- Tempoh pelaksanaan Transisi adalah selama 10 hari bermula 2 Januari 2014 - 16 Januari 2014.
- Jadual waktu persekolahan sepanjang tempoh Transisi :
- Isnin -Rabu : 1.20 petang - 6.40 petang - Khamis : 1.20 petang - 6.10 petang - Jumaat : 2.20 petang - 6.10 petang
- Ibu bapa perlu menyediakan sebuah buku tulis (No.1) untuk kegunaan sebagai Buku Transisi (2/1/2014 - 16/1/2014). Sepanjang minggu Transisi, semua murid tidak perlu membawa buku teks dan buku tulis yang lain. Ibu bapa juga perlu menyediakan keperluan alat tulis seperti pensel warna dan gam.
- Penggunaan tanda nama murid sementara hendaklah dipakai setiap hari persekolahan sehingga 31/1/2014. Sila lengkapkan nama ibu bapa, alamat dan nombor telefon di belakang tanda nama tersebut.
1) JADUAL WAKTU
Jadual waktu kelas akan diedarkan sebelum hari terakhir Transisi. Pelaksanaannya bermula hari Isnin pada hari 20 Januari 2014.
2) KEBENARAN BERADA DI SEKOLAH
Sepanjang minggu Transisi, ibu bapa dibenarkan berada di sekolah selama 3 hari ,tetapi mesti berada di kantin sahaja. Ibu bapa dilarang sama sekali untuk berada di kaki lima kelas anak-anak masing-masing kerana akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
3) PERATURAN PEMAKAIAN BAJU SUKAN
Pastikan anak tuan puan memakai pakaian sukan (terus dari rumah) untuk mata pelajaran Dunia Muzik dan Pendidikan Jasmani (tidak perlu membawa pakaian seragam sekolah sepanjang tahun kecuali pada bulan Ramadhan).
4) WAKTU PERSEKOLAHAN MURID TAHUN 1 2014
Hari Isnin - Hari Rabu (kelas bermula jam 1.20 petang - 6.40 petang)
- Hari Khamis ( kelas bermula jam 1.20 petang- 6.10 petang)
- Hari Jumaat ( kelas bermula jam 2.20 petang - 6.10 petang)
Disediakan oleh:
Suzelawati bt Zakaria