... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, June 17, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-11 (Sesi Petang)

Tarikh : 13 - 17 Jun 2022 

Hari : Isnin - Jumaat

Tema : Ikhlas

Nama Guru Bertugas Minggu Ke-11:

1. En Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim

2. Pn Nor Arzah bt Hussin

3. En Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman

4. Pn Maizara bt Mahat

5. Pn Shurhama bt Ahmad

6. Pn Suphasara Supranie a/p Airak

7. Pn Nor Azian bt Ahmad

8. Pn Suziana bt Mohd Makhtar

9. Pn Zaiton @ Hastipa bt Daud

10. Cik Zalina bt Ismail

Minggu ini merupakan minggu ke-3 perhimpunan rasmi dijalankan selepas pandemik yang melanda negara kita. Berhimpun, menyanyikan lagu keramat, menyampaikan maklumat, saling ingat-mengingati perkara sinonim di dalam perhimpunan. Syukur, murid-murid dapat merasa kembali kemeriahan agenda penting setiap hari Isnin ketika berada di sekolah.

Berikut merupakan laporan perhimpunan minggu ini.

1. Ucapan aluan oleh pengerusi majlis, Pn Shurhama bt Ahmad.

2. Bacaan doa oleh pengawas bertugas iaitu Shafiq Syahmi bin Sudirman (3 Turqouise)

3. Nyanyian 3 buah lagu. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah

4. Bacaan Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya oleh guru bertugas, Pn Shurhama bt Ahmad

5. Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas iaitu Raisha Nur Khadeeja bt Ahmad Fadhlan (3 Turqouise)

6. Laporan bertugas minggu ke-10 oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil:

  • Peringatan kepada murid agar tidak menggunakan Dataran Perhimpunan sebagai laluan.
  • Mempertingkatkan kebersihan kelas. Pastikan kelas bersih sebelum balik.
  • Murid diingatkan supaya makan dan minum di kantin semasa rehat. Tidak dibenarkan makan dan minum di Dewan Perdana/Dewan Taman

7. Ucapan guru bertugas :

  • Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
  • Menerangkan tentang perkataan LAWAD- BM: Menguli   BI: Run    Arab: Madrasatun
  • Memaklumkan tema untuk minggu ini ialah Ikhlas. Menerangkan tentang maksud ikhlas dan memberi 4 tips ikhlas dalam belajar agar ilmu yang diterima bermanfaat.
8. Ucapan  Pn Siti Raudhah bt Hamid (Penolong Kanan Petang)
  • Beliau mengingatkan murid agar datang ke sekolah dan bersedia dengan kelengkapan seperti buku teks dan alat tulis.
  • Memaklumkan tentang Kursus Pemimpin Muda yang akan dijalankan pada 14 Jun 2022 (Selasa). Semua pemimpin yang terlibat terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, PRS, Ketua & Penolong Ketua Kelas akan terlibat dan diingatkan supaya semua peserta berpakaian uniform lengkap.
  • Murid-murid juga diingatkan agar sentiasa menjaga disiplin diri sepanjang berada di sekolah
Gambar-gambar yang dirakamkan semasa perhimpunan dijalankan. Perhimpunan tamat pada pukul 1.45 petang.








Lagi gambar aktiviti sepanjang minggu ke-11

Minggu ini juga telah diadakan Kursus Pemimpin Muda dan Majlis Sanjungan Budi buat Ustazah Rabihah yang dapat bertukar ke kampung halamannya iaitu SK Jenjarom. Doa dan harapan kami semoga Ustazah Rabihah terus cemerlang di tempat baharu dan jangan lupakan kami di sini. Segala jasa dan sumbangan Ustazah Rabihah selama 8 tahun di SKTPP hanya Allah sahaja dapat membalasnya.





Lagi laporan Kursus Pemimpin Muda sila klik di sini



Sekian terima kasih.

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-11 (Sesi Pagi)

Tarikh : 13 Jun hingga 17 Jun 2022 

Hari    : Isnin hingga Jumaat

Masa  : 7.30 pagi - 1.00 petang

Tema  : Unit Beruniform

Tajuk : Ikhlas

    Minggu ke-11 merupakan giliran guru bertugas Kumpulan E (sesi pagi). Sesi persekolahan bermula dengan perhimpunan rasmi pada hari Isnin (13 Jun 2022). Perhimpunan dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengawas bertugas, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor serta lagu sekolah berkumandang. Seterusnya bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya juga telah dibacakan oleh guru bertugas. Laporan minggu lepas juga telah dilaporkan oleh Nor Azura binti Mustafa selaku guru bertugas Kumpulan D.

   Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas iaitu Pn Noriza binti Md Nor (K) yang meminta   murid-murid bersedia dengan pensel serta buku nota. Perkataan LAWAD (Learn A Word A DAy) pada minggu ini ialah:


Bahasa Melayu - Kutip bermaksud memungut benda kecil satu demi satu.

Bahasa Inggeris -  Collect bermaksud mengambil, memungut, mengumpul.

Bahasa Arab - Min Atun bermaksud cermin.


    Seterusnya, guru bertugas menerangkan tajuk minggu ini iaitu Ikhlas. Definisi ikhlas menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Ar (dgn) suci hati, tidak menipu atau tidak berpura-pura. Menolong tanpa mengharapkan balasan dengan hati tulus, jujur dan merelakan. Jika kita melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan dan melakukannya kerana Allah, maknanya kita meninggalkan sifat riya' dan tidak menunjuk-nunjuk. Seseorang yang ikhlas adalah seseorang yang tidak peduli akan penghargaan dan tidak menginginkan orang lain memuji kebaikannya.

    Ketua guru bertugas telah memperkenalkan barisan guru bertugas Kumpulan E sesi pagi. Murid-murid boleh merujuk kepada guru-guru berikut sekiranya berlaku sebarang kesulitan sepanjang minggu. Barisan guru bertugas Kumpulan E seramai 12 orang ialah:

1. Noriza binti Md Nor

2. Zaleha binti Sitam

3. Syahirah binti Tumar

4. Mawaddah binti Kamarulzaman

5. Nur Zakiah binti Md Diah

6. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

7. Hanifah binti Ramlee

8. Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

9. Julaili binti Onian

10. Nurhayati binti Mohamed Nor

11. Zairuddin bin Mohamad Kelsom

12. Norliza binti Ali @ Yasim

    Majlis diteruskan dengan ucapan PK Hal Ehwal Murid; Datin Noraizah binti Dun yang mengingatkan tentang kehadiran murid. Murid diingatkan supaya datang awal ke sekolah dan mematuhi peraturan sekolah. Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang memakai uniform lengkap unit beruniform masing-masing kerana minggu ini adalah minggu ke-3 (Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform). Jika tiada pakaian unit beruniform lengkap, murid dikehendaki memakai uniform sekolah lengkap. Pemakaian uniform sekolah lengkap telah dikuatkuasakan semula. Pemakaian kasut sukan tidak dibenarkan. Sekiranya murid menghadapi masalah kehadiran boleh berhubung dengan guru kelas masing-masing serta memberi surat ketidakhadiran atau memberi salinan surat cuti sakit. Selain itu, beliau juga mengingatkan supaya murid-murid sentiasa menjaga kebersihan tandas untuk keselesaan bersama.

    Bagi persekolahan sesi pagi minggu ini, murid telah hadir ke sekolah mengikut SOP yang telah ditetapkan. Murid hadir dengan membasuh tangan dan memakai pelitup muka. Ketika waktu pulang murid berjalan dalam barisan mengikut laluan dan pintu pagar yang telah ditetapkan. Persekolahan sesi pagi minggu ini berjalan dengan baik sama ada di tapak perhimpunan, dewan, kelas, padang dan kantin sekolah.

    Pada minggu ini juga telah diadakan Kursus Pemimpin Muda 2022 SKTPP yang melibatkan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

    Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua guru bertugas Kumpulan E atas komitment dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi sepanjang menjalakan tugas yang telah diamanahkan. Semoga kita terus dapat bekerjasama dan menjalankan tanggungkajawab dengan sebaiknya.

    Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar sepanjang minggu persekolahan sesi pagi minggu ini;

Ucapan Guru Bertugas

Ucapan PK Hal Ehwal Murid

Guru bertugas Kumpulan E sesi pagi.





Suasana perhimpunan rasmi hari Isnin


Kehadiran murid pada waktu pagi.



Waktu rehat murid di kantin.


Murid ketika waktu pulang



Kursus Pemimpin Muda 
(sila klik di sini)

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

Pn. Hanifah binti Ramlee

Tuesday, June 14, 2022

Kursus Pemimpin Muda Tahun 2022/2023

Syukur Alhamdulilah, pada 14 Jun 2022 Kursus Pemimpin Muda telah berlangsung dengan jayanya yang telah mengumpulkan semua pemimpin sesi pagi dan sesi petang daripada SK Taman Putra Perdana. Pemimpin-pemimpin ini terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Ketua & Penolong Ketua Kelas.

Murid-murid yang dilantik menjadi Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Ketua & Penolong Ketua Kelas merupakan barisan pemimpin yang membantu guru-guru menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid semasa ketiadaan guru di samping dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.

Objektif program adalah seperti berikut:

  • Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab.
  • Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.
  • Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
  • Membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin yang disegani.
  • Semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin yang dipilih ini, dapat dipertingkatkan supaya mereka dapat membina satu kumpulan yang bijak memimpin dan asertif.

Kursus ini memberi penekanan kepada bidang tugas pemimpin bagi melahirkan pemimpin yang berkualiti dan berketrampilan. Slot bidang tugas pemimpin muda telah disampaikan oleh Jawatankuasa  Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Ketua serta Penolong Ketua Kelas. Selain itu, Ceramah Kepimpinan dan Komunikasi Berkesan telah disampaikan oleh Encik Mohd Shahril Bin Mohd Sabri serta teamnya yang merupakan Penceramah Jemputan di sekolah-sekolah. Seterusnya, Majlis Penutup bagi sesi pagi telah disempurnakan oleh GB Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali manakala bagi sesi petang telah disempurnakan oleh PK Petang Puan Siti Raudah Binti Hamid .


Berikut dipaparkan gambar sepanjang kursus dijalankan:

Sesi Pagi:










Sesi Petang:













Semoga  kursus ini dapat memberi input dan maklumat yang berguna kepada semua pemimpin muda dalam melahirkan pemimpin yang berkualiti dan disegani.

Disediakan oleh:
NORHIDAYU BINTI SADRI