... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, May 15, 2017

Tahniah Ashraf - Man of the Match!

Anak murid SKTPP, Ashraf bin Azmi telah terpilih mewakili pasukan Kuala Langat ke Kejohanan Kriket Elit Kebangsaan (Piala Tun Ahmad Sarji) yang diadakan di Bayuemas Oval bermula hari ini 15.5.2017 hingga 21.5.2017 nanti. Tahniah buat Ashraf kerana telah memenangi Anugerah Pemain Terbaik dalam perlawanan pertama menentang Kuching petang tadi. Semoga Ashraf dan rakan-rakan sepasukan akan lebih bersemangat dalam pertandingan yang seterusnya. Good Luck!









Berita Ashraf Azmi sebagai Pemain Terbaik

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-19 (Sesi Pagi)

Tarikh : 15 Mei 2017
Masa  :  7.30 - 8.00 pagi
Guru Bertugas :
                     1. Pn. Mazzaini bt Muda
                     2. Pn. Roseniza bt Setapa
                     3. Pn. Zailezah bt Sardi
                     4. Pn. Norlida bt Othman
                     5. Pn. Norli bt Hassan
                     6. Pn. Grace a/p Danaraj
                     7. Pn. Nurul Afiqah bt Mohd Hashim
                     8. Encik Zurilazman bin Abdullah

               
                   Guru bertugas minggu 19

Laporan Perhimpunan :

Perhimpunan sekolah dijalankan seperti biasa. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut :

1. Bacaan doa oleh Nur Rusyaidi bin Bakhri.
2. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Pn. Roseniza bt Setapa dan bacaan ikrar murid oleh Penolong Pengawas Amirah Syazana.

                              
                             Bacaan ikrar murid oleh Amirah Syazana.

4. Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Norinna bt Mohamad)

                              
                               Laporan minggu lepas oleh Puan Norinna

    4.1  Murid ditegur tentang penggunaan masa sewaktu rehat. Apabila loceng tamat rehat berbunyi masih ada murid yang masih di kedai buku dan ke tandas. Diharapkan murid-murid dapat segera balik ke kelas bila loceng tamat rehat dibunyikan.
    4.2  Murid juga diingatkan supaya sentiasa tidak lupa untuk menutup suis lampu atau kipas apabila meninggalkan kelas.
    4.3  Apabila murid tidak masuk ke kelas waktu pembelajaran murid ini dikira ponteng kelas. Oleh itu apabila murid-murid ingin keluar kelas dapatkan kebenaran guru terlebih dahulu.
    4.4  Keputusan pemenang keceriaan kelas minggu lepas :
           i) Kelas PPKI
              Pertama  :   Aquatik
              Kedua    :   Kriket
              Ketiga    :   Socker
           ii) Tahun 4
              Pertama  :   Kompang
              Kedua    :   Nafiri
              Ketiga    :   Rebana
           iii) Tahun 5
              Pertama  :   Surgeri
              Kedua    :   Hematologi
              Ketiga    :   Respiratori
           iv) Tahun 6
              Pertama  :   Zuhrah
              Kedua    :   Neptun
              Ketiga    :   Uranus

                         
            Penyampaian hadiah kepada pemenang kebersihan kelas dari Guru Besar, Puan Rohaidah

5.  Ucapan guru bertugas (Puan Roseniza bt Setapa)
     5.1  Tema : Sejarah Singapura
            Sir Stamford Raffles mula membuka Singapura. Singapura menjadi pelabuhan yang amat strategik memandangkan laluan perdagangan di antara India dan China yang akhirnya menjadi antara pelabuhan yang terpenting  di dunia sehingga ke hari ini. Pada tahun 1963 Singapura telah bergabung dengan Tanah Melayu bersama-sama Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia. Tetapi Singapura kemudiannya telah keluar daripada Malaysia untuk menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965.

    5.2   Perkataan LAWAD
            i) BM -    seperti katak di bawah tempurung bermaksud orang yang kurang pengetahuan / sempit pemikirannya.
            ii) BI  -    birthday - hari lahir
           iii) B.Arab - Dhifda'un - katak

                               
                                  Ucapan guru bertugas, Puan Roseniza

6.  Ucapan Pentadbir (Puan Azizah bt Mokhlas)
     6.1  Semua murid telah diberikan jadual peperiksaan untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun yang akan bermula pada 18 Mei 2017 dan berakhir pada 25 Mei 2017.
     6.2  Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan pada hari Selasa bersamaan 16 Mei 2017. Oleh itu semua murid pagi dan petang akan menyambut bersama-sama dan murid-murid akan dibenarkan balik pada pukul 1.00 tengah hari.
     6.3  Murid-murid diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan kelas masing-masing.


Disediakan oleh,
Pn. Zailezah bt Sardi

Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.


Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program info 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah

Laporan Info 5 Minit Antidadah

Tarikh : 15 Mei 2017
Nama Sahabat PPDa
Muhammad Farhan Zikri bin Nor Fadli (5 Pediatrik)
Nurmila Herliana binti Abd Hasyim (3 Vanadium)




TAJUK : CARA BERHENTI MEROKOK

Langkah 1
BERSIHKAN
Buangkan semua rokok yang ada dalam simpanan. Sembunyikan atau buangkan saja bekas abuk rokok dan pemetik api yang ada dalam rumah, dalam kereta dan di tempat kerja.
Langkah 2
BUAT NOTA PERINGATAN DAN GALAKKAN
Buat suatu nota menyatakan bahawa anda sekarang bukan seorang perokok. Lekatkan nota tersebut di setiap bahagian dalam rumah, kereta atau tempat kerja anda, terutama di sudut di mana anda biasanya merokok.
Langkah 3
LAKUKAN SAHAJA
Untuk kebanyakkan orang cara yang paling berkesan ialah dengan berhenti secara mengejut atau cara " cold turkey ". Pada hari yang telah anda tetapkan untuk berhenti merokok, anda terus tidak merokok.
Langkah 4
TUMPUKAN PERHATIAN PADA HARI YANG DILALUI.
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui tanpa merokok. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok.
Langkah 5
BERFIKIRLAH SECARA POSITIF.
Fikirkan diri anda sebagai seorang bukan perokok sebaik sahaja anda mula berhenti merokok dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.
Langkah 6
DAPATKANLAH SOKONGAN.
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah berhenti merokok dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang merokok supaya tidak mempelawa atau merokok berhampiran anda.
Langkah 7
MELAWAN KEINGINAN MEROKOK.
Keinginan untuk merokok akan kembali sebaik sahaja anda mula berhenti merokok. Ini memang biasa berlaku, terutamanya pada masa dan situasi yang lazimnya anda merokok. Ingatlah bahawa setiapkali anda berjaya melawan keinginan untuk merokok,

Sunday, May 14, 2017

Latihan Memanah

Latihan memanah hujung minggu ini telah berjalan lancar sejak semalam (Sabtu - 13.5.2017) dan hari ini (Ahad - 14.5.2017). Latihan diadakan dari jam 9.00 am hingga 12.00 pm. Ia disertai oleh 10 orang murid. Kakak Niqa; Nur Syahirah telah mengajar murid-murid ini basic memanah dengan cara yang betul. Manakala Niqa Abyana pula berlatih shoot distance 30 m untuk persediaan ke Kejohanan Memanah MSSS nanti..
   Terima kasih buat En. Zaimi dan keluarga Niqa yang telah mengadakan latihan asas ini. Semoga lebih ramai murid akan meminati sukan memanah ini dan seterusnya mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang membanggakan. Insyaa Allah...






Pertandingan Boling Sempena Hari Guru 2017

Pertandingan Boling Sempena Hari Guru 2017 tahun ini telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 13 Mei 2017 bertempat di Pusat Bowling Arl Power Bowl, Alamanda Putrajaya. Pertandingan berlangsung dari jam 2:00 hingga 5:00 petang. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) SKTPP.

        Selain itu pertandingan ini diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara semua warga SKTPP, melengkapkan takwim KKGK, membina kekuatan dan kesefahaman di dalam kerja berkumpulan serta membentuk masyarakat yang penyayang dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Pertandingan ini berlangsung dengan meriah sekali. Ditambah lagi dengan kehadiran YDP PIBG iaitu Tn. Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian sekeluarga. 

        Pertandingan ini dimulakan dengan sesi pendaftaran, ucapan Pengerusi KKGK, ucapan Guru Besar dan taklimat ringkas tentang pertandingan serta pembahagian kumpulan. Pertandingan boling ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Lelaki dan Wanita.

Berikut adalah gambar sepanjang pertandingan berlangsung : -

Sesi Pendaftaran


  Taklimat ringkas dan pembahagian kumpulan









   Keputusan Pertandingan Boling Sempena Hari Guru 2017 anjuran KKGK SKTPP adalah seperti berikut :-

i)  Kategori Lelaki 
     1.   Rozaidi (anak Pn. Rohaidah)
     2.   Ahmad Musrizuan b. Daud
     3.   Mohd Najib b. Hj Sapari
     4.   Muhammad Dzarfan b. Kamar Bahrin
     5.   Tn. Hj Khairul Azhar b. Mohammad Suffian

ii)  Kategori Wanita
     1.   Syahirah bt. Tumar
     2.   Siti NurulHuda bt Mohd Arif
     3.   Hasliza bt. Said
     4.   Noor Hayati Bt. Yusof
     5.   Nurul Azean bt. Mohd Salleh

    Permainan Terbaik Lelaki
    Ahmad Musrizuan b. Daud

    Permainan Terbaik Wanita
    Syahirah bt. Tumar












    Tahniah kepada semua pemain boling. Tidak lupa juga sekalung budi dan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan Pertandingan Boling ini.

Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh negara. "Guru Pembina Negara Bangsa"