|
LAWAD MINGGU
40 |
|
|
BAHASA MALAYSIA |
Adat lama pusaka usang : Adat lama yang tidak berubah sejak dahulu |
|
BAHASA INGGERIS |
Describe : gambarkan |
|
BAHASA ARAB |
ملك (malikun)
: Raja |
Sunday, February 12, 2023
Laporan Guru Bertugas Minggu ke-40 (Sesi Pagi)
Saturday, February 11, 2023
Majlis Jamuan Akhir Tahun PPKI Sesi 2022/ 2023 Bertemakan 'Kenduri Kampung'
Alhamdulillah dan tahniah untuk warga PPKI kerana telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun PPKI Sesi 2022/ 2023 dengan jayanya.
Majlis ini telah berlangsung pada 11 Februari 2023 (Sabtu) di Dewan Perdana SKTPP pada pukul 11.00 pagi. Objektif diadakan jamuan ini ialah:
1. Menghargai dan memberi keyakinan dalam diri murid dengan mengingati hari lahir mereka serta menghargai usaha dan kejayaan yang dilakukan oleh mereka sepanjang tahun
2. Menggalakkan dan merapatkan lagi hubungan murid dengan komuniti masyarakat setempat serta bebas melakukan aktiviti di dalam komuniti yang aman.
3. Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru, pembantu pengurusan murid dengan ibu bapa dan murid-murid.
Majlis dimulakan dengan ucapan Penolong Kanan mewakili Guru Besar, ucapan YDP PIBG serta Penolong Kanan PPKI. Sambutan dimeriahkan dengan pelbagai persembahan yang menyeronokkan lagi menghiburkan. Banyak hadiah cabutan bertuah disediakan yang menceriakan para hadirin. Murid-murid serta ahli keluarga dan tetamu sporting berpakaian tema kampung termasuklah guru-guru, PPM dan para pentadbir. Tahniah kepada para penerima hadiah serta pemenang pakaian tema terbaik. Majlis berjalan lancar hinggalah selesai pada pukul 2.00 petang.
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:
Friday, February 10, 2023
Laporan Guru Bertugas Minggu ke-41 (Sesi Petang)
Hari : Selasa - Jumaat
Tarikh : 7 Februari 2023 - 10 Februari 2023
Kumpulan Bertugas : Kumpulan E
Senarai Nama Guru Bertugas :
1. En. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
2. En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman
3. Pn. Nor Arzah binti Hussin
4. Pn. Hastipa binti Mat Daud
5. Pn. Shurhama binti Ahmad
6. Pn. Suziana binti Mohd Makhtar
7. Pn. Suphasara Supranie a/p Airak
8. Hajjah Zalina binti Ismail
9. Pn. Maizara binti Mahat
10. Pn. Nor Azian binti Ahmad
Alhamdulillah tiba giliran Kumpulan E bertugas pada minggu ke-41. Gambar di bawah merupakan barisan guru yang diberi amanah untuk bertugas pada minggu ini.
Sesi persekolahan pada minggu ini bermula pada hari Selasa kerana cuti perayaan Thaipusam pada hari Isnin. Seperti biasa murid datang ke sekolah dengan gembira mengikut waktu yang telah ditetapkan. Kegembiraan mereka sempat dirakam oleh guru yang bertugas di pagar B.
Pada minggu ini telah berlangsung pengagihan buku teks untuk kegunaan sesi 2023 / 2024. Murid -murid begitu teruja menerima buku teks baru. Diharapkan murid-murid dapat menjaga dan menggunakan buku teks itu dengan sebaiknya.
Gelagat murid-murid Tahun 1 dan 3 juga sempat dirakam semasa waktu rehat. Mereka makan dengan tertib di kantin dan di tempat-tempat yang dibenarkan untuk mereka makan. Selesai makan murid-murid segera beredar ke dewan untuk berkumpul di sana sebelum masuk ke kelas semula.Secara keseluruhannya sesi persekolahan pada minggu ke-41 berjalan dengan lancar. Perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku pada minggu ini. Disiplin murid-murid juga terkawal. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli Kumpulan E di atas kerjasama yang diberikan. Sekian sahaja laporan untuk minggu ini.
Disediakan oleh :
Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
Laporan Bertugas Minggu ke-41(Sesi Pagi)
- Gambar murid-murid hadir ke sekolah melalui pintu Pagar A dan Pagar B
- Gambar-gambar murid di Dewan Perdana selapas waktu rehat untuk naik ke kelas
- Gambar murid- murid pulang melalui pintu Pagar B
- Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sebelum dan semasa Majlis Graduasi kali ke-11 dan Jamuan Perpisahan "Sulaman Kasih, Seluhur Budi" Tahun 6 sesi 2022/2023 :




































































