... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, April 29, 2018

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia KM1M 2018 (Sesi Pagi)

Majlis pelancaran 'Kem Membaca 1Malaysia KM1M 2018' telah dilaksanakan pada 19 April 2018 (Khamis). "Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari" merupakan tema bagi program KM1M tahun ini. Bertempat di Dewan Perdana Sk Taman Putra Perdana, majlis yang indiah dihias bertemakan kartun animasi 'Frozen' ini dimulakan pada jam 7.20 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Siti Aisyah binti Aziz, Pegawai Unit Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. 

Antara objektif utama KM1M ini dilancarkan adalah:

  • Sebagai satu medium untuk mempromosi program galakan membaca di sekolah
  • Sebagai wadah menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan program galakan membaca.
  • Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.
  • Menyemai sikap ingin tahu 'curiosity' melalui program literasi maklumat.
  • Memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid.
  • Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid.
Majlis gilang-gemilang ini dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan doa,taklimat ringkas KM1M yang disampaikan oleh Pn Arnny Yusnita binti Md Enarji dan seterusnya ucapan Guru Besar, Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian KM1M 2018 oleh Pegawai unit Bahasa PPD Sepang, Pn Siti Aishah binti Aziz. Kemudian, majlis disambung dengan gimik pelancaran KM1M. Majlis pelancaran ini setersunya disambung dengan sesi penyampaian cenderamata kepada perasmi, sesi fotografi seterusnya jamuan VIP.

Berikut dilampirkan beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung:

Gambar 1: Pentas dihias indah bertemakan kartun animasi 3 dimensi (3D) iaitu 'Frozen'.


Gambar 2: Bunting yang digunakan semasa pelancaran 'KM1M 2018'.


Gambar 3: Buku Program 'KM1M 2018'.

Gambar 4: Taklimat ringkas 'KM1M 2018' yang disampaikan oleh Pn Arnny Yusnita binti Md Enarji.

Gambar 5: Ucapan Guru Besar Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.

Gambar 6: Ucapan perasmian 'KM1M 2018' oleh Pegawai Unit Bahasa PPD Sepang, Pn Siti Aishah binti Aziz.


Gambar 7: Gimik pelancaran program 'KM1M 2018'.

Gambar 8: Gimik pelancaran yang kreatif bersesuaian dengan tema 'Frozen'.


Gambar 9: Gimik pelancaran dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Gambar 10: Majlis dimeriahkan dengan kehadiran maskot yang comel 


Gambar 11: Penyampaian cenderamata kepada perasmi majlis.


Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Majlis pelancaran 'KM1M 2018' tersebut dapat dijayakan dengan baik. Sekalung penghargaan dan tahniah buat semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. 


Di sediakan oleh:
Nur Murni binti Abdullah







Tuesday, April 24, 2018

Program Jom Baca 10 Minit

Pada pagi ini telah diadakan Program "Jom Baca 10 Minit ". Program ini adalah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor merupakan langkah besar-besaran Perpustakaan Awam negeri-negeri se-Malaysia dalam memacu masyarakat ke arah minat membaca sekali gus manjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri se-Malaysia relevan dalam kehidupan masyarakat seharian.

Program ini dijalankan SECARA SERENTAK di seluruh negara pada hari ini bermula jam 11.00 pagi dan berakhir jam 11.10 pagi.  Proses pelaksanaannya mengambil inspirasi daripada konsep Earth Hour, yang mana pada hari berkenaan rakyat Malaysia akan berhenti sebentar dan membaca bersama-sama selama 10 minit.

Antara gambar-gambar yang dapat dikongsikan sepanjang berlangsungnya program;

Pn Nurliza bt Ab Rahman selaku pengerusi majlis sedang memberi penerangan tentang program. 

Ustaz Zurilazman bin Abdullah mengetuai bacaan doa sebelum program bermula.

Acara perasmian program oleh Pn Rohaidah bt Mohd Ali.

Selesai acara memotong riben sebagai simbolik perasmian.

Banner untuk Program Jom Baca Bersama 10 minit.

Para pentadbir sedang membaca buku.

Murid-murid sedang menunggu bermulanya  program Jom Baca.

Murid-murid sedang khusyuk membaca buku masing-masing

Guru-guru turut sama membaca buku bagi membei sokongan kepada Peogram Jom Baca



Murid-murid prasekolah turut serta dalam program jom baca.



Murid-murid PPKI sedang membaca buku sebagai tanda sokongan Program jom Baca Bersama 10 minit.

Monday, April 23, 2018

Minggu Pusat Sumber & Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)

Minggu Pusat Sumber & Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) telah diadakan pada 16 April hingga 20 April 2018. Antara objektif utama, Minggu Pusat Sumber ini diadakan adalah
* Sebagai satu medium untuk mempromosikan program galakan membaca di sekolah.
* Sebagai wadah menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan program galakan membaca.
* Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.
* Menyemai sifat ingin tahu 'curiousity' melalui program literasi maklumat.
* Memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid

Berbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu ini.Antara aktiviti yang dijalankan untuk murid-murid sesi petang adalah seperti :
* Taklimat PSS
* Lawatan ke PSS
* 5 Minit Membaca
* Lawatan Book Truck PTS
* 15 minit Bersama Buku
* Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)
* Pertandingan Mencari Benda Tersembunyi (Tahun 1)
* Pertandingan Mewarna Kulit Buku (Tahun 2)
* Pertandingan Teka Silang Kata (Tahun 3)
* Pengunjung Terbanyak Pusat Sumber
* Peminjam Buku Terbanyak Pusat Sumber

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang Minggu PSS berlangsung
*Taklimat Minggu PSS (16 April 2018 - Isnin)
 Taklimat Jom Kenali Pusat Sumber Kita Siri 1 oleh Pn Arnny Yusnita

Murid-murid mendengar taklimat mengenai Pusat Sumber Sekolah 
semasa sesi perhimpunan mingguan


* Lawatan Tahun 1 ke PSS pada 16 April 2018








*Lawatan Murid Tahun 2 ke PSS pada 17 April 2018 (Selasa)









*Lawatan Murid Tahun 3 ke PSS pada 18 April 2018 (Rabu)

 





*Pelancaran Minggu PSS dan Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) pada 19 April 2018 (Khamis)





*Pertandingan Mencari Benda Tersembunyi untuk semua murid Tahun 1 semasa mata pelajaran Bahasa Inggeris sepanjang minggu ini
 



*Pertandingan Mewarna Kulit Buku untuk semua murid Tahun 2 semasa mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sepanjang minggu ini.




*Penyampaian hadiah kepada semua pemenang-pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang Minggu Pusat Sumber pada 23 April 2018 (Isnin)