... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, February 25, 2019

Karnival Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan (Zon Tengah) 2019

Tarikh :23 Februari
Tempat : SK Danau Perdana,
               Taman Desa, Kuala Lumpur.

Karnival Pasukan Badan Beruniform merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan memupuk perpaduan kaum di samping menerapkan kemahiran-kemahiran asas pasukan badan beruniform seperti kawad kaki, pandu arah, bantu mula, ikatan dan membina gajet. Peserta karnival ini akan mendapat manfaat markah kokurikulum penyertaan peringkat kebangsaan dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

SK Taman Putra Perdana telah menghantar 10 orang murid TKRS dan diiringi 4 orang guru iaitu Ustaz Zunaidi, Ustaz Ishak, Cikgu Musaliha dan Cikgu Rosmizawati ke Karnival Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan (Zon Tengah) 2019 ini dan mendapat Johan pertandingan Ikatan dan Bina Gajet.

Terima kasih kepada barisan guru TKRS sekolah kerana memberi tunjuk ajar kepada murid-murid.

1. Ustaz Zurilazman dan Ustaz Ishak - Kawad Kaki
2. Kompas - Cikgu Norsiah
3. Ikatan - Cikgu Murni, Cikgu Afiqah dan Cikgu Nurliza
4. Bantu Mula - Cikgu Arjunawati dan Cikgu Julaili

Senarai peserta:

1. Sarjan TKRS Muhammad Aliff Aiman Bin Muhd Azameel - 6 Nafiri
2. Sarjan TKRS Etaneal Allen Alfred Tais - 6 Seruling
3. Koperal TKRS Muhammad Nur Amir Al Hafiz Bin Nur Azmi - 6 Seruling
4. Koperal TKRS Aliff Najmi Bin Idris - 6 Tabla
5. Koperal TKRS Muhammad Danish Akif Bin Dzulkarnain - 6 Tabla
6. Koperal TKRS Harthy Devi Ravee - 6 Tabla
7. Koperal TKRS Auni Izzati Binti Suhaimi - 6 Tabla
8. Koperal TKRS Nur Syafiqah Binti Shamsul Khairi - 6 Rebana
9. Koperal TKRS Ahmad Irfan Zuhdi Bin Muhammad Zukhairi - 6 Seruling
10. Lans Koperal TKRS Riduan Bin Mohd Nasir - 6 Gambus


Bergambar sebelum bertolak ke SK Danau Perdana
Di SK Danau Perdana

Sarapan pagi

Persediaan sebelum pertandingan

Ujian Ikatan

Ujian Ikatan

Pertandingan Pandu Arah

Perserta mendapat sijil penyertaan dan pencapaian

Saturday, February 23, 2019

Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-15, 2019

Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Taman Putra Perdana Kali Ke-15, yang berlangsung pada 23 Februari 2019 telah berjalan lancar mengikut agenda yang dirancang. Seawal jam 8.00 pagi, para ibubapa dan guru telah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran dan seterusnya memenuhi ruang di Dewan Perdana, iaitu tempat berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG. 

Sebelum majlis bermula, di dewan telah ditayangkan video Diskusi Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1 - Temubual Eksklusif Pak Nil Bersama Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Datuk Dr Amin Senin untuk memberi lebih penjelasan tentang PBD & pemansuhan peperiksaan Tahap 1.


Seterusnya tepat jam 9.00 pagi majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah, diikuti ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SKTPP, Pn. Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali, YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian dan seterusnya ucapan perasmian oleh Ketua Penolong PPD Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Encik Mohd Alias bin Awang.


Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah

Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SKTPP,
 Pn. Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali






Ucapan oleh YDP PIBG 2018/2019,
Tn Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian




Ucapan Perasmian oleh Ketua Penolong PPD Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Encik Mohd Alias bin Awang.

Ketika berlangsungnya majlis ini, pihak sekolah serta PIBG juga telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada 15 orang bekas murid sekolah ini yang telah berjaya mendapat keputusan 6A dalam peperiksaan UPSR tahun 2018 yang lalu. Semoga penghargaan yang diberikan kepada murid-murid ini akan menjadi penyuntik semangat agar mereka terus cemerlang pada masa hadapan dan menjadi contoh yang baik kepada semua murid SKTPP.


Antara penerima hadiah kecemerlangan UPSR 2018

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaikan cenderahati kepada AJK PIBG Sesi 2018/2019.

Puan Jumilah binti Ahmad menerima cenderahati dari PIBG selaku pentadbir sekolah.



Antara AJK PIBG Sesi 2018/2019 yang menerima cenderahati PIBG.
Cenderahati turut disampaikan kepada
Encik Mohd Alias bin Awang sebagai tanda terima kasih atas kesudian beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.

Majlis turut diselangi dengan acara persembahan murid di bawah bimbingan Puan Astina binti Mahad Nor.

Persembahan murid

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15 dibuka dengan ucapan ringkas oleh YDP PIBG, diikuti dengan pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu, Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan oleh Setiausaha Kehormat  dan Bendahari Kehormat PIBG. AJK PIBG 2018/2019 juga turut mengambil tempat di hadapan semasa sesi membentang dan membahaskan usul dan cadangan.


Antara ibubapa/penjaga yang telah hadir dan 
memberikan usul semasa mesyuarat berlangsung.

Seterusnya YDP PIBG membubarkan AJK PIBG 2018/2019 dan memberi laluan kepada Pengerusi Sementara untuk mengendalikan pemilihan AJK PIBG 2019/2020. Majlis bersetuju melantik PK Kokurikulum; Encik Shahrizal bin Ya'am sebagai Pengerusi Sementara. 

PK Kokurikulum; Encik Shahrizal bin Ya'am
sebagai Pengerusi Sementara.

Setelah pemilihan dibuat, AJK PIBG 2019/2020 mengambil tempat di hadapan dan YDP PIBG membuka ruang kepada semua ibubapa yang hadir sekiranya terdapat hal-hal lain yang ingin dibincangkan.


Senarai AJK Tertinggi untuk sesi 2019/2020 adalah seperti berikut :


Penasihat                                : Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali
Yang Dipertua                         : Tuan Haji Khairul Azhar Bin Mohammad Suffian
Yang Naib Dipertua                 : Encik Ibrahim Bin Rahman
Setiausaha Kehormat             : Puan Norbaizura Binti Nordin
Naib Setiausaha Kehormat    : Cik Syahirah Binti Tumar
Bendahari Kehormat                : Puan Azwani Binti Mohamed Noordin @ Noordin

Ahli Jawatankuasa (Ibu Bapa) :
1. Puan Normawati Binti Saad
2. Encik Wan Roslizan bin Othman
3. Puan Rahimah Binti Ahmad Akhirudin
4. Puan Nalini A/P Venugopal
5. Puan Rafidah binti Othman
6. Puan Azura binti Mohamad Zawawi

Ahli Jawatankuasa (Guru) :
1. Encik Nor Amirulfitri bin Othman
2. Encik Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib
3. Puan Julaili binti Onian
4. Cik Maizan bin Abdullah
5. Cik Mawaddah binti Kamarulzaman

Juru Audit (Ibu Bapa) : Puan Rozitah binti Mat Tasu
Juru Audit (Guru)        : Puan Norinna binti Mohamedhamed

Barisan AJK PIBG SK Taman Putra Perdana sesi 2019/2020

Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) kali ke-15 yang dihadiri oleh ibubapa/penjaga serta guru-guru SK Taman Putra Perdana kali ini diharap dapat menjadi jambatan penghubung  dan pengerat silaturrahim antara ibubapa/penjaga dengan guru-guru. Diharapkan cetusan idea dan pendapat daripada semua pihak dapat membantu meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah.

Mesyuarat PIBG SKTPP kali Ke-15 ini ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh,
Amalina binti Abd Hamid
Nurul Afiqah binti Mohd Hashim
Norazah binti Mohd Ali

Thursday, February 21, 2019

Kursus Pemimpin Muda Tahun 2019

Syukur Alhamdulilah, pada 21 Februari 2019 Kursus Pemimpin Muda telah berlangsung dengan jayanya yang telah mengumpulkan semua pemimpin sesi pagi dan sesi petang daripada SK Taman Putra Perdana. Pemimpin-pemimpin ini terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua & Penolong Ketua Kelas.

Murid-murid yang dilantik menjadi Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua & Penolong Ketua Kelas merupakan barisan pemimpin yang membantu guru-guru menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid semasa ketiadaan guru di samping dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.

Objektif program adalah seperti berikut:

  • Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab.
  • Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.
  • Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
  • Membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin yang disegani.
  • Semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin yang dipilih ini, dapat dipertingkatkan supaya mereka dapat membina satu kumpulan yang bijak memimpin dan asertif.

Kursus ini memberi penekanan kepada bidang tugas pemimpin bagi melahirkan pemimpin yang berkualiti dan berketrampilan. Slot bidang tugas pemimpin muda telah disampaikan oleh JK Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua & Penolong Ketua Kelas Tambahan lagi. Ceramah Kepimpinan dan Komunikasi Berkesan telah disampaikan oleh Encik Shahdon Bin Shamsuddin yang merupakan Penceramah Jemputan di sekolah-sekolah. Seterusnya, Majlis Penutup bagi sesi pagi telah disempurnakan oleh GB Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali manakala bagi sesi petang telah disempurnakan oleh PK Petsng Puan Jumilah Binti Ahmad.

Berikut dipaparkan gambar sepanjang kursus dijalankan:

SESI PAGI :





























SESI PETANG :
























Semoga  kursus ini dapat memberi input dan manfaat yang berguna kepada semua pemimpin muda dalam melahirkan pemimpin yang berkualiti dan disegani.

DISEDIAKAN OLEH:

NURUL AFIQAH BINTI MOHD HASHIM