Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat
Negeri Selangor 2021 telah dilaksanakan pada 16 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021
secara dalam talian bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada Murid
Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dan Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) yang mengamalkan tabiat membaca bahan-bahan bacaan di
Pusat Sumber sekolah, bahan bacaan melalui internet dan lain-lain sumber yang
bersesuaian. Anugerah e-Nilam tersebut tetap dilaksanakan walaupun negara
dilanda Pandemik Covid-19 dengan mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP).
Salah seorang MBK daripada Program
Pendidikan Inklusif (PPI) iaitu inklusif penuh adik Nur Qaisara Arissa Binti
Ahmad Kamal dari kelas 6 Bestari telah menyertai pertandingan tersebut. Pengumuman
pemenang telah diumumkan secara Youtube
Live semasa Majlis Penutup e-Nilam dan alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada
adik Nur Qaisara kerana telah mencapai kejayaan Naib Johan bagi kategori Masalah Pembelajaran
Sekolah Rendah (Perempuan) mewakili daerah Sepang. Semoga adik Nur Qaisara
terus cemerlang!
Di sini dilampirkan buku program dan
gambar-gambar semasa Majlis Perasmian Penutupan & Pengumuman Pemenang melalui Youtube
Live sebagai tatapan :
Klik sini untuk paparan lengkap buku program Majlis Perasmian Penutupan & Pengumuman Pemenang Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2021.
Bacaan doa
Ucapan Pengerusi Pengelola (Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor),
Pn. Rozlina Binti Abdul Gahni
Ucapan Perasmian Penutupan (Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor),
Puan Hajah Anismah Binti M.Noh
Tahniah adik Nur Qaisara Arissa Binti Ahmad Kamal dari kelas 6 Bestari,
murid PPI (Inklusif Penuh).
Adalah diharapkan agar Anugerah e-Nilam
Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2021 dapat melahirkan Murid Berkeperluan
Khas (MBK) yang cintakan ilmu pengetahuan melalui tabiat membaca dan dapat
melahirkan masyarakat yang berdaya saing seterusnya mampu menjadi pemangkin sebuah
negara maju.
Sekali lagi tahniah dan syabas buat Nur Qaisara Arissa binti Ahmad Kamal!
Assalamualaikum dan salam
sejahtera untuk semua warga SKTPP. Minggu ini merupakan minggu ke-27 sesi
persekolahan bagi tahun 2021. Seperti yang kita sedia maklum, situasi pandemik
di negara kita masih lagi amat membimbangkan. Oleh itu, sesi Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) masih lagi diteruskan pada minggu ini untuk kesemua
murid.
Pelbagai medium telah digunakan oleh
guru-guru SKTPP bagi menyampaikan pengajaran supaya semua murid dapat
mengikuti pembelajaran di rumah sama ada secara dalam talian maupun luar talian.
Usaha ini tidak akan membuahkan hasil tanpa sokongan dan kerjasama yang baik
daripada ibu bapa dan penjaga. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan
kepada semua yang terlibat dalam memastikan murid-murid dapat melaksanakan sesi
PdPR dengan jayanya.
Pada hari Selasa, 17 Ogos 2021, berlangsungnya Pelancaran
Sambutan Bulan Kebangsaan ke-64 dan Hari Malaysia ke-58 secara atas talian di
SKTPP. Jadi guru-guru mula membuat hebahan di dalam group kelas masing-masing
berkenaan dengan pertandingan kemerdekaan yang akan dijalankan sepanjang tempoh
berlangsungnya Sambutan Bulan Kebangsaan. Murid-murid digalakkan untuk menyertai
setiap pertandingan yang dipertandingkan.
Hebahan berkenaan dengan Pertandingan Melafazkan Pantun (murid Tahun 2). Hebahan ini disediakan oleh Panitia Bahasa Melayu SKTPP.
Syarat pertandingan Pakaian Bertemakan Kemerdekaan yang dipertandingan oleh murid Tahap 1. Syarat -syarat ini disediakan oleh Panitia PJK SKTPP
Berikut merupakan gambar-gambar sesi PdPR yang sempat dirakamkan sepanjang sesi PdPR sesi petang yang dijalankan minggu ini :
Murid-murid kelas 2 Diamond dan 2 Turqouise sedang mengikuti kelas Bahasa Inggeris bersama dengan Teacher Suzie
Kelas PdPR bersama dengan Ustazah Salmi
Kelas PdPR bersama Cikgu Hanani
Semoga kita semua kekal berada di rumah dan dijauhkan daripada virus Covid-19 dan dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan baik.
1. Azlina binti Mat Isa (K) 2. Nurzainon binti Mohd Razalli (P) 3. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah 4. Faridatul-Akmal binti Ismail 5. Junaidah binti Rus 6. Nur Murni binti Abdullah 7. Rosmizawati binti Yusub 8. Ahmad Musrizuan bin Daud 9. Jamunarani a/p Bhoja Rajan 10.Mazzaini binti Muda
Barisan guru bertugas
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.
Minggu ini merupakan minggu ke-27 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan pada minggu ini untuk semua murid mengikut jadual PdPR seperti yang telah ditetapkan. Guru-guru sentiasa bersungguh-sungguh dan kreatif dalam mencari kaedah pembelajaran terbaik mengikut kesesuaian murid melalui medium atas talian (Online), luar talian (Offline) mahupun gabungan kedua-duanya.
Ketika negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan kes Covid-19, PdPR menjadi kaedah terbaik dalam memastikan pendidikan dapat diteruskan apabila pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan. Susulan perkembangan semasa penularan COVID-19 di Malaysia, PdPR perlu diteruskan seperti mana diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Malah berdasarkan situasi semasa juga, kita tidak boleh menjangkakan bilakah sesi pembelajaran secara bersemuka akan kembali diadakan. Jadi, PdPR merupakan alternatif pembelajaran norma baharu untuk memastikan murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah.
Oleh itu, pelbagai medium telah digunakan oleh guru-guru SKTPP untuk menyampaikan pengajaran supaya semua murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah, sama ada secara dalam talian atau luar talian. Usaha ini tidak akan membuahkan hasil tanpa sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua ibu bapa dan penjaga. Jutaan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan murid-murid dapat mengikuti sesi PdPR dengan baik dan berkesan.
Di samping itu, pada 17 Ogos 2021 (Selasa), Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan ke-64 dan Hari Malaysia ke-58 telah dilaksanakan di SK Taman Putra Perdana, secara atas talian melalui aplikasi YouTube Live. Guru-guru telah membuat hebahan di dalam group kelas masing-masing tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh berlangsungnya Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah ini.
Berikut merupakan sesi PdPR yang berlangsung sepanjang minggu ini:
Gambar-gambar sekitar Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia:
Poster Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-64 dan Hari Malaysia Ke-58
Antara aktiviti yang disertai oleh murid-murid
Kejayaan PdPR memerlukan sokongan semua pihak iaitu KPM, JPN, PPD, sekolah, guru, ibu bapa/ penjaga dan komuniti. Diharapkan melalui pelaksanaan PdPR secara berstruktur dan terancang ini, murid-murid dapat mengikuti PdPR secara optimum. InsyaAllah...
Assalamualaikum, salam ceria dan salam inspirasi buat anak-anak didik dan semua warga SK Taman Putra Perdana. Semoga kita semua sentiasa tenang dan bahagia di samping keluarga tersayang. Pada hari ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan mengenai Bicara Positif Pada Diri. Jom kita tonton video berikut:
Pernahkah kita berbicara dengan diri sendiri? Berbicara atau bercakap dengan diri sendiri, ada kalanya orang menganggap perkara itu aneh. Benar atau tidak kenyataan tersebut, jom teruskan membaca di ruangan ini. Ahli Sains menjumpai hal positif di sebalik kebiasaan yang aneh ini, tapi sebaiknya bercakaplah hal yang positif, bukan hal negatif. Ia membantu untuk kita demi masa hadapan yang baik.
Menurut pakar (Lisa Ferentz) mengatakan, bercakap dengan diri sendiri adalah perkara yang kita harus selalu buat. Ini adalah untuk kita sentiasa positif tentang diri kita, masa kini dan akan datang. Kebiasaannya kita melakukan pelbagai cara untuk kelihatan baik di hadapan orang lain, termasuklah bercakap dengan baik kepada mereka. Namun ada kalanya kita lupa bahawa kita sendiri memerlukan pengambilan ayat positif. Kita boleh berkata pada diri sendiri dengan kata-kata positif. Bicara positif pada diri sebenarnya banyak membawa kebaikan seperti untuk mood, fikiran dan juga kesihatan diri.
Cara terbaik untuk membentuk mental yang sihat adalah dengan menuliskan apa yang kita syukuri dan kekuatan diri sendiri. Setelah itu, kita berdiri di hadapan cermin dan mengatakan hal-hal yang kita tulis dengan lantang. Selalunya kita dengar orang sebut sebagai self talk positive atau mengatakan hal positif pada diri sendiri mampu mengubah perspektif, sikap dan reaksi mereka. Ketika kita membisikkan hal positif pada diri kita sendiri, ia sangat memberi kita kekuatan dan keberanian untuk dapat menempuh hidup yang akan datang.
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam inspirasi untuk anak-anak dan semua warga SKTPP. Semoga kita semua sentiasa sihat dan bahagia💖😃 bersama orang-orang tersayang. Salah satu faktor untuk kita rasa gembira dan bahagia pastinya kita perlu mempunyai kesihatan yang baik.
Antara nikmat yang tidak ternilai harganya, adalah mempunyai kesihatan yang baik. Nikmat ini membolehkan kita menjalani kehidupan harian dengan selesa dan gembira. Kesihatan tidak terhad kepada fizikal atau jasmani sahaja, tetapi mencakupi emosi dan rohani.
Menjaga kesihatan badan adalah sangat penting bagi semua individu dan tidak mengira faktor usia. Menurut kajian, tubuh badan yang sihat dan cergas menyumbang kepada kecerdasan otak. Otak yang cerdas pula, membolehkan kita berfikir dengan rasional seterusnya menjadikan kita lebih kreatif dan inovatif.
Bagi membantu anak-anak menjaga kesihatan diri, JOM kita belajar melalui poster dan video yang cikgu lampirkan di sini 👇
Sila tonton video ini bagi mendapat lebih banyak info berkaitan penjagaan kesihatan diri.
Hari
Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun mempunyai peranan yang
sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Sambutan Hari
Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2021 adalah
bertemakan “Malaysia Prihatin”. Tema
ini dikekalkan seperti tahun lepas. Tahun ini merupakan tahun ke-64 Malaysia menyambut kemerdekaan. Sambutan rasmi diadakan secara
sederhana dalam norma baharu seperti tahun lepas.
Hari
Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati
penubuhan Persekutuan Malaysia. Tanggal 16 September tahun ini, usia Malaysia
sebenarnya baharu mencecah 58 tahun.
Peristiwa
kemerdekaan dan penubuhan Malaysia merupakan dua peristiwa penting bagi rakyat
Malaysia. Bagi menghayati semangat patriotik dalam kalangan murid-murid, pihak
sekolah mengambil inisiatif mengadakan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari
Malaysia 2021 peringkat sekolah.
Objektif
program adalah seperti berikut:
1. Menyemai semangat cinta akan negara
2. Memupuk dan memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara
3. Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama
4. Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotism
5. Mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara
Poster
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-64 dan Hari Malaysia Ke-58 telah dihasilkan
oleh Encik Mohd Rusydan bin Ismail..
Buku Program Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-64 dan Hari Malaysia Ke-58 pula adalah hasil tangan Puan Maizara binti Mahat dan ahli jawatankuasa yang terlibat..
Klik sini untuk paparan lengkap buku program Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-64 dan Hari Malaysia Ke-58
Saksikan
bingkisan gambar-gambar semasa perjalanan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan
Kebangsaan dan Hari Malaysia yang telah berlangsung secara atas talian melalui
aplikasi YouTube.
Majlis
ini telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Puan Nurliza binti Ab Rahman
selaku pengerusi majlis dan diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Syed Farhan
Hanafi bin Syed Abdullah dengan harapan agar program berjalan dengan baik dan
lancar serta dipermudahkan
Puan Nurliza binti Ab Rahman selaku pengerusi majlis
Bacaan
Doa oleh Ustaz Syed Farhan Hanafi
Majlis
diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana iaitu Tn. Haji Khairul Azhar bin
Muhammad Suffian. Beliau selaku wakil ibu bapa mengucapkan rasa kesyukuran
kerana kita dapat menyambut bulan kemerdekaan dalam suasana yang aman dan harmoni
walaupun pada ketika ini dunia sedang dilanda wabak Covid-19. Beliau turut
mengharapkan agar semua pihak dapat mengambil iktibar dari peristiwa kemerdekaan,
memainkan peranan dalam memerdekakan diri dan berfikiran positif dalam
kehidupan seharian.
Tn. Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian
mewakili PIBG SKTPP menyampaikan
ucapannya
Tidaklah
lengkap sesuatu program sekiranya tiada ucapan pelancaran daripada Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana iaitu Puan Hajah Rohaidah binti Mohd
Ali. Menerusi ucapan pelancarannya, Puan Hajah Rohaidah mengucapkan rasa kesyukuran
atas usaha pihak sekolah dalam menganjurkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari
Malaysia. Kerjasama daripada semua warga sekolah terutama panitia-panitia yang
terlibat sebagai jawatan kuasa pelaksana penganjuran program ini diharapkan
akan menjadi satu wadah perjuangan dalam usaha menerapkan semangat cinta dan sayang
akan negara selain memperkasa jati diri kita.
Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali selaku Guru
Besar SKTPP menyampaikan ucapan pelancaran
Selain
itu, beliau juga mengucapkan sekalung syabas dan tahniah kepada seluruh jawatankuasa
pelaksana atas kerjasama demi menjayakan aktiviti yang dirancang. Adalah diharapkan
sambutan ini berupaya merealisasikan objektifnya untuk memberi pendedahan tentang
pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan melalui acara dan aktiviti
yang melibatkan seluruh warga SKTPP.
Majlis
seterusnya diikuti dengan tayangan video gimik Pelancaran Sambutan Bulan
Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah pada tahun ini. Video gimik pelancaran ini telah dihasilkan oleh
Puan Malisha binti Omar dengan kerjasama guru-guru serta warga SKTPP.
Menyusul
selepas video gimik pelancaran majlis ialah nyanyian lagu tema hari kebangsaan
2021 yang berjudul Malaysia Prihatin. Semua warga sekolah dijemput untuk sama-sama
mengibarkan jalur gemilang dan menyanyikan lagu tema ini walau di mana sahaja
kita berada.
Lirik Lagu Tema Malaysia Prihatin
Video nyanyian lagu Malaysia Prihatin
Seterusnya ialah hebahan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh berlangsungnya Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah. Hebahan dan penerangan ringkas tentang aktiviti yang akan dilaksanakan telah disampaikan oleh Cik Rosalinda binti Mansor.
Cikgu Rosalinda sedang memberikan penerangan ringkas berkaitan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan
Ringkasan aktiviti yang telah dirancang
Pengerusi
majlis Puan Nurliza telah mengakhiri siaran langsung majlis pelancaran pada
kali ini dengan perumpamaan yang berbunyi;
Ibarat
menanam sudah dituai
Ibarat
musafir sudah sampai
Umpama
belayar sudah sampai ke pelabuhan
Umpama
berjalan sudah sampai ke destinasi
Pengerusi
juga turut mewakili ahli jawatan kuasa memohon kemaafan sekiranya
terdapat kekurangan dan keterlanjuran sepanjang majlis ini diadakan.
Sebelum
melabuhkan tirainya majlis diakhiri dengan sebuah tayangan video pendek ucapan sambutan
kemerdekaan daripada warga SK Taman Putra Perdana.
Antara wajah-wajah warga SKTPP yang telah
memberikan ucapan
Video pendek ucapan sambutan kemerdekaan daripada
warga SK Taman Putra Perdana
Antara murid SKTPP yang telah menyertai majlis pelancaran secara dalam talian di rumah
Antara murid PPKI SKTPP yang telah menyertai majlis pelancaran secara dalam talian di rumah
Video
penuh Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia boleh ditonton melalui aplikasi YouTube
Semua
murid dan warga sekolah diharapkan agar dapat memberi sokongan dengan
melibatkan diri dan menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang
sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini. Diharapkan program ini dapat memberi
pendedahan tentang pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat
kemerdekaan.Secara tidak langsung,
program ini akan berjaya menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita.
Disediakan
oleh,
Amalina binti
Abd Hamid
AJK
Posting Blog Majlis
Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan ke-64 dan Hari Malaysia ke-58 2021 SK
Taman Putra Perdana
Assalamualaikum dan salam penuh kemesraan untuk anak-anak murid cikgu💓
Semoga anda semua sihat dari segi mental & fizikal.. Teruskan mendidik diri untuk jadi yang lebih baik daripada semalam. Jangan pula membiarkan diri meratapi seperti bear di atas. Perkongsian cikgu hari ini ialah berkaitan dengan cara merawat rasa sedih. Cikgu percaya, ada di antara yang membaca post ini pernah merasai perasaan ini. Mari kita mengenali tentang perasaan ini terlebih dahulu sebelum pergi kepada cara merawatnya.
Perasan sedih ialah satu daripada lima emosi asas dalam diri setiap individu selain gembira, terkejut, takut dan marah. Namun, apabila kita bersedih, banyak emosi lain yang berkaitan akan muncul seperti kecewa, kecil hati, pasrah dan sebagainya. Memandangkan betapa besarnya impak perasaan sedih maka ramai akan berbicara hal itu.
Ada yang memberi nasihat supaya kita jangan bersedih, berhenti bersedih serta mengelak daripada bersedih. Apa yang jelas, semua nasihat tersebut ada kebenarannya. Sedih boleh memberi kesan negatif jika ianya mula menguasai diri sehingga seseorang tidak boleh move on atau meneruskan kehidupannya.
Setiap individu akan melalui perasaan sedih kerana perasaan itu normal bagi seseorang individu. Walaubagaimanapun, kita harus cuba untuk mengelak daripada perasaan ini terus menghantui diri kita agar kita selamat daripada kesan sampingannya. Rasulullah SAW juga pernah berdoa "Ya Allah, aku berlindung daripada-Mu daripada kekhuatiran dan kesedihan".
Di sini cikgu sediakan tips merawat rasa sedih yang boleh dipraktikkan apabila perasaan ini timbul.
Jika kita membenarkan diri merasai kesedihan tanpa memberati perasaan tersebut, sudah tentu kita dapat membuat pilihan lebih waras bagi mengatasi setiap permasalahan.