... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, June 26, 2018

Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun MSSD Sepang 2018

Pada 26 Jun 2018 (Selasa), SKTPP telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan lelaki dan perempuan bagi menyertai Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun MSSD Sepang 2018 yang diadakan di Stadium Hoki Seremban 2. Sebanyak 6 buah sekolah telah menghantar pasukan lelaki antaranya SKTPP, SKTPP 2, SK Cyberjaya, SK Dengkil, SJKT Sepang dan SK Dato' Abu Bakar Baginda. Manakala 5 sekolah telah menghantar pasukan perempuan antaranya SKTPP, SKTPP 2, SK Cyberjaya, SJKT Teluk Merbau dan SJKT Sepang.

Perlawanan antara pasukan perempuan


Perlawanan antara pasukan lelaki

         Alhamdulillah, berkat kesungguhan pemain, SKTPP telah menjadi juara bagi pasukan lelaki dan tempat ketiga bagi pasukan perempuan. Berikut merupakan keputusan hoki MSSD Sepang :

 Lelaki                                Perempuan
Johan - SKTPP                  Johan - SKTPP 2
Naib Johan - SKTPP 2     Naib Johan - SK                                                          Cyberjaya
Ketiga - SK Cyberjaya      Ketiga - SKTPP &
& SJKT Sepang                SJKT Sepang


Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan lelaki

Pasukan hoki SKTPP bersama jurulatih; Encik Ishak Shairazi dan Encik Aizil Hasyimi

           Sekalung tahniah diucapkan kepada pemain-pemain yang terpilih bagi mewakili daerah Sepang ke peringkat negeri. Seramai 5 orang pemain lelaki dan 4 orang pemain perempuan SKTPP yang terpilih. Mereka adalah:

Lelaki         
          
1) Iman Azamuddin bin Khairul Azman       
2) Ezrien Aidil Hakim bin Mohd Zani       
3) Shahrul Ilham Dani bin Shahrul Namawi
4) Adib Azrai Hakimi bin Mhd Zani           
5) Muhammad Zaim bin Zahari

Perempuan

1) Siti Aisyah bt Mohd Apandi
2) Adibah bt Mohd Jailani
3) Nur Farhana bt Ismail
4) Aisya Humaira bt Mohd Naszeri

Tahniah diucapkan kepada semua. Semoga pasukan hoki Sepang akan meraih kejayaan di peringkat negeri nanti.     

Majlis Lambaian Kasih Kuntuman Budi (Sesi Petang)

   Pada tanggal 26 Jun 2018, bersamaan hari Selasa, satu majlis perpisahan diadakan untuk meraikan dua orang guru sesi petang yang dapat berpindah ke Negeri Sembilan. Mereka ialah Puan Saadiah Binti Busrah dan Puan Tuan Nor'ain Binti Tuan Azhar. Majlis tersebut dihadiri oleh Guru Besar; Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali, Penolong Kanan Petang; Puan Jumilah Binti Ahmad, para guru dan murid-murid tahap 2.



   Majlis dipengerusikan oleh Puan Azizah Binti Abd Hamid dan bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Hariz Bin Safwan. 

Puan Azizah selaku Pengerusi Majlis

Bacaan doa oleh Ustaz Hariz untuk memberkati majlis

   Puan Guru Besar mengucapkan perhargaan buat Puan Saadiah dan Puan Tuan Nor'ain di atas perkhidmatan mereka di sekolah ini dan mengharapkan mereka agar terus bekerja dengan cemerlang di sekolah yang baharu nanti. Semoga anak didik mereka di sekolah ini tidak lupa akan nasihat dan tunjuk ajar guru-guru mereka selama ini.

Ucapan salam perpisahan daripada Puan Guru Besar

   Majlis diteruskan dengan tontonan video sebagai kenang-kenangan sepanjang Puan Saadiah dan Puan Tuan Nor'ain berkhidmat di Sekolah Taman Putra Perdana. Perasaan gembira, hiba dan sedih dapat dirasai terutama buat mereka yang akan berpindah ke sekolah lain serta para guru yang akan kehilangan rakan sejawat mereka.


   Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Puan Saadiah dan Puan Tuan Nor'ain untuk memberi sedikit ucapan buat para guru dan murid-murid sekalian.



   Seterusnya, majlis menjemput Puan Guru Besar diiringi oleh Puan Jumilah dan Puan Arzah untuk menyampaikan cenderahati kepada Puan Saadiah dan Puan Tuan Nor'ain.


 Selepas penyampaian cenderahati, semua guru dijemput untuk bergambar bersama sebagai kenang-kenangan.

Bergambar bersama pihak pentadbir sekolah

Bergambar bersama Panitia Agama Islam

Bergambar bersama Panitia Bahasa Arab

Bergambar bersama Panitia Bahasa Melayu

Bergambar bersama para guru sesi petang

Sebelum majlis bersurai, sesi bersalaman antara para guru dan murid-murid dilakukan. Segala silap dan salah selama berkenalan dan bekerjasama di sekolah ini harap dimaafkan.



"Bintang Barat terbit petang,
Bintang Timur terbit pagi, 
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi."

Majlis bersurai pada jam 3.20 petang.

Disediakan Oleh,
Nashirah Taib

Monday, June 25, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-23 (Sesi Petang)

Tarikh : 25 Jun 2018
Hari     : Isnin
Masa    : 1.20-1.40 Petang
Tempat : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Pn Nornadzirah binti Abd Rahim

Guru Betugas 

Guru Bertugas :
1. En. Mohd Hadri bin Ag Rusli (K)
2. Pn. Azizah binti Ad Hamid
3. En. Saifullah bin Mat Saupi
4. Pn. Nuraffiqah binti Ahmad Subian
5. Pn. Nashirah binti Taib
6. Pn. Nornadzirah binti Ab d Rahim
7. Pn. Norazah binti Mohd Ali

Laporan / Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulakan dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.
2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa yang diketuai oleh adik Rayyan Hayy, bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya dan juga Ikrar Murid yang diketuai oleh Damia.

Murid menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah, Aku Negaraku

Bacaan Ikrar oleh adik Damia
Bacaan doa oleh adik Rayyan Hayy

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-22

  • En. Rusmami mengingatkan murid-murid supaya tidak berlari semasa waktu rehat dan sentiasa membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak kantin. 
  • Murid juga diingatkan untuk memasukkan pinggan mangkuk ke dalam besen yang disediakan agar kantin sekolah sentiasa dalam keadaan yang bersih. 

Tema Minggu Ini : Cara Menghormati dan Menyayangi Rakan

Guru menerangkan kepada murid 5 cara untuk menghormati dan menyayangi rakan.
1) Memanggil dengan panggilan yang mesra
2) Menggunakan bahasa yang lembut ketika bercakap dengan rakan
3) Bersedia menghulurkan bantuan kepada sahabat yang mengalami kesusahan.
4) Mengambil berat terhadap sahabat
5) Sentiasa bersikap jujur dan tidak mengkhianati rakan 

Ucapan / Nasihat oleh Puan Jumilah selaku Penolong Kanan Petang

  • Puan Jumilah mengingatkan murid supaya sentiasa menjaga kekemasan diri. Pastikan rambut diikat dengan kemas bagi murid perempuan manakala murid lelaki pastikan rambut sentiasa pendek. 
  • Murid-murid diingatkan untuk tidak membawa duit raya ke sekolah bagi mengelakkan kecurian. 


Disediakan oleh :
NORNADZIRAH BINTI ABD RAHIM

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-23 (Sesi Pagi)

Tarikh : 25 Jun 2018
Hari  : Isnin
Masa : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan

Guru bertugas :
1. Puan Safinatunajakh binti Mat Som
2. Puan Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim
3. Puan Norsiah binti Mohd Noor
4. Puan Nurzainon binti Mohd Razalli
5. Puan Noorayuni binti Ab Fatah
6. Puan Zuraini binti Ismail
7. Puan Jamilah binti Mohd Yusof
8. Puan Siti Masra binti Abdul Kadir
9. Encik Hafiz bin Md Noor

Laporan Perhimpunan :

Perhimpunan dimulai dengan nyanyian empat lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Aku Negaraku. Bacaan Doa serta bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan.

Suasana perhimpunan pagi

Laporan ringkas daripada guru bertugas minggu ke-22 oleh Puan Parimala a/p Vengadaslam :-
- Disiplin murid baik dan terkawal.
- Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.

Ucapan guru bertugas minggu ke-22

- Penyampaian piala pusingan kepada wakil kelas yang menang;

1. Kelas PPKI
    Johan         : Aquatic
    Naib johan : Cricket
    Tempat ke-3:Archery

2. Tahun 4
     Johan         : Titanium
    Naib johan  : Vanadium
    Tempat ke-3: Uranium

3. Tahun 5
     Johan         : Nafiri
    Naib johan : Kompang
    Tempat ke-3: Canang

4. Tahun 6
     Johan        : Surgeri
    Naib johan :  Radiologi
    Tempat ke-3: Respiratori
Johan kelas PPKI dan Tahun 4
Johan kelas tahun 5 & 6

Ucapan guru bertugas oleh Puan Noorayuni binti Ab Fatah

Ucapan dan Bacaan Ikrar oleh guru bertugas minggu ke-23

   Tema : Sayangilah Rakan
   - Semua murid diminta menghormati kawan dan tidak bergaduh antara satu sama lain.
   - Setiap orang perlu bersikap tolak ansur dengan rakan.
   - Membantu kawan yang dalam kesusahan.
   Puan Noorayuni memberi teguran kepada semua murid agar setiap kali murid lalu di hadapan atau berjumpa guru hendaklah memberi salam atau ucapan selamat. Memberi salam adalah sunat dan dapat pahala serta tanda menghormati guru.
- Memperkenalkan guru bertugas
 
Barisan guru-guru bertugas kumpulan G
Perkataan LAWAD
i - Bahasa Melayu :  Sahabat handai - Kawan
ii- Bahasa Inggeris:  Drowning - Lemas
iii-Bahasa Arab    :  An Dhammu - Saya menyertai
Ucapan daripada PK PPKI

Ucapan PK PPKI Puan Norhamizah binti Hamzah
- Ucapan selamat hari raya dan selamat kembali ke sekolah
- Murid diharapkan dapat fokus dan memberi tumpuan kepada pelajaran selepas bercuti.
- Dimaklumkan bahawa pada hari Jumaat ini ada jamuan Hari Raya dan murid boleh berpakaian baju raya dan membawa makanan.
- Manakala hari Sabtu ini bersamaan 30 Jun 2018 sekolah ganti mengikut jadual hari Selasa. Murid diminta datang seperti biasa dan mengikut jadual.

Disediakan oleh:
Nurzainon binti Mohd Razalli

Thursday, June 14, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua murid, ibu bapa, guru / staf serta seluruh warga SKTPP. Semoga kita dapat merayakan hari yang mulia ini dengan penuh gembira dan bersyukur kepada Yang Maha Esa...

   Ramadan bakal beransur pergi,
   Syawal menjelma di Aidilfitri;
   Seikhlas hati menyusun jari,
   Memohon dimaaf kesilapan diri.

      Buah pauh di tengah bendang,
      Jadi dagangan di tengah kota;
      Saudara jauh datang bertandang,
      Bermaaf-maafan sesama kita.

Salam Aidilfiri, maaf zahir batin.



Friday, June 8, 2018

Program Mahabbah Ramadhan 2018

Alhamdulillah, dengan izin dariNya, pada tarikh 08 Jun 2018, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana melalui Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah berjaya menganjurkan satu program yang dinamakan sebagai Program Mahabbah Ramadhan. Program ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada murid-murid SKTPP yang terdiri daripada anak-anak yatim dan juga murid yang kurang berkemampuan. Semoga dengan sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat meringankan beban sempena menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.

Program tahunan ini telah dihadiri oleh YDP PIBG SKTPP, iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Khairul Anuar bin Mohammad Suffian dan juga beberapa jemputan khas iaitu, ibu bapa penerima sumbangan.

Sebelum program ini bermula, diadakan majlis bacaan Yasin yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Zubair. Setelah itu barulah program Mahabbah Ramadhan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun dengan harapan agar majlis yang akan berlangsung ini berjalan lancar dan mendapat keredhaan dan keberkatanNya.

Selepas itu, Guru Besar SKTPP, Pn. Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali telah menyampaikan ucapannya dan diikuti dengan ucapan oleh YDP PIBG SKTPP, Yang Berbahagia Tuan Haji Khairul Anuar bin Mohammad Suffian.

Seterusnya majlis pemberian sumbangan mengisi ruang program. Anak-anak yatim dan anak-anak kurang berkemampuan ini menerima sumbangan berupa duit raya dan hamper biskut raya. Manakala seramai 15 orang murid terpilih pula menerima sumbangan daripada pihak YPEIM iaitu duit raya dan beg sekolah. Pihak sekolah juga berbesar hati menyampaikan sumbangan duit raya kepada pekerja Syarikat Keselamatan Sekolah dan Syarikat Pembersihan Sekolah yang diterima oleh wakil syarikat masing-masing.

Sepanjang program ini berlangsung, ia turut diselangselikan dengan beberapa acara, seperti bacaan Al-Quran dan terjemahannya oleh Adik Muhammad Luqman Hakim dan Nur Ainin Syakila, persembahan Multimedia 1 yang dijayakan oleh Ustaz Mohd Ishak Shairazi, persembahan Multimedia 2 yang dikelolakan oleh Ustazah Norziani dan persembahan Gema Selawat yang dijayakan oleh Ustaz Mohd Ishak Shairazi dan Ustaz Saiffol serta beberapa orang murid dari Tahun 4, 5 dan 6. Turut diadakan adalah penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dari kelas PPKI dan Prasekolah sempena penyertaan mereka dalam bebrapa pertandingan sempena Program Ihya’ Ramadhan yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.

Selain itu, pihak Galeri Ilmu yang cukup sinonim dengan jenama majalah Islamik kanak-kanak iaitu “ASUH” melalui wakilnya,  Cik Nur Suriati binti Mohd Soffee turut memeriahkan majlis dengan ceramah beliau iaitu “Adab Berhari Raya”. Penampilan Maskot majalah “ASUH”, paling mendapat tempat di hati murid-murid.

Majlis Program Mahabbah Ramadhan 2018 diakhiri dengan majlis pemberian duit raya kepada semua murid SKTPP yang hadir dan majlis bersalam-salaman memohon ampun dan maaf sempena kehadiran Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri
Seikhlas hati menyusun jari
Memohon maaf kekhilafan diri

Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.


















Sesi bersama Majalah "ASUH"

Pemberian duit Raya dari pihak Sekolah dan sesi bersalam-salaman
sempena Syawal yang bakal menjelang tiba

Disediakan oleh:
Nor Azian Binti Ahmad