... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, September 18, 2019

Terkini - Penutupan Sekolah Selama 2 Hari

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

SKTPP: SEKOLAH DITUTUP SELAMA DUA HARI (KHAMIS & JUMAAT - 19 & 20 SEPTEMBER 2019).

Bersama ini disertakan surat arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memaklumkan semua sekolah di Selangor ditutup selama dua hari mulai esok.

Sehubungan itu, murid tidak perlu hadir ke sekolah sementara guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) hadir bertugas seperti biasa.

Sekian, terima kasih.

Guru Besar
SK Taman Putra Perdana
Rabu, 18 September 2019
6.15 pm



Maklumat Terkini Melalui Sync 2.0

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua,

Pihak sekolah menggunakan Sync yang telah dinaik taraf ke versi 2.0 sebagai sistem e-komunikasi rasmi sekolah.

Ibu bapa, guru serta murid disarankan untuk memuat turun aplikasi ‘Sync 2.0’ agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan informasi penting daripada pihak sekolah.

Sila klik link berikut untuk muat turun aplikasi Sync 2.0:

https://www.sync.my/

https://sync.my/school/sk-taman-putra-perdana/show

Kata carian nama sekolah: SKTPP

Sekian, terima kasih.

Terkini - Sekolah Ditutup Pada Rabu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

SKTPP: SEKOLAH DITUTUP PADA RABU, 18.9.2019

Berdasarkan nilai bacaan IPU pada pukul 6.00 pagi ini di Stesen Putrajaya ialah 200  [tren untuk meningkat ke paras SANGAT TIDAK SIHAT (201-300)], maka sekolah akan ditutup pada hari ini (Rabu, 18.9.2019).

Sehubungan itu murid tidak perlu hadir sementara Guru dan AKP hadir bertugas seperti biasa.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Guru Besar
SK Taman Putra Perdana
18.9.2019
6.30 am


Tuesday, September 17, 2019

Pembukaan Semula Sesi Persekolahan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tuan/Puan Ibu Bapa Penjaga Murid SK Taman Putra Perdana

Memandangkan IPU Jerebu kawasan kita direkodkan semakin menurun maka pihak pengurusan SK Taman Putra Perdana mengambil keputusan seperti berikut;

1. Sesi persekolahan esok 18 Sept 2019 (rabu) adalah beroperasi seperti biasa.

2. Ibu bapa / penjaga perlu memastikan anak masing-masing membawa face mask / topeng muka untuk keselamatan.

Moga Allah melindungi kita semua dan mempermudahkan segala urusan kita.

Sekian, terima kasih.

Guru Besar
SK Taman Putra Perdana
17 September 2019
8.00 malam

Monday, September 16, 2019

Penutupan Sekolah Akibat Jerebu


 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Memandangkan bacaan IPU telah melebihi 200 mulai pukul 6.00 petang hari ini, maka sekolah akan ditutup pada esok hari (Selasa) 17 Sept 2019. Sehubungan itu murid tidak perlu hadir ke sekolah.

Segala maklumat mengenai persekolahan akan dimaklumkan jika ada sebarang perubahan. Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Guru Besar
SK Taman Putra Perdana
16 September 2019
8.00 malam




KENYATAAN MEDIA

LAPORAN PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Setakat jam 7.00 petang, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menerima laporan sekolah akan ditutup pada 17 September 2019, melibatkan 99 buah sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat dan Klang seperti jadual berikut: -
 


⏬⏬⏬⏬⏬


Selamat Hari Malaysia


Friday, September 13, 2019

'Wall Sticker' & 'Staircase Sticker' MPS

Alhamdulillah SKTPP terpilih untuk projek pemasangan 'wall sticker' dan 'staircase sticker' di ruang tangga sekolah di bawah Program Bandar Selamat Majlis Perbandaran Sepang. Pegawai MPS; Pn. Liza dan kontraktor En. Hafiz datang melawat lokasi yang sesuai. Terima kasih MPS atas sumbangan. Semoga misi PPDa dan Benci DARVIH akan semakin membugar dengan adanya sticker-sticker tersebut..









Sebelum....

Selepas dicat oleh Rudi. Terima kasih

Hasil sticker sila lihat di sini.

Wednesday, September 11, 2019

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2019

Pada hari pertama UPSR berlangsung, Yang Dipertua PIBG SK Taman Putra Perdana Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian telah meluangkan masa bersama-sama murid. Beliau menitipkan sepatah dua kata sebagai penyuntuik semangat kepada calon UPSR. Selain itu, setiap hari sebelum murid masuk ke dewan, bacaan doa oleh Ustaz Mahadir bin Mudun.

         Sepanjang UPSR berlangsung, calon UPSR diberi sarapan ringkas yang ditaja oleh ibu bapa Tahun 6. Selain itu, pihak kami juga menerima sumbangan makanan (roti dan air kotak) yang ditaja oleh pihak 7-Eleven. Selepas sahaja murid masuk ke dewan peperiksaan, para ibu bapa dan guru-guru membaca yasin di surau SKTPP. Semoga dengan adanya bacaan yasin dan solat hajat seperti ini, anak-anak didik dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.

          Pada hari terakhir UPSR, diadakan majlis ringkas bagi meraikan usainya UPSR. Majlis dimulakan dengan ucapan Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP. Sejurus itu, Yang Dipertua PIBG SK Taman Putra Perdana Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian turut menyampaikan ucapan ringkas. Beliau menegaskan UPSR ini bukanlah pengakhiran tetapi permulaan kehidupan sebagai seorang pelajar.

          Apabila tirai UPSR berlabuh, sujud syukur menyusul. Ustaz Ishak memimpin sujud syukur tersebut. Tujuannya untuk menerapkan nilai-nilai kesyukuran atas kejayaan murid-murid menduduki UPSR selama empat hari ini. Sujud syukur ini juga disertai oleh ibu bapa murid Tahun 6.
   
        Majlis diserikan lagi dengan kunjungan maskot KFC (Chicky). Selain itu, murid-murid menerima satu set makanan KFC. Ini merupakan hasil usaha dan kerjasama antara ibu bapa murid Tahun 6. Para ibu bapa juga menyediakan pelbagai juadah yang sangat menyelerakan. Juadah tersebut ialah nasi tomato, roti jala, mi goreng, kek, kuih-muih dan minuman. Murid-murid begitu gembira atas jamuan yang disediakan.

Jadual Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bagi Tahun 2019.



Bingkisan memori sepanjang UPSR berlangsung. 





Wednesday, September 4, 2019

Video Promo Cricket Adiwira

Jom tengok anak-anak murid SKTPP dari Sepang Rangers Cricket Club (SRCC) beraksi dalam video promo pendek Cricket Adiwira oleh Malaysia Cricket Association (MCA)👏👏👏


Tuesday, September 3, 2019

Ziarah Keluarga Arwah Alya

Seterusnya GB, PK HEM, guru-guru serta YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian telah menziarahi keluarga anak murid SKTPP yg meninggal lemas di Bagan Lalang Sabtu lepas;
Siti Nuralya binti Mohd Zainal
5 Ferum

Semoga Allah permudahkan urusan keluarga arwah Alya dan abangnya; Hafiz serta diberi ketabahan buat kedua ibu bapa & seluruh keluarga.. Al Fatihah..




Lagi laporan yang sama dalam blog Bimbingan dan Kaunseling di sini.