... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, November 24, 2018

Hari Orientasi Tahun 1 2019

Hari Orientasi Tahun 1, 2019 telah diadakan pada
Tarikh: 24 Nov 2018.
Hari: Sabtu.
Masa : 8 pagi - 12 tengahri.
Tempat : Dewan SK Taman Putra Perdana.

Tujuan program ini dijalankan agar murid-murid tahun 1 mendapat pendedahan suasana di sekolah serta melawat kawasan sekolah, Ibu bapa pula diberikan taklimat tentang sekolah, PIBG, Pra Sekolah, Pendidikan Khas, disiplin dan peraturan sekolah. Murid-murid pula diuji dan direkod kebolehan mengenal huruf, membaca dan mengira.


Sesi pendaftaran.

Ustaz Mahadir membacakan doa memohon keberkatan program Hari Orientasi.

Lawatan ke kawasan sekolah.

Meriah...ibu bapa menemani anak-anak yang bakal memasuki alam persekolahan 2019 nanti.

Pendaftaran Pra Sekolah.

Jom..jalan-jalan sekitar sekolah.

Pengacara Majlis.

Pn. Rohaidah , Guru Besar SKTPP menyampaikan ucapan.

Kehadiran ibu bapa.

Taklimat dan ucapan oleh Tn Hj. Khairul Azhar,
YDP PIBG  SKTPP.

Jom kenali kantin...

Senyum dalam debar murid-murid Tahun 1 2019.


Barisan pentadbir yang tenang dan ceria.

Serahan fail oleh ibu bapa kepada pihak sekolah.



Ada suka..ada duka..debaran melangkah ke alam persekolahan.
Alhamdulillah, program berjalan lancar dan tamat jam 12 tengahari, Ibu bapa membawa pulang anak masing-masing setelah tamat sesi lawatan sekitar sekolah.

Ke mana kancil kita kejar
Ke dalam pasar kita mencari
Ketika kecil rajin belajar
Besar nanti senanglah diri.

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira main bersama
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya.

Friday, November 23, 2018

Bual Bicara Maulidur Rasul 2018

Dinginnya di pagi Jumaat seakan tahu sayunya hati ini,
Sungguh kerinduan padaMu Ya Rasulullah menjentik kalbu kami,
Kasih, cinta dan sayangmu seakan terasa walaupun tak pernah bersua,
Kami merinduimu wahai kekasih Allah".

Alhamdulillah.... Pada pagi ini telah berlangsung bual bicara Maulidur Rasul peringkat SKTPP. Bual bicara ini telah disampaikan oleh Ustaz Zurilazman dan Ustaz Mahadir.

Dalam bual bicara yang disampaikan mempunyai banyak kisah mengenai perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w. Sungguh kaedah penceritaan yang digunakan amat menyentuh hati warga SKTPP. Kerinduan muncul terhadap kehebatan, kemuliaan dan keagungan seorang kekasih Allah.

 "اللهم صل علي سيدنا محمد وعلي ال سيدنا محمد".

Selain itu, diceritakan juga mengenai hikmah jika berselawat kepada Nabi Muhammad.

Di bawah disertakan gambar-gambar sepanjang bual bicara tersebut berlangsung...

Ustaz Zurilazman dan Ustaz Mahadir sedang menyampaikan cerita

Murid memberi perhatian terhadap ceramah yang disampaikan

Murid fokus

Kesempatan yang Allah beri pada hari ini amat memberi makna yang mendalam kepada warga SKTPP. Akhir sekali, diiharapkan agar program ini dapat menjentik hati warga SKTPP untuk lebih bertakwa dan berakhlak mulia selaras dengan ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad.

Thursday, November 22, 2018

Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah 2018

Rabu, 21 Nov - Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP) telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang (HAC) dan Graduasi Prasekolah 2018 dengan jayanya. Majlis ini telah dirasmikan oleh tetamu jemputan iaitu Tuan Haji Mutalib Bin Tomran, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang.  Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran ibu bapa dan penjaga murid sebagai pendorong kejayaan anak-anak mereka.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai pencapaian murid dalam bidang akademik. Antara anugerah yang telah disampaikan adalah:

Graduasi Prasekolah
Penyampaian Anugerah Khas
i.      Anugerah PPKI
ii.     Anugerah Pemulihan Khas
iii.    Anugerah Tokoh Nilam

Anugerah Kecemerlangan Sinar
i.      Anugerah Sinar Bestari (Akademik)
        (Zarif Hilman bin Mohd Harzril - 6 Surgeri)

ii.     Anugerah Sinar Nurani (Sahsiah)
        (Savitha a/p Sivabalan - 6 Respiratori)

iii.    Anugerah Sinar Kesatria (Kokurikulum)
        (Muhammad Adam Azfar - 6 Surgeri)

Anugerah Tokoh Perdana
i.     Anugerah Tokoh Bitara
       (Muhammad Adam Azfar - 6 Surgeri)
Anugerah Pencapaian Akademik Terbaik dalam Kelas
Anugerah Pencapaian Akademik Terbaik dalam Pelajaran
Di bawah disertakan buku program HAC 2018 dan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung :







Disediakan oleh : Wan Mohd Roswandy b Wan Ibrahim

Wednesday, November 21, 2018

Guru-guru SKTPP

Sebahagian guru SKTPP bergambar kenangan usai Hari Anugerah Cemerlang 2018

Monday, November 19, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-43 (Sesi Petang)

Tarikh : 19 November 2018
Hari : Isnin
Masa : 1.20 petang
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Pengacara Majlis : Puan Siti Maziah bt Muhamad Tajuddin

Barisan guru bertugas : Kumpulan C

  1. En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman
  2. Pn. Nor Maziah bt Abdul Malek
  3. Pn. Siti Maziah bt Muhamad Tajuddin
  4. Pn. Fadhilah bt Talib
  5. Pn. Rabihah bt Amiruddin
  6. Pn. Zauiyah bt Ismail
  7. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil
Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar 

  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan Doa oleh adik Muhammad Naim Luthfi (Kelas 3 Jujur)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Siti Maziah bt Muhamad Tajuddin
  • Bacaan Ikrar Murid oleh adik Damia Batrisya (Kelas 3 Intelek)
Bacaan doa oleh adik Naim Luthfi

Bacaan ikrar oleh Ketua pengawas sekolah, Damia Batrisya

Bacaan Ikrar keselamatan jalan raya oleh Pn. Siti Maziah
2. Laporan guru bertugas minggu lepas (12/11/2018 hingga 17/11/2018)

  • Sepanjang minggu lepas, tiada kemalangan dilaporkan dan disiplin murid terkawal.
  • Diharapkan minggu ini, disiplin murid dikekalkan.


Ucapan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Suriyana bt Salim

3. Ucapan guru bertugas minggu ke-43 oleh Pn Siti Maziah bt Muhamad Tajuddin
  • Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan 2018. Selamat bercuti kepada semua murid. rancanglah cuti dengan baik.
  • salah satu aktiviti yang boleh dilakukan ialah bercuti dalam negara kita.
  • Kunjungi tempat-tempat menarik seperti:
  1. Melaka dan Pulau Pinang - mempunyai bangunan-bangunan bersejarah
  2. Terengganu, Sabah dan Sarawak - pantainya cantik dan bersih serta alam semula jadi masih terpelihara.
  3. Johor - pelbagai taman tema seperti Legoland
  • Semoga murid-murid kembali ke sekolah dengan penuh semangat dan gembira pada tahun depan.
4. Perkataan LAWAD
  • Bahasa Melayu - merentasi maksudnya menempuh
  • Bahasa Inggeris - gift maksudnya hadiah
  • Bahasa Arab - naafizatun maksudnya tingkap
5. Penyampaian hadiah Program Bijak Sifir
  • Pemenangnya ialah: 
          a) Rayyan Hayy bin Zunaizan
          b) Muhammad Harith Zaquan bin Mohd Hatta
          c) Muhammad Ferhan Iskandar bin Zulkifli
          d) Hani Qairina bt Muhd Safizan
          e) Nur Airis Khairina bt Moh Tarmizi

Pemenang Program Bijak Sifir - Nur Airis Khairina bt Mohd Tarmizi

Pemenang Program Bijak Sifir - Hani Qairina bt Muhd Safizan

Pemenang Program Bijak Sifir - Muhammad Ferhan Iskandar bin Zulkifli
6. Ucapan PK Petang, Pn. Jumilah bt Ahmad
  • Makluman kepada murid:
          a) Hari Anugerah Cemerlang (Rabu, 21 November)
          b) Jamuan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber (Khamis, 22 November)
          c) Majlis Perpisahan Usatazah Nora bt Sabihi (Jumaat, 23 November)
  • Murid-murid perlu menjaga disiplin sepanjang minggu ini.



Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-43 (Sesi Pagi)


Tarikh                   : 19 November 2018
  • Hari                      : Isnin
  • Masa                     : 7.30 pagi
  • Tempat                  : Dataran Perhimpunan SKTPP
  • Pengacara Majlis  :

                    Guru    :  En Mohd Ishak Shairazi Bin Mohd Sauzi
                    Murid  :   Adik Reeshmenraj a/l Jaiganesh [6 Surgeri]

Barisan guru bertugas : Kumpulan C

  1. Pn. Norlida binti Othman [K]
  2. Pn. Roseniza binti Setapa [P]
  3. Pn. Grace a/p Danaraj
  4. Pn. Zailezah binti Sardi
  5. Pn. Nurul Afiqah binti Mohd hashim
  6. Pn. Murni binti Abdullah
  7. Pn. Norli binti Hassan
  8. En. Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
  9. En. Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin
  10. En.Zurilazman bin Abdullah
Barisan guru bertugas

  • Agenda Perhimpunan: 
  1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar.
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah.
  • Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam [Kelas 5 Tabla]
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh En.  Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi.
  • Bacaan Ikrar Murid oleh adik Dhaniya Batrisya binti Supri [5 Seruling]
Reeshmenraj a/l Jaiganesh
Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Syahmi Wafiq
Bacaan Ikrar murid oleh Adik Dhaniya Batrisya 

      2. Laporan guru bertugas minggu lepas [12.11.18 hingga 17.11.18]
  • Laporan disampaikan oleh Pn. Umi Nazrah binti Saharoni.
  • tiada masalah yang merunsingkan.
  • Kekalkan kebersihan dan buang sampah ke dalam tong sampah.
Laporan Minggu lepas oleh Pn.Umi Nazrah binti Saharoni 

      3. Ucapan guru bertugas minggu ke-43, disampaikan oleh En. Mohd Ishak Shairazi bin  
          Mohd   Sauzi.
          Tema : Cuti-Cuti Malaysia
  • bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kesempatan dan masa untuk menikmati keindahan ciptaanNya.
  • Gunakan masa dan jangan sia-siakan masa pada musim cuti yang akan menjelang dalam masa yang terdekat ini.
  • Jangan terleka dengan permainan "game komputer" tanpa mengimbas balik pembelajaran untuk sesi persekolah tahun depan.
      4. Perkataan LAWAD
  • Bahasa Malaysia : luas bak lautan [bandingan semacam]
  • Bahasa Ingeeris   : allegations [dokumen]
  • Bahasa Arab        : farhun [gembira]
Ucapan Guru Bertugas Minggu terakhir sesi persekolahan 2018:
En. Mohd Ishak Shairazi bin 
          Mohd   Sauzi.  

      5. Ucapan Penolong Kanan PPKI, Pn. Norhamizah binti Hamzah, memberi pesanan dan peringatan mesra kepada semua anak murid SKTPP agar gunakan masa cuti ini untuk bersama dengan keluarga, memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah dan jangan membazirkan masa sia-sia. 

PK PKKI:  Pn. Norhamizah binti Hamzah


Perhimpunan tamat jam 8.00pagi.














                                                       

Friday, November 16, 2018

Hari Jalinan Mesra 2 / 2018 - Sesi Petang

Hari : Jumaat
Tarikh : 16 November 2018
Masa : 2.30 - 5.30 petang.

Pada hari yang berbahagia ini telah diadakan Hari Jalinan Mesra Siri Kedua bagi tahun ini. Program Hari Jalinan Mesra yang berlangsung selepas Peperiksaan Akhir Tahun 2018 ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para ibu bapa bertukar pendapat dan berbincang mengenai kemajuan dan prestasi terkini anak-anak mereka bersama guru kelas dan guru mata pelajaran mereka.

Moga peluang yang terhidang ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua pihak dalam menjalin kerjasama dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah bagi menghadapi persekitaran penuh ranjau pada masa hadapan. Sekalung penghargaan buat ibu bapa / penjaga atas keprihatinan yang ditunjukkan melalui kehadiran yang memuaskan. Semoga anak-anak kita akan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya lebih cemerlang pada masa-masa akan datang.

Berikut antara memori manis yang sempat kami rakamkan sepanjang pertemuan yang berlangsung pada hari ini. Moga menjadi kenangan terindah buat semua...