... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, February 25, 2017

Program Sinergi Ilmu 2017


Alhamdulillah.. hari ini SK Taman Putra Perdana dapat merealisasikan program yang dirancang khas untuk ibu bapa murid Tahun 1 dan ibu bapa murid LINUS Tahun 2 dan 3. Program Sinergi Ilmu 2017 adalah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Pemulihan, Jawatankuasa LINUS, Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira & Menaakul bermula daripada Tahun 1 lagi.

Objektif Program Sinergi Ilmu

1. Memberi pendedahan cara bagaimana membantu anak-anak dengan kaedah yang betul.
2. Memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira & Menaakul bermula daripada Tahun 1 lagi.
3. Memberi kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Pendaftaran




GB dan YDP PIBG menanti ketibaan ibu bapa


Buku Program SInergi Ilmu

Pengacara Majlis


Ucapan Guru Besar

Ucapan perasmian YDP PIBG

Cenderahati buat perasmi

YDP PIBG Tn. Hj Khairul Azhar b Mohammad Suffian
menyampaikan ceramah bertajuk "Peranan dan Tanggungjawab ibu bapa
dalam mendidik anak-anak"

Taklimat Khas LINUS oleh Pn. Norazmira Binti Kadirun

Ceramah Teknik Mudah Menguasai 4M oleh Pn. Safiah binti Salleh



Pn Azizah bt Mokhlas menyampaikan sijil penghargaan kepada Penceramah

Friday, February 24, 2017

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan PRS

Tarikh : 24 Febuari 2017
Hari    : Jumaat
Tempat : Dewan Putra Perdana

1. Seramai 14 orang murid tahun 3 telah terpilih sebagai ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

2. Sebagai seorang PRS, peranan yang perlu mereka lakukan adalah:
  • Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
  • Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
  • Sebagai salah satu sumber rakan untuk mendapat bantuan.
  • Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
  • Sebagai peninjau rasa kepada Kaunselor / Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
  • Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
  • Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.
  • Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
  • Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
  • Mmeberi galakan dan sokongan untuk rakan mengambil langkah positif.
  • Mematuhi etika kerahsiaan.
  • Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
  • Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa / normal.
  • Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
  • Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
  • Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batsan diri untuk membantu.



Husna Humaira bt Mukri (3 Uranium)

                                               Aisyah Umairah bt Razali (3 Uranium)

Wardiah Syuhada bt Muhd Azmi 
(3 Uranium)

                                                   Muhd Muqri bin Jafri (3 Uranium)
                                         Aliesya Syazana bt Anas Solihin (3 Uranium)


                                           Nur Dania Aleysa bt Mohd Zaidi (3 Vanadium)


                                                 Aisyah Sofiah bt Hanif (3 Vanadium)


                                        Farah Damia bt Sheikh Mohd Fahmi (3 Vanadium)


                                         Muhd Naqib Luqman bin Muhd Nasir (3 Vanadium)


                                                     Putri Nur Syahira bt Sajali (3 Platinum)



                                                   Bacaan ikrar Pembimbing Rakan Sebaya


Ahli PRS bersama guru Bimbingan dan Kaunseling dan Penolong Kanan Petang turut sama membenci DARVIH.

post by: Nora Azean bt Che Othman
AJK BnK

Thursday, February 23, 2017

Program Ceramah dan Pameran Antidadah


Tarikh :     23 Februari 2017, Khamis
Masa :       8.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat :    SK Taman Putra Perdana
Sasaran :    Warga sekolah

       Unit Bimbingan & Kaunseling SK Taman Putra Perdana dengan kerjasama Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menganjurkan satu program yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. 

       Program ini melibatkan ceramah dan juga pameran. Ceramah yang penuh informasi ini telah disampaikan oleh pegawai dari AADK Daerah Sepang iaitu Encik Bobby Voo untuk semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6.

       Murid-murid tahun 4, 5 dan 6 juga telah diberi peluang untuk melawat pameran yang dipamerkan di bilik RBT, SK Taman Putra Perdana. Melalui pameran ini, murid-murid dapat melihat sendiri maklumat dan gambar-gambar tentang jenis-jenis dadah dan kesan akibat penyalahgunaan dadah.

       Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan warga sekolah berkaitan bahaya dadah. Selain itu, ia juga untuk menimbulkan kesedaran kepada warga sekolah agar menjauhi aktiviti yang boleh menjurus kepada penyalahgunaan dadah.

       Berikut adalah gambar-gambar menarik yang sempat dirakam sepanjang program ini berlangsung.


Bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Saiffol
Pengacara Majlis sesi pagi

Pengacara Majlis sesi petang
Murid-murid khusyuk mendengar



Penceramah sesi petang, En. Bobby Voo


Sesi soal jawab bersama murid-murid


Antara bahan pameran yang dipamerkan




Cenderamata untuk penceramah jemputan

Sijil penghargaan untuk penceramah jemputan


Laporan disediakan oleh : Puan Rabihah binti Amirudin.


Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) 2017

Kejohanan Ping Pong MSSS 2017 telah diadakan pada 21-23 Februari 2017 bertempat di SMK Bandar Rinching, Semenyih. Murid SKTPP Nur Alin Syazani Binti Mohd Radhi dari 5 Respiratori mewakili daerah Sepang Kategori Bukan Cina. 

Beliau telah memenangi tempat kedua(Naib Johan) Kategori Bukan Cina peringkat negeri Selangor. Syabas  dan tahniah diucapkan kepada Nur Alin atas kejayaannya. Pihak sekolah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada bapa Alin; Encik Mohd. Radhi bin Ibrahim yang melatih serta memberi sokongan kepadanya. 


Permainan Akhir dengan Kontingen Daerah Klang 
Penyampaian Hadiah 
Alin Syazani bersama bapanya