Tuesday, July 19, 2011
Hari Puteri Peringkat Negeri Selangor
Monday, July 18, 2011
LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-26 (Sesi Petang)
Tarikh: 18 Julai 2011
Mula Perhimpunan: 6.10 - 6.40 petang
Guru Bertugas:
1. Pn. Norhayati (Ketua)
2. Pn. Rozana
3. Pn. Nor Sabariah
4. Pn. Arjunawati
5. Pn. Salmi Adnan
6. Pn. Parimala
7. En. Wan Mohd Roswandy
Kehadiran Guru: 55/57
- Cik Siti Nurul Akma - MC
- Pn. Ainul Balkish - Kursus Penataan Standard Prestasi (KSSR)
Laporan/ Ulasan/ Pengumuman Kebersihan Kelas:
1. Upacara menaikkan bendera bagi Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
- Dijalankan oleh Persatuan Pengakap
2. Bacaan Doa: Mohd Irfan b. Rusli (3 Jati)
3. Bacaan Rukun Negara dan Murid: Aniq Iqbal b. Zulkarnain (3 Seraya)
4. Penyampaian sijil kebersihan:
- Tahun 1: 1 Lambda
- Tahun 2: 2 Alza
- Tahun 3: 3 Almon
5. Ucapan Guru bertugas: (Pn. Salmi bt. Adnan)
- Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
- Tema " Hendak Seribu Daya"
6. Perkataan LAWAD:
- Bahasa Melayu: Peristiwa
- Bahasa Inggeris: Poor
- Bahasa Arab: Fakihatun (Buah-buahan)
7. Laporan Guru Bertugas minggu lepas: (Pn. Yani)
- Jangan sengaja meninggalkan sisa makanan di kereta guru.
- Murid yang benar-benar sakit dari rumah tidak perlu hadir ke sekolah.
- Jangan berlari di kawasan sekolah kerana boleh mengakibatkan kemalangan
- Pagar A khusus untuk murid berbasikal dan berjalan kaki, namun masih ada ibu bapa/
penjaga yang menunggu murid di situ.
8. Pengumuman-pengumuman:
- Mulai Selasa (19 Julai 2011) murid-murid harus duduk sewaktu berbaris selepas loceng
rehat dibunyikan. Ini untuk mengurangkan pergerakan murid sewaktu berbaris di Dewan
Putra dan Dewan Perdana.
9. Aktiviti di bawah Kurikulum/ HEM/ Koakademik/ Kokurikulum:
- Program DEAR (Drop Everything And Read) - Setiap hari Khamis, murid membawa buku
dan membaca sewaktu berhimpun di Dewan Putra dan Dewan Perdana diiringi dengan lagu
Membaca Gaya Wawasan.
10. Ucapan Penolong Kanan Petang:
- Murid Tahun 3 sudah ada yang ponteng sekolah dengan berkunjung ke kafe siber.
Pemantauan akan dijalankan.
- Tema "Hendak Seribu Daya" - Membuat sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh.
- Program DEAR, Penolong Kanan Petang akan memantau sewaktu program berjalan.
PROGRAM MOTIVASI(LAWATAN) TAHUN TIGA 2011
Laporan Perhimpunan Minggu 26(sesi pagi)
Tarikh : 18 Julai 2011
Masa : 7.30 – 8.15 pagi
Guru Bertugas :
Pn. Nor Hanawati Alinda
Pn. Siti Rabiaah Mohammad
Pn. Zainur Jimah
Pn. Nor Zainon Razali
Pn. Nor Azila Ngah
Pn. Kwa Jin Nee
Cik Nur Shuhada Mohd Noor
En. Zulkifli
En. Nurul Fakri b Ali
Laporan / Ulasan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
2. Bacaan Doa diketuai oleh adik Aiman Hakim
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh En. Nurul Fakri
4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Hafiz.
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn. Nor Hamizah)
1) Tingkah laku murid – suka mengambil barang yang bukan hak milik sendiri.
2) Kehadiran Murid - murid yang tidak sihat dinasihatkan supaya tidak hadir ke sekolah.
3) Program DEAR - Murid-murid disarankan membawa buku cerita untuk dibaca semasa program dijalankan.
4) Kebersihan kelas - Murid-murid diminta sentiasa menjaga kebersihan kelas masing-masing.Kelas Terbersih minggu lepas:
Tahun 4 : 4 Merak
Tahun 5 : 5 Linux
Tahun 6 : 6 Carnation
Ucapan Guru Bertugas (En. Nurul Fakri b. Ali)
Tema : Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih
Guru bertugas meminta semua pelajar supaya belajar dengan bersungguh-sungguh agar dapat merealisasikan semua impian terutamanya murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.Mereka juga dinasihatkan supaya buangkan sifat malas yang ada dalam diri sesuai dengan tema pada minggu ini.
LAWAD hari ini :
Bahasa Melayu – Peristiwa( sesuatu yang berlaku menarik perhatian,
Kejadian atau perkara.
Bahasa Inggeris –Climate(iklim)
Bahasa Arab –Faakihatun (buah-buahan)
Ucapan Guru Besar :
Terdapat beberapa perkara yang diingatkan oleh Tuan Guru Besar iaitu :
1. Guru juga disebut sebagai role model di mana guru perlu berkerjasama untuk menjalankan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah agar dapat merealisasikannya.
2. Untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan juga, kita perlu melakukan pelbagai usaha yang berterusan agar dapat mencapai matlamat tersebut selaras dengan tema pada minggu ini iaitu Hendak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dalih. Khususnya murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
3. Peringatan kepada murid supaya tidak berkelakuan tidak baik (seperti mencuri hak orang lain) dan aktiviti-aktiviti tidak sepatutnya dilakukan bagi mengelakkan daripada terus berlarutan melakukan aktiviti tersebut sehingga dewasa.
4. Guru Besar juga mengulas tentang Program DEAR, beliau berasa bangga kerana murid-murid dapat menjalankannya dengan begitu baik sekali. Selain itu, beliau telah membuat pentaksiran formatif dan pemerhatian terhadap murid-murid. Kebanyakan mereka membaca buku teks dan buku tulis. Beliau berharap agar murid dapat meneruskan program ini dengan pembacaan buku cerita yang boleh dipinjam dari PSS.
5. Beliau mengingatkan murid-murid dan guru-guru agar tidak bertangguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya dapat menghasilkan kerja yang sempurna.

Murid-murid sedang mendengar ucapan guru bertugas.

Murid-murid sedang khusyuk mendengar
ucapan Guru Besar .

Guru Besar sedang menyampaikan ucapan kepada
murid-murid.

Makluman Mengenai Percubaan UPSR Kali Ke-3 (Setara JPNS)
Perkara | Tempoh/Masa | ||
Selasa 26 Julai 2011 | B. Melayu (Kertas 1) B. Melayu (Kertas 2) Matematik (Kertas 2) | 50 minit 1 jam 15 minit 40 minit | 8.00 – 8.50 9.15 – 10.30 12.00 – 12.40 |
Rabu 27 Julai 2011 | Matematik (Kertas 1) | 50 minit | 8.15 – 9.05 |
Khamis 28 Julai 2011 | Sains B. Inggeris (Paper 1) B. Inggeris (Paper 2) | 1 jam 15 minit 1 jam 1 jam 15 minit | 8.00 – 9.15 9.30 – 10.30 11.30 – 12.45 |
Saturday, July 16, 2011
Bengkel Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan guru-guru, dan wakil AJK PIBG tentang ciri-ciri dan keperluan yang perlu dipenuhi untuk menjadi salah sebuah sekolah yang berprestasi tinggi.
Pihak sekolah telah menjemput Tokoh Guru Kebangsaan 2011 iaitu Dato' Prof Dr Haji Ab Rahim bin Hj Selamat yang juga penulis buku SBT ini.
Bersama-sama guru juga, turut hadir AJK PIBG iaitu Tn Hj Shaharuddin bin Ajam (YDP PIBG), Encik Nur Hoda Tarseh dan Encik Yuhashal.
LADAP JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)
LADAP JSU ini disampaikan sendiri oleh guru penolong kanan Pn Siti Habsah bt Ahmad dan guru besar En Sukimin bin Juki.
Friday, July 15, 2011
Lawatan KSSR : Guru dari SK Sri Subang Jaya
Berikut adalah paparan gambar sepanjang lawatan :








