... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, February 24, 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG 2014


Program Guru Penyayang tahun 2014 telah dilancarkan dengan rasminya pada 24 Februari 2014.  Majlis pelancaran yang berjalan serentak dengan sesi perhimpunan rasmi itu bermula seawal jam 7.30 pagi di Dataran Perhimpunan, dan telah disempurnakan oleh  Pn. Siti Habsah bt Ahmad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran.


OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program adalah seperti berikut:

v  Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah
v  Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa. 
v  Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

Penyerahan mentee kepada mentor juga telah diwakili oleh guru tahun 6 iaitu Pn. Zailezah bt Sardi selaku mentor kepada murid tahun 6 Meranti sabagai mentee.


Program guru Penyayang untuk sepanjang tahun 2014 ini ialah:

1.    Mengalu-alukan Kehadiran Murid

Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah
·         Semasa murid datang ke sekolah
·         Semasa murid pulang dari sekolah

2.    MENTOR MENTEE

v  Sesi ramah mesra
v  Sesi makan bersama
v  Meraikan hari lahir
v  Bimbingan hala tuju hidup
v  Lawatan/ziarah keluarga
v  Sesi perkongsian masalah



3.    Penghargaan Murid

      Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid
      melalui aktiviti meraikan murid:
   v  Hari lahir murid
   v  Perayaan-perayaan utama mengikut kaum seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina,                     Deepavali, Krismas.


Majlis dipengerusikan oleh Pn. Nurliza bt Ab Rahman

 

Majlis dirasmikan oleh Pn. Siti Habsah bt Ahmad


Pn. Zailezah bt Sardi merupakan salah seorang wakil mentor

Penyerahan mentee kepada mentor

Kegembiraan jelas terpancar di antara mentor dan mentee


Program mengalu-alukan kedatangan murid yang telah bermula pada 17 Februari 2014 


Guru bertugas mingguan iaitu En.Ahmad  Musrizuan sedang menyambut kedatangan murid







PERLAWANAN BOLA JARING 3 PENJURU

Hari : Jumaat
Tarikh : 21 Februari 2014
Masa : 3:00 - 6:00 petang
Tempat :Dewan Serbaguna Kuarters KLIA

Pada hari Jumaat yang lalu telah diadakan perlawanan persahabatan 3 Penjuru antara SK Taman Putra Perdana dan SRA Integrasi Salak Tinggi, SK A Samad Kelang. SK Taman Putra Perdana dan SRA Integrasi Salak tinggi menghantar 2 pasukan.

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:

SKTPP (0) vs SK A Samad (6)
SKTPP Kump 2 (2) vs  SK Samad (8)
SKTPP (2) vs SRAI (8)
SKTPP Kump 2 (2) vs SRAI (5)
SKTPP (3) vs SRAI Kump 2 (0)
SKTPP Kump 2 (4) vs SRAI Kump 2 (1)

Perlawanan persahabatan ini memberi ruang dan peluang kepada pemain-pemain SK Taman Putra Perdana untuk memperbaiki kekurangan bagi mempersiapkan diri sebelum perlawanan sebenar. Perlawanan ini juga adalah pengalaman pertama pemain bermain di dewan tertutup.









Sunday, February 23, 2014

Laporan Analisis Kehadiran Kokurikulum Unit Beruniform Sesi Pagi Kali Keempat 2014

TARIKH : 19 FEBRUARI 2014            KALI KE-4  / 12           MASA : 2.00 – 4.00 PETANG

UNIT
BILANGAN GURU
BILANGAN MURID
PERATUS MURID (%)
PENGAKAP

5/10

174/207

84.1
PANDU PUTERI TUNAS

8/11
119/135

88.1
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
6/14
127/193

65.8
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
11/11
96/106

90.6

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
6/9
109/138
79.0
JUMLAH
36/69
625/779
80.23

JUMLAH KEHADIRAN MURID : 625/779                                              PERATUS :  80.23%
JUMLAH KEHADIRAN GURU   : 36/69                                                  PERATUS :  52.2%
PERATUS GURU MEMAKAI UNIFORM : 82.2%

ULASAN  PENYELARAS : 
1. Semua murid berkumpul mengikut kelas terlebih dahulu untuk diambil kedatangan.
2. Selesai urusan kedatangan, murid-murid bergerak ke lokasi perjumpaan.

Laporan disediakan oleh :
Mazzaini bt Muda.


Saturday, February 22, 2014

LAWATAN PENANDA ARAS PPDa


 Tarikh : 19 Februari 2014 (Rabu)
 Masa  : 2.00 -5.00 petang

Pada hari Rabu yang lalu satu lawatan telah dibuat ke dua sekolah iaitu SK Kota Warisan dan SK Jenderam Hilir. Lawatan ini telah disambut baik oleh ke dua-dua sekolah terlibat. Seramai 10 orang guru yang bersama-sama menjayakan lawatan ini.
Objektif utama lawatan ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada AJK PPDa SK Taman Putra Perdana dalam menambah baik dan menjayakan misi PPDa.
Jutaan terima kasih kepada warga SK Kota Warisan dan SK Jenderam Hilir kerana memberi peluang kepada kami menimba ilmu di sana.

Ucapan daripada Guru Besar SK Kota Warisan - Pn. Ana Liza
Ucapan daripada Guru Besar SKTPP, Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali

Lawatan ke salah satu lorong PPDa, SK Kota Warisan

Bilik Sumber Cemerlang, SK Kota Warisan
Ucapan daripada Guru Besar, SK Jenderam Hilir - Ustaz Azami

Lorong PPDa SK Jenderam Hilir

Friday, February 21, 2014

LAPORAN 'PEPTALK'

HARI :  ISNIN
TARIKH :  17  FEBRUARU 2014
TEMPAT :  DEWAN PERDANA
MASA :  8.15 ~ 8.45 PAGI
KELAS YANG TERLIBAT :
SERAYA & RESAK
GURU PELAPOR :
NORLI BINTI HASSAN
PENCERAMAH : TN. HJ KHAIRUL AZHAR B MOHD SUFIAN
TAJUK  :  HORMAT
·        Hormat penting dalam kehidupan iaitu dengan menghargai orang lain.
·        Bagi mendapatkan rasa hormat orang lain terhadap diri kita maka terlebih dahulu kita hendaklah menghormati orang lain.
·        Hendaklah hormat iaitu dengan menghargai orang lain seperti ibu bapa dan guru-guru.
·        Cara menghormati guru;
·        Hati mesti baik/ikhlas dalam setiap perbuatan ikhlas.
-          Contohnya menolong guru membawa buku yang banyak ke bilik
    guru.
·        Mendengar nasihat yang diberikan.
-          Sesuatu perbuatan yang dilakukan itu samada salah atau tidak jika diberi nasihat maka seharusnyalah kita bersikap terbuka dan menerima nasihat yang diberi dengan positif.
-          Hal ini demikian supaya ilmu yang diberikan oleh guru dapat diterima dan masuk ke dalam diri kita dengan mudah.
·        Mudah memberikan senyuman
-          Senyuman adalah sedekah paling murah. Senyum dan bertanyalah khabar guru sebagai tanda hormat pada mereka.
·        Berkata dengan baik walau di mana-mana sahaja.
-           Tutur kata yang baik mencerminkan asuhan siapa dan di mana 
 tempat belajar seseorang murid itu.
·        Rumusan- Semua murid berpotensi untuk mendapat 5A. Justeru untuk tampil sebagai penerima Anugerah Cemerlang 5A UPSR hendaklah mendapat keberkatan belajar iaitu hormat kepada guru dan juga ibu bapa atau orang yang lebih tua.

Thursday, February 20, 2014






ANALISA KEHADIRAN KOKURIKULUM : UNIT BERUNIFORM
LAPORAN PENYELARAS SESI PETANG

TARIKH : 19 FEBRUARI 2014                                     (RABU)     -   (  4  / 12) 
MASA : 7.40 PAGI - 10.00 PAGI
UNIT
BILANGAN GURU
BILANGAN MURID
PERATUS
(%)
PENGAKAP
10/13

48/58


82

PANDU PUTERI TUNAS
6/9

44/59

74

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

6/8
41/54

76

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

8/9

39/55

73


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

5/8
43/56
75
JUMLAH

35/47
215/282
76


JUMLAH KEHADIRAN MURID : 215/282                                              PERATUS :  76%
JUMLAH KEHADIRAN GURU   : 35/47                                                   PERATUS :  74%

PERATUS GURU MEMAKAI UNIFORM : 74%

ULASAN  PENYELARAS : 
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah :
-KAWAD KAKI
-MEWARNA LOGO

Laporan disediakan oleh :
Pn Nora Bt Sabihi
                                                                                                                                 

                                                                                                                                                    

Tuesday, February 18, 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM RANGER DUTCH LADY DIDIK MUSIM KE-2 DAN PENYERAHAN TAJAAN AKHBAR BERITA HARIAN

 Pada pagi ini, 18 Feb 2014, bertempat di SK Taman Putra Perdana, jam  9.30 hingga 11.50 pagi telah berlangsungnya  majlis Ranger Dutch Lady Didik musim ke-2 dan penyerahan tajaan akhbar BH. Majlis ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan murid dan menanam budaya membaca dari peringkat awal. Program ini mendapat sokongan Kementerian Pendidkan Malaysia dan akan dikelolakan di 15 buah sekolah terpilih di sekitar Lembah Klang. Program  ini telah dilancarkan dengan acara menandatangani logo rasmi Dutch Lady Didik Musim ke-2 oleh  wakil KPM Dr.Masnah bt Ali Muda, wakil Dutch Lady, wakil NSTP dan Guru Besar SK Taman Putra Perdana Pn Hajjah Rohaidah Bt Mohd Ali.



Tetamu Kehormat sedang menunggu di Bilik Kaunseling sebelum upacara berlangsung.

Perarakan tetamu Kehormat diiringi oleh pasukan kompang sekolah ke Dewan Perdana.
Ucapan aluan dari Guru Besar SK Taman Putra Perdana Pn.Hjh Rohaidah bt Mohd Ali.

Aktiviti senamrobik sebelum murid-murid menjalankan aktiviti yang telah dirancang.

Murid-murid begitu teruja melakukan aktiviti senamrobik.

Stesen-stesen yang disediakan untuk aktiviti kecergasan minda dan fizikal.


Para pemenang menerima hadiah daripada tetamu Kehormat.

Sesi penyampaian cenderahati kepada wakil dari KPM.

Gambar kenangan para pemenang dengan tetamu Kehormat.

Upacara menandatangani Logo Rasmi  Program Ranger Dutch Lady Didik  
Maka termenterailah sudah majlis pelancaran Ranger Dutch Lady Didik Musim ke -2 di SKTPP.

          Akhir kata pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan jayanya.

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-8 (SESI PAGI)

GURU-GURU YANG  BERTUGAS
§  Encik Ahmad Musrizuan
§  Encik Mohd Kamarul
§  Puan Visva Vilasini
§  Puan Norliza
§  Puan Parimala
§  Puan Nor Shuhada
§  Puan Norhayati

LAPORAN/ULASAN
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1.       Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2.       Bacaan doa oleh Fatnul Akhbar bin Abu Bakar.
3.       Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Parimala.
4.       Bacaan ikrar murid dipimpin oleh Aniq Iqbal bin Zulkarnain.

Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas (Encik Hafiz  bin Md Nor)
1.       Murid-murid sentiasa berlari untuk menuju ke kantin dan bilik-bilik khas.  Murid-murid sepatutnya beratur dan berjalan dalam barisan menuju ke destinasi.
2.       Sewaktu perhimpunan, ramai pelajar yang tidak ikut arahan guru.  Murid-murid sepatutnya memberi tumpuan kepada arahan dan pesanan yang disampaikan.
3.    Murid-murid yang membeli minuman dalam bungkusan semasa waktu rehat, adalah dilarang untuk membawa bungkusan tersebut keluar dari kantin.

Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
PPKI
Pertama: Apple              Kedua: Dell                           Ketiga: Lenovo

Tahun 4
Pertama: 4 Delta            Kedua: 4 Beta                       Ketiga: 4 Gamma              

Tahun 5
Pertama: 5 Wira             Kedua: 5 Waja                     Ketiga: 5 Alza

Tahun 6
Pertama: 6 Seraya          Kedua: 6 Almon                   Ketiga: 6 Keruing

Ucapan guru bertugas
1.       Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
2.      Tema minggu ini ialah Kebersihan Fizikal dan Mental.
3.      Kebersihan fizikal adalah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.  Kebersihan mental pula adalah kebersihan pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian.
4.     Pelajar-pelajar perlulah sentiasa menjaga kebersihan diri, persekitaran, memastikan pertuturan dan kelakuan yang sopan serta pemikiran yang sihat dan membina.  Pelajar-pelajar adalah diingatkan supaya:-
·         berpakaian kemas dan bersih
·         berambut kemas dan bersih
·         menjaga kebersihan badan
·         bercakap dengan sopan
·         tidak bercakap tentang perkara yang jahat
·         membuang sampah di dalam tong sampah
·         kerjanya kemas dan teratur
·         menyimpan barangnya dengan kemas dan teratur

Penyampaian Sijil Penghargaan Perlawanan Persahabatan Bola Jaring
Sijil penghargaan perlawanan persahabatan bola jaring telah diberikan kepada pemain-pemain bola jaring pasukan sekolah.  Perlawanan bola jaring 4 penjuru telah berlangsung pada hari Khamis, 13 Februari 2014, dari pukul 3.00 petang hingga pukul 6.00 petang.  Sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana(SKTPP), Sekolah Rendah Agama Salak Tinggi, Sekolah Kebangsaan  Puchong Utama (1) dan Sekolah Kebangsaan Putrajaya. Dalam perlawanan ini, SKTPP telah berjaya menjadi johan. 





Penyampaian Hadiah Kejohanan Boling Tenpin MSSD untuk pelajar-pelajar PPKI
Hadiah dan sijil telah diberikan kepada semua pemenang  Kejohanan Boling Tenpin MSSD.  Kejohanan Boling Tenpin ini telah dijalankan pada 11 Februari 2014 yang lepas.  Kumpulan lelaki telah mendapat tempat kedua dan keempat manakala kumpulan perempuan telah Berjaya mendapat tempat keempat dan kelima.


Perkataan LAWAD
1.       Bahasa Malaysia               : belantan – kayu kecil yang diguna untuk memukul
2.       Bahasa Inggeris                 : moan – mengerang

Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
1.    Puan Siti Habsah menekankan budaya memberi salam.  Murid-murid dinasihati untuk memberi salam apabila berselisih dengan guru-guru.        
2.       Kerusi pelajar tidak mencukupi.  Oleh yang demikian, murid-murid dinasihatkan untuk menggunakan kerusi dengan cara yang betul supaya kerusi tidak rosak, sebaliknya dapat digunakan untuk masa yang lebih lama.
3.       Pelajar-pelajar perlu menampal memo-memo yang diberikan kepada murid-murid dalam buku komunikasi dan ditunjukkan/dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga.  Baru-baru ini, pihak sekolah telah menerima banyak panggilan daripada ibu bapa berhubung maklumat-maklumat yang telah pun dimaklumkan melalui memo.  Diharapkan, pelajar-pelajar tidak mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang.
4.       Beliau memaklumkan nama guru besar yang baru, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.