... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, November 16, 2022

Program “ENGLISH MONTH” SKTPP GOT TALENT 2022

Program “ENGLISH MONTH” merupakan program yang telah dirancang oleh Panitia Bahasa Inggeris dan disenaraikan dalam PSO Panitia bagi tahun 2022.

Tujuan program ini dijalankan ialah:

1. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris

2. Menarik minat murid untuk berbahasa Bahasa Inggeris

3. Mencungkil bakat dan kebolehan murid berbahasa Inggeris melalui aktiviti yang menyeronokkan

4. Medium promosi Bahasa Inggeris dalam kalangan warga SKTPP

Makluman Pelaksanaan Program

Tarikh : 15 & 16 November 2022

Hari   : Selasa & Rabu

Masa : 8.00 pagi hingga 10.30 pagi (Sesi Pagi)

            2.00 petang hingga 4.00 petang (Sesi Petang)

Tempat : Dewan Perdana

Sasaran : 4 orang murid dari setiap kelas (Tahun 4 - 6)


15 November 2022

Pada jam 8.00 pagi, peserta mula berkumpul di Dewan Perdana untuk sesi pendaftaran untuk sesi pagi manakala untuk sesi petang bermula pada jam 2.00 petang.




Pada jam 8.30 hingga 10.30 pagi, pertandingan nyanyian dimulakan. Untuk sesi petang pula, pertandingan dimulakan pada jam 2.30 petang.






Pertandingan nyanyian dimulakan oleh peserta-peserta dari tahun 4, diikuti oleh peserta-peserta dari tahun 5 dan diakhiri dengan peserta-peserta dari tahun 6. Untuk sesi petang pula, pertandingan dimulakan dari tahun 1, tahun 2 dan diakhiri dengan tahun 3.

Klik di sini untuk video penuh versi normal

Klik di sini untuk video penuh versi 360


16 NOVEMBER 2022

Pada jam 8.00 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zubair di dalam bahasa inggeris. Untuk sesi petang, bacaan doa dimulakan pada jam 2.00 petang.


Klik di sini untuk video Ustaz Zubair membaca doa

Pada jam 8.10 pagi, ucapan disampaikan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris manakala untuk sesi petang pula, ucapan dimulakan pada jam 2.10 petang oleh Penolong Ketua Panitia Bahasa Inggeris.

Pada jam 8.20 pagi, ucapan disampaikan oleh Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali. Untuk sesi petang pula, ucapan disampaikan pada jam 2.20 petang oleh Guru Penolong Kanan Petang.


Klik di sini untuk mendengar ucapan Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali

Majlis diteruskan pada jam 8.30 pagi dengan persembahan peserta pertandingan Koakademik melalui Poem Recitation, Story Telling dan Choral Speaking.



Klik di sini untuk melihat video choral speaking, poem recitation dan story telling :

Majlis diteruskan lagi pada jam 8.50 pagi iaitu Majlis Penyampaian Hadian untuk peserta Koakademik Bahasa Inggeris 2022 dan pemenang SKTPP GOT TALENT 2022. Untuk sesi petang pula, majlis penyampaian hadiah dijalankan pada jam 2.30 petang.





Untuk melihat dan memuat turun semua gambar murid dan aktiviti, sila klik di pautan ini :

Pada jam 9.00 pagi, diadakan persembahan pemenang peserta SKTPP GOT TALENT 2022 untuk tahun 4, 5 dan 6. Manakala untuk sesi petang pula, persembahan pemenang dijalankan pada jam 3.00 petang untuk tahun 1, 2 dan 3.

Untuk melihat video pemenang SKTPP GOT TALENT 2022, sila klik di sini : 

Majlis bersurai pada jam 9.30 pagi untuk sesi pagi manakala sesi petang bersurai pada jam 3.30 petang.

Terima kasih kepada semua guru Bahasa Inggeris SKTPP yang terlibat. Semoga terus dedikasi dan sentiasa dipenuhi aura kejayaan demi anak-anak SKTPP pada masa hadapan.


Disediakan oleh : Encik Wan Faizol bin Wan Mat dan Encik Saifullah bin Mat Saufi

Monday, November 14, 2022

Laporan Bertugas Minggu ke-32 (Sesi Petang)


Tarikh : 14 November 2022 - 18 November 2022
Hari : Isnin - Jumaat

Senarai nama guru bertugas :

1. En. Mohd Hadri bin Awang Idris
2. En. Afandi bin Mat Zain
3. Pn. Suriyana binti Salim
4. Pn. Nor Holwani binti Yahaya
5. Pn. Ranjiny A/P Rajah
6. Pn. Nornadzirah binti Abd Rahim
7. Pn. Nur Wahidatuldinah binti  Hassan
8. Pn. Nor Saadah binti Abd Halim
9. Pn. Saliza binti Mohd Osman
10. Pn. Ummu Athiah binti Hashim

Barisan guru bertugas


Laporan Perhimpunan Rasmi

Tarikh : 14 November 2022
Hari : Isnin
Masa : 1.00 -1.30 petang
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Tema Warna : Unit Beruniform
Tema Ucapan : Awas Barangan Terlarang


1.0    Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar
  • Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. 
  • Bacaan doa dipimpin oleh Muhd Syafiq Syahmi bin Sudirman.
  • Raisya Nur Khadeeja binti Ahmad Fadhlan.

2.0   Ucapan Guru Bertugas Minggu ini telah disampaikan oleh Puan Nor Saadah binti Abd Halim.

Ucapan guru bertugas

  • Tema minggu ini ialah "Awas Bahan Terlarang"
  • Murid-murid didedahkan dengan jenis dan contoh bahan terlarang seperti dadah, alkohol, rokok, vape dan lain-lain.
  • Bahan-bahan terlarang seperti ini akan memberi kesan buruk kepada pengguna seperti menyebabkan kurang pertimbangan yang waras. Oleh itu, murid diingatkan agar tidak sekali-kali mencuba untuk menggunakan bahan terlarang tersebut. 

Perkataan LAWAD

  • Bahasa Melayu         -    berganding bahu    -     bekerjasama
  • Bahasa Inggeris        -     travel                     -     mengembara
  • Bahasa Arab             -    يمين (yamiinun)       -    kanan

3.0 Gambar-gambar sewaktu perhimpunan, sekitar kehadiran dan penyuraian  waktu pulang murid-murid.

Murid-murid ketika perhimpunan

Kehadiran murid-murid di pagar A sekolah

Kehadiran murid-murid di pagar B

Penyuraian murid- murid di pagar B

Perhimpunan ditangguhkan pada jam 1.30 petang.


Aktiviti sepanjang minggu ini.

Program ENGLISH MONTH

Pertandingan SKTPP Got Talent 2022/2023

Pemenang setiap tahun bersama guru.


Barisan guru-guru Bahasa Inggeris


Disediakan oleh :
Ranjiny Rajah

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 5, 2022

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) secara online telah dilaksanakan dengan jayanya kepada semua murid Tahun 5. Buat pertama kalinya pada tahun ini, Pentaksiran Psikometrik dilaksanakan secara online dan buat pertama kali juga ia dilaksanakan kepada murid-murid Tahun 5. PPsi ini telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada 2 Jun 2022 dalam sidang akhbar khas. Sumber: https://www.kosmo.com.my/2022/06/02/ppsi-dilaksanakan-bagi-murid-tahun-45-dan-tingkatan-dua/

Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tahun 5 di SK Taman Putra Perdana:

Lagi laporan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 5 dalam blog Bimbingan dan Kaunseling SKTPP, sila klik di sini.

Saturday, November 12, 2022

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2022



Unit Beruniform SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Perkhemahan Perdana pada 12 November 2022 bertempat di SK Taman Perdana. Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Dalam konteks perkhemahan, ia mendidik murid-murid percaya diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. 

Selain itu, ia dapat memeperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti di samping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kerjasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.

Pelbagai aturcara telah dirancang untuk dilakukan sepanjang Perkhemahan Perdana ini. 


Pendaftaran murid












Aktiviti 1

Ice Breaking





















Slot 1
Memasang Khemah














Slot 2
Gadjet

















Slot 3 
Pertolongan Cemas & Permainan KIM


















Majlis Penutup















Semoga perkhemahan ini dapat memberi pendedahan awal mengenai kepelbagaian kegiatan perkhemahan dan menyemai semangat bekerjasama dalam kumpulan.