... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, June 30, 2014

Pogram Ihya' Ramadhan Peringkat Sekolah SKTPP 2014

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Panitia Pendidikan Islam  SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan program Ihya' Ramadhan yang bermula pada tarikh 30 Jun 2014 dan akan berjalan selama sebulan tahun ini. Majlis penutup program Ihya’ Ramadhan pada 25 Julai 2014 bersamaan 27 Ramadhan 1435 Hijrah. Majlis pelancarannya telah dibuat secara ringkas dalam perhimpunan rasmi sesi pagi dan petang. Program ini melibatkan semua murid Islam Tahap 1 dan 2 serta guru-guru Islam.

Dalam majlis yang serba ringkas tetapi meriah ini telah menyaksikan Guru Besar; Puan Rohaidah binti Mohd Ali melakukan upacara simbolik pelancaran dengan memotong reben menurunkan kain rentang Program Ihya' Ramadhan serta menderma dalam Tabung Ihya' Ramadhan. Sebelum itu, beliau turut memberi sedikit ucapan ringkas bagi merasmikan majlis tersebut.

Di antara aktiviti yang telah dirancangkan sepanjang bulan Ramadhan ini ialah :

            1       Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan
            2       Risalah Ramadhan
            3       Sumbangan anak yatim
            4       Tadarus Al-Quran
            5       Tazkirah & Kuiz
            6.      Ceramah sempena Nuzul Quran
            7.      Pertandingan poster Ramadhan & mencipta kad raya
            8.      Majlis khatam Al Quran


  Berikut adalah antara gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan :-


Ucapan perasmian oleh Guru Besar SKTPP Pn Rohaidah bt Mohd Ali
Pelancaran Tabung Sumbangan Ihya' Ramadhan

Aktiviti tadarrus murid bersama guru

Guru menyemak kehadiran ahli kumpulan tadarrus

Kuiz selepas tazkirah Ramadhan
Murid yang tidak menyertai tadarrus mendengar tazkirah 

Semoga setiap aktiviti yang telah dirancangkan ini dapat mengimarahkan bulan Ramadhan ini dan dapat mempertingkatkan sahsiah dan akhlak murid SKTPP dengan lebih cemerlang lagi. 


Disediakan oleh :

Pn Nurzainon bt Mohd Razalli
Ketua Panitia Pendidikan Islam SKTPP

Laporan Perhimpunan Minggu ke-24 (Sesi Pagi)

Tarikh     : 30 Jun 2014
Masa      : 7.30-8.30 pagi
Tempat   : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas:
  1. En Ahmad Musrizuan 
  2. Pn Visva Vilasini 
  3. Pn Norliza Ali
  4. Pn Parimala Vengadaslam 
  5. Pn Halimatun Saadiah 
  6. Pn Siti Masra 
  7. Pn Norhayati Yusof 
  8. Cik Nor Shuhada 
  9. Pn. Azmira Kadirun
 Laporan / Ulasan Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

a) Nyanyian dipimpin oleh Pn Astina Mahad Nor

b) Bacaan doa : Muhammad Shahrizal Bin Rahmat

c) Ikrar Rukun Negara : Pn Horhayati Yusof

d) Ikrar Murid : Aniq Iqbal Bin Zulkarnain

Laporan guru bertugas minggu lepas ( Pn Asma )

  • Mengingatkan murid membuang sampah di tempat yang disediakan. Jangan membuang sampah merata-rata.
  • Penyampaian hadiah keceriaan kelas ditangguhkan.
Ucapan guru bertugas (Pn Norhayati Yusof)
Tema : Kepentingan Hidup Berdisiplin
  • Disiplin ialah kebolehan mengawal diri supaya patuh pada tatatertib atau peraturan.
  • Berdisiplin juga dapat membentuk keperibadian diri dan sahsiah yang mulia.
  • Kepentingan hidup berdisiplin 
        a. Dapat membentuk sahsiah / akhlak yang baik
        b. Tingkahlaku disenangi orang lain
        c. Dapat mengeratkan silaturrahim
        d. Dapat menjaga maruah diri
  •  Sempena bulan Ramadan ini juga, puasa dapat melatih diri kita supaya berdisiplin
  •  Kesimpulannya, murid yang berdisiplin akan cemerlang. Oleh itu, amalkanlah hidup berdisiplin untuk  kebaikan diri dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. 
Ucapan Pentadbir (En. Ahmad Fuadi Bin Sarham Penolong Kanan Pentadbiran) 
  1. Peringatan waktu balik bagi sesi pagi sama iaitu Isnin dan Rabu 7.20 pagi - 1.20 tgh, Selasa dan Khamis 7.20 pg - 12.50 tengah hari dan Jumaat 7.20 pagi - 11.50 tengah hari.
  2. Kelas tambahan tahun 6 seperti biasa. Mengingatkan murid-murid tahun 6 agar mengulangkaji pelajaran. Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah . Sempena bulan Ramadan, murid-murid diminta banyak berusaha demi mencapai kejayaan di samping menjaga kesihatan.
  3. Mengucapkan terima kasih kepada guru dan murid yang menjayakan sukan tahunan pada sabtu lepas.
Pemberian Hadiah Sukan Tahunan

Upacara pemberian hadiah sukan tahunan bagi Kategori Khemah Terbaik, Kategori Perbarisan Terbaik, Pemenang Keseluruhan, Olahragawan dan Olahragawati Tahun 2014. Hadiah-hadiah ini telah disampaikan oleh Guru Besar SKTPP; Pn. Hajah Rohaidah Bt  Mohd Ali.

Perbarisan Terbaik
  1. Rumah Hijau (Zamrud)
  2. Rumah Biru (Nilam)
  3. Rumah Kuning (Topaz)
  4. Rumah Jingga (Akik)
  5. Rumah Merah (Ruby)
Khemah Terbaik 
  1. Rumah Hijau (Zamrud)
  2. Rumah Jingga (Akik)
  3. Rumah Biru (Nilam)
  4. Rumah Kuning (Topaz)
  5. Rumah Merah (Ruby)
Olahragawan Tahun 2014
  1. Mohd Faris Aiman Bin Zulkifli (Rumah Jingga)
Olahragawati Tahun 2014
  1. Nor Fatin Najwa  (Rumah Jingga)
Pemenang Keseluruhan 2014
  1. Rumah Jingga (Akik)
Pelancaran Ihya' Ramadan 
Pelancaran Ihya' Ramadan oleh Guru Besar SKTPP; Pn. Hajah Rohaidah Bt  Mohd Ali. Panitia Pendidikan Islam mengatur beberapa aktivti sempena bulan Ramadhan seperti Tadarus, Takzirah bulan Ramadhan, kuiz dan lain lain. 

Antara gambar-gambar Perhimpunan Minggu 24...

Barisan guru bertugas
Penyampaian Hadiah Perbarisan Terbaik Rumah Hijau
Olahragawati Sekolah Tahun 2014
Olahragawan Sekolah Tahun 2014
Perasmian Bulan Ramadan 

Laporan Perhimpunan Minggu ke-24 (Sesi Petang)

Tarikh: 30 Jun 2014
Masa: 1:20-2:30 petang
Tempat: Dataran perhimpunan

Guru Bertugas:
  1. Pn. Hastipa
  2. Pn. Nor Azian
  3. Pn. Nurrulhuda
  4. Pn. Grace
  5. Pn. Fadhilah
  6. En. Ahmad Zunaidi
1.Laporan/ulasan, Nyanyian, Bacaan doa dan Ikrar

a)     Nyanyian dipimpin oleh Pn. Salmi Amir
b)    Bacaan doa oleh Danish Irfan
c)     Ikrar Rukun Negara : Pn. Nor Azian
d)     Ikrar murid: Hurin Batrisyia BtAhmad Junaidi

2.Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Suzielawati)
  • Murid-murid dikehendaki membuang sampah ke dalam tong sampah dan bukannya membuang sampah di merata-rata tempat terutamanya semasa beratur di dewan.
  • Masih ada murid yang cedera disebabkan bermain dan menolak kawan sehingga jatuh. Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan perlu dihentikan.
3.Penyampaian piala keceriaan kelas minggu lepas:

  • Tahun 1 – Pertama : 1 Bonang
     Kedua    : 1 Seruling
     Ketiga   : 1 Canang
  • Tahun 2- Pertama : 2 Kardiologi
                    Kedua    : 2 Anestesiologi
                    Ketiga    : 2 Surgeri
  • Tahun 3- Pertama : 3 Uranus
                    Kedua    : 3 Utarid
                    Ketiga   : 3 Musytari

4. Pengumuman Sukan Tahunan :

    Atlet Harapan Perempuan : Niqa Abyana Bt. Mohd Zaim (Biru)
    Atlet Harapan Lelaki        : Mohd Danish Bin Zaidi ( Jingga )

    Khemah Terbaik : Hijau
    Lintas Hormat    : Hijau
    Pemenang Keseluruhan : Jingga (Akik)

  1. Pelancaran Program Ihya' Ramadhan:
    • Guru membacakan senarai nama peserta tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan.
    • Puan Hajah  Rohaidah Binti Mohd Ali telah merasmikan majlis Program Ihya' Ramadhan dan di antara ucapan beliau adalah:
-         Menggalakkan semua murid Islam untuk belajar berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.
-         Murid yang tidak berpuasa, tidak boleh makan dan minum di hadapan kawan yang berpuasa dan mestilah menghormati kawan yang berpuasa. Murid yang tidak berpuasa hendaklah makan dan minum di kantin semasa rehat,
-         Selamat bertadarus dan mendengar tazkirah semasa rehat dan selamat menjalani ibadah puasa.
-         Sekolah sesi petang bermula pada pukul 1:20 - 5:30 petang (Isnin - Khamis) dan 2:20 - 5:30 petang (Jumaat) semasa bulan puasa ini.
  •  Berikut adalah gambar-gambar semasa perhimpunan dijalankan:
                              Murid-murid sedang berhimpun di dataran perhimpunan

Sebahagian daripada guru-guru yang bertugas pada minggu ini

Anugerah atlet harapan lelaki terbaik

Anugerah atlet harapan perempuan terbaik

Perasmian oleh Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali

Guru Besar merasmikan Program Ihya' Ramadhan

Tabung derma 

Disediakan oleh : Nurrulhuda Binti Yaacob

Penambahbaikan PBS 2014

Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika mengumumkan penambahbaikan PBS

Antara tiga (3) penambahbaikan yang dilakukan:
1) Dokumen Standard Prestasi (DSP) dipermudahkan dengan digantikan dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM).
2) Guru tidak perlu mengisi data pencapaian murid dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) sebaliknya dijalankan secara offline.
3) Guru tidak perlu lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM). Fail Showcase (fail pameran) dan Rekod Transit.
Dokumen Standard Prestasi
Bagi bukan golongan guru sudah pastilah tertanya-tanya apakah itu DSP? Dan bagaimanakah DSP ini dikatakan membebankan guru untuk melaksanakan.
Contoh DSP Dunia Seni Visual
Secara mudahnya, DSP merupakan dokumen yang mengandungi butiran pernyataan band, deskriptor, evidens yang mana guru perlu mentaksir murid berdasarkan senarai deskripor dan evidens yang ditetapkan. 
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)


SPPBS dalam PBS

Menerusi PBS guru perlu memasukkan data pencapaian murid yang telah ditaksir melalui evidens secara dalam talian menggunakan SPPBS. Isu yang dibangkit, apabila server sistem SPPBS ini lambat dan jumlah murid yang ramai dalam satu-satu kelas memungkin cara pengisian data murid melalui sistem ini tidak sesuai.

Fail Perkembangan Murid dan Rekod Transit
Selain Fail Portfolio Guru, guru juga perlu menyediakan Fail Perkembangan Murid setiap individu. Oleh itu, guru perlu memasukkan evidens terkini murid yang terbaik ke dalam fail ini dari masa ke masa yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Rekod Transit
Contoh Rekod Transit DSV Tahun 3

Rekod Transit pula perlu disediakan oleh guru untuk dijadikan panduan dan memudahkan guru sewaktu mentaksir murid. Kata mudahnya, Rekod Transit merupakan rekod manual yang perlu disediakan guru sebelum dipindahkan secara dalam talian dalam SPPBS. 
Penambahbaikan ini lebih menjurus ke arah mengurangkan beban guru. Seperti yang sedia maklum, tugas guru adalah mendidik, sebaliknya dengan pelaksanaan PBS sebelum ini tugas guru bertambah untuk melakukan kerja sampingan seperti yang disenaraikan di atas. 
Guru-guru diingatkan bahawa PBS dan KSSR adalah dua perkara yang saling berkait dan bukan dilaksanakan secara berasingan. Oleh itu, guru-guru haruslah menyambut baik 3 penambahbaikan PBS ini.

Bahan-bahan penambahbaikan PBS:

1.Surat pekeliling bil 1/2014
2.Teks Ucapan TPM
3.Overview Penambahbaikan PBS
4.Nota Penambahbaikan PBS
5.Dokumen  Panduan Perkembangan  Pembelajaran Murid
6.Modul  Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid Tahun 1
7.Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid Tahun 2
8.Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid Tahun 3

Dimaklumkan juga bahawa Lembaga Peperiksaan (LP) telah menyediakan Buku Informasi dan Brosur Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk rujukan guru, murid, ibu bapa dan masyarakat umum.


Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadan

Selamat Berpuasa buat semua murid, ibu bapa dan guru. Mohon maaf salah dan silap

Saturday, June 28, 2014

Kejohanan Sukan SKTPP Versi Piala Dunia

Alhamdulilah, Kejohanan Sukan SKTPP telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya. Tema Piala Dunia telah dipilih untuk menyerikan suasana kejohanan pada tahun ini.


Hari Sukan SKTPP telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mutalib bin Tomran, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang dengan diceriakan oleh simbolik perasmian iaitu menurunkan tandatangan pada bola rasmi Piala Dunia dan sepakan bola ke dalam gol. Persembahan taekwondo membuka tirai kejohanan sebelum acara akhir balapan dipertandingkan.

Semangat kesukanan para guru dan murid daripada rumah sukan masing-masing; Akik, Delima, Nilam, Manikam dan Zamrud sangat menyerlah apabila khemah-khemah dihias indah, pasukan perbarisan memberikan persembahan menarik dan para atlit menunjukkan semangat daya saing yang tinggi.

Jom saksikan gelagat yang sempat dirakam oleh lensa kamera kami sepanjang kejohanan kali ini.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

Lagi laporan Kejohanan Sukan Tahunan SKTPP dalam blog Guru Besar di sini, blog PIBG di sini dan blog PPDa di sini.

Friday, June 27, 2014

Swimming pool @ SKTPP

Sempena Sukan Tahunan esok, ada banyak gerai & tarikan sampingan yang tersedia untuk ibu bapa / penjaga dan pengunjung yang datang. Antaranya ialah permainan air ini...
Jom main air!

Raptai Sukan

Sebelum raptai, diadakan majlis bacaan yasin dan tahlil menjelang bulan Ramadan yang bakal menjelma. Alhamdulillah raptai sukan berjalan lancar...
 
Juruteknik menguji p.a system

Acara-acara Sukaneka Tahap 1 2014

Acara-acara yang dipertandingkan  melibatkan murid-murid tahap satu (tahun 1, 2, dan 3).  Antara acara yang dipertandingkan ialah Pisang O Pisang, Pindahkan Saya, Lompat Si Kotak Lompat, Letupkan Saya, Donut  Terbang dan Hoki Mini.

Berikut adalah keputusan pemenang bagi setiap acara dan paparan gambar sepanjang Sukaneka berlangsung.

                     1. Tahun 1 :
                            a) Pisang Oh Pisang :
                                            Pertama : Kuning
                                            Kedua     : Biru
                                            Ketiga     : Hijau
                                            Keempat : Jingga
                                            Kelima     : Merah
                                     
                             b) Pindahkan Saya :
                                            Pertama : Jingga
                                            Kedua    :  Kuning
                                            Ketiga     : Biru
                                            Keempat : Merah

                                            Kelima    :  Hijau
                      2. Tahun 2
                             a) Lompat Si Katak Lompat :
                                           Pertama :  Kuning
                                           Kedua     : Biru
                                           Ketiga     : Jingga
                                           Keempat : Hijau
                                           Kelima     : Merah

                             b) Letupkan Saya :
                                           Pertama  :  Merah
                                           Kedua      : Hijau
                                           Ketiga      : Kuning
                                           Keempat : Jingga
                                           Kelima     : Biru

                    3. Tahun 3
                              a) Donut Terbang :
                                          Pertama    : Hijau
                                          Kedua       : Merah
                                          Ketiga       : Kuning
                                          Keempat  :  Biru
                                          Kelima      : Jingga

                                b) Hoki Mini :
                                          Pertama  : Jingga
                                          Kedua     :  Kuning
                                          Ketiga      :Hijau
                                          Keempat :  Biru
                                          Kelima     : Merah

Acara Prasekolah

Acara kedua prasekolah menarik bola dalam gelung
Acara PPKI
Acara tahun 1 - Pisang oh Pisang
Lompat katak
Letupkan saya
Hoki Mini
Kami Benci Dadah
Penyampaian hadiah






Murid-murid menunjukkan hadiah yang dimenangi


Disediakan oleh:
Suzelawati bt Zakaria

Sukaneka 2014

Selesai sudah Sukaneka murid-murid tahap 1, prasekolah dan Pendidikan Khas. Sukaneka yang diadakan secara tertutup ini dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG - Tn. Hj. Khairul Azhar. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa cuba lagi tahun depan. Namun hadiah tetap dapat. Jom tengok kemeriahan Sukaneka tadi...
(Kredit kepada AJK PIBG; Dr. Saravanan)

Buku program
Sama-sama menyanyikan lagu Negaraku
 Ucapan GB
Ucapan perasmian YDP PIBG
Mc - cikgu Azura Farina
Terima kasih Tuan Haji


Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Syawal - AJK PIBG dan GB