... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, September 24, 2022

Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) 2.0

Setiap tahun nama SKTPP pasti ada untuk sertai PINTAR anjuran AADK Daerah Sepang. Alhamdulillah, pihak AADK tidak pernah lupa anak-anak didik SKTPP yang juga merupakan ejen untuk murid-murid lain di sekolah. Seramai 10 orang peserta dari SKTPP disenaraikan nama namun, pada hari berlangsungnya program hanya 9 orang sahaja yang dapat hadir. Seorang lagi ada masalah kesihatan.

Program bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Selain dari SKTPP, program ini melibatkan 3 buah sekolah lagi di daerah Sepang iaitu SK Kota Warisan, SK Dengkil & SK Cyberjaya. Setiap sekolah menghantar 10 orang peserta dan 2 orang guru pengiring yang juga fasilitator.

Aktiviti yang dirancang oleh pihak AADK sangatlah menarik dan sesuai dengan keadaan semasa remaja kini. Semoga apa yang disampaikan oleh penceramah dan fasilitator dapat digunakan oleh peserta dalam membentuk jati diri yang positif sekali gus sebagai penyampai maklumat kepada rakan-rakan lain.

Atur cara program

Bersedia untuk sesi pendaftaran

Peserta dibekalkan dengan bihun goreng untuk sarapan pagi

Ucapan perasmian oleh En Norazlan bin Ahmad Kanal (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang)

Ucapan daripada Pn Haslina bt Hashim (Ketua Daerah, AADK Daerah Sepang)

Bacaan Ikrar PINTAR

Ceramah "Disiplin Terjaga, Jenayah Dijauhi" oleh Puan Junaidah bt Harun (Pegawai JKM, Sepang)

Ceramah "Tingkah Laku Berisiko" oleh Puan Rosmah bt Mohd Jan
(Ketua Unit Pencegahan, AADK Daerah Sepang)


Berikut aktiviti LDK peserta PINTAR





















Cikgu Arzah & Ustazah Ummu bergambar kenangan bersama peserta dan rakan-rakan fasilitator




Jumpa lagi tahun depan😊

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-24 (Sesi Pagi)

Tarikh : 19 - 23 September 2022
Hari : Isnin - Jumaat
Tema : Gaya Hidup sihat

Minggu ini merupakan giliran Kumpulan F bertugas. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, perjalanan persekolahan pada minggu ini berjalan lancar. Seperti biasa setiap hari Isnin akan diadakan majlis perhimpunan rasmi sekolah. Perhimpunan rasmi sekolah pada minggu ini dikendalikan oleh Ustazah Mas Ayu binti Arifin. 

Majlis perhimpunan pagi, dimulai  dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah kemudian disusuli dengan bacaan doa, bacaan Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya  dan Ikrar Sekolah.

Seterusnya diteruskan dengan ucapan guru bertugas minggu lepas oleh Ustaz Ahmad Mustafid.

Antara isi laporan yang disampaikan oleh beliau ialah:

 1. Mengucapkan terima kasih kepada pelajar di atas kerjasama dan penglibatan yang diberikan setiap kelas sempena bulan kemerdekaan.

 2. Pelajar hendaklah memberi penghormatan dengan berdiri tegak ketika mendengar Lagu Kebangsaan Negaraku bekumandang.

 3. Jangan ulang perkataan ‘up’ ketika ikrar ketika bacaan ikrar dalam perhimpunan rasmi

 4. Pelajar dan guru-guru hendaklah membudayakan memberi ucapan salam.

Ucapan guru bertugas mingguan Ustazah Mas Ayu binti Arifin dimulakan dengan memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.

Nama Guru Bertugas Minggu Ke-24:

 1. Pn. Noorayuni binti Ab. Fatah

2. En. Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

3. En. Mohd Rusydan bin Ismail

4. Pn. Nurliza binti Ab Rahman

5. Pn. Noor Hanawati Alinda binti Abd Taib Puruji

6. Pn. Norbaizura binti Nordin

7. Pn. Azlina binti Mat Isa

8. Pn. Mas Ayu binti Arifin

9. Pn. Norziani binti Zubir

10. Pn. Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz

Seterusnya Ustazah Mas Ayu memberikan ulasan berkenaan Tema minggu ini iaitu Gaya Hidup Sihat. Berikut isi-si yang disampaikan;

 1. Pelajar hendaklah mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan.

 2. Pemakanan yang sihat akan memberikan tubah badan yang sihat dan cergas. 

 3. Membudayakan senaman 3 kali seminggu.

 4. Tidur cukup sekurang- kurang 8-10 jam.

 5. Menjaga kebersihan diri, mandi bersabun, gosok gigi.

Perkataan LAWAD minggu ini:

 1. Tangan panjang : Orang yang suka mencuri.

 2. Order : Pesanan

 3. تعاون : Bekerjasama

Majlis diteruskan dengan ucapan Ustazah Norlida binti Othman berkenaan Program KBAT Kokurikulum Kelab dan Persatuan Peringkat Sekolah 2022.

Tajuk : Menghasilkan Poster Kelab/Persatuan

Tarikh : 21 September 2022

Masa : 12.20 tengah hari hingga 2.20 petang

Perhimpunan diakhiri dengan ucapan Guru Besar Puan Hjh Rohaidah binti Mohd Ali. Antara isi ucapan beliau ialah:

1. Guru Besar mengucapkan  syukur dan terima kasih kepada murid-murid kerana hadir ke sekolah pada hari ini. Mengingatkan murid supaya sentiasa hadir dan seronok belajar di sekolah.

2. Memaklumkan titah ucapan Sultan Selangor supaya bendera dikibarkan separuh tiang sempena penghormatan  kemangkatan Ratu Elizaberth di seluruh negeri Selangor.

3. Hari Jumaat 23 September 2022 - Program Jalinan Mesra. Ibubapa hadir ke sekolah untuk mengambil laporan PBD. Tujuan untuk meningkatkan lagi prestasi murid dan sahsiah pelajar dalam pelajaran.

4. Pelajar dikehendaki menjaga adab dan disiplin sepanjang program berjalan.

5. Menjaga kebersihan kelas, tandas dan persekitaran sekolah.

Ustazah Mas Ayu binti Arifin mewakili Kumpulan F bertugas pada minggu ini.

Pengerusi Majlis: Hanin Aqilah binti Saiful Bahari

Bacaan Doa: Adli Ghazi bin Mohd Nasrul

Bacaan ikrar murid: Muhammad Adam Syaqir Bin Mohd Hafiz

Lagu: Asyira Farisya binti Mohamad Asmal



Bacaan Ikrar Rukun Negara, Keselamatan Jalanraya dan Ikrar Sekolah.

Barisan guru SKTPP di majlis perhimpunan.


Ucapan guru bertugas minggu lepas oleh Ustaz Ahmad Mustafid

Barisan guru bertugas kumpulan F

Pelajar duduk mendengar maklumat yang disampaikan

Maklumat Program KBAT Kokurikulum disampaikan oleh Ustazah Norlida

Pagar A:  Murid datang dan balik sekolah

Pagar B:  Murid datang dan balik sekolah

Suasana rehat di kantin sekolah

                                        
Latihan TKRS untuk pertandingan video peringkat negeri Selangor dan pemilihan kadet ke Perkhemahan Kursus Kenaikan Pangkat Lans Koperal/Koperal TKRS peringkat daerah Sepang

Latihan pasukan bola sepak SKTPP yang mewakili daerah Sepang ke Kejohanan Malaysia Little League 2022
                                    
Guru Besar menyampaikan pesanan dan ucapan semangat kepada pasukan bola sepak SKTPP yang mewakili daerah Sepang ke Kejohanan Malaysia Little League 2022

Guru Besar dan barisan pentadbir SKTPP berbincang dengan PPS Lans Koperal Kennery

Suasana kehadiran ibubapa dan penjaga di Hari Jalinan Mesra 2022


Disediakan oleh:

Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
Guru bertugas kumpulan F.

Friday, September 23, 2022

Hari Jalinan Mesra 2022 (Sesi Petang)

Setelah 2 tahun, Hari Jalinan Mesra tidak dapat dijalankan, pada hari ini, 23 September 2022 bermula pada pukul 2.30 sehingga 5.30 petang, Program Hari Jalinan Mesra siri pertama bagi sesi persekolahan 2022 telah dijalankan. 

Program Hari Jalinan Mesra yang diadakan saban tahun ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu platform yang memberi peluang dan ruang kepada para ibu bapa / penjaga, untuk berinteraksi secara langsung dengan guru-guru, sama ada guru kelas mahupun guru mata pelajaran bagi membincangkan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak-anak mereka.

Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua pihak dalam menjalin kerjasama erat dan berganding bahu dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah bagi menghadapi persekitaran yang mencabar pada masa hadapan.

Berikut dikongsikan rakaman gambar yang sempat diambil sepanjang program berlangsung.