... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, November 18, 2019

Jejak Tokoh ADIWIRA Selangor Terbilang 2019

Tahun 2019 SKTPP tidak melepaskan peluang untuk menghantar calon ke Program ADIWIRA Kidzania. Tahun ini merupakan tahun keempat program ini dilaksanakan dan merupakan tahun kedua SKTPP menghantar calon.

Rentetan daripada program Road Tour To Kidzania, sekolah telah menghantar Muhammad Danish Akif bin Dzulkarnain ke pertandingan Tokoh Adiwira di peringkat negeri. Sekalung tahniah diucapkan kerana berjaya menjadi finalis Tokoh ADIWIRA di peringkat negeri sekaligus dinobatkan sebagai Tokoh ADIWIRA Daerah Sepang.

Menyokong usaha JPNS dalam Projek Kerjaya ADIWIRA Kidzania, SK Taman Putra Perdana telah membawa seramai 244 orang murid (Tahun 1 - 6) menyertai Road Tour To Kidzania pada 19 dan 26 Jun 2019 yang lalu. Justeru dalam majlis pada hari ini, SKTPP telah dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik Daerah Sepang. Tahniah diucapkan!

Momen-momen sepanjang Jejak ADIWIRA :

Sesi temuduga peringkat negeri (8 November 2019) Tokoh ADIWIRA di Pusat Latihan Seksyen 6, Shah Alam

Pergi dengan seribu harapan

Ada karisma

Di sinilah tercatatnya nama Muhammad Danish Akif

Di ruang menunggu

Bersama wakil Sepang daripada SK Desa Putra

Mendapat kata-kata semangat daripada Pn Nashirah

Berdebar ke dik?

Sebelum memasuki bilik temuduga

Langkah seterusnya ke Kidzania, KL (18 November 2019) dalam Majlis Anugerah Tokoh ADIWIRA Terbilang Negeri Selangor

Sebelum masuk ke dewan
Majlis penuh gemilang.. Syabas JPNS & Kidzania!



Ucapan perasmian oleh En Khairul Anuar bin Hj Awang  JPS

Calon-calon Tokoh ADIWIRA

SK Taman Putra Perdana dinobatkan Sekolah Terbaik Daerah Sepang 2019

Debaran semakin terasa

Syabas untuk Muhammad Danish Akif mewakili Daerah Sepang sebagai Tokoh ADIWIRA
Bergambar bersama bapa Akif

Orang kuat di PPD, En Jamilullail bin Mohd Junit
....Syabas dan tahniah untuk semua....

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-43 (Sesi Petang)

Tarikh                  : 18 November 2019
Hari                      : Isnin
Masa                    : 1.20 petang - 2.20 petang
Tempat                : Dewan Perdana

Pengacara Majlis : Pn. Nur Athirah Amani Binti Muhammad Abdul Wahab

Guru Bertugas :
  1. En. Abdul Hafiz 
  2. En. Noorhisham
  3. Pn. Nora Azean
  4. Pn. Salina
  5. Pn. Nur Malisha
  6. Pn. Nur Azlin
  7. Pn. Nur Athirah Amani

Laporan / Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah


2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa

3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya

4. Ikrar Murid

5. Laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh Pn. Azizati
  • Disiplin - Murid-murid perlu sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
  • Kebersihan - Murid-murid perlu menjaga kebersihan diri, kelas dan kawasan sekitar sekolah.

6.  Tema ucapan: Cuti-cuti Malaysia
  • Murid-murid boleh bercuti ke tempat-tempat menarik di Malaysia.
  • Murid-murid hendaklah menjaga etika dan tingkah laku semasa bercuti.
  • Murid-murid hendaklah menjaga keselamatan diri semasa bercuti.
  • Bercuti dapat merehatkan minda dan merapatkan hubungan kekeluargaan.

7. Majlis Jasamu dikenang Cikgu Yani Binti Muhd Sharif yang akan berpindah ke Negeri Melaka.




Perhimpunan berakhir pada pukul 2:20 petang

Disediakan oleh,
Noorhisham Bin Mohd Noor

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-43 (Sesi Pagi)

Tarikh : 18 November 2019
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan, SKTPP
Pengacara Majlis : Adik Dhaniya Batrisyia binti Supri (Rebana)

Guru Bertugas :
1. Encik Zurilazman bin Abdullah
2. Encik Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin
3. Encik Wan Faizol bin Wan Mat
4. Puan W.Rosmawati binti W.Ibrahim
5. Puan Norsiah binti Mohd Noor
6. Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz
7. Puan Azlina binti Mat Isa
8. Puan Rosmizawati binti Yusub
9. Puan Norinna binti Mohamed

1.0 Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar

  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Bacaan doa oleh adik Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam (Tabla). Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh En. Wan Faizol bin Wan Mat. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Muhammad Ammar bin Muhamad Rizal (Tabla).

2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas - Puan Umi Nazrah binti Saharoni

  • Murid-murid dikehendaki menjaga kebersihan di dalam kelas dan di luar bilik darjah terutama di koridor kelas masing-masing.
  • Murid-murid diingatkan supaya memakai baju uniform sekolah yang lengkap semasa hadir ke majlis Hari Jalinan Mesra.
  • Ucapan tahniah kepada semua warga SKTPP khasnya murid-murid kerana telah memberi kerjasama sepanjang Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Kepimpinan 2019 (MA3K).

3.0 Laporan Guru Bertugas - Encik Wan Faizol bin Wan Mat

  • Mengingatkan murid-murid agar tetap belajar dan mengulangkaji pelajaran semasa cuti sekolah pada hujung tahun ini.
  • Murid-murid perlu menjaga keselamatan diri dan digalakkan mengikuti program-program yang berfaedah.

4.0 Penyampaian hadiah Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) oleh Puan Juli binti Mahbah

  • Nur Dania Aleysa binti Mohd Zaidi (5 Vanadium) telah berjaya berjuang mencapai Tahap Bongsu di Ampang Pecah.

Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar) telah
menyampaikan sijil kepada Nur Dania Aleysa
Nur Dania Aleysa bersama Guru Besar, PK HEM dan guru
Pembimbing Rakan Sebaya 

5.0 Penyampaian hadiah Selangor Cricket Association (SCA) U12 Tournament (L&P) oleh Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah

  • Johan Kriket SCA U12 Boy - Sepang Gold
  • Tempat Ketiga Kriket SCA U12 Girl - Sepang Pink
Pemain Kriket U12 Sepang Gold bersama barisan pentadbir
Pemain Kriket U12 Sepang Pink bersama barisan pentadbir

6.0 Penyampaian hadiah Kejohanan Ragbi Putrajaya 7'S Peringkat Kebangsaan 2019 oleh Encik Wan Faizol bin Wan Mat

  • Ketiga Spoon U12 (Perempuan) Ragbi 7's Junior Putrajaya Kebangsaan - Pink Avengers SKTPP
  • Ketiga Plate U11 Ragbi 7's Junior Putrajaya Kebangsaan - Avengers SKTPP
  • Naib Johan Bowl U10 Ragbi 7's Junior Putrajaya Kebangsaan - Avengers SKTPP
Pemain Ragbi Pink Avengers SKTPP bersama barisan pentadbir
Pemain Ragbi Avengers SKTPP bersama barisan pentadbir

7.0 Ucapan Puan Rosmah binti Jamat (PK HEM)


  • Murid-murid mesti hadir sehingga akhir tahun bagi mengelakkan peratus kehadiran sekolah menurun.
  • Keputusan UPSR 2019 akan diumumkan pada 21 November 2019 (Khamis). 
  • Murid tahun 1 dan tahun 4 sesi 2020 hendaklah datang ke sekolah untuk mengambil buku teks pada 30 dan 31 Disember 2019 di Bilik BOSS (Bilik Buku Teks).
  • Pemakaian lencana dan tanda nama hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
  • Murid-murid digalakkan memakai pakaian baju unit beruniform masing-masing pada hari kokurikulum iaitu setiap hari Rabu dan pada hari Isnin minggu ketiga setiap bulan.

Disediakan oleh,
Puan Azlina binti Mat Isa

Sunday, November 17, 2019

Makluman Pengagihan Buku Teks Tahun 1 dan Tahun 4 bagi Kegunaan 2020

Makluman kepada para penjaga dan murid SK Taman Putra Perdana, pengagihan buku teks bagi tahun 1 dan 4 sesi 2020 adalah pada ketetapan berikut:

Tarikh
:
30 dan 31 Disember 2019
Hari
:
Isnin dan Selasa
Masa
:
8.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat
:
Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS), 
SK Taman Putra Perdana

Maklumat tambahan ini juga boleh diperolehi dari link dan QR Code yang terdapat pada buku info Tahun 1:


Maklumat tambahan berkaitan perkara 9 dan 10

Sehubungan dengan itu, ibu bapa/penjaga dialu-alukan untuk mengambil buku teks kegunaan anak tuan/puan tahun 2020 pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kerjasama tuan /puan bagi melancarkan perjalanan sesi persekolahan tahun hadapan amat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Saturday, November 16, 2019

Hari Orientasi Tahun 1/2020

Selamat Datang Putera Puteri Tahun 1 Sesi 2020 ke SK Taman Putra Perdana!

    Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan inayahNya, Hari Orientasi Tahun 1/2020 dengan tema "Jom Cemerlang Bersama SKTPP" telah dilaksanakan dengan lancar dan jayanya pada hari Sabtu 16 November 2019 bermula jam 8.00 pagi.

    Pelbagai ragam dan keletah anak-anak Tahun 1/2020 bersama ibubapa/penjaga masing-masing. Semua dilihat ceria dan bersemangat memulakan langkah pertama di SKTPP.

    Seramai lebih kurang 370 orang murid telah mendaftar masuk ke SK Taman Putra Perdana bagi sesi tahun 2020. Tahniah & terima kasih kerana memilih SK Taman Putra Perdana sebagai sekolah pilihan anda.

    Hari Orientasi Tahun 1/2020 merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali menerima kemasukan murid tahun 1. Murid-murid ini akan menjalani sesi suaikenal dan membaca serta mengenal nombor bersama guru pembimbing kelas-kelas yang telah ditetapkan. Sebanyak 10 kelas telah disediakan untuk menempatkan murid-murid ini.

    Selepas sesi penyemakan fail, ibubapa ditunjukkan tayangan video tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Ini bertujuan memberi input pentaksiran yang akan dilaksanakan di dalam bilik darjah kepada anak-anak mereka kelak.              Kemudian  murid-murid diminta beratur di tapak perhimpunan dan seterusnya dibawa masuk ke kelas yang telah ditetapkan dengan diiringi oleh guru-guru pembimbing. Sementara ibu bapa mengikuti program di Dewan Perdana.

    Majlis telah dimulakan dengan ucapan Tn Hj Khairul Azhar bin Mohamad Suffian selaku YDP PIBG SK Taman Putra Perdana. Guru Besar SKTPP, Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali juga memberi ucapan mengalu-alukan kehadiran ibubapa serta anak-anak yang mendaftar masuk Tahun 1/2020 dan berharap mendapat kerjasama yang baik daripada ibubapa sepanjang sesi persekolahan tahun 2020 nanti.

    Slot Taklimat juga telah disampaikan kepada ibubapa seperti berikut :

* Taklimat Minggu Transisi oleh Cik Amalina bt Abd Hamid.

* Taklimat Program Pendidikan Khas Integrasi Inklusif (PPKI) oleh Pn Norhamizah bt Hamzah

* Taklimat Disiplin oleh Tn Hj Tarmiji bin Sabali

    Selesai acara ibu bapa di dewan, murid-murid yang telah selesai menjalani aktiviti di dalam kelas dibawa pula melawat kawasan-kawasan utama sekolah iaitu tandas, kantin, kedai buku & bilik guru.

    Ibubapa boleh menyemak senarai semak tentang pendaftaran murid tahun 1 sesi 2020 :
Maklumat lanjut boleh diperolehi dari QR Code dan link berikut : http://gg.gg/HOTS2020

    Setelah selesai lawatan murid-murid ke sekitar kawasan sekolah pada jam 12.30 tengah hari, ibubapa telah mengambil anak-anak untuk berehat di kantin dan seterusnya bersurai.

    Diharap program Hari Orientasi Tahun 1/2020 ini dapat memberi pendedahan yang terbaik kepada anak-anak yang akan melangkah ke alam persekolahan pada hari pertama persekolahan 2020 nanti. Semoga berjaya!

Berikut merupakan foto-foto yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung:


Sesi Taklimat 

Guru-guru bertugas menjalankan Hari Orientasi Tahun 1/2020 

Guru bertugas menjalankan penyemakan fail murid.

Murid-murid tahun 1 sesi 2020 melawat kawasan dalam sekolah dengan bantuan guru pembimbing.

Murid-murid PPKI menjalani latihan & orientasi sambil dibantu oleh guru-guru PPKI yang komited.

Pelbagai ragam dan gaya murid-murid tahun 1/2020.

Sesi menjalani sesi suaikenal, membaca dan mengenal nombor.

Para ibubapa yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak dan mendengar taklimat yang diberi.

Murid-murid tahun 1/2020 teruja dengan persekitaran yang baharu.

Friday, November 15, 2019

Hari Jalinan Mesra Siri 2 2019 (Sesi Petang)

Pada 15 November 2019 telah diadakan Hari Jalinan Mesra Siri 2/2019 sesi petang bertempat di kelas masing-masing bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang sudi meluangkan masa untuk hadir bagi mengetahui perkembangan semasa pembelajaran dan situasi anak-anak di sekolah.

Latar Belakang

Ibu bapa atau penjaga murid sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bagi menyediakan generasi pelapis kepada persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.

Objektif
  • Memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru berkaitan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak-anak.
  • Ibu bapa atau penjaga dapat bertukar pendapat dan berbincang dengan guru-guru mengenai isu-isu berkaitan anak-anak dan cara mengatasinya demi kepentingan bersama.
  • Berkongsi pengetahuan dan memberi penerangan yang lebih jelas berkaitan kepentingan dan pelaksanaan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 kepada ibu bapa atau penjaga.
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang berlangsungnya Hari Jalinan Mesra Siri 2/2019 bagi sesi petang...

Puan Salmi dan Puan Salina sedang menjalankan amanah 
untuk mengutip Sumbangan PIBG di kaunter Sumbangan PIBG 
yang dibuka pada Hari Jalinan Mesra.

Guru Besar Puan Hajah Rohaidah turut sama turun padang 
bagi memastikan kelancaran majlis semasa Hari Jalinan Mesra dilaksanakan.

Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan turut mengambil peluang membuat jualan bagi menambah pendapatan kelab

Puan Suriyana selaku guru kelas 3 Al Farabi sedang 
berbincang tentang perkembangan muridnya.

Guru kelas yang sangat mengenali anak muridnya Puan Maizara 
sedang berbincang dengan ibu murid tentang perkembangan anaknya.

Ibu dan bapa murid dari kelas 3 Ibnu Qayyim sedang 
berbincang tentang perkembangan pembelajaran anak mereka 
bersama guru kelas Encik Afandi.

Setia menanti kehadiran ibu bapa di kelas, Puan Azizah 
selaku guru kelas 1 Android bersama guru pembantunya Puan Zabedah.

Puan Rafini selaku guru kelas 1 Nitrux sedang berbincang 
dengan ibu murid sambil dibantu oleh Puan Fadhilah.

Ibu bapa murid dari kelas 1 Windows sedang melihat 
dan meneliti perkembangan anak mereka sambil berbincang dengan 
guru kelas 1 Windows iaitu Puan Malisha.

Guru kelas 2 Nokia, Encik Muhamad Hasbullah sedang 
memberi penerangan tentang perkembangan anak muridnya 
kepada ibu bapa murid yang hadir.

Antara ibu-ibu yang sedang menunggu giliran untuk 
berjumpa dengan guru kelas 1 Redhat, Puan Khairiah.


Hari Jalinan Mesra Siri 2/2019 sesi petang ditamatkan pada jam 5.30 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa /  penjaga yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Syabas dan tahniah diucapkan atas perkembangan cemerlang anak-anak. Semoga anak-anak SKTPP akan terus maju jaya pada masa akan datang.

Disediakan oleh,
Amalina binti Abd Hamid

Hari Jalinan Mesra Siri 2/2019 (Sesi Pagi)

Pada 15 November 2019 telah diadakan Hari Jalinan Mesra Siri 2/2019 sesi pagi bertempat di kelas masing-masing bermula 7.30 pagi hingga 11.50 pagi. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak didik SKTPP yang berjaya meningkatkan prestasi dalam penguasaan mata pelajaran yang telah diuji. Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang sudi hadir memberikan sokongan kepada anak masing-masing serta pihak sekolah.

Latar Belakang Hari Jalinan Mesra

Ibu bapa atau penjaga pelajar sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bagi menyediakan generasi pelapis kepada persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.

Objektif

Memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing di samping kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit.

Antara gambar-gambar untuk dikongsikan sepanjang berlangsungnya Hari Jalinan Mesra Siri 2 sesi pagi...

 
  Kaunter pembayaran Sumbangan PIBG 2019
 
  Kaunter sumbangan Wakaf Surau
 
 
     Sesi perjumpaan guru dengan ibu bapa di Prasekolah.
Sesi perbincangan guru dengan bapa pelajar PPKI.

En. Srimahathevan sedang berbincang dengan ibu salah seorang daripada muridnya.
Sesi perbincangan antara guru dan bapa pelajar PPKI
Sesi perbincangan antara guru dan ibu murid Tahun 6
Ibu bapa murid tahun 6 yang  menunggu giliran untuk berjumpa dengan guru kelas.

Pn. Nik Kamisah  menerangkan prestasi murid kepada ibunya.
Sebahagian murid yang menanti kehadiran ibu bapa mereka ke program Jalinan Mesra.
Pn. Murni sedang menerangkan prestasi anak muridnya
Pn. Fatin Huzaikka sedang berbincang dengan ibu kepada muridnya di kelas 5 Uranium.
En. Wan Faizol sedang berbincang dengan ibu kepada muridnya di kelas 5 Vanadium.
Ibu murid tekun mendengar penerangan Pn. Parimala tentang perkembangan anaknya.

Cik Mawaddah sedang menerangkan prestasi & masalah yang sering dihadapi oleh muridnya.
        Cik Komagal sedang berbincang dengan bapa kepada pelajar tentang perkembangan muridnya
                                   
     Perbincangan mesra antara guru dan ibu tentang prestasi anak murid

Ibu bapa bersama guru kelas 4 Harmoni.
Syabas dan tahniah kepada murid-murid, ibu bapa dan guru-guru yang menjayakan Hari Jalinan Mesra Siri 2 ini.

Disediakan oleh,
Parimala Panni Selvam