... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, December 7, 2022

Majlis Apresiasi Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2022/23

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah SWT kerana selesai sudah pelaksanaan Majlis Apresiasi untuk PRS tahun ini. Dijalankan secara sederhana namun diharapkan dapat menyuntik semangat dan keazaman ahli PRS juga murid-murid yang lain dalam membentuk kecemerlangan pada masa akan datang.

Seramai 73 orang PRS telah diraikan pada hari ini. Ditonton oleh semua warga SKTPP. Tahniah buat 3 orang PRS yang berjaya mendapatkan PRS Tahap Bongsu pada tahun ini. Kerja keras dan komitmen kalian amat cikgu hargai. Jumlah tidak penting, tetapi kualiti seseorang yang dinobatkan itu adalah lebih penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai PRS.

Berikut momen yang dirakam sepanjang majlis dijalankan. Dijalankan pada ke dua-dua sesi iaitu pagi dan petang. Untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan majlis sila klik  Buku Program.

                                                                Sesi Pagi

Sokongan padu daripada pentadbir

Majlis dipengerusikan oleh Cik Roslinda bt Mansor

Bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah

Ucapan oleh Asyira Farisya bt Mohd Asmal (Ketua PRS)

Ucapan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)

Tayangan multimedia aktiviti PRS sepanjang tahun

  Sesi Petang

Majlis sesi petang dipengerusikan oleh Pn Nor Rafini bt Othman

Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hadri bin Ag Idris

Ucapan oleh Mohd Furqan Zaim bin Hafiz Zaim (Ketua PRS)

Tidak lengkap tanpa ucapan Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali sebagai Guru Besar SKTPP

Penyampaian sijil & badge kepada 3 orang PRS yang berjaya mencapai Tahap Bongsu bagi sesi 2022/23. Semoga mereka lebih cemerlang dan mampu membantu rakan yang lain dengan kemahiran yang ada. Tahniah sekali lagi cikgu ucapkan kepada :

1. Nurul Nabilah Adriana bt Ahmad Mahdir (6 Ibnu Thufail)

2. Sarah Reyhana bt Mohd Ridzuan (5 Sony)

3. Qhaira Zahra Iman bt Rosnan (4Sony)

Tahniah Nurul Nabilah Adriana!

Tahniah Sarah Reyhana!

Tahniah Qhaira Zahra Iman!


Momen yang manis sudah tentu diingati menjadikan Program Madah Intelek PRS kini sebagai acara wajib setiap tahun. Selain dapat membantu meningkatkan aras keyakinan PRS, program ini memberi impak kepada keutuhan silaturahim apabila PRS dilihat saling bantu membantu antara satu sama lain sepanjang tempoh pelaksanaan program ini daripada peringkat sekolah sehinggalah daerah. Buat adik Nur Syaza Iwani bt Sa'ari (5 Samsung) tahniah diucapkan kerana berjaya mewakili sekolah ke peringkat daerah. Cikgu suka bila melihat paduan suara dan intonasi beliau semasa menyampaikan hujah. Terima kasih juga kepada Cikgu Roslinda Mansor yang membimbing beliau dalam menyampaikan pidato. Mungkin kali ini bukan rezeki. In sha Allah, kita cuba lagi tahun depan. 

Tahniah Nur Syaza Iwani!

Lagi gambar dan video penyampaian sijil sepanjang Majlis Apresiasi dijalankan serta video aktiviti PRS😍

PRS Tahap 2

PRS Tahap 1



Akhir kata, terima kasih kepada semua pentadbir yang sentiasa memberi sokongan kepada program Unit B&K serta rakan-rakan guru atas komitmen yang padu dalam menjayakan majlis ini. Jumpa lagi tahun depan😍

Friday, December 2, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-34 (Sesi Petang)

 Hari                                  : Selasa – Jumaat

Tarikh                               : 29 November – 2 Disember 2022

Kumpulan Bertugas         : Kumpulan D

Senarai Nama Guru Bertugas:

1. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil

2. Pn. Norazah binti Mohd Ali

3. Pn. Halijah binti Mihat

4. Pn. Rohani binti Mansor

5. Pn. Nur Rihazrin binti Rahman

6. Pn. Noor Azlinda binti Kasmin

7. Pn. Nashirah binti Taib

8. Pn. Salina binti Mohd Tasu

9. Pn. Nur Azizati binti Ahmad


Guru bertugas minggu ini

Minggu persekolahan ke-34 telah melabuhkan tirai. Alhamdulillah, selesai Guru Bertugas Kumpulan D menjalankan tugas sepanjang minggu ini dengan lancar. Sesi persekolahan kali ini hanya berlangsung 4 hari kerana pada hari Isnin adalah cuti umum sempena pilihanraya yang ke-15. Jom lihat gambar-gambar sepanjang minggu ini.


Kehadiran murid di pagar A


Kehadiran murid melalui pagar B

                           

Suasana masa rehat

Kawalan murid sebelum naik ke kelas di Dewan Perdana


Sumbangan mural dan roti untuk semua warga SKTPP dari Massimo


Agihan pelbagai jenis roti Massimo kepada murid


Terima kasih Massimo!

Terima kasih di atas kerjasama semua guru khususnya guru bertugas pada minggu ini (Kumpulan D) bagi memastikan perjalanan sekolah dan disiplin murid terkawal. Berjumpa lagi pada minggu bertugas akan datang.


Disediakan oleh,

Nur Azizati binti Ahmad

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-34 (Sesi Pagi)

 Hari : Selasa – Jumaat 

 Tarikh : 29 November – 2 Disember 2022 

 Kumpulan Bertugas : Kumpulan D

Senarai Nama Guru Bertugas :

1- Umi Nazrah binti Saharoni (K) 

2- Nor-Azura binti Mustafa (P) 

3- Norlida binti Othman 

4- Zailezah binti Sardi 

5- Arjunawati binti Ahmad Nuze 

6- Norfauziaton binti Ali Mohamed 

7- Srimahathevan a/l Vadivelu

8- Arnny Yusnita binti Md. Enarji 

9- Norazian binti Mat Anuar 

10. Norzainon binti Mohd Razalli 

11. Azwane binti Adnan 

12. Nor Hanim binti Ismail


1.0 Laporan Aktiviti Mingguan

Perhimpunan rasmi mingguan tidak dijalankan oleh kerana cuti umum sempena Pilihan Raya Umum 15 (PRU) yang lepas. Jom kita imbas gambar aktiviti sepanjang minggu ini.

2.0 Waktu pagi semasa murid hadir di pintu:

Pagar A






Pagar B






3.0 Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2022












Terima kasih di atas kerjasama semua guru khususnya guru bertugas pada minggu ini (Kumpulan D) bagi memastikan perjalanan aktiviti sekolah dan disiplin murid terkawal. Jumpa lagi pada minggu bertugas yang akan datang.

Tuesday, November 29, 2022

Penolong Kanan Baru

Selamat Datang diucapkan kepada 2 orang Guru Penolong Kanan baru SKTPP...

En. Asrulafandi bin Ismail
GPK Pendidikan Khas
SK Taman Putra Perdana

En. Naga Kannan a/l Vadivale
GPK Petang 
SK Taman Putra Perdana

Selamat bertugas. Semoga berbahagia & terus cemerlang bersama warga sekolah kita..

Saturday, November 26, 2022

Majlis Tautan Kasih Kilauan Budi Puan Siti Raudah binti Hamid & Encik Ahmad Zunaidi bin Jinalabin


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Majlis perpisahan kenaikan pangkat.

1. Puan Siti Raudah binti Hamid

2. Encik Ahmad Zunaidi bin Jinalabin


Tarikh: 25 November 2022

Hari: Jumaat

Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Masa: 7.30 pagi (sesi pagi)

           2.30 petang (sesi petang)

Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, telah diadakan majlis Tautan Kasih Kilauan Budi bagi meraikan kenaikan pangkat dan perpindahan Pn Siti Raudah binti Hamid, Penolong Kanan Petang yang akan kembali berkhidmat di SKTPP 2 sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Manakala Encik Ahmad Zunaidi bin Jinalabin telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Petang di SK Jenderam Hilir. Majlis ini berlangsung pada sesi pagi dan petang yang diatur oleh AJK Pelaksana yang terdiri daripada ahli KKGK SKTPP. Majlis ini juga telah dihadiri oleh Guru Besar, barisan Penolong Kanan, YDP PIBG serta warga SKTPP.

Untuk pengetahuan, Puan Siti Raudah telah mula berkhidmat di SKTPP pada Mei 2021 sehingga November 2022 sebagai Penolong Kanan Petang. Manakala, Encik Ahmad Zunaidi telah berkhidmat di SKTPP sejak tahun 2011 sehingga 2022. 

Poster Majlis Tautan Kasih Kilauan Budi

Perarakan yang diraikan ke Dewan Perdana. 


Video youtube bacaan doa, ucapan YDP PIBG & Pn Hjh Rohaidah. 

Ucapan daripada YDP PIBG Tuan Haji Khairul Azhar binti Mohammad Suffian

Ucapan daripada Guru Besar Puan Hjh Rohaidah binti Mohd Ali

Ucapan yang diraikan Puan Siti Raudah binti Hamid


Ucapan yang diraikan Encik Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

 Tayangan video kenangan yang dihasilkan oleh Cikgu Azlinda.


Tayangan video kenangan yang dihasilkan oleh Cikgu Arjunawati.


Slot penyampaian hadiah daripada guru-guru panitia (pagi & petang) dan AKP

Rakaman gambar yang diraikan Puan Siti Raudah & Encik Zunaidi.


Sesi bergambar guru-guru sesi pagi.

Sesi bergambar guru-guru sesi petang. 

Untuk Puan Siti Raudah dan Encik Ahmad Zunaidi, kami di SKTPP mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama berkhidmat di sini. Semoga Allah membalas jasa baik kalian dan terus dirahmati walau di mana pun berada. Semoga terus cemerlang. 

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita bertemu lagi. 


Disediakan oleh,
Azwane binti Adnan