... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, December 6, 2021

Tahniah Kelab Doktor Muda

Terima kasih buat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor atas penghargaan sempena penubuhan 10 tahun Kelab Doktor Muda di SKTPP.. Semoga anak-anak murid akan terus mendapat manfaat daripada kelab ini..




Sunday, December 5, 2021

Anugerah Setia Perkhidmatan : Anugerah Emas 20 Tahun Sebagai Guru Besar

Semasa Majlis Apresiasi & Ramah Mesra Majlis Guru Besar (MGB) Negeri Selangor yang diadakan di SUK Shah Alam, Guru Besar Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali telah dianugerahkan Anugerah Setia Perkhidmatan : Anugerah Emas (tempoh berkhidmat sebagai Guru Besar lebih 20 tahun).

Syukur alhamdulillah atas penganugerahan tersebut. Sesungguhnya anugerah ini amat bermakna dan amat tinggi nilainya. Semoga tempoh yang agak lama ini akan terus nemberi motivasi buat Guru Besar agar terus bersemangat memimpin SKTPP ke persada kegemilangan. 

Terima kasih banyak buat semua guru, murid, ibu bapa serta semua pihak dulu dan kini yang sentiasa menyokong dan menjadi tunjang di sebalik anugerah ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas segala jasa dan budi baik semua.

Insyaa Allah kita akan sama-sama meneruskan langkah penuh bergaya untuk melonjakkan prestasi SKTPP pada masa depan..
















Laporan Bertugas Minggu ke-41 (Sesi Petang)

Minggu : 41 (29 November – 3 Disember 2021)

Kumpulan : 5

Senarai nama guru yang bertugas:

Hariz Safwan bin Yaccob (K)

Nor Rafini binti Othman (P)

Mohd Hadri bin Ag Idris

Rozimah binti Yaakob

Zalina binti Ismail

Salina binti Mohd Tasu

Rohani binti Mansor

Nurazlin binti Mat Nor

Suphasara Supranie A/P Airak

Keadaan atau suasana pada waktu petang ketika murid hadir ke sekolah.



Suasana murid berada di Dewan Perdana sebelum masuk kelas. Pada minggu ini, giliran murid kumpulan A menduduki Pentaksiran Setara Standard (PSS).


Atas arahan daripada KPM, Unit HEM SKTPP telah melaksanakan ujian saringan Covid-19 menggunakan Kit Ujian Antigen Air Liur di mana sampel terdiri daripada 10% murid yang mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga. Ujian ini melibatkan semua kelas dan dijalankan pada setiap hari Rabu. 


Suasana waktu rehat murid sesi petang.


Suasana ketika murid pulang.



Disediakan oleh : Rohani Mansor.

Friday, December 3, 2021

Laporan Bertugas Minggu ke-41 (Sesi Pagi)

Minggu : 41 (29 November - 3 Disember 2021)

Kumpulan : 5

Senarai nama guru yang bertugas :

Norhanim Binti Ismail  (K)

Norliza Binti Ali@Yasim  (P)

Noriza Binti Md Nor

Syahirah Binti Tumar

Mawaddah Binti Kamarulzaman

Nur Zakiah Binti Md Diat

Ahmad Tirmiezi Binti Baharuddin

Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif

Julaili Bin Onian

Azwane Binti Adnan

Nurhayati Binti Mohamed Nor

Wan Faizol Bin Wan Mat

Suasana pada waktu pagi ketika murid hadir ke sekolah...





Pada minggu ini, Pentaksiran Setara Standard (PSS) dijalankan (29 November - 3 Disember 2021). Suasana ketika murid menjawab soalan PSS...




Pada hari Rabu, Unit HEM SKTPP telah melaksanakan saringan kepada 10% sampel saringan secara mingguan dengan kaedah penggiliran kepada murid yang telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.

Keadaan murid semasa rehat...





Suasana ketika murid pulang...




Wednesday, December 1, 2021

Saringan Bergilir Covid-19 Murid Sekolah Rendah

Alhamdulillah, berikutan dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Unit HEM SKTPP telah melaksanakan 10% sampel saringan secara mingguan dengan kaedah penggiliran selaras strategi pengujian Covid-19 Kebangsaan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pelaksanaan ini diadakan pada setiap hari Rabu secara penggiliran bermula pada hari ini 1 Disember 2021. Sasaran murid seramai 10% iaitu 60 murid sesi pagi dan 40 orang murid sesi petang termasuk murid PPKI dan prasekolah. Pelaksanaan ujian saringan ini juga bagi murid-murid yang telah mendapat kebenaran penjaga / ibu bapa sahaja. 

Sesi saringan ujian bermula jam 8.45 pagi. Ia dimulakan dengan pendaftaran murid bagi tujuan perekodan kepada PPD & PKD Sepang. Pendaftaran ini telah dijalankan oleh  Pn Umi Nazrah bt Saharoni dan Pn Rosmizawati bt Yusub. Butiran murid akan direkod menunjukkan mereka telah menjalani ujian saringan Covid-19.  

Guru-guru yang teribat adalah terdiri daripada Jawatankuasa Unit Kesihatan & Denggi: 

Sesi Pagi :

 1) Pn Norziani bt Zubir (K)

2) Pn Umi Nazrah bt Saharoni 

3) Pn Rosmizawati bt Yusub

4) Pn Juli bt Mahbah

5) Pn Rafidah bt Salleh

6) Pn Nurul Izziani bt Mohd Latifi

Sesi Petang :

1) Norazian bt Ahmad (K) 

2) Pn Norhana bt Nordin

3) Pn Nurazlin bt Mat Nor

4) Pn Halijah bt Mihat

5) Pn Azizah Abd Hamid

Guru-guru termasuk PK HEM Datin Noraizah bt Dun sama-sama turun padang bagi menyertai serta menunjuk cara yang betul untuk melakukan ujian tersebut. Murid-murid yang menjalani ujian saringan tersebut telah mematuhi SOP yang ditetapkan dengan membasuh tangan terlebih dahulu dan menggunakan kit ujian yang dibekalkan dengan cermat dan berhati-hati.

Alhamdulillah, hasil ujian saringan Covid-19 ke atas 100 orang murid SK Taman Putra Perdana semuanya adalah negatif. 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang proses ujian saringan ini dijalankan. 

Murid menjalani ujian saringan Covid-19 secara cermat dan mengikut arahan guru.

Guru-guru menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab. 

Kit ujian yang telah dibekalkan oleh KPM kepada 10% murid secara penggiliran.

Semoga dengan pelaksanaan ini dapat terus membendung penularan wabak Covid-19 dalam sekolah. 

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : 

Pn Umi Nazrah bt Saharoni 

Monday, November 29, 2021

Terima Kasih Peruntukan JPS

Terima kasih buat PPD Sepang dan JPN Selangor atas sumbangan peruntukan untuk pembelian set-set peralatan kriket baharu yang sangat diperlukan. Semoga anak-anak murid akan rajin berlatih bersama para coaches yang sentiasa energetik, tak jemu membimbing dan mencungkil bakat muda...