... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, October 19, 2018

Sejambak Kasih Sekalung Budi Sempena Persaraan Puan Maimunah Binti Yob (Sesi Petang)

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di dalam taman,
Junjungan budi lambaian kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Hari ini, 19 Oktober 2018 telah berlangsung sambutan Majlis Persaraan Guru iaitu Puan Maimunah Bt Yob. Majlis bermula pada jam 2.20 petang dan berakhir pada jam 4.40 petang.

Berikut antara gambar-gambar kenangan sepanjang majlis berlangsung.


 Majlis Persaraan Puan Maimunah Binti Yob
Sejambak Kasih Sekalung Budi
19 Oktober 2018, Jumaat
Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana


Puan Maimunah Binti Yob




Perarakan masuk ke dewan


Puan Maimunah di atas pelamin yang indah



Dayang-dayang yang mengiringi Puan Maimunah


Pengerusi majlis yang awesome


Bacaan doa oleh Ustaz Saiffol


Ucapan Guru Besar Puan Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali


Cikgu Nik Rosmaliza sedang membacakan biodata dan latar belakang perkhidmatan Puan Maimunah


Ucapan Puan Maimunah binti Yob


Persembahan 'magic show' oleh Ustaz Hadri



Persembahan murid : nyanyian lagu Jasamu Dikenang dan Aku Sayang Kamu






Penyampaian cenderahati


Jamuan makan


Sesi merakam gambar bersama guru sesi petang sebagai kenang-kenangan

Selamat bersara Puan Maimunah...

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.



Video sempena Persaraan Puan Maimunah binti Yob


Koir para guru dengan lagu "Memori Tercipta"


Video kenangan majlis persaraan Cikgu Maimunah.

"Sejambak Kasih, Sekalung Budi"

Disediakan oleh:
Nora Binti Sabihi

Sejambak Kasih Sekalung Budi Sempena Persaraan Puan Maimunah Binti Yob ( Sesi Pagi)

Bila memandang ke muka laut, 
Nampak sampan mudik ke hulu,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di dalam taman,
Junjungan budi kenangan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

     Pada 19 November 2018 bersamaan dengan hari Jumaat bertempat di Dewan SKTPP telah berlangsungnya satu majlis persaraan Puan Maimunah Binti Yob, guru SKTPP. Hari ini merupakan detik yang memberi kenangan dalam diari beliau sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Berkhidmat selama 37 tahun dalam bidang pendidikan dan 15 tahun di SKTPP , beliau dengan penuh kesyukuran dan terharu di atas penganjuran majlis persaraan buat beliau. 
     Majlis dibuka tirainya dengan perarakan masuk Puan. Maimunah bersama Guru Besar, Puan Rohaidah Bt Mohd Ali dan barisan pentadbir. Seuntai kata daripada Guru besar SKTPP, Puan Rohaidah Bt Mohd Ali menggamit nostalgia Puan Maimunah yang diraikan. Guru Besar dalam ucapannya memberitahu bahawa pengorbanan dan jasa Puan Maimunah kepada SKTPP tidak ternilai harganya. Guru Besar turut mewakili semua guru mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Maimunah. Turut memberi ucapan ialah yang diraikan Puan Maimunah. Persembahan multimedia telah ditayangkan bagi mengimbas kembali kenangan Puan Maimunah yang telah berkhidmat di SKTPP salama 15 tahun. Persembahan guru dan murid juga telah mengukir memori dalam hati beliau. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata daripada Guru Besar, barisan pentadbir,  guru-guru, PIBG, PPD Sepang dan murid-murid sebagai tanda kenang-kenangan kepada Puan Maimunah yang banyak mencurahkan bakti kepada sekolah SKTPP. 

Berikut antara gambar-gambar kenangan sepanjang majlis berlangsung:

Majlis Persaraan Puan Maimunah Binti Yob, 19 Oktober 2018, Jumaat 
Sejambak Kasih Sekalung Budi
di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Biodata Puan Maimunah Binti Yob

Sesi merakam gambar bersama guru sesi pagi sebagai kenangan. 












Selamat bersara Puan Maimunah... 

Pucuk Pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walaupun jauh beribu batu,
Hilang di mata, di hati jangan...

"Sejambak Kasih, Sekalung Budi"

Disediakan oleh,
Komagal Kunaisekaran

Thursday, October 18, 2018

Penilaian Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Selangor

18 Oktober 2018, tibalah tarikh yang ditunggu-tunggu iaitu Penilaian Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang (APPSSC) Peringkat Negeri Selangor. Pasukan Penilai APPSSC tiba di perkarangan sekolah seawal pukul 8.00 pagi dan disambut oleh Puan Rohaidah binti Mohd. Ali selaku Guru Besar bersama barisan pentadbir dan Ahli Jawatankuasa Sambutan.

Penilaian ini diketuai oleh Encik Nor Ahmad bin Khamzah, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (Unit Kewangan & Perolehan) bersama Encik Wan Mohd. Farik bin Hassan, Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan).  Tetamu yang turut serta ialah Puan Hajah Siti Aishah binti Aziz; Pegawai Unit Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Encik Muhammad bin Awang; Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Salak dan Encik Azreen bin Shaharin; Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Salak.

Pasukan penilai telah mengambil masa lebih 6 jam untuk melawat dan menilai semua tempat yang disenaraikan di bawah serta menyemak fail-fail yang telah disediakan mengikut kriteria penilaian.  Pasukan Penilai telah mengucapkan tahniah kepada Guru Besar dan seluruh warga SKTPP di atas usaha dan komitmen dalam perjuangan ke arah pengurusan pusat sumber cemerlang. Semoga keputusan cemerlang akan diperolehi atas kesungguhan persiapan kali ini yang amat memberangsangkan meskipun dibebani dengan pelbagai masalah dan tugasan. Syabas SKTPP!

Tempat-tempat yang terlibat dalam penilaian ini adalah seperti yang tersenarai di bawah.

Jaringan PSS
Pusat Sumber (Ujana Ilmu)
Bilik Sukan
Anjung Kafe
Bilik LINUS
Mini Ujana PPKI
Bilik Pemulihan
Bilik Bitara Kriket
Prasekolah
Bilik j-QAF
Anjung Tradisi
Anjung Botani
Anjung Pertiwi
Bilik Muzik
Makmal Sains
Makmal Komputer
Kiosk Setempat
Kiosk Warisan
Kiosk Akses
Kiosk NILAM
Kiosk Elektronik
Kiosk Karel
Terminal SAL
Menara Vitual
VIP Lounge
Kiosk Galeri 
Anjung Bahasa Inggeris
Kiosk Tema
Anjung Bahasa Melayu

Gambar-gambar sepanjang penghakiman.













Para penilai & pegawai bersama YDP & NYDP PIBG, Guru Besar, barisan pentadbir dan guru-guru bergambar kenangan