... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, August 19, 2020

Laporan Mingguan Persekolahan Minggu ke-31 (Sesi Petang)

Tarikh / Hari : 17 - 19 Ogos 2020 / Isnin - Rabu

Kumpulan Bertugas : Kumpulan A

Senarai Nama Guru Bertugas :

1) En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil

2) Puan Nur Malisha binti Omar

3) Puan Fadhilah binti Talib

4) Puan Nora Azean binti Che Othman

5) Puan Rabihah binti Amiruddin

6) Puan Maizara binti Mahat

7) En. Amirulfitri bin Othman

8) Puan Nurazlin binti Mat Nor

9) Puan Salina binti Mohd Tasu

10) Puan Nur Azizati binti Ahmad

11) Puan Rafini binti Othman

12) Puan Halijah binti Mihat

13) Puan Suphasara Supranie a/p Airak

14) En. Afandi bin Mat Zain

Sesi persekolahan berlangsung dalam keadaan baik dalam norma baharu. Murid-murid berjaya mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Setiap pergerakan murid dalam kelas mahupun luar kelas sentiasa diawasi oleh barisan guru bertugas dan semua guru termasuklah sewaktu datang, rehat dan balik.

Berikut dikongsikan gambar-gambar sepanjang tempoh persekolahan sesi petang pada minggu ini.



                                          Guru bertugas mencatat suhu murid yang tiba di sekolah











Disediakan oleh : Nora Azean Che Othman

Laporan Mingguan Persekolahan Minggu ke- 31(Sesi Pagi)

Tarikh                                     :  17-19 Ogos 2020

Hari                                        :  Isnin - Rabu

Kumpulan Bertugas           : Kumpulan F

Senarai Nama Guru Bertugas :

1) Puan Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji

2) Puan Siti Rabiaah bt Mohammad

3) Puan Noorayuni bt Ab. Fattah

4) Puan Nor Baizura bt Nordin

5) Puan Nurul Huda bt Hasbullah

6) Encik Hafiz bin Md. Noor

7) Encik Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

8) Encik Mohd Rusydan bin Ismail

Sesi persekolahan berlangsung dalam keadaan baik dalam norma baharu. Murid-murid berjaya mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Setiap pergerakan murid dalam kelas mahupun luar kelas sentiasa diawasi oleh barisan guru bertugas dan semua guru termasuklah sewaktu datang, rehat dan balik.

Sebelum murid-murid masuk ke kawasan sekolah, guru-guru bertugas akan mengambil bacaan suhu murid. Murid-murid mencatat bacaan suhu masing-masing untuk dimaklumkan kepada guru kelas.

Murid-murid juga perlu mencuci tangan di sinki-sinki yang telah disediakan berdekatan Pagar A dan Pagar B sebelum masuk kelas.

Waktu pulang, guru-guru bertugas juga memantau di laluan yang telah ditetapkan bagi membantu mengawasi pergerakan pulang murid supaya berjalan lancar.

Berikut disertakan gambar-gambar yang dirakam semasa persekolahan sesi pagi  minggu ke-31...



Murid-murid berjalan menuju ke kelas mengikut laluan yang telah ditetapkan.

Murid-murid tahun 4 beratur membeli makanan
              


Suasana ketika membeli makanan di Dewan Perdana.

 Beratur di luar kelas sebelum bergerak ke dewan untuk membeli makanan.

                Suasana waktu pulang sesi pagi yang sempat dirakam dari tingkat atas.


     Murid-murid bergerak dalam barisan mengikut laluan yang telah ditetapkan mengikut SOP

Monday, August 17, 2020

Makluman Cuti Pertengahan Penggal 2 / 2020

Dimaklumkan bahawa Cuti Pertengahan Penggal 2 adalah pada 20 Ogos 2020 (Khamis) hingga 24 Ogos 2020 (Isnin).

Sekolah akan dibuka semula pada 25 Ogos 2020 (Selasa).

Sila jaga keselamatan diri. Patuhi SOP normal baharu walau di mana jua kita berada. 

Sekian, terima kasih.

#kitajagakita

Guru Besar
SK Taman Putra Perdana


Disertakan Jadual Pindaan Penggal Persekolahan Tahun 2020


Friday, August 14, 2020

Laporan Mingguan Persekolahan Minggu ke-30 (Sesi Pagi)

Tarikh: 10 hingga 14 Ogos 2020

Hari: Isnin - Jumaat

Kumpulan Guru Bertugas: Kumpulan E

Senarai Guru bertugas Kumpulan E 

Noriza binti Md Nor

 Syahirah binti Tumar

       Mawaddah binti Kamarulzaman

       Norliza binti Ali @ Yasim

       Norhana binti Nordin

       Mohd Izwan bin Mohd Jowahar

       Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

       Julaili binti Onian

      Nurliza binti Ab Rahman

      Nur Zakiah binti Md Diah

Sesi persekolahan pada sesi pagi sepanjang minggu ke-30 telah berlangsung dengan baik. Murid-murid dilihat dapat membiasakan diri dengan norma baharu di sekolah. Berikut dikongsikan pelaksanaan sesi persekolahan pada minggu ini.  

Sesi Pagi

·    Sebelum murid-murid masuk ke kawasan sekolah, guru-guru bertugas mingguan akan mengambil bacaan suhu murid.

·            Bacaan suhu murid diambil di kedua-dua pagar sekolah iaitu Pagar A dan Pagar B. Murid-murid beratur mengikut jarak yang telah ditetapkan.

·         Murid-murid mencatat bacaan suhu masing-masing untuk dimaklumkan kepada guru setelah  masuk ke dalam kelas.

·         Murid-murid juga perlu mencuci tangan di sinki-sinki yang telah disediakan berdekatan Pagar A dan Pagar B sebelum masuk ke kelas.


Sesi Pembelajaran

·         Murid-murid duduk di meja masing-masing mengikut jarak yang ditetapkan.

·         Guru akan masuk ke kelas dan mengambil kehadiran serta bacaan suhu murid untuk direkodkan.

·         Murid-murid yang ingin ke tandas pula akan menggunakan pas untuk ke tandas yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

·         Murid-murid juga diingatkan supaya tidak berjalan-jalan atau berkomunikasi terlalu dekat dengan rakan-rakan semasa berada di dalam kelas.

·         Murid-murid juga rajin mencuci tangan di sinki serta menggunakan 'hand sanitizer' selepas menggunakan tandas.

 Waktu Rehat

·         Semasa waktu rehat, murid makan di dalam kelas. 

·         Murid-murid juga digalakkan untuk membawa bekal makanan dari rumah.

·         Murid-murid yang ingin membeli makanan pula diminta menggunakan laluan yang telah ditetapkan pihak sekolah.

·         Murid-murid akan keluar rehat mengikut waktu yang telah ditetapkan. Waktu rehat pertama adalah bagi tahun 4, diikuti dengan tahun 5 dan seterusnya tahun 6.

·         Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan semasa membeli makanan.

·         Murid-murid juga beratur dengan mematuhi jarak selamat semasa membeli makanan.

·         Guru bertugas  memantau murid-murid semasa waktu rehat semasa membeli makanan dan sewaktu makan di dalam kelas.

·         Makanan yang dijual oleh pihak kantin pula dibungkus dalam bekas makanan bagi memudahkan proses jual beli.

·         Murid-murid diminta membawa tisu basah, sudu dan garpu plastik untuk memudahkan murid makan makanan yang dibawa atau dibeli sewaktu rehat. Hal ini supaya dapat mengelakkan kesesakan di dalam tandas sewaktu rehat.

·         Setelah selesai makan, murid-murid diingatkan untuk membuang sampah dan sisa makanan di dalam tong sampah yang telah disediakan, mencuci tangan dengan bersih serta mengelap meja masing-masing.

 Waktu Pulang

·         Sebelum bergerak pulang, murid-murid dan guru melakukan sanitasi meja dan kerusi masing-masing.

·         Guru-guru akan menyembur cecair sanitasi pada meja murid bagi memastikan kelas dalam keadaan bersih untuk kegunaan persekolahan sesi petang.

·         Murid-murid diminta untuk mencuci tangan dan memakai topeng muka masing-masing sebelum bergerak keluar dari kelas.

·         Kemudian murid-murid akan beratur dan mengawasi jarak masing-masing dan bergerak pulang mengikut laluan yang telah ditetapkan.

·         Guru-guru bertugas juga memantau di laluan pulang murid bagi membantu mengawasi pergerakan pulang murid supaya berjalan lancar.

Berikut disertakan beberapa gambar yang sempat dirakam semasa persekolahan sesi pagi minggu ke-30:


 Guru bertugas mengambil bacaan suhu murid di Pagar B


Murid mencuci tangan sebelum masuk ke kawasan sekolah (Pagar B)

Guru bertugas mengambil bacaan suhu murid di Pagar A

Murid mencuci tangan sebelum masuk ke kawasan sekolah (Pagar A)

Murid mencuci tangan menggunakan sabun yang telah disediakan oleh pihak sekolah

Murid-murid yang tidak membawa bekal beratur mengikut jarak yang ditetapkan untuk membeli makanan sewaktu rehat

Murid-murid membeli makanan secara pandu lalu

Murid-murid makan di meja masing-masing di dalam kelas ketika waktu rehat

Murid-murid  sentiasa menjaga SOP ketika berada di dalam kelas

Murid-murid melakukan sanitasi meja dan kerusi sebelum bergerak pulang

Murid-murid bersedia untuk bergerak pulang mengikut giliran kelas yang telah ditetapkan


Disediakan oleh Mawaddah binti Kamarulzaman

Thursday, August 13, 2020

Lawatan Perkongsian Pintar Penanda Arasan SK Bandar Bukit Mahkota ke SK Taman Putra Perdana

     Alhamdulillah, puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapatlah kita menerima pelawat-pelawat dari SK Bandar Bukit Mahkota, Hulu Langat bagi kunjungan Lawatan Perkongsian Pintar Amalan Pengurusan PSS Cemerlang & Program Pembangunan Bakat Murid Sukan Kriket Penanda Arasan ke SK Taman Putra Perdana pada 13 Ogos 2020 (Khamis). 

    Tepat jam 9.30 pagi, para pentadbir telah menyambut seramai 11 orang pelawat dari SK Bandar Bukit Mahkota, Hulu Langat. Turut hadir; pegawai dari PPD Sepang iaitu Timbalan PPD Sepang (Pembangunan Murid), En Zuhaimi bin Md Nasir, Penolong PPD Sepang (Pembangunan Bakat Murid) En Norazlan bin Ahmad Kanal dan juga Penolong PPD Sumber & Teknologi Pn Hjh Siti Aishah bt Aziz.  Turut sama, Presiden SRCC (Sepang Rangers Cricket Club) juga selaku YDP PIBG SKTPP Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian, Naib YDP PIBG Pn Normawati binti Saad, AJK PIBG En Mohd Hafiz bin Zainol Shokor, Naib Presiden SRCC, En Mazlan bin Norman serta AJK SRCC, En Muhd Rusdi bin Saleh yang sama-sama meraikan para pelawat. 

    Setibanya para tetamu di SK Taman Putra Perdana telah diadakan sesi fotografi sebagai merakam kenangan sebelum dibawa ke Terminal Muafakat bagi sesi suai mesra antara warga SK Bandar Bukit Mahkota dan SK Taman Putra Perdana. Majlis yang indah ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ishak Shairazi bin Mohd Saupi. Ucapan alu-aluan dari YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian mengalu-alukan kehadiran para tetamu bagi perkongsian yang lebih mantap. Ucapan dari Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali yang berbesar hati menerima lawatan penanda arasan SK Bandar Bukit Mahkota. Semoga dengan lawatan ini dapat menggabungjalin kepakaran serta kejayaan sekolah masing-masing agar budaya kerja cemerlang guru dan kemenjadian murid dapat dipertingkat pada masa akan datang. 

    Tetamu menyaksikan persembahan multi media dan kejayaan sekolah yang telah mengangkat nama Ujana Ilmu (Pusat Sumber Sekolah) dan pasukan kriket di bawah pengurusan SRCC ke peringkat kebangsaan dan menempa nama dengan kejayaan-kejayaan yang disandang sepanjang tahun. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh En Ahmad Junaidi bin Abdullah jurulatih pasukan kriket SKTPP dan Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji selaku Guru Perpustakaan & Media (GPM) SKTPP melalui paparan multi media.

    Kemuncak acara ialah sesi penyerahan sijil jaringan. Sijil jaringan telah ditandatangani oleh Guru Besar SK Bandar Bukit Mahkota iaitu En Mohd Faizal bin Abd Aziz dan Guru Besar SK Taman Putra Perdana iaitu Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali sebagai tanda jalinan rasmi antara sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya. Ini diikuti sesi penyampaian cenderamata kepada para tetamu yang hadir.

    Seterusnya, para tetamu dibawa melawat ke Ujana Ilmu, Bilik Sumber PPDa dan Bilik Bitara Kriket. Setiap terminal akan diberi sedikit penerangan mengenai fungsi dan peranan masing- masing. En Mohd Izwan bin Jowahar selaku guru penasihat dan jurulatih pasukan kriket sekolah telah memberi taklimat khas selain berkongsi idea dan pengalaman bersama para tetamu yang hadir.

    Lawatan Penanda Arasan ini telah selesai jam 1.00 petang dengan diakhiri dengan sesi fotografi bersama-sama tetamu. Secara keseluruhannya, para pelawat amat berpuas hati dengan sesi lawatan penanda arasan ini dan diharap dapat mengeratkan lagi jalinan dan jaringan kerjasama antara sekolah dan perkongsian pintar serta budaya kerja cemerlang pada masa akan datang.. Insyaallah. 

    Pautan buku program bagi lawatan penanda arasan SK Bandar Bukit Mahkota ke SK Taman Putra Perdana boleh dilihat pada link : BUKU PROGRAM LAWATAN PENANDA ARASAN SKBBM KE SKTPP 2020

    Berikut merupakan sorotan gambar-gambar yang dapat dirakam sepanjang lawatan berlangsung :

Sesi fotografi bersama para pelawat dan tetamu yang hadir.



Sebelum taklimat bermula para tetamu menjamu selera dahulu.

Ucapan alu-aluan dan bacaan doa.

Ucapan Guru Besar SK Bandar Bukit Mahkota dan taklimat khas kriket.


Sesi menandatangani sijil jaringan antara SKBBM dan SKTPP.

Lawatan ke Ujana Ilmu dan Bilik Sumber PPDa.

Lawatan ke Bilik BItara Kriket dan Taklimat Khas.


Penyampaian cenderamata buat para tetamu.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat mempertingkat kejayaan sekolah.

Sebagai tanda kenangan setelah selesai lawatan.


Disediakan oleh,

Umi Nazrah bt Saharoni

Wednesday, August 12, 2020

Kunjungan Hormat KSU KBS oleh SRCC

Hari ini SRCC mengadakan Kunjungan Mesra ke Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya menemui KSU KBS; Y. Bhg. Datuk M. Noor Azman bin Taib membincangkan tentang hala tuju dan pembangunan sukan kriket di sekolah dan kelab. Semoga dengan kunjungan ini dapat menambah baik program-program pembangunan bakat murid sukan kriket peringkat akar umbi.. In shaa Allah..😊👍🏼