Thursday, December 28, 2017
Wednesday, December 27, 2017
Mesyuarat Guru Bil. 1 / 2018
Hari ini berlangsung Mesyuarat Guru Pertama bagi tahun 2018...
Selamat kembali ke sekolah buat semua guru. Selamat Datang buat guru-guru baru ke SKTPP. Semoga bersama riang ria mendidik anak-anak murid.
Mesyuarat dimulai dengan lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam dipimpin oleh Guru Besar. Buat guru-guru, selamat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh tanggungjawab & komitmen...

Tuesday, December 26, 2017
Sunday, December 17, 2017
Majlis Penerimaan Anugerah Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2017
Syukur Alhamdulillah.. hari ini tanggal 17 Disember 2017, SK Taman Putra Perdana melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah 5 BINTANG kategori Pengurusan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Kebangsaan 2017. Kami warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para hakim yang arif, adil lagi bijaksana semasa membuat penilaian penarafan pada 6 April 2017 yang lalu.
Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak khususnya kepada Tn Hj Mohd Ghazali bin Hj Anuar (Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Selangor), En Mohd Idrus bin Hj Arifin (Penolong Pengarah Kanan Unit PPDa JPN Selangor), En Zulfikri bin Abu Samian (mantan Pegawai Khas Dadah PPD Sepang), AADK dan guru-guru dari sekolah di Daerah Sepang yang melibatkan diri membimbing kami sehingga SK Taman Putra Perdana dinobatkan menerima anugerah 5 BINTANG.
Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan buat pihak AADK, Pemadam, Polis, Kastam, Kesihatan, MPS, Persatuan Penduduk, masjid dan agensi serta NGO lain yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam usaha kami membanteras dadah ini. Bahkan ramai sangat individu seperti para penceramah, para dermawan, sahabat taulan yang telah banyak membantu dan menyokong kami selama ini. Jasa-jasa kalian takkan kami lupakan sampai bila-bila. Semoga generasi cemerlang yang kita idam-idamkan dapat dilahirkan hasil usaha cakna kita ini dan seterusnya diredhai Allah SWT.
SK Taman Putra Perdana telah dijemput hadir menerima anugerah tersebut dalam Kursus Anti Dadah dan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) kali ke-42. Majlis ini bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Penyampaian Anugerah 5 BINTANG ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Membanteras Dadah.
Berikut disertakan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:
Lagi laporan Majlis Penerimaan Anugerah Penarafan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2017 di sini.

![]() |
| Pn Rosmah binti Jamat (PK Hal Ehwal Murid) mewakili SKTPP menerima Anugerah 5 BINTANG yang disampaikan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Timbalan Perdana Menteri) |
![]() |
| Wakil guru yang turut hadir (En Ahmad Zunaidi, Tn Hj Tarmiji, Pn Juli, Pn Rosmah dan Pn Rozimah) |
![]() |
Monday, December 4, 2017
Unsung Hero
Tahniah buat Imran Arif b. Mokhtar (6 Zuhrah) - salah seorang daripada 11 "wira yang tak didendang" yang mendapat keputusan 6A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Imran akan menduduki temuduga MRSM hari ini. Semoga berjaya!
Sesungguhnya kohort planet amat membanggakan SKTPP. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah atas rekod yang sangat cemerlang yang telah kalian hadiahkan! Kami amat berbangga. Semoga terus cemerlang dan berjaya walau di mana jua berada...
Thursday, November 30, 2017
Program Sekolah Sepanjang 2017
Betapa banyaknya program sekolah sepanjang tahun 2017 sehingga penuh softboard di bilik Guru Besar dipenuhi dengan buku-buku program hasil kreativiti guru-guru. Ia merupakan koleksi yang akan menjadi memori serta eviden betapa guru-guru dan warga sekolah sangat rajin lagi komited dalam melaksanakan tugas serta amanah demi meningkatkan pendidikan anak-anak murid...
Mesyuarat Kakitangan
Mesyuarat Kakitangan Sekolah termasuk pekerja pembersihan swasta telah diadakan dengan penuh semangat kekeluargaan. Terima kasih banyak khususnya kepada pekerja swasta sekolah yang banyak membantu pentadbir serta guru-guru sekolah dalam meningkatkan kebersihan. Peranan "cleaner" dalam melancarkan program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah tidak dapat disangkal lagi. Pihak sekolah sangat terhutang budi dengan semua pekerja yang dianggap seperti adik-beradik.
Terima kasih juga kepada staf yang merupakan tulang belakang utama sekolah. Mereka berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh komitmen walaupun kapasiti murid, guru dan fizikal sekolah sangat besar.
Alhamdulillah mesyuarat telah memberi ruang kepada semua kakitangan berkongsi pendapat serta membincangkan masalah dalam suasana pemuafakatan yang jitu. Semoga SKTPP akan terus berjaya dan gemilang hasil kesatuan dan kesungguhan semua warga...

Wednesday, November 29, 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)