... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, February 26, 2016

Corat-Coret Persiapan dan Raptai Sukan

Menjelang Sukan Tahunan esok, semakin rancak persiapan sukan dijalankan oleh guru-guru dan murid-murid. Latihan sukan selama lebih seminggu berjalan lancar hasil perancangan yang rapi Penolong Kanan Kokurikulum; Pn. Azizah Mokhlas dan Setiausaha Sukan; En. Junaidi. Tuan YDP dan NYDP PIBG turut membantu persiapan rumah-rumah sukan. Jom tengok kemeriahan raptai dan persiapan yang telah dibuat....















Terima kasih PIBG

Pelancaran Program Galakan Membaca (NILAM) 2016

Pada 26 Februari 2016, telah diadakan Pelancaran Program Galakan Membaca (NILAM) secara serentak di seluruh negeri Selangor bertempat di tapak perhimpunan  bagi sesi pagi manakala sesi petang telah diadakan di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana.. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan warga SKTPP untuk melahirkan warga yang berilmu dan berketrampilan.

Antara paparan yang dapat dikongsi bersama sepanjang pelancaran diadakan.

Sesi Pagi


Pn Nurliza binti Ab Rahman selaku pengacara majlis.
Bacaan doa oleh Ustz Mahadir bin Midun
Pn. Siti Rabiaah binti Mohammad

Pn. Hajah Rohaida binti Mohd Ali sedang menyampaikan ucapan







Gimik Pelancaran Program NILAM disempurnakan oleh Guru Besar




                                     Aktiviti Membaca yang melibatkan semua warga SKTPP

Sesi Petang



                                                          Gimik Pelancaran bagi sesi petang




























Thursday, February 25, 2016

Sambutan Hari Lahir bulan Februari 2016 (Sesi Petang)

Pada 25 Februari 2016, telah diadakan Sambutan Hari Lahir telah dilaksanakan pada hari ini untuk murid sesi petang. Majlis diadakan di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana selepas waktu perhimpunan. Semua murid yang diraikan diminta naik ke pentas untuk menerima hadiah dan acara memotong kek. PK Petang Pn Rosmah telah berbesar hati menyampaikan  hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa Sambutan Hari Lahir bagi bulan Februari ini. 








Kami warga SKTPP mengucapkan Selamat Gari Lahir kepada semua murid yang lahir pada bulan Februari. Semoga terus ceria dan bersemangat untuk berjaya dalam pelajaran bagi meneruskan kehidupan yang semakin mencabar.

Disediakan oleh Rusmami

Wednesday, February 24, 2016

Majlis Perasmian Kelas Pembelajaran Abad ke-21

        Pada 24 Februari 2016 (Rabu), telah berlangsungnya perasmian kelas Pembelajaran Abad ke-21. Perasmian disempurnakan oleh Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali. Kelas 2 Ferum telah dipilih sebagai kelas contoh abad ke-21.

       Susun atur kelas abad ke-21 mesti mempunyai beberapa ciri yang yang memfokus kepada murid secara aktif dengan PdP serta membina ruang autonomi pembelajaran. Selaras dengan kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke-21. Kemajuan teknologi dan keupayaan murid harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi.

       Dengan wujudnya kelas 2 Ferum sebagai contoh, diharap guru-guru lain mendapat idea untuk menyediakan kelas-kelas lain bagi pembelajaran abad ke-21.

Antara paparan yang dapat dikongsi sepanjang majlis berlangsung...


Kelas 2 Ferum yang dipilih sebagai kelas contoh pembelajaran abad ke-21
Murid-murid sedang mendengar ucapan perasmian oleh Pn Guru Besar
Pengacara majlis Cik Roslinda bt Mansor
Pn Hjh Rohaidah sedang memberi ucapan perasmian.








 
Upacara simbolik majlis perasmian kelas abad ke-21
Kelas 2 Ferum yang dipilih sebagai kelas contoh .
Bergambar kenangan selepas perasmian
Ruang Membaca

Sudut  Literasi Maklumat
Susunan Kelas abad ke-21

Tuesday, February 23, 2016

Sambutan Hari Jadi Bulan Februari 2016

Pada 23 Februari 2016, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Jadi murid-murid sesi pagi yang lahir pada bulan Februari. Majlis ini di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Ahli Jawatankuasa  Guru Penyayang ditugaskan untuk melaksanakan program tersebut.

            Majlis ini dimeriahkan lagi dengan upacara pemotongan kek dan pemberian cenderamata kepada murid-murid tersebut yang disempurnakan oleh Guru Besar SK Taman Putra Pardana, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.

Kek hari jadi bulan Februari 2016.

Murid-murid SKTPP yang lahir pada
bulan Februari.
                                 
Pemberian cenderamata untuk semua murid SKTPP yang lahir pada bulan Februari.  

Guru-guru dan murid-murid 'BENCI DARVIH'.

Monday, February 22, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-8 (Sesi Petang)

Hari      :  Isnin
Tarikh   :  22 April 2016
Masa    :  1:20 - 1:50

Guru Bertugas:
  1. Cik Noor Azlinda bt Kasmin
  2. Pn. Salmi bt Amir
  3. En Saifullah bin Mat Saupi
  4. Cik Zalina bt Ismail
  5. Pn. Hastipa @ Zaiton bt Mat Daud
  6. En Rusmami bin Rusly

Barisan guru yang bertugas minggu ini

Laporan/Ulasan

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Pn. Salmi


Pn Salmi Amir memimpin nyanyian
b) Bacaan doa oleh pengawas


Bacaan Doa
c) Ikrar Rukun Negara dan Keselamtan Jalan Raya oleh En Saifullah bin Mat Saupi



d) Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang; Adik Syahin Nroyildiz bt Mohd Shahrizan 


2. Laporan guru bertugas minggu lepas (En Noor Hisham
  • Murid dinasihati untuk membuang sampah ke dalam tong sampah .
  • Murid dilarang berlari semasa waktu rehat dan waktu balik terutama ketika naik dan turun tangga. Beratur dan berjalan berdua-dua ke bilik-bilik khas dan bila pergi aktiviti pendidikan jasmani.

3. Ucapan guru bertugas minggu ini En. Saifullah bin Mat Saupi dengan tema "Budaya Memberi Salam"
  • Murid mestilah memberi salam kepada orang yang lebih tua seperti guru dan rakan sekolah
  • Budaya memberi salam ini perlu dipupuk sejak dari kecil.
  • Selain itu murid-murid perlu memberi salam dengan tertib dan adab yang betul.


4. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas 

TAHUN 1    JOHAN               : 1 Fokus
                   NAIB JOHAN      : 1 Cerdik
                   KETIGA              : 1 Intelek



Kelas Fokus
Ketua Kelas 2 Ferum menerima hadiah
TAHUN 2    JOHAN                : 2 Ferum
                   NAIB JOHAN       : 2 Kuprum
                   KETIGA                : 2 Uranium


Johan Kelas Terbersih tahun 3
TAHUN 3    JOHAN                 : 3 Angklung
                   NAIB JOHAN        : 3 Kompang
                   KETIGA                : 3 Nafiri


5. Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-13
  • En Ahmad Junaidi b Abdullah memberi penerangan kepada murid-murid susun atur latihan sukan yang akan diadakan setiap hari pada minggu ini.
  • Murid perlu mengikut arahan guru rumah sukan masing-masing untuk melancarkan aktiviti ini.

6. Ucapan Penolong Kanan Petang Pn. Rosmah bt Jamat
  • Murid-murid perlu mengamalkan tatacara naik ke kelas dengan betul.
  • Guru perlu pastikan murid-murid berjalan ke kelas dalam keadaan yang teratur.
  • Murid-murid perlu mengamalkan ucapan terima kasih terutama ketika mendapat hadiah, menerima pemberian orang lain.
PK Petang menyampaikan amanat
Perhimpunan ditangguhkan pada pukul 1:55 petang.