... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, May 20, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-8 (Sesi Petang)

Tarikh: 16 Mei 2022 hingga 20 Mei 2022

Hari: Isnin hingga Jumaat

Masa: 12.30 tengah hari sehingga 6.30 petang



Senarai Nama Guru Bertugas:

1. Mohd Hadri bin Ag Idris (K)

2. Suriyana binti Salim @ Nanyan (P)

3. Afandi bin Mat Zin

4. Nor Latipah binti Che Yusoff

5. Nor Holwani binti Yahaya

6. Nur Wahidatuldinah binti Hassan

7. Nornadzirah binti Abd Rahim ( Cuti Bersalin)

8. Ummu Athiah binti Haji Hashim

9. Nor Saadah binti Abd Halim (Cuti Bersalin)

10. Ranjiny a/p Rajah

11. Athirah (Guru Ganti)


16 Mei 2022 merupakan Hari Guru dan sekolah bercuti sempena cuti ganti Hari Wesak.

        Alhamdulillah, perjalanan dan pengurusan sekolah pada minggu ini berjalan lancar. Kehadiran murid-murid disambut dengan ceria oleh guru bertugas  di pintu pagar A dan B. Semua murid yang hadir juga sudah biasa dengan rutin harian SOP masuk ke sekolah menyebabkan perjalanan masuk ke kelas lebih cepat dan teratur. Begitu juga pada waktu balik, murid menggunakan laluan yang telah ditetapkan menuju ke pagar A atau B dan beratur di bawah khemah mengikut tanda kelas yang dikhususkan untuk menunggu ibu bapa atau penjaga.

Berikut gambaran perjalanan sekolah sesi petang pada minggu ini.

Kedatangan Murid di pintu pagar B.

Kedatangan murid di pintu pagar A.

Murid-murid berkumpul di dewan sementara menunggu pertukaran sesi untuk masuk ke kelas.

 Suasana waktu pulang.

Sumbangan Kek Hari Guru daripada YB Rina.
Terima kasih kami ucapkan..


Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah.


 Suasana Sambutan Hari Raya.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru bertugas Kumpulan B atas komitmen dan saling membantu dalam melaksanakan tugas sepanjang minggu ini. Semoga beroleh keberkatan dan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.


Disediakan oleh;
Pn. Nor Latipah Binti Che Yusoff

Laporan Bertugas Minggu ke-8 (Sesi Pagi)

Tarikh : 16 Mei 2022 hingga 20 Mei 2022

Hari    : Isnin hingga Jumaat

Masa  : 7.00 pagi hingga 1.30 petang


Senarai Nama Guru Bertugas :

Kumpulan B

1.  Musaliha binti Mustafa (K)

2.  Roslinda binti Mansor (P)

3.  Safinatunajakh binti Mat Som

4.  Nurul Nadirah binti Kamarulzaman

5.  W.Rosmawati binti W.Ibrahim

6.  Roseniza binti Setapa

7.  Rosmawati binti Md Desa

8.  Jamilah binti Mohd Yusof

9.   Rafidah binti Salleh

10. Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib

11. Wan Faizol bin Wan Mat

12. Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin

Minggu ini merupakan minggu ke-8 sesi persekolahan bagi Tahun 2022/2023.

Alhamdulillah, kehadiran murid pada minggu ini berjalan dengan lancar walaupun SOP pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak membenarkan ibu bapa / penjaga menghantar anak ke dalam kawasan sekolah yang boleh menyebabkan kesesakan dan penularan wabak Covid 19.

Begitu juga pada waktu pulang, murid-murid sentiasa mematuhi arahan yang diberikan mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Kerjasama daripada semua pihak telah melancarkan perjalanan persekolahan pada minggu ini.

Di sepanjang minggu ini juga telah diadakan beberapa program dan aktiviti seperti Taklimat Disiplin Sekolah dan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah.

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar persekolahan pada minggu ini..

                                                                

Pintu A


Pintu B        



Taklimat Disiplin Murid

Etika Pakaian Seragam Sekolah

Pakaian Seragam Pengawas Sekolah

Pakaian Seragam Pegawas Pusat Sumber

Pakaian Seragam Pembimbing Rakan Sebaya


Suasana di Pintu B (waktu balik) seusai tamat Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah


Disediakan oleh : 

Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin

Guru Bertugas Kumpulan B

Friday, May 13, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-7 (Sesi Petang)

Tarikh : 09 Mei 2022 hingga 13 Mei 2022

Hari : Isnin hingga Jumaat


Senarai nama guru bertugas Kumpulan A :
 

1. Nor Amirulfitri bin Othman (K)

2. Rozaimah binti Yaakob (P)

3. Azizah binti Ab Hamid (tiada dalam gambar)

4. Nora Azean binti Che Othman

5. Norazmira binti Kadirun

6. Nor Rafini binti Othman

7. Norhana binti Nordin

8. Salmi binti Adnan (cuti kuarantin)

9. Rosmanini binti Rahim (cuti kuarantin)

10. Farhana binti Muhamad Fuzi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu ke-7 penggal pertama sesi persekolahan 2022/2023. Alhamdulillah, menyelusuri rentetan perjalanan sesi petang sepanjang minggu ini, dapat dirangkumkan bahawa keseluruhannya berjalan baik dan lancar.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, minggu ini juga merupakan minggu pertama sesi persekolahan setelah bercuti selama seminggu sempena Hari Raya Aidilfitri.

Seiring dengan negara yang sedang memasuki fasa endemik, peraturan di sekolah juga semakin banyak kembali pada asal seperti murid sudah boleh menikmati makanan pada waktu rehat di kantin sekolah. Namun begitu, setiap kelonggaran masih sentiasa dipantau dan memastikan semuanya sentiasa dalam keadaan teratur dan berjaga-jaga.

Berikut dilampirkan bingkisan peristiwa sepanjang minggu ini.


Murid masih melakukan amalan membasuh tangan sebaik tiba di sekolah


Suasana waktu rehat di kantin
Disediakan oleh:

Nor Rafini binti Othman

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-7 (Sesi Pagi)

Tarikh : 09 Mei 2022 hingga 13 Mei 2022

Hari : Isnin hingga Jumaat

Senarai Nama Guru Bertugas:

Kumpulan A

1. Pn Norli binti Hassan (K)
2. Pn Astina binti Mahad Nor (P)
3. Pn Norsiah binti Mohd Nor
4. Pn Nik Kamisah binti Mohd Aziz
5. Pn Shahrul Rozaina binti Jelani
6. Pn Juli binti Mahbah
7. En Zurilazman bin Abdullah
8. En Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
9. Pn Norinna binti Mohamed
10. Cik Claudia Jacqueline Charles Nelson 
11. En Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
12. Pn Siti Rabiaah binti Mohammad

Sesi bergambar guru-guru bertugas


Alhamdulillah, kita menyambung kembali sesi persekolahan minggu ke-7 penggal pertama pada minggu ini dengan wajah yang ceria dan bersemangat. Memasuki hari ke-39 Fasa Peralihan ke Endemik di negara ini, sesi persekolahan 2022/2023 telah kembali normal dan usaha guru dalam meningkatkan pengaliran ilmu kepada murid melalui sesi PdP dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dapat dioptimumkan lagi.

Selepas ‘dibekukan’ sejak 10 Jun 2021, aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka di kawasan sekolah membabitkan guru serta murid telah dibenarkan semula. Beberapa penambahbaikan dilakukan dalam tatacara pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0. Walaupun masih ada garis panduan perlu dipatuhi, namun kebenaran melaksanakan aktiviti kokurikulum ini disambut baik semua pihak.

Kebanyakan murid juga bersemangat serta teruja dapat kembali ke sekolah selepas menjalani sesi PdP di rumah sejak Covid-19 melanda dua tahun lepas. Malah golongan ibu bapa juga meluahkan kesyukuran kerana kehidupan anak-anak mereka sebagai pelajar akan beransur normal dalam tempoh fasa peralihan ini. Kita sedang berada dalam fasa ‘Peralihan ke Endemik’ dan kita harus belajar hidup bersama dengan virus ini. Sehubungan itu, memahami risiko penularan COVID-19, mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam dan sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan aktiviti harian adalah amat penting untuk memastikan kita dan keluarga kita kekal selamat.

Berikut dilampirkan bingkisan peristiwa sepanjang minggu ini.

Kehadiran murid sesi pagi di pagar A & pagar B. 



Kehadiran Murid di Pagar B 

Kehadiran Murid di Pagar A

Suasana waktu rehat murid SK Taman Putra Perdana.



Terpancar wajah kegembiraan murid dapat makan di kantin setelah 2 tahun

Murid beratur untuk naik ke kelas setelah tamat waktu rehat



Murid-murid SK Taman Putra Perdana menunjukkan disiplin yang tinggi dan patuh arahan guru
 
Perjumpaan Bersemuka Unit Beruniform Buat Kali Pertama setelah 2 tahun

Murid memberikan sepenuh perhatian kepada penerangan guru


Waktu balik di pagar A & pagar B

Tangga UKM

Tangga UKM

Pagar B


Tangga USM

Bye!!! Jumpa lagi semua


Disediakan oleh 

Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi 

Thursday, May 12, 2022

Perasmian Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks SKTPP

  Bilik Operasi SPBT (BOSS) SK Taman Putra Perdana sebenarnya telah lama wujud sejak pembukaan sekolah ini pada tahun 2004. Tetapi peranan bilik operasi ini pada ketika itu hanyalah sebagai Stor Simpanan Buku Teks yang tidak mempunyai spesifikasi yang khusus. Oleh itu, bermula tahun 2020 pihak sekolah telah memulakan langkah dalam menambah baik bilik ini mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal ini sebagai suatu usaha memesrakan peranan bilik operasi ini dengan sistem yang lebih cekap, bilik yang kondusif dan mesra pengguna.

Ahamdulillah, setelah 2 tahun bertungkus lumus akhirnya hari ini telah berlangsung perasmian Bilik Operasi SPBT dengan wajah yang baharu. Bilik yang dahulunya seperti stor simpanan yang tidak teratur kini telah berubah sama sekali. Bilik ini telah dilengkapi dengan ruang-ruang khas yang sangat cantik dan teratur. Antara perubahan besar yang berlaku adalah wujudnya Kaunter Aktiviti Pengagihan dan Pemulangan Buku Teks, Ruang Rehat, kemudahan komputer dan alatan elektronik, Rak Simpanan Buku Teks yang tersusun, Ruang Kerja, Ruang Sudut Informasi dan Ruang Pelupusan.

Perasmian bilik ini telah disempurnakan oleh Encik Norazlan bin Ahmad Kanal, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang Bahagian Pembangunan Murid. Majlis ini juga dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohamed Suffian dan disaksikan oleh Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali serta semua barisan Guru Penolong Kanan SK Taman Putra Perdana. Sebelum menyempurnakan majlis ini, tetamu telah dibawa melawat Taman SPBT yang menempatkan arca buku.

Arca buku yang dibina adalah sebagai satu simbolik kepada ketinggian martabat Buku Teks sebagai suatu alat perkembangan ilmu di sekolah ini. Hal ini bersesuaian dengan cogan kata khusus bagi Bilik Operasi SPBT yang baharu iaitu "Buku Teks Persada Ilmu". Akhir sekali, semoga dengan pembaharuan bilik operasi ini dapat memastikan operasi pengagihan dan pemulangan buku teks di sekolah ini lebih sistematik, maju dan progresif.

Di bawah disertakan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung :

Arca buku simbolik cogan kata "Buku Teks Persada Ilmu".

Tetamu dibawa melawat ke Taman SPBT

Encik Norazlan bin Ahmad Kanal menulis nama pada Buku Lawatan di Kaunter Khas Operasi Pengagihan dan Pemulangan Buku Teks yang baharu.

Encik Norazlan mendengar penerangan oleh Cikgu Jamilah binti Mohd Yusof, Penyelaras SPBT.

Mengambil foto kenangan di ruang kerja yang baharu


Encik Norazlan menyempurnakan gimik perasmian sambil disaksikan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohamad Suffian, Guru Besar; Puan Rohaidah binti Mohd Ali dan barisan Guru Penolong Kanan.


Aktiviti Sembang Santai bersama di ruang rehat yang baharu.

Sesi penggambaran beramai-ramai di hadapan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks.