... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, April 29, 2015

Kursus Asas Komunikasi Sahabat PPDa

Sahabat PPDa merupakan agen utama yang membantu guru-guru bagi menggerakkan aktiviti PPDa dan menyampaikan maklumat semasa berkaitan PPDa kepada rakan-rakan di sekolah. Justeru itu bagi memantap kemahiran komunikasi Sahabat-Sahabat PPDa ini, pada hari ini telah berlangsung satu ceramah khas iaitu Kemahiran Asas Komunikasi Berkesan yang telah disampaikan oleh En. Mohd Haswandi b. Ahmad bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP.

Antara objektif program ini diadakan  adalah :

  • Memberi kefahaman terhadap konsep kepimpinan yang efisyen dan berketrampilan kepada peserta.
  • Melahirkan Sahabat PPDa yang boleh berkomunikasi dengan baik dan berkeyakinan.
  • Berfikiran secara kreatif, kritis dan inovasi dalam melaksanakan program PPDa di sekolah.
  • Melahirkan Sahabat PPDa yang berkarisma dan berfikiran strategik serta cekap dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan. 
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa program dijalankan.

 Bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman dan sesi ceramah oleh En. Mohd. Haswandi

 Sesi Ice Breaking

 Antara aktiviti yang djalankan semasa sesi ceramah

 Peserta mencari bahan terpakai untuk LDK

 Menyiapkan tugasan dalam sesi LDK

Sesi pembentangan hasil kerja kumpulan
 Kami Benci Dadah!!

Tuesday, April 28, 2015

Program Teknik Menjawab Kertas Sains UPSR

Pada 28 April 2015 ,Unit Gemilang UPSR  SKTPP telah menjalankan Program Teknik Menjawab Kertas Sains UPSR. Program ini dibahagikan kepada 2 kumpulan dan dijalankan di bilik mesyuarat. Kumpulan 1 bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi dan kumpulan 2 pula dari pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Teknik Menjawab Kertas Sains ini disampaikan oleh Cikgu Johari.

Program ini berjaya mengukuhkan lagi tahap pemahaman murid dan memberi pendedahan teknik-teknik yang lebih berkesan untuk diaplikasikan oleh murid-murid dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Percubaan dan seterusnya dalam Peperiksaan UPSR pada bulan September 2015 nanti.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program ini dijalankan:







Disediakan oleh,
Zailezah Bt Sardi
Penyelaras Unit Gemilang UPSR

Monday, April 27, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-15 (Sesi Petang)

HARI        : Isnin
TARIKH     : 27 April 2015
MASA       : 1:20 - 1:50 petang

GURU BERTUGAS:

  1. Pn. Suhaizan binti Sukiman
  2. Pn. Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud
  3. Pn. Salmi binti Amir
  4. En. Saifullah bin Mat Saufi
  5. Cik Zalina binti Ismail
  6. Cik Noor Azlinda binti Kasmin
LAPORAN / ULASAN:


Pengerusi majlis : Cik Zalina binti Ismail

1.  Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh Pn. Salmi binti Amir)
Puan Salmi memimpin nyanyian lagu-lagu kebangsaan
  • Bacaan doa oleh pengawas; Arif Arfan bin Abd. Razak (3 Surgeri)
Adik Arif Arfan meminpin bacaan doa
  • Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Cik Zalina binti Ismail
Ikrar Rukun negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya
  • Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang, Nuraneesa binti Mohd Abdul Aziz.
Ketua Pengawas Sesi Petang

2.  Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Azura Farina)


Laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh Pn Azura Farina
  • Murid dinasihatkan supaya menjaga hak milik peribadi dengan baik. Pastikan tidak tertukar beg dengan kawan-kawan dan peristiwa tertukar beg tidak berlaku lagi.
  • Menasihati semua murid supaya tidak bergurau keterlaluan sehingga boleh mengakibatkan kecederaan.
3.  Perkataan Lawad minggu ini:

  • Bahasa Melayu   : Melungsur - meluncur turun
  • Bahasa Inggeris  : Farm    - Ladang
  • Bahasa Arab       : Mandil  - sapu tangan
4.  Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas

      Tahun 1 
  • Pertama - Titanium
  • Kedua - Ferum
  • Ketiga - Elektrum
Tahun 2
  • Pertama -Gambus
  • Kedua - Nafiri
  • Ketiga - Kompang
Tahun 3
  • Pertama - Surgeri
  • Kedua - Obstetrik
  • Ketiga - Anestesiologi


Guru bertugas minggu lepas memberikan hadiah kebersihan dan keceriaan kelas
5.  Tema minggu ini:  Memberi salam
  • Murid dinasihati untuk memberi salam apabila berjumpa dengan kawan-kawan, guru dan orang yang lebih dewasa. Mengucapkan salam adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib.

6. Sahabat PPDa Adik Luqman Hakim telah menyampaikan maklumat apa itu dadah dan kesannya.



Perhimpunan tamat pada pukul 1:55 petang

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-15 (Sesi Pagi)

Hari : Isnin
Tarikh : 27 April 2015
Masa : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
Guru bertugas :
1. Encik Ahmad Musrizuan bin Daud
2. Encik Mohd Rusydan bin Ismail
3. Puan Noor Azila binti Ngah
4. Puan Norliza binti Ali@Yasim
5. Cik Norshuhada binti Mohd Nor
6. Puan Nor-Azura binti Mustafa
7. Puan Norinna binti Mohamed

Laporan/Ulasan

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh adik Husna Aqilah binti Mohd Afzanizam (6 Wira).
  • Bacaan doa diketuai oleh adik Fathul Akhbar bin Abu Bakar (6 Wira).
  • Ikrar Rukun Negara Dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Noor Azila binti Ngah.
  • Ikrar Murid diketuai oleh adik Iffah Firzanah binti Zulhazmi (6 Wira).
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Julaili binti Onian)
  • Menasihatkan kepada murid-murid agar beratur semasa membeli makanan dan minuman di kantin.
  • Mengingatkan murid-murid supaya sentiasa menjaga kebersihan kelas.
Puan Julaili menyampaikan laporan minggu lepas
  • Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas :
          PPKI
          Pertama : Lenovo
          Kedua : Apple
          Ketiga : Dell
          
          Tahun 4
          Pertama : Neptun
          Kedua : Pluto
          Ketiga : Musytari

          Tahun 5
          Pertama : Zeta
          Kedua : Delta
          Ketiga : Omega

          Tahun 6
          Pertama : Waja
          Kedua : Myvi
          Ketiga : Wira


Tn Haji Ahmad Fuadi menyampaikan hadiah
Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
3. Laporan Guru Bertugas Minggu Ini (Puan Noor Azila binti Ngah)
   
   Tema : Budaya Memberi Salam
  • Menasihatkan kepada semua murid agar membiasakan dan membudayakan amalan memberi salam kepada guru-guru, staf sokongan, pelawat dari luar dan sesama rakan.
  • Mengingatkan murid-murid bahawa budaya memberi salam bukan setakat di dalam kawasan sekolah sahaja bahkan turut perlu dijadikan amalan di luar sekolah, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
  • Perkataan LAWAD
  1. Bahasa Melayu - melungsur bermakna meluncur turun
  2. Bahasa Inggeris - always bermakna selalu
  3. Bahasa Arab - kabirun bermakna besar
Ucapan guru bertugas minggu ini oleh Puan Noor Azila

4. Info PPDa
  • Sahabat PPDa, adik Syamimi Faqihah binti Harun (6 Wira) telah memberi penerangan jenis-jenis dadah yang popular pada masa kini iaitu morfin. 


5. Penyampaian Sijil Pencapaian bagi Kejohanan Hoki MSSD Sepang
  • Sijil Pencapaian telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Fuadi bin Sarham, PK Pentadbiran
  • Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Hoki Perempuan kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga.

Pasukan Hoki Sekolah (Perempuan)
6. Ucapan Pentadbir Sekolah (Puan Jamilah binti Arifin, PK HEM)
  • Menasihatkan kepada semua murid agar membawa air masak pada setiap hari. Beliau memohon agar guru-guru membenarkan murid-murid minum air di dalam kelas.
  • Murid diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan kelas, meja dan kerusi perlu sentiasa berada dalam keadaan yang tersusun. Kelas hendaklah dibersihkan pada waktu pertama dan waktu terakhir.
  • Mohon kepada semua murid untuk melengkapkan sudut mata pelajaran di kelas masing-masing dengan memaparkan hasil kerja mereka.
Ucapan PK HEM, Puan Jamilah

7. Sambutan Hari Lahir Guru dan Murid Bulan April

Selamat Hari Lahir Guru Bulan April
Puan Jamilah menyampaikan hadiah Hari Lahir kepada murid-murid
Selamat Hari Lahir Murid Bulan April

Program Guru Penyayang- Sambutan Hari lahir Bulan April 2015 (Sesi Pagi)

Alhamdulillah pada pagi ini 27hb April 2015, majlis sambutan hari lahir untuk murid yang lahir pada bulan April dapat diadakan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada para AJK pelaksana dan penyumbang kek-kek untuk bulan ini.

Penyumbang Kek : PIBG, Pn Juli bt Mahbah, Hamba Allah,dan Syasina Norlily bt Mohd Shahrizan dari kelas 6 Wira.


Murid-murid sedang menerima cenderahati daripada PK HEM, Pn.Jamilah bt Ariffin.
Kek sumbangan daripada Syasina Norlily bt Mohd Shahrizan dari kelas 6 Wira.

Murid-murid menikmati kek Hari Lahir.

Kami warga SKTPP mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua murid yang lahir pada bulan April. Semoga terus ceria dan bersemangat untuk berjaya dalam pelajaran bagi meneruskan kehidupan yang semakin mencabar.

 

Saturday, April 25, 2015

Program Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu UPSR

Pada 25 April 2015, Unit Gemilang UPSR SKTPP telah mengadakan Program Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu di Dewan Perdana. Program ini adalah untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada bulan September 2015 nanti. Program ini diadakan untuk murid-murid tahun 6 sebagai pendedahan teknik dan kaedah menjawab soalan peperiksaan dengan berkesan. Program ini akan diteruskan dengan mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.


Objektif  program ini ialah:

i)  Mendedahkan murid kepada teknik menjawab soalan UPSR dengan betul bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

ii) Memberi bimbingan dan panduan dalam persediaan menghadapi UPSR.

iii) Mendedahkan serta mengajar murid tentang pelbagai kemahiran dan teknik belajar yang berkesan.

iv) Memupuk budaya belajar yang positif dan memotivasikan murid ke arah kecemerlangan.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program dijalankan :

                                                 
                                                      Pendaftaran murid-murid Tahun 6



Semoga program ini akan dapat memberi pengukuhan kepada murid-murid Tahun 6 untuk digunakan dalam menghadapi peperiksaan yang akan datang.

Berikut adalah tarikh Program Teknik Menjawab bagi mata pelajaran UPSR :

Sains                     -  28  April  2015
Matematik            -    9  Mei  2015
Bahasa Inggeris    -    2  Jun  2015


Disediakan oleh,
Zailezah Bt Sardi
Penyelaras Unit Gemilang UPSR 

Thursday, April 23, 2015

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Pada pagi ini telah diadakan Program "Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit". Program ini  merupakan langkah besar-besaran Perpustakaan Awam Negeri-Negeri se-Malaysia dalam memacu masyarakat  ke arah minat membaca sekali gus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dalam kehidupan masyarakat seharian.

Program ini dijalankan SECARA SERENTAK di seluruh Negara pada hari ini berrmula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 10.10 pagi. Proses pelaksanaannya mengambil inspirasi daripada konsep Earth Hour, yang mana pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan berhenti sebentar dan membaca bersama-sama selama 10 minit.

Antara gambar-gambar  yang dapat dikongsikan sepanjang berlangsungnya program....

Murid-murid membaca di Dewan Perdana dan di dalam kelas.
Guru-guru dan staf SK Taman Putra Perdana sedang membaca buku
Murid-murid menjalankan program Jom Baca di Pusat Sumber

Wednesday, April 22, 2015

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015





Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2


Pada 22 April 2015 ( Rabu) telah berlangsung Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2. Ia diadakan di SK Jenderam Hilir. Sebanyak 30 buah sekolah dalam daerah Sepang telah mengambil bahagian. Peserta dari SK Taman Putra Perdana Nur Nadhira binti Razali (6 Waja) telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan...


No. telefon sekolah baharu

Adalah dimaklumkan mulai bulan April 2015, sekolah menggunakan nombor telefon yang baharu iaitu :

No. telefon : 03-83119204
No. fax       : 03-83119234