... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, October 15, 2015

Pertandingan Mewarna, Melukis Poster dan 'Kuiz Explorace'

Pada hari Sabtu 17 Oktober 2015 bertempat di SKTPP akan diadakan Karnival Darih 2015. Pada hari tersebut akan diadakan pertandingan mewarna, melukis poster dan kuiz 'Explorace'. Terdapat empat pertandingan yang akan dijalankan pada hari tersebut iaitu pertandingan mewarna untuk Tahun 1, 2 dan 3, pertandingan mewarna Tadika/Pra sekolah/PPKI, Melukis poster Tahun 4, 5 dan 6 dan juga Kuiz 'Explorace' terbuka kepada pelajar sekolah menengah. Pelbagai hadiah yang menarik menanti anda sebagai pemenang. Marilah beramai-ramai menyertai dan memeriahkan Karnival DARIH.


Disediakan oleh:
Suzelawati Zakaria

Peperiksaan Bahasa Arab / Bahasa Tamil, Jawi dan Pendidikan Moral


Wednesday, October 14, 2015

Karnival DARIH Peringkat Daerah Sepang 2015

Bertempat di SKTPP pada hari Sabtu (17.10.2015) ini akan diadakan Karnival DARIH peringkat Daerah Sepang. Terdapat pelbagai permainan, pertandingan, gerai jualan, persembahan artis, pameran dan sebagainya. Semua ibu bapa dan warga SKTPP, masyarakat setempat dan orang ramai dijemput untuk memeriahkan karnival tersebut. Harga tiket RM5.00 untuk setiap permainan. Jika bayar RM20.00 boleh bermain semua permainan berulang-kali sampai pukul 5.00 petang. Berbaloi-baloi kan. Jom.....




Tuesday, October 13, 2015

Penghakiman Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor 2015

Sebagaimana kita maklum, pada tahun lepas SKTPP telah menjadi Naib Johan dalam pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Selangor. Tahun ini sekali lagi SKTPP dicalonkan mewakili daerah Sepang dalam pertandingan yang sama. Alhamdulillah berkat kerjasama semua murid, guru, staf, ibu bapa, PIBG, masyarakat setempat serta agensi-agensi kerajaan seperti AADK, PDRM, Kastam, Pejabat Kesihatan, persatuan penduduk dll, persembahan tahun ini jelas lebih mantap daripada tahun lepas. Paling mengharukan apabila ikon PPDa SKTPP; Saudara Amir Raja Lawak juga turut hadir memberi sokongan. Tahniah semua atas kesatuan ini. Doakan semoga kejayaan milik kita...























Makluman pertandingan melukis poster Karnival DARIH



Pertandingan  Melukis Poster dan Mewarna

   - Mewarna (Tahap 1)
   - Melukis Poster (Tahap 2)

 KARNIVAL DARIH : 17 OKTOBER 2015
SK TAMAN PUTRA PERDANA.

Pertandingan mewarna dan melukis  poster akan diadakan pada:
Ø Tarikh              :17 Oktober 2015 ( Sabtu)
Ø Masa               : 9. 30 pagi- 12.00 tghri.
Ø Tempat           : Kelas Tahun 4 Pluto, Neptune, Musytari dan Marikh.
Ø Penyampaian Hadiah Pemenang:
                              : 12.30 tghri di Dewan Perdana.

·        Alatan mewarna perlu disediakan oleh peserta sendiri.
·        Kertas lukisan akan disediakan oleh pihak penganjur.
·        Gambar bertemakan ‘NEGARA MAJU TANPA DADAH’
·        Yuran pendaftaran sebanyak RM2.00 untuk setiap   peserta.

ü Hadiah:(tempat pertama, kedua, ketiga & 7 saguhati bagi setiap murid tahun 1 hingga 6 yang menyertai)
ü Terbuka pada semua murid-murid sekolah rendah.
ü Pendaftaran pertandingan bermula jam 7.00 hingga 8.30 pagi di kaunter pendaftaran.

#SKTPP BENCI DADAH#

Monday, October 12, 2015

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Aktiviti Bulan Bahasa 2015 (Sesi Pagi)

Program Bulan Bahasa 2015  anjuran Panitia Bahasa Malaysia SKTPP telahpun menutup tirainya pada 12 Oktober 2015. Walaupun mempunyai kekangan masa dan penutupan sekolah akibat jerebu, hanya terdapat satu dua aktiviti sahaja yang tidak sempat dilaksanakan. Namun begitu, Program Bulan Bahasa tetap disempurnakan dengan jayanya.

Jawatankuasa Pelaksana Bulan Bahasa 2015 merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat khususnya guru matapelajaran Bahasa Malaysia yang bertungkus-lumus menjayakan program tersebut. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada murid-murid yang telah memberi komitmen dalam menjayakan Bulan Bahasa pada tahun ini. Semoga program ini akan membawa manfaat khususnya dalam memperkasa Bahasa Malaysia dalam kalangan murid-murid.

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Berikut adalah paparan sepanjang berlangsungnya Program Bulan Bahasa 2015.



Peserta-peserta pertandingan mendeklamasikan sajak bagi tahun 4.



Peserta pertandingan Syair dan Syarahan bagi pelajar tahun 5 dan 6.



Penyampaian hadiah disempurnakan oleh PK1; Tuan Haji  Ahmad Fuadi bin Sarham





Disediakan oleh:
Norbaizura Nordin

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-36 (Sesi Petang)

HARI               :   Isnin
TARIKH          :  12 Oktober 2015
MASA             : 
 1.20 - 2.00 petang

GURU BERTUGAS:
1. Pn. Salina bt. Mohd Tasu
2. Pn. Suzelawati bt. Zakaria
3. Pn. Azizah bt. b Hamid
4. Pn. Norlida bt. Othman
5. Pn. Ezza Hairani bt. Zainuddin
6. Encik Muhammad Saiffol b. Ngabiah

LAPORAN/ULASAN:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh Pn. Salmi bt. Amir).
b) Bacaan doa oleh pengawas, Arif Arfan b. Abd. Razak (3 Surgeri).
c) Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Azizah bt. Ab Hamid.
d) Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang, Nuraneesa bt. Mohd Abdul Aziz (3 Radiologi).

2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Rabihah bt. Amirudin)


a) Murid dinasihati untuk membuang sampah ke dalam tong sampah.
b) Murid perlu menjaga kebersihan kelas masing-masing.


3. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Azizah bt. Ab Hamid)


a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.
b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.
c) Perkataan LAWAD minggu ini:

     Bahasa Melayu     : melentok (terkulai)
     Bahasa Inggeris   : chair (kerusi)
     Bahasa Arab         : syauqatun (garfu)

d) Tema minggu ini: Usaha Tangga Kejayaan

Murid dinasihati untuk sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan. Murid perlu rajin membaca dan mengulangkaji pelajaran sekiranya mahu cemerlang di dalam peperiksaan. Amalkan sikap jangan berputus asa, maka kejayaan akan dikecapi.

Pn. Azizah, pengerusi majlis

4. Ucapan Puan Guru Besar (Pn. Rohaidah bt. Mohd Ali)

a) Beliau memaklumkan mengenai hari penghakiman Pertandingan Bilik Sumber PPDa sekolah yang akan dijalankan pada Selasa, 13 Oktober 2015.
b) Menerangkan tentang visi dan misi PPDa sekolah. Menekankan kepada 3 kata kunci misi: melahirkan murid bebas dadah, melalui program PPDa, bersepadu dan menyeluruh. Manakala dari segi aspek misi PPDa: pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Beliau menasihati murid agar faham dan ingat visi dan misi PPDa sekolah.
c) Menasihati semua murid memastikan kelas sentiasa bersih.

Guru Besar, Pn. Rohaidah bt. Mohd Ali

Pn. Rohaidah menyampaikan amanat beliau


Perhimpunan tamat pada jam 2.00 petang.


Sunday, October 11, 2015

Perkhemahan Unit-unit Beruniform Peringkat Sekolah Tahun 2015

Tarikh : 10 dan 11 Oktober 2015
Masa : 10.30 pagi (10 Oktober) hingga 12.00 tengah hari (11 Oktober)
Tempat : SK Taman Putra Perdana

Perkhemahan Unit-unit Beruniform ini merupakan satu program anjuran Unit Kokurikulum SK Taman Putra Perdana. Aktiviti ini juga merupakan aktiviti tahunan untuk mengukuhkan kemahiran-kemahiran secara praktikal di luar bilik darjah.

Objektif Program :
1. Membina jati diri dan menyemai nilai perpaduan dalam diri peserta.
2. Memupuk semangat kerjasama dalam diri peserta.
3. Melahirkan murid-murid yang cergas, aktif serta mengamalkan gaya hidup sihat.
4. Memberi pengalaman sebenar kepada peserta menyertai perkhemahan.

Khemah-khemah yang telah siap dipasang oleh para peserta
Latihan kawad kaki
Pertandingan kawad kaki
Persembahan malam kebudayaan
Senamrobik
Para perserta mengemas khemah
Ucapan majlis penutup oleh Guru Besar - Puan Rohaidah binti Mohd Ali
Penyampaian hadiah kepada para peserta
Peserta siap sedia untuk pulang ke rumah masing-masing
Dengan adanya aktiviti perkhemahan ini, murid-murid dapat mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari. Di samping itu, aktiviti ini dapat melatih murid-murid hidup berdikari dan bekerja dalam satu pasukan. Program ini juga merupakan satu aktiviti persediaan untuk murid-murid menghadapi kehidupan yang lebih mencabar pada masa-masa akan datang.

Saturday, October 10, 2015

Hari Sukan Negara 2015

Pada 10 Oktober 2015 sebagaimana sekolah-sekolah yang lain SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Sambutan Hari Sukan Negara 2015 bertempat di Dataran Perhimpunan sekolah. Program dimulakan dengan perhimpunan pada jam 7.20 pagi. Selepas itu, program tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Ahmad Fuadi bin Sarham (GPK1). Diikuti dengan acara senamrobik yang dikendalikan oleh Cik Nur Fatin Amira bt Hamdan, Cik Siti Norizan bt Zainala'abas dan En. Muhammad Atif bin Mohd Yusof selaku wakil dari Institut Sukan Negara (ISN). Usai bersenamrobik, murid-murid mendengar ceramah tentang kesihatan dan menjalankan aktiviti kesihatan. Program ini berakhir pada sekitar jam 10.30 pagi.

Bacaan doa oleh ustaz Mahadir bin Midu
Ucapan perasmian oleh Encik Ahmad Fuadi bin Sarham (GPK 1)
Insrtuktor sedang menunjuk cara senamrobik
Guru dan murid penuh semangat bersenamrobik bersama
Murid- murid kelihatan gembira bersenamrobik

Thursday, October 8, 2015

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2015 (Sesi Petang)

Pengacara Majlis
Bacaan Doa
Kanak-kanak merupakan generasi yang bakal mewarisi dunia ini daripada kita. Di Malaysia, perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia pertama kali disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur.

Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah telah disambut dengan meriahnya hari ini. Majlis dimulai dengan doa diikuti dengan ucapan wakil murid dan Ucapan Perasmian oleh PK Petang; Pn. Rosmah binti Jamat. Majlis diteruskan dengan penganugerahan Tokoh Kanak-Kanak Tahap 1.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah persembahan setiap kelas dimulai dengan tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah.

Persiapan 1 Vanadium

Persiapan 1 Elektrum bersama guru kelas
Tokoh Kanak-Kanak Sesi Petang

Adik Niqa Abyana telah dilahirkan pada 27 Januari 2015. Beliau merupakan anak ketiga dari 5 oranga adik-beradik. Bermula daripada umur 6 tahun, beliau telah mula menyertai pertandingan dan memenangi Reading Award 2012 Outstanding Achievement di Qdees. bermula sebagai murid biasa, beliau diamanahkan tugas penting seperti Pengawas Sekolah bermula dari tahun 3. Bersekolah di Sekolah Agama Az Zuhdi dan menunjukkan kecemerlangan dan sering mendapat tempat teratas.

Dari segi pencapaian akademik, beliau juga telah mendapat keputusan yang cemerlang dan sentiasa mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan tahun 1 dan 2. Kecemerlangan beliau dalam akademik seiring dalam bidang kokurikulum. Beliau telah dianugerahkan Olahragawati Harapan dua tahun berturut-turut iaitu tahun 2013 dan 2014. Keperibadian beliau terselah apabila sering menunjukkan sahsiah yang terpuji kerana sentiasa ringan tulang membantu guru-guru dan rakan-rakan yang memerlukan bantuan. Beliau disenangi kerana sering menjaga interaksi yang baik sesama rakan serta menghormati staf dan guru.

Atas kelebihan-kelebihan yang telah diperincikan itulah telah melayakkan beliau dinobatkan sebagai Tokoh Kanak-Kanak 2015.

Tokoh Kanak-kanak adik Niqa Abyana bersama PK Petang dan keluarganya
Tokoh Kanak-kanak bersama guru kelas 3 Surgeri; Pn Norlida
Persembahan Tahun 1



Keputusan Tahun 1
  • Tempat Pertama : 1 Titanium
  • Tempat Kedua :   1  Uranium
  • Tempat Ketiga :   1  Elektrum
  • Saguhati : Aurum, Platinium, Kuprum, Vanadium, Magnesium, Ferum


Persembahan Tempat Kedua - 2 Seruling
Tarian Kun Anta
Juara - 2 Tabla
Pop Yeah Yeah
Keputusan Tahun 2
  • Tempat Pertama : 2 Tabla
  • Tempat Kedua :   2 Seruling
  • Tempat Ketiga :   2 Rebana
  • Saguhati : Canang, Gambus, Bonang, Nafiri, Kompang, Angklung
Tempat Ke-3 Tahun 3 - 3 Radiologi
Tempat Ke-2 Tahun 3 - 3 Pediatrik
Tempat Pertama Tahun 3 - 3 Surgeri


Keputusan Tahun 3
  • Tempat Pertama : 3 Surgeri
  • Tempat Kedua :   3 Pediatrik
  • Tempat Ketiga :   3 Radiologi
  • Saguhati : Anestesiologi, Hematologi, Kardiologi, Obstetrik, Patologi, Ortopedik dan Respiratori