... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, September 27, 2015

28.9.2015 cuti akibat jerebu

Untuk makluman semua ibu bapa murid-murid, esok (28 September 2015 - Isnin) sekolah telah diarah tutup oleh KPM kerana masalah jerebu. Harap maklum dan terima kasih.


Wednesday, September 23, 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha

Diucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua murid, guru, staf dan ibu bapa SKTPP serta semua umat Islam. Semoga ibadah korban kita diterima Allah SWT. Marilah kita saling bermaaf-maafan di hari mulia. Hati-hati dalam perjalanan balik kampung dan di mana jua destinasi yang dituju. Semoga selamat sampai dan selamat kembali...


Program Bulan Bahasa Melayu (Sesi Pagi)


Program Bulan Bahasa adalah satu program tahunan bagi panitia Bahasa Malaysia. Program ini diadakan bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Sehubungan itu, Program Bulan Bahasa disambut di peringkat sekolah selari dengan Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.

Bulan Bahasa SK TAMAN PUTRA PERDANA berlangsung dari 19 September hingga 16  Oktober 2015. Bulan bahasa ini adalah merupakan suatu usaha Panitia Bahasa Malaysia SKTPP untuk memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa sejagat serta wahana perpaduan rakyat.

OBJEKTIF BULAN BAHASA MELAYU

1. Menambahkan pengetahuan dan kosa kata murid dalam pelajaran Bahasa Malaysia
2. Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang
3. Melahirkan individu yang menghayati kesantunan bahasa serta
4. Mengamalkan nilai-nilai murni yang bertunjangkan Bahasa Melayu.

Banyak aktiviti yang telah dirancang oleh Panitia Bahasa Melayu SK TAMAN PUTRA PERDANA antaranya Tulisan cantik, mencari sisip kata, membentuk kata, bersajak, serta bercerita untuk Tahap satu manakala pantun, mengarang, bersajak, vokal tersembunyi, delapan kata, bersyair serta syarahan untuk pelajar Tahap 2. Jadual di bawah menunjukkan aktiviti yang dirancang sempena Bulan Bahasa bagi sesi sesi pagi.

AKTIVITI YANG DIRANCANG SEMPENA BULAN BAHASA (sesi pagi)

19 SEPTEMBER 2015
MAJLIS PERASMIAN BULAN BAHASA
29 SEPTEMBER 2015
(SELASA)
PRASEKOLAH    - Tulisan Cantik
TAHUN 5              - Mengarang
01 OKTOBER 2015
(KHAMIS)
PRASEKOLAH    - Pantun
TAHUN 4              - Bersajak
02 OKTOBER 2015
(JUMAAT)
PANTUN TERBUKA
(TAHUN 4, 5, 6)
07 OKTOBER 2015
(RABU)
PPKI                    - Vokal Tersembunyi
TAHUN 4            - Ganda Huruf
08 OKTOBER 2015
(KHAMIS)
PPKI                    - Permainan Bahasa
TAHUN 5            - Bersyair
12 OKTOBER 2015
(ISNIN)
TAHUN 6            - Delapan Kekata
13 OKTOBER 2015
(SELASA)
TAHUN 6            - Syarahan
16 OKTOBER 2015
MAJLIS PENUTUP

Ucapan Pn. Maizaini Bt Muda selaku pengerusi majlis
  
Ucapan Pn. Hjh Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK TAMAN PUTRA PERDANA



 

Pn Norbaizura Nordin

Saturday, September 19, 2015

Klinik Bolasepak Cergas Tanpa DARIH

Klinik Bolasepak dengan tema Cergas Tanpa DARIH ini adalah anjuran bersama KRT Cluster 3, Taman Putra Perdana dan SKTPP. Klinik yang telah diadakan di padang SKTPP ini melibatkan 48 orang murid Tahun 2 - 5 yang terpilih. Terima kasih kepada para coaches profesional yang telah membimbing anak-anak murid SKTPP yang sangat dahagakan ilmu berkaitan bola sepak ini. Susulan klinik ini, pengajar Kelab C3 United Football bersetuju untuk melatih anak-anak murid sekolah ini setiap hari Sabtu. Sesungguhnya pihak sekolah dan PIBG amat menghargainya...

Cikgu Mus dan Cikgu Rusydan - tonggak klinik ini

Pendaftaran



En. Amar - ahli PIBG sekolah kami antara yang mencetuskan klinik ini

Guru Besar bersama para jurulatih

Thank you Coach Mr. Obiakor Johnbosco Raluchi


Ucapan aluan Guru Besar

Murid-murid sangat teruja





Terima kasih banyak buat En. Amar dan rakan-rakan yang telah memberi peluang kepada kami. Tahniah buat murid-murid yang telah memberikan kerjasama dan sangat berdisiplin. Semoga ilmu dan bimbingan yang diberi dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya...

Lagi laporan bergambar dalam blog PPDa SKTPP di sini.