakan murid

Sesi pertembungan antara waktu balik dan waktu datang murid sesi pagi. Pagar B mula sibuk.


Murid sesi petang menunggu giliran untuk masuk ke kelas.

Berdasarkan dapatan daripada jumlah murid yang hadir awal ke sekolah menyebabkan pihak pentadbir dan pihak PIBG mengambil langkah penyelesaian iaitu makluman perubahan terkini diumumkan kepada para penjaga murid sesi petang.


MAKLUMAN TERKINI

Mohon perhatian kepada ibu bapa/penjaga murid-murid sesi petang, waktu kehadiran dan pulang murid sesi petang sepanjang PKPP  adalah seperti berikut :

1. Waktu kehadiran murid ke sekolah (sebelum pdpc)

ISNIN - KHAMIS
Dari jam 12.50 ptg - 1.20 ptg

JUMAAT
Dari jam 1.50 ptg - 2.20 ptg

# Hari Isnin - Khamis
Guru-guru bertugas masuk jam 12.30 ptg.

Jumaat
Guru-guru bertugas masuk jam 1.50 ptg

2. Waktu balik sekolah

ISNIN - RABU
Jam 5.50 petang

KHAMIS & JUMAAT
Jam 5.20 petang

Murid Bukan Islam
# Jam 5.20 petang
    (Selasa & Rabu)

# Harap ibu bapa / penjaga peka pada masa-masa penting di atas.

#Pihak sekolah bimbang jika ada apa-apa berlaku pada anak-anak tuan/puan jika terlalu awal datang ke sekolah atau lewat mengambil anak

P/s : Mohon tidak menghantar anak awal dari masa yg ditetapkan di atas  iaitu jam 12.50
Dan
Jangan terlalu lewat masuk ke kelas iaitu 1.20 (Isnin - Khamis) & 2.20 (Jumaat)

Makluman penggunaan pintu pagar turut disertakan

Adalah dimaklumkan berikut waktu tutup pagar B;
- Pukul 7.40 pg
- Pukul 1.30 tengah hari
- Pukul 6.00 ptg.
Selepas guru masuk kelas, pengawal akan jaga pagar bagi murid-murid yang lewat. Bagi murid yang datang selepas waktu yang ditetapkan, murid masuk ikut pagar A. Begitu juga semasa pulang murid yang diambil lewat oleh ibu bapa / penjaga akan dibawa ke pagar A. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk  dalam kawasan sekolah.

28 Julai 2020
Selasa
12:50 petang

Pagar A lebih terkawal dengan hanya membenarkan pejalan kaki dan penunggang basikal masuk.



29 Julai 2020













Kawalan murid pergi dan balik lebih terkawal dan sistematik dengan kerjasama ibu bapa dan guru yang patuh kepada SOP yang ditetapkan


Disediakan oleh: Siti Aisah Hanafi

Cuti Hari Raya Aidiladha

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Hari Raya Aidiladha bermula 30 Julai 2020 (Khamis) hingga 3 Ogos 2020 (Isnin).  Sekolah akan dibuka semula pada 4 Ogos 2020 (Selasa).

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

 Tarikh Hari Raya Aidiladha 2020 Di Malaysia (Hari Raya Haji)

Disediakan oleh:
Nurul Azean binti Mohd Salleh

Laporan Mingguan Persekolahan Minggu ke-28 (Sesi Pagi)

Tarikh: 27 - 29 Julai 2020

Hari: Isnin - Jumaat

Kumpulan Guru Bertugas: Kumpulan C

Senarai Guru bertugas Kumpulan C :

1. En. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah
2. Pn. Jamunarani a/p Bhoja Rajan
3. Pn. Arnny Yusnita bt Md Enarji
4. Pn. Nurzainon bt Mohd Razalli
5. Pn. Junaidah bt Rus
6. Pn. Faridatul Akmal bt Ismail
7. Pn. Rosmizawati bt Yusub
8. Pn. Nur Murni bt Abdullah
9. Pn. Azlina bt Mat Isa
10. Pn. Norazian binti Mat Anuar 

Sesi persekolahan pada sesi pagi sepanjang minggu ke-28 telah berlangsung dengan baik. Murid-murid dilihat dapat membiasakan diri dengan norma baharu di sekolah.Berikut dikongsikan pelaksanaan sesi persekolahan pada minggu ini.  

Sebelum 

Sebelum masuk ke kawasan sekolah, guru-guru bertugas mingguan akan mengambil bacaan suhu murid. Bacaan suhu murid di ambil di kedua-dua pagar sekolah iaitu Pagar A dan Pagar B. Murid-murid akan diminta untuk beratur mengikut jarak yang telah ditetapkan. Seterusnya, murid-murid akan mencatat bacaan suhu masing-masing untuk dimaklumkan kepada guru setelah  masuk ke dalam kelas. Murid-murid juga diingatkan untuk mencuci tangan di sinki-sinki yang telah di sediakan berdekatan Pagar A dan Pagar B.


Semasa

Di dalam kelas, murid-murid duduk di meja masing-masing yang telah disusun mengikut jarak yang ditetapkan. Guru akan masuk ke kelas dan mengambil kehadiran serta bacaan suhu murid untuk direkodkan. Semasa sesi pembelajaran berlangsung, murid-murid akan diingatkan untuk berada di tempat masing-masing. 

Murid-murid yang ingin ke tandas pula akan menggunakan pas untuk ke tandas yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Sepanjang pemerhatian, murid-murid dilihat dapat mematuhi penggunaan pas untuk ke tandas dengan baik. Murid-murid juga dilihat mencuci tangan di sinki serta menggunakan 'hand sanitizer' selepas menggunakan tandas. 

Semasa waktu rehat, murid-murid dibenarkan untuk makan di dalam kelas. Murid-murid yang ingin membeli makanan pula diminta menggunakan laluan yang telah ditetapkan pihak sekolah. Murid-murid juga digalakkan untuk membawa bekal makanan dari rumah. Seterusnya, murid-murid akan keluar rehat mengikut waktu yang telah ditetapkan mengikut tahun. Waktu rehat pertama adalah bagi tahun 4, diikuti dengan tahun 5 dan seterusnya tahun 6. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan semasa membeli makanan. Murid-murid juga akan beratur dengan mematuhi jarak selamat untuk membeli makanan masing-masing. 

Guru bertugas akan memantau murid semasa membeli makanan dan semasa murid makan di dalam kelas. Makanan yang dijual oleh pihak kantin pula dibungkus dalam bekas makanan bagi memudahkan proses jual beli. Setelah selesai makan, murid-murid diingatkan untuk membuang sampah dan sisa makanan di dalam tong sampah yang telah disediakan, mencuci tangan dengan bersih serta mengelap meja masing-masing. 

Selepas

Sebelum bergerak pulang, sesi sanitasi kelas akan dijalankan. Guru-guru subjek semasa akan meminta murid-murid untuk membersihkan meja masing-masing. Guru-guru juga akan menyembur cecair sanitasi pada meja murid bagi memastikan kelas dalam keadaan bersih untuk kegunaan persekolahan sesi petang. Murid-murid akan diminta untuk mencuci tangan dan memakai topeng muka masing-masing sebelum bergerak keluar dari kelas. Kemudian, murid-murid akan beratur dan mengawasi jarak masing-masing dan bergerak pulang mengikut laluan yang telah ditetapkan. Guru bertugas juga ditempatkan di laluan pulang murid-murid bagi membantu mengawasi pergerakan pulang murid. 

Berikut disertakan beberapa gambar yang sempat dirakam semasa persekolahan sesi pagi minggu ke-28 : 


Guru bertugas, Pn. Junaidah dan En. Syed Farhan mengambil bacaan suhu murid.


Murid-murid beratur mengikut jarak untuk mencuci tangan di sinki sebelum pulang.


Murid-murid mencuci tangan di sinki yang disediakan berdekatan pagar sebelum pulang ke rumah.




Monday, July 27, 2020

Tangga ke Ujana Ilmu Berwajah Baru

Tangga menuju ke Ujana Ilmu telah dicat baru.. Terima kasih atas sumbangan kewangan oleh ADUN Dengkil; YB Adhif Syan bin Abdullah kerana telah merealisasikan hasrat naiktaraf lanskap PSS kami. Semoga terus bersemangat..



Saturday, July 25, 2020

Mesyuarat AJK PIBG Bil. 1 Sesi 2020 / 2021

Mesyuarat AJK PIBG Kali I sesi 2020/2021 telah diadakan hari ini. Alhamdulillah perbincangan berjalan dalam suasana kekeluargaan dan penuh harmoni. Banyak idea yang bernas telah dilontarkan oleh AJK. Segala permasalahan yang disuarakan oleh pihak sekolah mendapat feedback serta cadangan penyelesaian yang positif dari AJK. Semoga komitmen dan kolaborasi mantap dari tenaga AJK lama dan baru ini akan meningkatkan lagi prestasi anak-anak murid serta warga sekolah.
   Terima kasih banyak buat AJK parent; En. Mohd. Hafiz atas sumbangan kewangan lebih RM4000 yang diusahakan oleh beliau di komuniti kejiranan dan saudara-mara beliau untuk surau sekolah.
   Selesai mesyuarat, AJK dibawa melawat surau SKTPP serta merakam kenangan..







Friday, July 24, 2020

Laporan Mingguan Persekolahan Minggu ke-27 (Sesi Pagi)

Tarikh: 20 - 24 Julai 2020
Hari : Isnin - Jumaat.
Kumpulan Guru Bertugas: Kumpulan B
1. Pn. Norli (Ketua)
2. Pn. Norasmawati
3. Pn. Nor Azura
4. Pn. Norziani
5. Pn. Azwani
6. Pn. Musaliha
7. Pn. Norsiah
8. Pn. Safinatunnajakh
9. Pn. Komagal
10. En. Ahmad Zubair

Selamat datang dan selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada murid-murid dan guru sesi pagi terutama murid tahun 4 kerana pada hari Rabu, 22 Julai 2020 adalah hari pertama persekolahan setelah PKP selama empat bulan lebih berada di rumah.

Justeru, pada hari Isnin 20 Julai 2020 telah diadakan sesi taklimat tentang Penjajaran Kurikulum dan Undag-undang Norma Baharu oleh pihak pentadbir SKTPP bersama guru-guru sesi pagi.

Guru-guru diingatkan supaya hadir ke sekolah lebih awal, memahami / pergerakan murid ketika waktu-waktu seperti berikut:

1. Murid hadir berbasikal / berjalan kaki masuk melalui pagar A2. Kemudian memakir basikal seketika dan mengambil suhu serta membasuh tangan di sinki bersebelahan pondok pengawal dan meneruskan perjalanan ke pakir basikal dan masuk ke kelas menggunakan tangga UKM.

2. Murid hadir ke sekolah dengan menaiki van sekolah atau dihantar oleh ibu bapa hendaklah menggunakan pintu pagar B. Mengambil suhu, membasuh tangan dan naik ke kelas menggunakan tangga UKM.

3.  Waktu rehat terbahagi kepada 3 waktu:
a) Jam 9.30 - 9.50 pagi :
Murid tahun 4 yang tidak membawa bekal
(Turun di tangga UUM, membeli makanan dan naik menggunakan tangga UKM).
b) Jam 10.00 - 10.20 pagi:
Murid tahun 5 (Turun di tangga UUM, membeli makanan dan naik menggunakan tangga UKM).
c) Jam 10.30 - 10.50 pagi:
Murid tahun 6 (Turun di tangga UUM, membeli makanan dan naik menggunakan tangga UKM).

4. Waktu pulang jam 12.30 tengah hari pada hari Isnin - Khamis dan pulang jam 11.30 pagi pada hari Jumaat.
Bagi memudahkan dan melancarkan pergerakan murid ketika pulang, guru disiplin dan keselamatan telah menetapkan laluan murid pulang seperti berikut:

Murid di Blok F: Turun menggunakan tangga USM.
Murid di Blok G: Turun menggunakan tangga UUM.

Suasana pelaksanaan Norma Baharu di SKTPP seperti di bawah:

Murid hadir berjalan kaki masuk melalui pagar A2 diambil suhu, membasuh tangan di sinki serta meneruskan perjalanan masuk ke kelas melalui lobi dan naik di tangga UKM.


Murid hadir di pagar B, diambil suhu, membasuh tangan dan naik ke kelas menggunakan tangga UKM.

Sinki tambahan di kantin digunakan bagi mengelakkan kesesakan perjalanan murid hadir ke sekolah.
Guru-guru saling bekerjasama bagi memastikan perjalanan murid lancar. 

Setelah membasuh tangan, murid masuk ke kelas.
Riang ria menyambut anak murid hadir ke sekolah.

Naik tangga UKM hati-hati ya...jatuh bangun sendiri. 
Sangat teratur, murid hanya naik ke kelas menggunakan tangga UKM sahaja.
Murid di dalam kelas, mesti mematuhi SOP yang ditetapkan.

Berdoalah...semoga segalanya baik dan selamat.
Sesi terapi minda oleh Unit Bimbingan Kaunseling SKTPP jam 9.00 pagi.

Guru kaunseling memberi arahan pergerakan regangan badan, dan murid melakukannya di dalam kelas.
Seronok..murid-murid melakukan aktiviti relaksasi di dalam kelas.
Murid membeli makanan ketika waktu rehat. Bagus..menu-menu sihat disediakan oleh pihak kantin.
Setelah membeli makanan, murid naik semula ke kelas menggunakan tangga UKM.
Jemput makan di dalam kelas.
Waktu rehat juga ada guru bertugas yang dijadualkan menjaga kelas.
Pemantauan dan pencerapan oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM ketika sesi pdpc.

Pemantauan ketika sesi pdpc.
Sebelum pulang, murid melakukan pembersihan meja masing-masing.
Syabas anak-anak, pandai jaga kebersihan.
Bacaan Yasin pada hari Jumaat.
Murid-murid dan guru bertugas membaca Yasin di dalam kelas.

Waktu pulang, murid pagar A akan belok ke kiri, dan murid Pagar B akan belok ke kanan.
Terima kasih pegawai PPD; Tn. Hj. Ab. Ghani turut serta mengawal perjalanan murid ketika waktu pulang.

Selamat pulang. Semoga berjumpa lagi ya...

Selamat kembali ke sekolah.
Semoga semuanya baik, selamat dan berjalan lancar dalam menghadapi ujian Covid-19 yang melanda.
Ingatlah, ujian yang datang hanya mengundang ibrah buat teladan semua.
Terima kasih semua warga SKTPP dan ibu bapa yang saling berkerjasama dan bersabar dalam melaksanakan norma baharu yang agak mencabar ini.
Marilah kita memohon supaya kita semua dijauhkan dari wabak ini serta dikurniakan kesihatan yang tidak ternilai harganya.
#Kita jaga kita.
#Stay safe.